Telegram Web Link
“Monogami itu lebih afdal & poligami itu umpama pintu kecemasan pada kapalterbang, sepertimana penceraian. Perlu ada, bukan digalakkan.”

Sedutan perbincangan sihat antara saya dengan seorang Ustazah yang menghubungi saya. Tidak perlu meneka siapa Ustazah tersebut tetapi memadai ambil pengajarannya.

Kita sama-sama mendoakan kebaikan walaupun mungkin kita bersetuju dengan satu sama lain. Adab, akhlak & ukhwah Islamiah perlu dijaga sentiasa.
Kedudukan mereka semua sama tetapi manusia sahaja yang membeza-bezakan.

Fahami syariat Islam dengan betul agar kita dapat mengelak dari berkata sesuatu yang mungkar..
Saya jenis tak takut kena kecam atau hilang followers hanya kerana menyampaikan kebenaran dari Al Quran & Sunnah..

Mungkin ramai yang mengelakkan untuk bercakap isu poligami tetapi saya memilih bercakap untuk mendidik masyarakat memahami tidak semestinya mengamalkannya.

Saya tahu akan ada yang komen dengan penuh emosi tetapi itulah kenikmatan berdakwah, iaitu bagaimana terus menerus mendidik sehingga yang emosional tadi akan menjadi rasional andai mereka terbuka dan memahami.

Apalah nikmat sangat dakwah andai semua yang kita sampaikan takde siapa yang emosional dan tentang sedangkan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga menerima tentangan kerana menyampaikan perkara yang benar.

Yang sukar menerima, moga suatu hari hati mereka akan terbuka memahami dan menerimanya (tak semestinya mengamal atau mengalakkannya). Wallahualam
Bila orang ingin mendidik tentang apa itu poligami, bukan wajib atau minta dia berpoligami, saya nampak ramai wanita yang komen;

“Jaga perasaan itu juga sunnah”

Tiada siapa menafikan menjaga perasaan isteri itu adalah sunnah tetapi jikalau semua orang hanya bercakap soal perasaan terlebih dahulu sebelum hukum agama, apakah agama mengikut perasaan atau kita atau kita yang perlu didik perasaan kita untuk ikut agama?

Perlu jaga perasaan isteri tetapi persoalan saya, apakah tidak perlu pula isteri menjaga perasaan suami?

Bila suami anda nak beli PS5 atau hobi dia menggunakan duit dia sendiri setelah nafkah wajib diberikan kepada keluarga, ada ke tidak isteri yang membebel pada suami kerana sanggup beli PS5 dan hobi mahal mahal tapi tak belikan beg atau kasut yang anda mahukan?

Point penting, jangan dahulukan soal perasaan dan emosi bila bercerita tentang hukum Islam. Jikalau anda mendahulukan perasaan bila orang ingin mendidik soal agama, maka didiklah diri untuk tundukkan emosi dan perasaan mengikuti agama.

Wahai lelaki, jikalau anda baca status ini dan boleh relate dengan hidup anda dan mungkin tak relate tetapi setuju namun anda takut nak ‘Like” apatahlagi nak ‘share’, maka anda perlu hadir pengajian untuk lebih memahami agama agar punya keberanian menyampaikan kebenaran.
Baru selesai mengendalikan kes seorang muallaf remaja yang baru memeluk Islam 6 bulan lepas yang berhadapan konflik dengan ahli keluarganya yang menentang. Antara kata-katanya yang ingin saya kongsikan;

“3 bulan selepas memeluk Islam, saya masih ragu-ragu dan saya kategorikan diri saya sebagai 50% Muslim pada waktu itu. Saya tidak berpuas hati dan saya mencabar diri untuk belajar lagi.

Kini, saya adalah Muslim 100%. Saya yakin pada kebenaran 100%. Saya tiada pendapat atau prinsip saya sendiri kerana apa yang disebut oleh Allah & Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam adalah pendapat & prinsip hidup saya sekarang.”

Itu kata-kata seorang muallaf yang baru 6 bulan memeluk Islam. MashaAllah..

In Sha Allah ada masa saya kongsikan lagi perjalanan dia menemui hidayah, konflik yang dihadapi dengan ahli keluarga serta apa solusi kami kepadanya.
Orang kata saya membela lelaki hanya kerana saya mendidik masyarakat tentang apa itu poligami. Begitu juga orang kata saya membela wanita kerana membantu wanita menerusi Sayap Wanita MRM.

Saya tak pernah tulis secara spesifik merujuk kepada mana-mana kes tetapi sekadar mengambil peluang untuk mendidik masyarakat.

Itulah lumrah dakwah. Bila kita bahas bab tanggungjawab lelaki dalam perkahwinan, akan ada lelaki yang persoal kenapa tak bahas tanggungjawab wanita. Bila kita bahas bab wanita pula, wanita pula akan persoal yang sama.

Bila kita didik masyarakat tentang poligami agar difahami sesuai dengan dalil, ada yang kata kita paksa masyarakat terima poligami dengan dalil. Memang sebagai Muslim dalil jadi keutamaan dalam berbicara.

Bila kita cuba sampaikan dengan logik, rasional & fakta, ada pula yang akan mendatangkan ‘perasaan’ sebagai bantahan. Jikalau kita mahu membicarakan syariat Islam berdasarkan perasaan, maka tiada apa sebenarnya yang boleh dibicarakan.

“Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.”
(Al-An'aam 6:119)
"Aku ikut kalau menguntungkan aku tapi kalau tak menguntungkan, aku tak nak ikut"

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
(An-Nuur 24:48-50)

Namun, Allah Subhana Wa Ta’ala menyebut tentang ciri-ciri orang beriman yang akan beroleh kejayaan dalam ayat seterusnya;

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."
(An-Nuur 24:51)

Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Allahuma Ameen
https://vt.tiktok.com/ZS8BnHHAC

Apakah asal usul Tahun Baru Cina?
https://vt.tiktok.com/ZS8SFdcGP

Tahun Baru Cina juga simbolik dengan Yee Sang. Namun apakah itu Yee Sang? Ini adalah sejarah asal usul Yee Sang..
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah pantang larang masyarakat Cina untuk Tahun Baru Cina?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menyingkap beberapa adat kepercayaan yang biasa diamalkan setibanya Tahun Baru Cina
Kerajaan Sweden..

Maaf, majoriti negara barat serta pro barat mempunyai double standard yang sama.. Konsep mereka sama;

ABI (Anything But Islam)

#Islamophobia #islamophobic #islamodium
Pakai jubah = Arabisasi = mundur = zaman batu = diskirminasi

Rahib & Pope = Itu agama mereka. Kena hormat. Mereka jaga tradisi agama. Krik krik..

Ya right.. Islamofobik mana nak mengaku dirinya Islamofobik.

“…Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
(A-li'Imraan 3:118)

#islamophobia #islamophobic #islamfobia #islamofobik #islamodium #islamophobiamalaysia
Muslim berprinsip..
Mengadu KEPADA Allah adalah hakikat keimanan. Mengadu TENTANG Allah itu adalah kekufuran.

Seorang mukmin akan mengadu kepada Allah kerana dia tahu Allah Maha Mendengar tatkala manusia enggan.
Pendengaran bagi permohonan interlokutori di dalam prosiding saman fitnah melibatkan pendakwah, Nazirah Nantha Kumari ke atas ADUN DAP Bagan Dalam, Satees a/ Muniandy, telah ditetapkan hari ini.

Satees Muniandy diwakili Tetuan SS Thind manakala Nazirah diwakili Tetuan Syahidah Sharul dan Marsyara yang juga merupakan wakil daripada bahagian undang-undang NGO Islam, Multiracial Reverted Muslims (MRM).

https://themerdekatimes.com/news/2023/01/kes-loh-siew-hong-permohonan-interlokutori-pendakwah-saman-adun-dap-didengari-hari-ini/
2024/10/01 22:28:45
Back to Top
HTML Embed Code: