Kerabat Diraja Britain memiliki aset mencecah $34.3Billion.
Bagaimana mereka memperolehi kekayaan sebanyak itu?
Sumber : https://www.tg-me.com/themerdekatimes

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah melewati setumpuk makanan, lalu beliau memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan beliau menyentuh sesuatu yang basah, maka beliau pun bertanya,
"Apa ini wahai pemilik makanan?"
sang pemiliknya menjawab,
"Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah."
Beliau bersabda,
"Mengapa kamu tidak meletakkannya di bagian atas makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa menipu maka dia bukan dari golongan kami."
(HR Muslim No. 147)

Tiada keberkatan rezeki hasil dari menipu & mencuri. Secara zahir nampak tenang & senang tetapi jiwa bergelora siang malam kerana perlu ingat segala penipuan untuk menutup penipuan sebelumnya.
Andai ada yang terasa dengan status ini, barangkali ini tanda sayangnya Allah pada kita untuk kita bermuhasabah & bertaubat sebelum terlambat.

Di akhirat kelak, terdapat mereka yang dikumpulkan di padang Mahsyar untuk pengadilan dalam keadaan BUTA & DIAZAB, lalu mereka bertanya;
"Wahai Tuhan, mengapa kami dikumpul dalam buta sedang kami dahulunya (di dunia) celik mata?"
Lalu Allah Subhana Wa Ta'ala menjawab;
"KERANA DAHULU telah sampai kepadamu ayat-ayat Kami TETAPI engkau telah ABAI dan lupakannya. Nescaya kini engkau akan DIABAIKAN."
(Toha 20:125-126)
Justeru, masih lagikah kita secara malas atau sengaja atau ingkar mahu mengabaikan kandungan ayat-ayat Allah Subhana Wa Ta'ala dan RasulNya dalam seluruh aspek kehidupan kita?
Semoga Allah kurniakan taufiq & hidayah buat kita yang berusaha mendapatkannya. Allahuma Ameen.
Muhabasabah diri
Kredit : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

“Apabila seseorang kamu berperang, jauhilah dari (mencederakan) muka.”
[HR al-Bukhari (2559) & Muslim (6817)]
Imam al-Son’ani menyebut:
“Hadis ini merupakan dalil haram memukul muka dan ia (muka) dielakkan, tidak dipukul, tidak ditampar sekalipun dalam hudud yang disyariatkan dan sekalipun dalam jihad).”
(Lihat Subul al-Salam, 7/161)
Bayangkan, jikalau dalam perang sekalipun dilarang untuk mencederakan muka, apatahlagi bukan dalam keadaan perang!
Jikalau musuh dalam perang tidak boleh dicederakan di muka, bagaimana dengan mereka yang memukul anak, isteri, suami dan anak murid di muka?
Yang haram tetap haram.. Islam agama yang bersyariat maka hiduplah dengan syariat Islam. Jangan cari alasan melanggar syariat Islam tetapi carilah sebab untuk menundukkan hawa nafsu & ego mematuhi syariat Islam.

Sekali seseorang itu berbohong, mencuri & khianat, dia berkemungkinan akan mengulanginya.
Jikalau seseorang itu boleh berbohong, mencuri & khianat di tempat lain, apa jaminan dia tidak akan mengkhianati anda?
Sebagus mana pun seseorang jikalau ada sifat di atas, maka jauhilah. Kita tidak menafikan seseorang itu boleh berubah dan bertaubat.
Andai dia bertaubat, dia masih perlu meminta maaf dari orang yang pernah dikhianatinya dan pulangkan hasil bohong dan mencurinya.
Semoga kita dijauhkan dari sifat sebegitu serta dari individu seperti itu. Allahuma Ameen.

"Saya tidak percaya pada 'Tuhan' "
Nampak seperti agak jelas apa yang disebut tetapi hakikatnya kenyataan itu masih samar-samar dan memerlukan perincian apa yang dimaksudkan 'Tuhan' olehnya.
'Tuhan' bagaimanakah yang dia tidak percaya itu? Adakah 'Tuhan' yang dia tidak percaya itu zalim? Adakah 'Tuhan' yang dia tidak percaya itu mengelirukan?
Ramai yang menggunakan BIG WORDS tetapi maksudnya samar-samar yang memerlukan takrifan kerana perkataan yang sama boleh difahami menurut perspektif masing-masing.
Satu lagi contoh, toleransi. Well, perkataan toleransi itu bunyinya bagus dan kelihatan bagus. Namun apakah yang dimaksudkan sebagai toleransi oleh mereka yang mengungkapkan perkataan itu?
Barangkali toleransi yang dia maksudkan adalah kita menerima pendapat dan gaya hidup orang lain yang berbeza dengan kita ataupun kita tidak setuju dengannya.
Namun, apakah toleransi ini dua hala di mana pihak lain juga boleh menerima pendapat dan gaya hidup orang lain yang berbeza atau ianya hanya sehala iaitu kita mesti menerima mereka walaupun tidak setuju dan tidak boleh mengkritik atau tidak bersetuju dengan mereka kerana jikalau kita tidak bersetuju dengan mereka maka kita adalah ekstrim tetapi bila mereka tidak bersetuju dengan pendapat dan gaya hidup kita, maka itu no problem dan andai kita membantah, kita juga yang digelar ekstrim?
Oleh itu dalam kursus metodologi dakwah fasa dua di mana saya mengajar tentang komunikasi dalam dakwah, saya mengatakan bahawa jangan cepat membuat kesimpulan lalu menjawab sehinggalah kita memahami apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh prospek kerana risau apa yang kita fahami bukanlah apa yang prospek kehendaki dan fahami.
Saya juga sering mengingatkan bahawa jangan mudah takjub dan teruja dengan perkataan-perkataan yang bombastik seperti 'kita kena berubah' kerana kalau kita sanggup berfikir lebih mendalam, maka kita akan ada persoalan;
"Berubah itu perkataan yang bagus tetapi kita sebenarnya nak berubah dari apa kepada apa? Bagaimana dan apakah end goal kita?"
Tetapi kerapkali manusia akan mudah takjub dan teruja mendengar perkataan yang bombastik lalu meletakkan imaginasi positif/negatif mereka dalam perkataan yang mereka dengar.
Maka berhati-hatilah dengan perkataan-perkataan yang bombastik dan gunakan akal kita untuk berfikir & menilai sebelum merasa takjub mahupun teruja. Wallahualam

Jikalau kita tidak boleh bersaing dengan orang soleh dalam amal soleh, sekurang-kurangnya kita bersaing dengan pendosa dalam taubat.
Definisi Islamofobia
Runnymede Trust mendefinisikan Islamofobia sebagai ketakutan dan pemikiransempit yang tidak berasas terhadap Islam, orang Islam atau budaya Islam. Definisi ini telah menyimpulkan 8 karektor Islamofobia;
1. Islam sebagai blok monolitik, pegun & tidak berubah
2. Islam terasing daripada arus perdana (mainstream) & tidak mempunyai persamaan dengan budaya lain
3. Islam dianggap lebih rendah daripada Barat, barbarik, tidak rasional, primitif & seksis
4. Islam dianggap kejam, agresif, mengancam, penyokong keganasan & bercanggah dengan ketamadunan
5. Islam adalah ideologi politik dan digunakan untuk kepentingan politik dan ketenteraan
6. Kritikan Muslim terhadap Barat adalah ditolak sama sekali
7. Kekejaman terhadap Islam adalah kerana untuk merasionalkan diskriminasi terhadap Muslim
8. Anti Muslim dianggap sesuatu yang normal
Selain itu ada yang telah menambah tiga lagi komponen Islamofobia iaitu;
1. Islamofobia sebagai ideologi
2. Islamofobia sebagai mod operasi
3. Islamfobia sebagai praktis untuk mengasingkan, mendiskriminasi Muslim dan Islam daripada kerangka sosial & politik. Ini termasuklah penggunaan kekerasan untuk matlamat Islamofobia
Kenyataan diekstrak dari kertas kerja "Perkembangan Trend Gejala Islamofobia Di Negara Majoriti Bukan Islam : Satu Analisa" yang telah diterbitkan pada 2020.
Adakah definisi Islamofobia seperti di atas masih relevan ataupun sangat relevan?

[Cross To Crescent]
Saya suka ungkapan Dr. Jerald F. Dirks mengenai rakannya yang kembali kepada Islam;
"Allah willing, HE HAS BY NOW COMPLETED HIS JOURNEY FROM CROSS TO CRESCENT."
(Dengan izin Allah, dia sekarang telah melengkapkan perjalannya dari salib kepada Islam)
Dr. Jerald F. Dirks memiliki Master Degree in Divinity dari Universiti Harvard serta bekas Missionari berlesen The United Methodist Church di Amerika Syarikat & beliau kembali kepada Islam pada tahun 1993 pada usia 43 tahun dan isterinya juga kembali kepada Islam pada masa yang hampir sama.
Beliau juga merupakan pengarang buku: "The Cross and the Crescent : An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam."
Dr Jerald Dirks telah meninggal dunia pada 14 Januari 2019 pada usia 69 tahun. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya serta menempatkan beliau di Jannatul Firdaus. Allahuma Ameen

Ketika The Merdeka Times meninjau ke ruangan komen di satu pemilik akaun Facebook, rata-rata netizen yang majoriti dari kaum Cina dan India mengkritik tindakan JAIM serta mulai menunjukkan sisi Islamofobik.
https://themerdekatimes.com/news/2023/01/islam-dilabel-agama-pengacau-gara-gara-jaim-tidak-kompromi-isu-pelancong-pakai-bikini/

The Merdeka Times
Islam dilabel agama pengacau gara-gara JAIM tidak kompromi isu pelancong pakai bikini
Apabila kerajaan negeri Kedah nekad menutup kesemua premis perjudian dan loteri dikatakan memecah belahkan keharmonian kaum dan mencetuskan masalah sosial lain.
Maaf, saya cuma ingin bertanya. Apakah dengan mereka melabel Islam agama pengacau itu bukan ekstrim atau ekstrim itu hanya terpakai untuk Muslim sahaja?
Apakah dikira hak demokrasi apabila mereka label Islam agama pengacau tetapi apabila Muslim mempertahankan ajaran agama Islam pula dipanggil sebagai ekstrimis?
Saya setuju dan sokong kenyataan Mufti Pulau Pinang..
https://themerdekatimes.com/news/2023/01/umat-islam-berhak-pertahan-ajaran-agama-mereka-mufti-pulau-pinang-bidas-netizen-label-islam-agama-pengacau/

“Umat Islam berhak pertahan ajaran agama mereka,” – Mufti Pulau Pinang bidas netizen label Islam agama pengacau
“Umat Islam juga berhak mempertahankan ajaran agama mereka supaya tidak dihina oleh orang bukan Islam,” tegas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor susulan kecaman terhadap Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertegas untuk tidak berkompromi…
Malaysia kekurangan alim ulamak sehingga Free Malaysia Today perlu bertanya kepada Mustafa Akyol atau FMT merasakan alim ulamak di Malaysia tidak akan memberikan komentar yang sesuai dengan agenda & naratif mereka?