Telegram Web Link
Saya teguh bersama prinsip agar tidak taasub dalam berpolitik sehingga mencemuh, mengejek & merendahkan pihak lain yang tidak sependapat dengan kita.

Politik adalah dinamik, hari ini musuh esok rakan seperjuangan. Akhirnya meludah ke langit jatuh ke muka sendiri dan terpaksa menelan semula ludah kita sendiri.

Berpada-padalah dalam menyokong mana-mana parti. Parti politik boleh betul & boleh salah dan andai kita menyokong sesuatu perjuangan kerana individu atau parti, maka kita juga akan menyokong kesalahan mereka bila mereka salah.

Andai kita menyokong prinsip, maka prinsip itu tidak mengenal individu atau parti. Kita menilai segalanya berdasarkan kayu prinsip.

Apakah kita akan meminta maaf kepada mereka yang kita pernah kita ejek, cemuh dan rendah-rendahkan sepanjang kempen PRU selepas melihat perkembangan pasca PRU sehari dua ini di mana parti yang anda cemuh dan kata tidak akan bekerjasama berkemungkinan bekerjasama sekarang?

Jadilah manusia berprinsip dan sokonglah dengan prinsip bukannya individu atau parti… Wallahualam..
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Kamu kan tau dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kami berdua bijak pandai boleh kena tipu dengan pasal apa? KAMU BERDUA YANG BODOH!”
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Ini berita gembira. Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak. Dah kena dah. Penyamun jual si penyangak. Haha.. Apa salahnya..”
Pandangan pasca PRU15
Apa yang kita belajar dari sejarah?
Kita semua boleh berbeza pendapat tentang politik tetapi menggunakan kejadian 13 Mei baik sebagai gurauran atau ugutan tidak boleh diterima sama sekali.

Usah dihancurkan negara yang telah terbina selama ini.

Kita tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak menggunakan 13 Mei sebagai gurauan mahupun ugutan, begitu juga kita tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang mengaitkan mana-mana parti sebagai dalang di sebalik 'trend' ini.

Dengan kita berspekulasi dan menuduh mana-mana pihak juga boleh mendatangkan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan.

Bersederhanalah dalam berpolitik.. Ingatlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala ini;

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
(Hud 11:112)
Argentina 1 Saudi Arabia 2

Upset pertama dalam Piala Dunia Qatar.
Ingin tahu hipokritnya negara Barat?
2024/10/02 12:31:55
Back to Top
HTML Embed Code: