Telegram Web Link
Selesai menjalankan tanggungjawab saya..

Saya mengundi di kawasan Kepong yang sejak 1982 dimenangi oleh DAP (Tan Seng Giaw 1982 - 2018, Lim Lip Eng 2018 - 2022). Kawasan Kepong merupakan kubu kuat DAP sejak saya mengenali apa itu politik.

Pada #PRU14 yang lepas, Lim Lip Eng memenangi kerusi Parlimen Kepong dengan majoriti sebanyak 51,628 setelah mendapat undi sebanyak 56,516 manakala calon BN hanya mendapat 4,888 undi seterusnya hilang deposit!

Untuk #PRU15 kali ini, 5 individu bertanding masing-masing dari PH, BN, PN, Warisan & Bebas. Saya tidak begitu mengenali calon-calon lain dari BN, PN & Warisan tetapi calon Bebas iaitu Yee Poh Ping telahpun berkhidmat di Kepong hampir 30 tahun!

Tan Seng Giaw ketika menjadi Ahli Parlimen Kepong, saya jarang melihat kelibatnya, mungkin saya jarang berada di tempat yang dia lawati atau dia jarang turun padang. Namun itu bukan fokus status kerana saya pernah mengatakan , jikalau DAP meletakkan seketul batu di Kepong juga, DAP akan menang.

Saya menyokong calon Bebas di Kepong kerana ‘track record’ beliau sangat baik di Kepong tetapi saya jangkakan kesemua calon akan hilang deposit dan Lim Lip Eng akan mengekalkan kerusi Parlimen Kepong untuk #PRU15 . Apa tidaknya, jikalau pada #PRU14 pun PH vs BN pun calon BN boleh hilang deposit, bagaimana setelah undi berpecah kepada PN, BN, Warisan & Bebas?

Saya juga menjangkakan GPS akan menjadi ‘Kingmaker’ sekiranya tiada satu gabungan yang mendapat majoriti mudah. Kekalkan adab & akhlak dalam berpolitik. Siapapun membentuk kerajaan, kita berdoa kepada Allah untuk memberkati & melindungi Malaysia. Allahuma Ameen
Team The Merdeka Times tak ramai tapi komited.

Jom follow dan support..

Facebook - https://www.facebook.com/tmtnewsportal

Instagram - https://instagram.com/merdekatimes_

Twitter - https://twitter.com/themerdekatimes
Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Berkuasa belum pasti Allah redha & tewas tidak semestinya Allah hina. Yang pasti, menang atau kalah adalah ujian kepada kita semua.

Ikuti perkembangan terkini keputusan #PRU15 di Telegram rasmi The Merdeka Times di https://www.tg-me.com/themerdekatimes
Nampak gayanya tiada satupun gabungan parti memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan setakat 2.37pagi. Kerjasama gabungan manakah yang anda harapkan?

Manakah pilihan anda?
Anonymous Poll
74%
A. PN (67) + BN (29) + GPS (22)+ GRS (6) = 124
10%
B. PH (72) + BN (29) + GPS (22) + GRS (6) = 129
16%
C. PH (72) + PN (67) = 139
2024/10/02 22:25:49
Back to Top
HTML Embed Code: