Telegram Web Link
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari 2022 telah membincangkan mengenai Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat Dan Akidah.

“…umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan Syarikat Atomy atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.“

https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16837&fbclid=IwAR0vN1TThgiHju51Qgetg0b8VcNdUYpodU_nY_i8V-E1wymQ9QWXcgmNimA
Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) membenarkan anggotanya menyimpan misai, janggut dan jambang.

Harap ATM & PDRM akan benarkan anggota mereka untuk berjanggut andai masih belum ada polisi tersebut.

Jikalau bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh boleh memakai turban & berjambang atas tuntutan agama Sikh, In Sha Allah diharapkan anggota polis beragama Islam juga akan dibenarkan menyimpan janggut dengan kemas.

https://themerdekatimes.com/news/2022/11/tentera-udara-australia-benarkan-anggota-berjambang-mulai-1-november-2022/
Pendirian & prinsip saya selama ini...

Beberapa kenalan & sahabat saya dari BN, PN & PH bertanding di dalam #PRU15 kali ini. Semuanya saudara seagama & ada yang tidak seagama.

Saya mempunyai pandangan & pendirian berbeza sebagaimana mereka juga mempunyai pandangan & pendirian yang berbeza dengan saya.

Ada perkara yang saya tidak bersetuju tetapi masa yang sama ada banyak perkara yang kami boleh bersetuju. Ukhwah Islamiah perlu dijaga senantiasa walaupun berbeza pandangan politik.

Adab Islamiah perlu diamalkan dalam berkempen dan berpolitik. Ingatlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam ini;

“Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara untuk muslim lainnya. Kerananya, dia tidak boleh berbuat zalim, membiarkan, berdusta, dan menghina yang lain. Takwa itu di sini–beliau memberi isyarat ke dadanya tiga kali–. Cukuplah seseorang berdosa jika ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim lainnya itu haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.’”
[HR. Muslim no. 2564]
Jangan suka berjanji.

"Yang ni bini Arwah Ramli, kan?"

"Ya. Encik ni siapa?"

"Panggil je Abang Lan. Kawan arwah dulu. Sama-sama kerja bawak lori"

"Ooo.... arwah ada hutang apa-apa ke?"

"Saya nak cakap pun segan. Tapi bila ingat balik cakap arwah, saya gagahkan diri datang ke sini"

"Apa yang arwah cakap?"

"Arwah ada pesan.... kKalau dia dah tak ada, dia minta saya yang jaga Mona dan anak-anak dia. Kawan saya dan arwah ni, Abang Din pun ada kat situ. Dia boleh jadi saksi."

"Err.... ya ke? Tak sangka pulak dia pesan macam tu."

"Mungkin arwah dah dapat rasa perkara macam ni nak jadi. Sebab tu dia pesan macam tu agaknya"

"Kalau itu yang keluar dari mulut arwah, saya tak ada halangan apa-apa"

"Jadi Mona setuju nak jadi isteri kedua saya?"

"Eh, saya bukan Mona. Saya ni Shima.."

"Hah! Mona tu siapa?"

"Mona tu beruk peliharaan arwah suami saya. Tu yang terikat kat pokok kelapa sana dengan anak anak dia"

"Allahhhh....!!!!"

#senyumsikit
#apagunaberjanji

Kredit : Aidil Azlan
Akaun medsos TMJ & saya antara akaun medsos yang akan dipantau oleh Centre for Independent Journalism (CIJ) serta Sisters In Islam (SIS) sepanjang #pru15 kerana berpotensi untuk ‘hate speech’?

Allah Ar-Raqib (Yang Maha Mengawasi) memadai untuk orang beriman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159912880939519&id=93398319518
Saya berpegang kepada prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Namun pada masa yang sama, mana-mana individu yang telah didakwa di mahkamah baik rasuah, pecah amanah, isu moral dan sebagainya tidak wajar menjadi calon pilihanraya mahupun ikon untuk diketengahkan oleh media massa.

Lihat bagaimana pemain Manchester United, Mason Greenwood dikeluarkan dari skuad utama, 'unfollow' oleh pemain MU sendiri di media sosial & dibatalkan kontrak oleh penaja kerana didakwa merogol dan melakukan serangan seksual!

Seseorang tidak akan didakwa di mahkamah andai tiada bukti kukuh. Sama ada seseorang itu akan disabitkan kesalahan atau dilepaskan, terserah kepada perbicaraan.

Namun saya secara peribadi setuju bahawa seseorang yang telah DIDAKWA di mahkamah tidak perlu dijadikan ikon mahupun calon pilihanraya sehingga mereka dilepaskan dari pendakwaan di mahkamah. Wallahualam

https://themerdekatimes.com/news/2022/11/china-haramkan-selebriti-rendah-moral-iklan-jualan-produk/
Semalam ketika waktu rehat Kursus Metodologi Dakwah (KMD) MRM, salah seorang peserta menyapa saya;

"Brother, boleh saya cakap sekejap dengan brother?"

Saya membalas : "In Sha Allah boleh."

Lalu beliau menyambung : "Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada brother."

Saya sedikit terkejut kenapa dia tiba-tiba meminta maaf? Dalam fikiran saya adakah mungkin dia meminta maaf kerana dia terpaksa menguzurkan diri dengan tidak dapat hadir baki KMD? Lalu beliau menyambung;

"Saya nak minta maaf kepada bro kerana sebelum ini, secara jujurnya saya banyak memaki dan memarahi bro di media sosial di atas apa yang bro telah buat. Saya harap bro maafkan saya."

Saya menjawab :

"No worry. Untuk makluman saya telah beberapa kali pun menulis di medsos bahawa sesiapa yang memaki hamun & memarahi saya tanpa mereka tahu apa yang berlaku dan juga kerana emosi yang membuak-buak, saya maafkan mereka walaupun mereka mungkin tidak meminta maaf.

Saya tahu apa yang saya buat tidak mudah diterima & difahami oleh majoriti masyarakat. Mereka tiada urusan dengan saya di akhirat kerana saya telah maafkan mereka. So no worry, tanpa tuan datang meminta maaf sekalipun saya telah maafkan.

Takpe la, orang lain tak faham apa yang kami buat di MRM atau nak hina, ejek & caci maki sekalipun, kita tau kita buat amar makruh nahi mungkar dan hanya mencari redha Allah sahaja. Cukuplah apa yang kami lakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam & kami ada jawapan untuk Allah di akhirat kelak."

Amar makruf nahi mungkar bukan mencari pujian begitu juga kejian & cacian tidak pula akan melemahkan semangat kami untuk meneruskan usaha ini.

Sekali lagi, kami maafkan sesiapa yang pernah memaki, menghina, mengejek mahupun memfitnah kami. Sebagaimana nasihat Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri beberapa tahun lepas kepada saya;

"Kita tak nak orang lain tak dapat masuk syurga kerana kita tidak memaafkan mereka. Kita tidak mahu bergembira mendapat pahala di atas dosa orang lain lakukan pada kita. Biar kita sama-sama dapat masuk syurga."
Things that doesnt make sense in 2022

Women’s rights are human’s right but no one can define what woman actually is? Strange..

We are told to trust the science, but deny basic biology that male have one X & one Y chromosome while females have two X chromosomes.

We live in a tolerant and welcoming society that doesn’t judge anyone based on race, gender or faith except when you start to disagreed with their views.. They become intolerant & CANCEL you!
Dosa Mencaci Maki

"Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizalimi itu tidak melampaui batas."
(HR Muslim No. 4688)
2024/10/02 20:39:21
Back to Top
HTML Embed Code: