Telegram Web Link
Wanita Jepun Memeluk Islam

“Sebenarnya saya….” Tiba-tiba beliau berhenti bercakap sambil mengipas mukanya kerana beliau sedang menahan diri daripada menangis.

Saya hulurkan kotak tisu kepada beliau sambil melihat kawannya disebelah juga menahan sebak.

Belum sempat beliau menarik keluar tisu dari kotak tisu tersebut, air matanya jatuh berlinangan.

Walaupun beliau belum lagi habis bercerita, saya turut menahan sebak melihat mereka berdua.

Beliau menarik nafas panjang dan menghembus keluar beberapa kali untuk menenangkan dirinya sebelum beliau sambung berkata,

“Maafkan saya. Saya tiba-tiba rasa sebak untuk bercerita”

Saya membalas dengan berkata, “Tidak mengapa, kamu boleh ambil masa untuk berkongsi.”

“Sebenarnya, saya lihat banyak perubahan baik berlaku pada kawan saya ini. Kalau ikutkan, pada awal perkenalan saya dengan dia, dia bukanlah beramal sangat dengan agamanya tetapi satu hari itu dia berubah.

Dia mula banyak berdoa dan sembahyang kepada Tuhan Allah, akhlaknya berubah menjadi semakin baik dari semasa ke semasa. Hidup lebih tenang. Saya hairan apa yang membuatkan dia berubah, rupanya agama Islam yang mengubah hidupnya.

Perubahannya menarik minat saya untuk belajar tentang agama Islam. Dari situ saya dapat tahu bahawa agama Islam sangat indah, memberi pengharapan serta tujuan dalam kehidupan. Jauh berbeza dengan budaya orang Jepun yang sibuk bekerja seperti tiada kehidupan langsung.

Keindahan itu yang membuat saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam sekarang. Walaupun saya tahu ibubapa saya menentang keputusan saya, tetapi saya yakin dan percaya mereka akan nampak keindahan islam itu nanti.”

Mendengar kata-kata tersebut keluar dari mulut beliau sebagai seorang Jepun, dalam memuji keindahan agama Islam membentuk keperibadian Muslim yang baik adalah sesuatu yang membuat saya rasa bersyukur sangat kepada Allah s.w.t. atas nikmat iman. Alhamdulillah.

“Adakah kamu bersedia untuk bershahadah? Ada sesiapa paksa kamu untuk memeluk Islam sekarang” saya tanya kepada beliau.

Beliau jawab, “Ya saya sudah bersedia. Tiada sesiapa paksa saya untuk memeluk Islam, saya sendiri pilih untuk memeluk agama Islam.”

“Alhamdulillah, baik. Kamu ikut saya sebut dalam ayat bahasa Arab perlahan-lahan, kemudian saya akan terjemahkan ke bahasa Inggeris untuk kamu ikut saya.” saya kata kepadanya.

Lalu saya bacakan shahadah dan beliau ikut baca sehingga selesai bershahadah. Alhamdulillah. Sekali lagi, berlinangan air mata beliau sesudah beliau melafazkan syahadah dan diberitahu bahawa beliau seolah-olah bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Al Anfal 8 ayat 38,

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

Pada minggu hadapan, beliau akan pulang ke kampung halamannya di Jepun untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Doakan semoga Allah permudahkan urusan beliau disana untuk berkongsi agama Islam kepada ahli keluarganya kelak.

Sokong usaha dakwah dan bimbingan mualaf MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh sahabat Telegram semua.

Semoga sahabat semua dikurniakan kesihatan & keberkatan dalam segala usaha yang baik pada hari ini.

Allahuma Ameen
CERAMAH UMUM: RASULULLAH - KEPIMPINAN TAULADAN

Dengarkan kupasan menarik oleh Bro Firdaus Wong, pendakwah bebas daripada Pertubuhan Multiracial Reverted Muslim (MRM), mengenai kepimpinan dan contoh teladan Rasulullah SAW.

📅 Tarikh: Khamis, 3 Oktober 2024
Masa: 10.00 pagi
📍 Lokasi: Auditorium, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Jom hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menambah ilmu dan inspirasi daripada sunnah Baginda. Semua dijemput hadir!
Ketahuilah bahawa kebenaran dakwah itu tidak dinilai berdasarkan populariti & ramainya yang menyukai semata-mata.

Kebenaran dakwah itu terletak pada prinsipnya yang dipasakkan pada Al-Quran & Sunnah.

Sebagian salaf mengatakan,

عليك بطريق الحق ولا تستوحش لقلة السالكين وإياك وطريق الباطل ولا
تغتر بكثرة الهالكين

“Hendaklah engkau menempuh jalan kebenaran. Jangan engkau berkecil hati dengan sedikitnya orang yang mengikuti jalan kebenaran tersebut. Hati-hatilah dengan jalan kebatilan. Jangan engkau tertipu dengan banyaknya orang yang mengikuti yang kan binasa”
(Madarijus Salikin, 1: 22)
Saya hanya tahu tentang saman ini oleh sekumpulan ibubapa Belum Muslim terhadap saya setelah ada yang kongsikannya di WhatsApp group. Saya masih belum menerima sebarang dokumen.

Saya akan tunggu serahan dokumen perintah mahkamah & berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya tetapi yang pasti, kita akan lawan!

“Sediakanlah untuk menentang mereka dengan semua jenis kekuatan yang termampu daripada pasukan berkuda yang diikat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.”
(Al-Anfaal 8:60)

Teruskan menyokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
2024/10/03 17:20:10
Back to Top
HTML Embed Code: