Telegram Web Link
[NASIHAT BUAT PENGHUTANG]

Masihkah anda ingat ketika anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk meminjam wang, apa yang kata janji anda?

"In Sha Allah bulan depan dapat gaji aku bayar."
"In Sha Allah duit projek masuk aku transfer."

Masihkah anda ingat ketika anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk meminjam wang, bagaimanakah nada suara anda pada waktu itu?

Merayu-rayu menagih simpati.

Itu semasa anda ingin menagih janji simpati meminjam wang. Kononnya hidup dan mati. Buat belanja makan isteri & anak. Demi kelangsungan hidup dan pelbagai lagi sebab..

Tetapi itu ketika anda ingin meminta pinjam dari kawan.. Masa berlalu.. Sahabat anda menuntut kembali wang yang anda pinjamkan...

Masihkah anda ingat ketika kawan anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk menuntut wang mereka, apa kata yang keluar dari lisan & nada suara anda ketika itu?

"Ala sabar la. Engkau ni. Bukannya banyak pun.. Tak boleh sabar ke engkau ni."
"Eleh, benda kecil macam ini engkau nak ungkit ke? Ada duit aku bayar la."

Bukan soal anda tiada duit, sedangkan anda menayang percutian dan gajet baru anda di medsos tapi hutang kawan anda tak bayar.. Anda belikan baju jersi bolasepak & but berjenama ori untuk anak tapi hutang anda pada kawan buat dekkkk je...

Benarlah sabda Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam tentang sikap orang yang berhutang;

“Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.”
[Hadith riwayat al-Bukhari: (2397)]

Anda jadikan sahabat anda macam pengemis untuk menuntut kembali haknya. Call tak jawab, mesej tak balas. Dia seribu bahasa. Paling teruk anda blok kawan tersebut.

Ingatlah, ketika sahabat anda meminjamkan wang kepada anda bukan kerana dia kaya tetapi dia menghargai nilai persahabatan anda berdua. Dia juga mungkin sempit tetapi dia pinjamkan juga pada anda..

Namun rupa-rupanya, begini cara anda membalas kebaikan sahabat anda.

Tak perlu berbohong mencipta seribu satu alasan. Niat anda dari awal memang tidak mahu membayar sebagaimana disebut oleh Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam;

"Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya."
[Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)]

Jikalau anda meminjam dengan niat untuk membayar, Allah akan mempermudahkan anda membayar kembali. Tak perlu berbohonglah. Sahabat anda mungkin happy kalau anda beritahu kepadanya,

"Wei, aku nak bayar balik hutang cuma aku tak mampu bayar sekaligus. Boleh aku bayar ansuran RM50 sebulan sampai habis? Kalau ada rezeki lebih, aku bayar lebih sikit."

Pernah anda hubungi sahabat anda dan berkata demikian kepada mereka? Saya percaya mereka juga manusia yang ada hati & perasaan.

Walaupun kecewa tidak dapat tuntut hak mereka sepenuhnya tetapi mereka nampak usaha anda & sudi menerima seadanya, kerana sekali lagi dia menghargai persahabatan anda.

Ingatlah amaran Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam pada mereka yang mati dalam keadaan masih berhutang;

Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).
[Hadith riwayat Muslim: (1886)]

Anda mempunyai pengalaman berdepan dengan situasi seperti di atas?
2024/09/30 07:19:38
Back to Top
HTML Embed Code: