Telegram Web Link
Kenapa stesen radio kerajaan jemput Cina 'Muslim' China BEGINI untuk wawancara?

Stesen radio RTM, AiFM telah menjemput seorang gadis China Muslim bernama Shuang Yi untuk diwawancara tentang Islam.

Siapakah gadis 'TikToker' ini?

Beliau berasal dari China dan mengaku dirinya Muslim. Di dalam majoriti videonya di TikTok, dia tidak mencerminkan diri sebagai contoh Muslim yang perlu dijemput oleh sebuah stesen radio kerajaan seperti AiFM untuk diwawancara berkaitan Islam.

Kenapa?

Beliau memakai tudung tetapi memakai baju singkat yang mendedahkan perutnya. Beliau memakai tudung ketika awal video dan kemudian menanggalkannya. Beliau sengaja menghadiri pameran makanan non halal dan berbangga memberitahu pekerja bahawa dia tidak kisah kalau tidak halal sekalipun!

Bukan itu sahaja, beliau juga sengaja membuat 'content' dengan memasuki dan makan di restoran yang tertera tidak halal dengan alasan kononnya mereka di China telah terbiasa begitu sedangkan itu adalah kurang tepat!

Ramai kenalan China Muslim menolak kenyataannya yang mendatangkan fitnah bukan sahaja pada Muslim di China tetapi kepada Islam khususnya.

Beliau memberikan banyak gambaran salah tentang ajaran Islam kepada pengikutnya di TikTok khususnya kepada Belum Muslim sehingga beberapa pempengaruh Cina Belum Muslim menjemputnya untuk bercakap tentang Islam di program mereka!

Dia juga dengan bangganya mengakui bahawa dirinya adalah Muslim yang tidak begitu memahami agama Islam TETAPI AiFM tetapi menjemputnya untuk bercakap tentang Islam?

Apakah wakil AiFM tidak mengkaji latarbelakang panel yang ingin dijemput atau sebenarnya mereka memang tahu siapakah dia dan menjemput seseorang seperti Shuang Yi untuk terus memberikan persepsi buruk tentang Islam kepada pendengar AiFM?

Individu yang bertanggungjawab menjemputnya MESTI dikenakan tindakan yang tegas!

Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr. Naim yang berjanji akan membawa perkara ini kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk tindakan seterusnya.

https://www.instagram.com/p/DASR6ctyzgx/?igsh=MW9mM2NtMDhiOXplNQ==
Sebagai Mualaf, Salahkah Saya Bawa Ibu Belum Muslim Ke Kuil?

https://youtu.be/nKGANJ1uDKE?si=pwtcHvbtLp-ic_b_

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Selepas Dai Syed, kini PU Azman pula didapati bersalah.

Segala puji hanya milik Allah semata-mata. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim untuk membantu apa yang termampu.

Terima kasih kepada Allah mengerakkan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki untuk menghubungi saya bagi membantunya dalam kes ini. Satu amanah dariNya.

Dua lagi kes individu berimejkan agama masih dalam perbicaraan, Fathi Naim & Ebit Lew. Semoga keadilan tertegak untuk semua.

Jalan lupa juga mangsa-mangsa GISB!
“Entahlah, Allah jentik saya untuk mengkaji Islam walaupun dikeliling ahli keluarga & suasana anti Islam di Perancis”

Emma, gadis asal Perancis yang baru berusia 19 tahun hadir ke pejabat MRM dua hari lepas. Saya bertanya kepadanya;

“Kamu hanya berasal dari Paris, berusia 19 tahun & ibubapa yang berhaluan kanan serta sangat anti Islam. Apa yang telah berlaku & apakah keindahan Islam yang menjadi asbab Emma memeluk Islam?”

Lalu Emma menjawab;

“Entahlah. Ini hadiah dari Allah untuk saya kerana saya membesar tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti Islam, ibubapa & ahli keluarga sangat anti Islam hatta ketika saya membuat keputusan ini (memeluk Islam) pun mereka tentang.

Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos & mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga & masyarakat Perancis) benci Islam?

Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri.”

Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah tahu siapa yang ikhlas & siapa yang tidak. Tanpa dakwah, membesar dalam suasana anti Islam tetapi Allah tetap kurniakan hidayah buat Emma.

Sesungguhnya benar bahawa Islam hanya buat mereka yang ikhlas, berfikir, rasional & berani.

Kami membantu Emma untuk mendaftarkan pengIslamannya & beliau berhasrat untuk meneruskan pembelajaran agama Islam di Malaysia & In Sha Allah kami akan mencari jalan bagaimana untuk membantu mereka yang ingin mendalami agama Islam.

Jazakumullahu Khairan atas sokongan sahabat yang membolehkan kami membantu individu seperti Emma menemui Islam & memeluk Islam

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Honest chat with Firdaus Wong yang dianjurkan oleh Rizq Ar Rahman dengan memfokuskan dakwah ibubapa terhadap anak-anak mereka.

Program dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris & yuran sebanyak RM30 untuk program pengenalan 3 jam setengah.

Sebenarnya penganjur sasar 2 jam setengah tetapi sambutan sangat memberangsangkan dari peserta maka saya lanjutkan sehingga ke 3 jam setengah. 😉

Majoriti peserta menyuarakan minat untuk menyertai ‘personal development coaching’ berbayar eksklusif bersama saya selama 12 bulan.

Apa yang disentuh dalam program pengenalan semalam?

- Setting the stage
- Fantasy vs reality | Expectation vs reality
- Understanding Quranic & Seerah in colours
- Context & perspective
- Q&A

Anda juga berminat untuk menganjurkan atau menyertai program ini? Sila komen di bawah…
[NASIHAT BUAT PENGHUTANG]

Masihkah anda ingat ketika anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk meminjam wang, apa yang kata janji anda?

"In Sha Allah bulan depan dapat gaji aku bayar."
"In Sha Allah duit projek masuk aku transfer."

Masihkah anda ingat ketika anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk meminjam wang, bagaimanakah nada suara anda pada waktu itu?

Merayu-rayu menagih simpati.

Itu semasa anda ingin menagih janji simpati meminjam wang. Kononnya hidup dan mati. Buat belanja makan isteri & anak. Demi kelangsungan hidup dan pelbagai lagi sebab..

Tetapi itu ketika anda ingin meminta pinjam dari kawan.. Masa berlalu.. Sahabat anda menuntut kembali wang yang anda pinjamkan...

Masihkah anda ingat ketika kawan anda menghantar mesej & membuat panggilan untuk menuntut wang mereka, apa kata yang keluar dari lisan & nada suara anda ketika itu?

"Ala sabar la. Engkau ni. Bukannya banyak pun.. Tak boleh sabar ke engkau ni."
"Eleh, benda kecil macam ini engkau nak ungkit ke? Ada duit aku bayar la."

Bukan soal anda tiada duit, sedangkan anda menayang percutian dan gajet baru anda di medsos tapi hutang kawan anda tak bayar.. Anda belikan baju jersi bolasepak & but berjenama ori untuk anak tapi hutang anda pada kawan buat dekkkk je...

Benarlah sabda Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam tentang sikap orang yang berhutang;

“Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.”
[Hadith riwayat al-Bukhari: (2397)]

Anda jadikan sahabat anda macam pengemis untuk menuntut kembali haknya. Call tak jawab, mesej tak balas. Dia seribu bahasa. Paling teruk anda blok kawan tersebut.

Ingatlah, ketika sahabat anda meminjamkan wang kepada anda bukan kerana dia kaya tetapi dia menghargai nilai persahabatan anda berdua. Dia juga mungkin sempit tetapi dia pinjamkan juga pada anda..

Namun rupa-rupanya, begini cara anda membalas kebaikan sahabat anda.

Tak perlu berbohong mencipta seribu satu alasan. Niat anda dari awal memang tidak mahu membayar sebagaimana disebut oleh Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam;

"Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya."
[Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)]

Jikalau anda meminjam dengan niat untuk membayar, Allah akan mempermudahkan anda membayar kembali. Tak perlu berbohonglah. Sahabat anda mungkin happy kalau anda beritahu kepadanya,

"Wei, aku nak bayar balik hutang cuma aku tak mampu bayar sekaligus. Boleh aku bayar ansuran RM50 sebulan sampai habis? Kalau ada rezeki lebih, aku bayar lebih sikit."

Pernah anda hubungi sahabat anda dan berkata demikian kepada mereka? Saya percaya mereka juga manusia yang ada hati & perasaan.

Walaupun kecewa tidak dapat tuntut hak mereka sepenuhnya tetapi mereka nampak usaha anda & sudi menerima seadanya, kerana sekali lagi dia menghargai persahabatan anda.

Ingatlah amaran Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam pada mereka yang mati dalam keadaan masih berhutang;

Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).
[Hadith riwayat Muslim: (1886)]

Anda mempunyai pengalaman berdepan dengan situasi seperti di atas?
Ibu Belum Muslim Beli Barang Dapur Tak Halal, Apa Nak Buat?

https://youtu.be/hztGW_ThasE

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Wanita Jepun Memeluk Islam

“Sebenarnya saya….” Tiba-tiba beliau berhenti bercakap sambil mengipas mukanya kerana beliau sedang menahan diri daripada menangis.

Saya hulurkan kotak tisu kepada beliau sambil melihat kawannya disebelah juga menahan sebak.

Belum sempat beliau menarik keluar tisu dari kotak tisu tersebut, air matanya jatuh berlinangan.

Walaupun beliau belum lagi habis bercerita, saya turut menahan sebak melihat mereka berdua.

Beliau menarik nafas panjang dan menghembus keluar beberapa kali untuk menenangkan dirinya sebelum beliau sambung berkata,

“Maafkan saya. Saya tiba-tiba rasa sebak untuk bercerita”

Saya membalas dengan berkata, “Tidak mengapa, kamu boleh ambil masa untuk berkongsi.”

“Sebenarnya, saya lihat banyak perubahan baik berlaku pada kawan saya ini. Kalau ikutkan, pada awal perkenalan saya dengan dia, dia bukanlah beramal sangat dengan agamanya tetapi satu hari itu dia berubah.

Dia mula banyak berdoa dan sembahyang kepada Tuhan Allah, akhlaknya berubah menjadi semakin baik dari semasa ke semasa. Hidup lebih tenang. Saya hairan apa yang membuatkan dia berubah, rupanya agama Islam yang mengubah hidupnya.

Perubahannya menarik minat saya untuk belajar tentang agama Islam. Dari situ saya dapat tahu bahawa agama Islam sangat indah, memberi pengharapan serta tujuan dalam kehidupan. Jauh berbeza dengan budaya orang Jepun yang sibuk bekerja seperti tiada kehidupan langsung.

Keindahan itu yang membuat saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam sekarang. Walaupun saya tahu ibubapa saya menentang keputusan saya, tetapi saya yakin dan percaya mereka akan nampak keindahan islam itu nanti.”

Mendengar kata-kata tersebut keluar dari mulut beliau sebagai seorang Jepun, dalam memuji keindahan agama Islam membentuk keperibadian Muslim yang baik adalah sesuatu yang membuat saya rasa bersyukur sangat kepada Allah s.w.t. atas nikmat iman. Alhamdulillah.

“Adakah kamu bersedia untuk bershahadah? Ada sesiapa paksa kamu untuk memeluk Islam sekarang” saya tanya kepada beliau.

Beliau jawab, “Ya saya sudah bersedia. Tiada sesiapa paksa saya untuk memeluk Islam, saya sendiri pilih untuk memeluk agama Islam.”

“Alhamdulillah, baik. Kamu ikut saya sebut dalam ayat bahasa Arab perlahan-lahan, kemudian saya akan terjemahkan ke bahasa Inggeris untuk kamu ikut saya.” saya kata kepadanya.

Lalu saya bacakan shahadah dan beliau ikut baca sehingga selesai bershahadah. Alhamdulillah. Sekali lagi, berlinangan air mata beliau sesudah beliau melafazkan syahadah dan diberitahu bahawa beliau seolah-olah bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Al Anfal 8 ayat 38,

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

Pada minggu hadapan, beliau akan pulang ke kampung halamannya di Jepun untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Doakan semoga Allah permudahkan urusan beliau disana untuk berkongsi agama Islam kepada ahli keluarganya kelak.

Sokong usaha dakwah dan bimbingan mualaf MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
2024/10/01 22:16:39
Back to Top
HTML Embed Code: