Telegram Web Link
Allah tidak menghukum walaupun ada hawa nafsu songsang?

https://youtu.be/cIJkbkGS50M?si=LQ3VRrZ2_To4Rzi7

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Menziarahi salah seorang sukarelawan MRM yang sangat aktif menyumbang untuk agama Islam, Bro Azhar Abdullah di Prince Court Hospital.

Seorang yang sangat berdedikasi, disiplin & akhlak yang baik. Rakai yang telah disantuni di Street Dakwah & ada beberapa insan yang telah memeluk Islam asbab dakwahnya. Alhamdulilah.

Bro Azhar dimasukkan ke hospital pada Rabu lepas kerana didiagnos dengan pneumotorax (sudden collapse lung).

Saya ingin meminta sahabat-sahabat semua di medsos saya agar dapat mendoakan Bro Azhar yang akan menjalani pembedahan pada jam 2pm ini untuk membuang sebahagian dari paru-paru kanan & kesemua pluera liner paru-paru kanan.

Kemudian beliau dijangka akan dimasukkan ke ICU selama beberapa hari untuk pemantauan rapi.

Doakan agar pembedahan Bro Azhar berjalan lancar & selamat. Rasullulah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;

“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”
[HR Muslim (919)]

Brother Azhar, make doa & stay strong. See you soon at Bukit Bintang for Street Dakwah very soon. 💪🏼
Kenapa Ramai Non Muslim Buat Content Bahasa Melayu

https://youtu.be/jxLgumbr-qM

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Kenapa stesen radio kerajaan jemput Cina 'Muslim' China BEGINI untuk wawancara?

Stesen radio RTM, AiFM telah menjemput seorang gadis China Muslim bernama Shuang Yi untuk diwawancara tentang Islam.

Siapakah gadis 'TikToker' ini?

Beliau berasal dari China dan mengaku dirinya Muslim. Di dalam majoriti videonya di TikTok, dia tidak mencerminkan diri sebagai contoh Muslim yang perlu dijemput oleh sebuah stesen radio kerajaan seperti AiFM untuk diwawancara berkaitan Islam.

Kenapa?

Beliau memakai tudung tetapi memakai baju singkat yang mendedahkan perutnya. Beliau memakai tudung ketika awal video dan kemudian menanggalkannya. Beliau sengaja menghadiri pameran makanan non halal dan berbangga memberitahu pekerja bahawa dia tidak kisah kalau tidak halal sekalipun!

Bukan itu sahaja, beliau juga sengaja membuat 'content' dengan memasuki dan makan di restoran yang tertera tidak halal dengan alasan kononnya mereka di China telah terbiasa begitu sedangkan itu adalah kurang tepat!

Ramai kenalan China Muslim menolak kenyataannya yang mendatangkan fitnah bukan sahaja pada Muslim di China tetapi kepada Islam khususnya.

Beliau memberikan banyak gambaran salah tentang ajaran Islam kepada pengikutnya di TikTok khususnya kepada Belum Muslim sehingga beberapa pempengaruh Cina Belum Muslim menjemputnya untuk bercakap tentang Islam di program mereka!

Dia juga dengan bangganya mengakui bahawa dirinya adalah Muslim yang tidak begitu memahami agama Islam TETAPI AiFM tetapi menjemputnya untuk bercakap tentang Islam?

Apakah wakil AiFM tidak mengkaji latarbelakang panel yang ingin dijemput atau sebenarnya mereka memang tahu siapakah dia dan menjemput seseorang seperti Shuang Yi untuk terus memberikan persepsi buruk tentang Islam kepada pendengar AiFM?

Individu yang bertanggungjawab menjemputnya MESTI dikenakan tindakan yang tegas!

Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr. Naim yang berjanji akan membawa perkara ini kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk tindakan seterusnya.

https://www.instagram.com/p/DASR6ctyzgx/?igsh=MW9mM2NtMDhiOXplNQ==
Sebagai Mualaf, Salahkah Saya Bawa Ibu Belum Muslim Ke Kuil?

https://youtu.be/nKGANJ1uDKE?si=pwtcHvbtLp-ic_b_

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Selepas Dai Syed, kini PU Azman pula didapati bersalah.

Segala puji hanya milik Allah semata-mata. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim untuk membantu apa yang termampu.

Terima kasih kepada Allah mengerakkan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki untuk menghubungi saya bagi membantunya dalam kes ini. Satu amanah dariNya.

Dua lagi kes individu berimejkan agama masih dalam perbicaraan, Fathi Naim & Ebit Lew. Semoga keadilan tertegak untuk semua.

Jalan lupa juga mangsa-mangsa GISB!
“Entahlah, Allah jentik saya untuk mengkaji Islam walaupun dikeliling ahli keluarga & suasana anti Islam di Perancis”

Emma, gadis asal Perancis yang baru berusia 19 tahun hadir ke pejabat MRM dua hari lepas. Saya bertanya kepadanya;

“Kamu hanya berasal dari Paris, berusia 19 tahun & ibubapa yang berhaluan kanan serta sangat anti Islam. Apa yang telah berlaku & apakah keindahan Islam yang menjadi asbab Emma memeluk Islam?”

Lalu Emma menjawab;

“Entahlah. Ini hadiah dari Allah untuk saya kerana saya membesar tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti Islam, ibubapa & ahli keluarga sangat anti Islam hatta ketika saya membuat keputusan ini (memeluk Islam) pun mereka tentang.

Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos & mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga & masyarakat Perancis) benci Islam?

Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri.”

Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah tahu siapa yang ikhlas & siapa yang tidak. Tanpa dakwah, membesar dalam suasana anti Islam tetapi Allah tetap kurniakan hidayah buat Emma.

Sesungguhnya benar bahawa Islam hanya buat mereka yang ikhlas, berfikir, rasional & berani.

Kami membantu Emma untuk mendaftarkan pengIslamannya & beliau berhasrat untuk meneruskan pembelajaran agama Islam di Malaysia & In Sha Allah kami akan mencari jalan bagaimana untuk membantu mereka yang ingin mendalami agama Islam.

Jazakumullahu Khairan atas sokongan sahabat yang membolehkan kami membantu individu seperti Emma menemui Islam & memeluk Islam

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
2024/09/29 08:29:16
Back to Top
HTML Embed Code: