Telegram Web Link
"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau klik link dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024
Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong esok, 7 Ogos di TV Al Hijrah jam 6.30pagi.
”MRM, Bimbing Muallaf Menjadi Pendakwah”

Di MRM, kami bukan sekadar berdakwah & mendidik muallaf tetapi kami juga membimbing mereka untuk menjadi seorang pendakwah!

Bro Adam Tan, memeluk Islam sejaka 4 tahun lepas di MRM, graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi & penerima Anugerah Dekan UPSI, antara salah seorang muallaf yang kini memegang jawatan Eksekutif Dakwah Senior di MRM.

Berpuluh orang telah memeluk Islam bersama beliau.

Saksikan kupasan beliau bagaimana MRM membimbing muallaf menjadi pendakwah di TV Al Hijrah pada Ahad, 11 Ogos jam 8.54 pagi atau boleh saksikan ‘live’ secara online di link di bawah.

https://www.mana2.my/channel/live/tv-alhijrah
“Saya dulunya doa sama Allah, ‘Ya Allah, pertemukanlah Sugimoto dengan Brother Firdaus’”

Rakaman podcast pertama telah diadakan semalam dan Salman Kyoichiro Sugimoto & isterinya menjadi tetamu saya yang pertama!

Siapa Salman Kyoichiro Sugimoto? Beliau merupakan salah seorang peserta International Da’wah Training Programme (IDTP) yang dikendalikan oleh Dr. Zakir Naik di Mumbai, India pada 2016 di mana saya juga menjadi antara peserta program tersebut dan kini merupakan antara pendakwah yang sangat aktif di Jepun.

Rakaman podcast semalam menceritakan tentang kisah peribadinya dan yang menariknya adalah, ada beberapa kisah yang beliau kongsikan itu juga baru diketahui oleh isterinya, Purwati Kasmaja. Banyak kisah menarik, suspen, suka duka Sugimoto dalam mengharungi perjalanan sebagai seorang Muslim & pendakwah.

Isteri Sugimoto berkongsi;

(BACA SAMBUNGAN DI KOMEN)
Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong dan Brother Salman Kyoichiro Sugimoto esok, 13 Ogos di TV Al Hijrah jam 6.30pagi.
Alhamdulilah selesai memberi keterangan di IPD Putrajaya bersama peguam saya, Tuan Hariz Yusof dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) tentang laporan polis yang dibuat oleh Hannah Yeoh.

Makin banyak rahsia yang bukan rahsia beliau saya ketahui tadi. Menarik!

Kawannya, @markvarughese pernah menulis Pray For Israel. Hannah Yeo dah bagi pendapat beliau belum tentang kenyataan Pastor Mark Varughese, pengasas gereja Kingdom City?
"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau klik link dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024
Mungkin ada yang telah maklum bahawa saya memilik perniagaan penyewaan motorhome. Banyak potensi untuk penyewaan motorhome ini kerana tidak banyak persaingan kerana majoriti yang memiliki motorhome adalah untuk kegunaan peribadi bukan untuk disewankan.

Potensi industri ini masih belum sampai ke tahap maksima dan masih lagi boleh berkembang. Bayangkan dengan jarangnya saya mempromosikan penyewaan motorhome ini, telah ada yang telah membuat tempahan untuk Aidilfitri tahun 2025 dan Tourism Malaysia juga telah menyewa ketiga-tiga buah motorhome untuk promosi pelancongan.

Namun memandangkan fokus saya adalah pada dakwah, maka saya tidak banyak meluangkan masa untuk mempromosi atau mengendalikan perniagaan ini.

Maka dengan berat hatinya saya ingin membuka peluang kepada seorang sahaja untuk menjadi rakan perniagaan penyewaan motorhome saya ini dengan pegangan saham antara 40%-49% di mana saya akan menyerahkan urusan promosi & pentadbiran motorhome kepada bakal rakan kongsi saya ini agar saya dapat fokus pada dakwah saya.

Tidak banyak syarat melainkan mereka yang berminat mestilah mempunyai modal tidak kurang dari RM200k-RM300k & mahu mengendalikan perniagaan ini sepenuh masa agar ianya mencapai potensinya. Mungkin ada yang bertanya

"Berapakah potensi pulangannya?"

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi ketika tanpa begitu banyak promosi dan hanya 2 buah motorhome, jualan mencapai hampir RM20k sebulan dan anda boleh membayangkan potensi pulangan dengan kini kami memiliki 3 buah motorhome untuk disewakan!

Buat yang berminat tetapi tidak mempunyai modal tersebut, jazakumullah khairan saya ucapkan di atas minat tetapi buat masa ini saya mencari rakan perniagaan yang mempunyai modal yang disebut serta mahu mengendalikan perniagaan ini.

Kalau ada yang memenuhi kriteria yang disebutkan dan berminat, sila DM saya telegram akaun ini dan kita akan berkomunikasi dari situ.

Ini akaun Instagram Merdeka Motorhome - https://www.instagram.com/merdekamotorhome/
Dialog Merdeka bersama keluarga muallaf tahun 2024 akan bermula sebentar lagi, jam 9.30 pagi
Bagaimana Isu di Gaza Mempengaruhi Dakwah

https://youtu.be/GrSFTC4C4Iw

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong esok, 21 Ogos di TV Al-Hijrah jam 6.30 pagi.
Bukan Islam Menilai Islam Pada Penganut Bukan Pada Kitab

https://youtu.be/MoEe2FDsOxw

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Semoga kita dibangkitkan dalam keadaan beriman. Allahuma Ameen
2024/09/27 19:24:14
Back to Top
HTML Embed Code: