Telegram Web Link
Al Fudhail bin Iyadh rahimahullah (wafat 187 H) berkata:

“Janganlah engkau mengangap buruk jalan-jalan kebenaran karena sedikit orang yang menjalaninya. Dan jangan pula terpedaya oleh banyaknya orang-orang yang binasa”
(Dinukil dari Al Adabusy Syar’iyyah 1/163)
InshaAllah pada malam ini di Surau Al Mujtaba, PPAM Metropolitan, Kepong

Kita Jumpa di sana.

- Admin (I)
Hijrah, pengorbanan atau pelaburan?

In Sha Allah akan ada _’paradigm shift’_ (anjakan paradigma) dalam topik hari ini.

Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong, Selasa, 14 Julai 2024 di TV Al-Hijrah jam 9.20 pagi.

Boleh saksikan secara online di pautan ini> https://www.mana2.my/channel/live/tv-alhijrah
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”
Paradoks atau hipokrit?
Allah berjanji siapa yang membantu agamaNya nescaya Allah akan membantunya. Tetapi persoalannya, adakah Allah memerlukan bantuan makhlukNya?

Apakah ciri-ciri orang yang membantu agama Allah & bagaimana kita boleh menjadi pembantu agama Allah?

Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong esok, 16 Julai jam di TV Al-Hijrah jam 6.30 pagi
”Malaysia tiada kebebasan agama!” - adu lelaki Hindu ini..

Betulkah tiada kebebasan beragama sebagaimana didakwa oleh individu ini ataupun terlalu banyak kebebasan sehingga ada rumah ibadah yang dipacak sesuka hati di tanah orang lain?

https://youtu.be/BCo6SncWDNM?si=3tGN2F1w3ek4z4lN
“Teruskan dakwah enta. Ana sokong kerja enta ni.”

Ada sedikit perbincangan di Jabatan Mufti Selangor pagi tadi dan terpaksa pendekkan kerana ada pula mesyuarat lain di KL.

Saya dimaklumkan Datuk Mufti sibuk dan hanya akan ingin bersalaman dan bertanya khabar kepadanya. Terkejut saya bila Datuk menjemput saya duduk di sofa dan sempatlah kami berbual lebih kurang 10-15 minit.

Saya mengambil kesempatan meminta nasihat dan pandangannya tentang beberapa isu dakwah tetapi saya tidak boleh kongsikan di sini kerana itu adalah perbincangan sulit. Cuma sebelum berpisah, Datuk ungkapkan ayat yang sama ketika awal perbualan;

“Teruskan dakwah enta. Ana sokong kerja enta ni. Ana ‘follow’ dari jauh di media sosial”

Jazakallahu Khairan SS Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir yang sudi meluangkan masa & memberikan pandangan serta nasihat berkaitan dengan uslub dakwah kepada saya.

*Kami berdua pernah menunaikan umrah bersama pada tahun 2017 & berforum bersama di Makkah.
”Apa yang ada dalam Islam tapi tidak ada dalam agama Hindu?” soal Ganesparan, seorang Hindu penghina Islam kepada Bro. Firdaus

Ada yang cuba backup tetapi…

Jangan lupa untuk ‘subsribe’ YouTube Channel saya

https://youtu.be/jiElif_GEIc?si=cUJcU45BQjIXu54w
“Ini sekolah Cina, kenapa hanya separuh dari lagu adalah lagu Cina? Kenapa segelintir kamu pakai Baju Melayu?” - pengetua Sekolah Cina

Ya, pengetua ini kononnya telah meminta maaf & video tersebut telah dipadamkan, tetapi bak peribahasa Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, macam biasa minta maaf sahaja.

Sebelum mana-mana chauvinis atau mereka yang apologetik & terpaling toleransi nak kritik saya, berita dilaporkan portal Inggeris ya.

Tak terkejut pun budaya begini. Semasa kafir dulu pun kalau makan pakai tangan, mesti ada je Cina tegur,

“Apasal makan pakai tangan? Mau jadi Melayu kah?”

Tertanya saya dalam hati,

“La, orang India pun makan pakai tangan apa? Kenapa nak ‘highlight’ Melayu je. Apa masalahnya makan pakai tangan kalau perlu? KFC pun tagline dia ‘finger lickin’ good’ apa? Tak pula pergi kutuk KFC nak jadi Melayu!”

Malas nak tulis banyak-banyak. Selebihnya saya tulis dalam buku terbaru saya nanti.
2024/09/28 13:23:29
Back to Top
HTML Embed Code: