Telegram Web Link
Adakah majoriti manusia peduli tentang fakta & kebenaran atau lebih mengutamakan perasaan & keselesaan.

Agama adalah berdasarkan keyakinan (kebenaran) yang dimanifestasikan dengan amalan bersandarkan fakta bukannya beragama berdasarkan keselesaan dengan menolak mana yang menjadikan kita kurang selesa & berbeza dengan gaya hidup kita.

Fikir-fikirkan.
“Brother Firdaus, here is some money for you!”

Prof. Trond Frestad menghampiri saya sebelum saya memulakan sesi pagi tadi,

“Brother Firdaus, here is some money for you.”

Saya sedikit terkejut kerana bengkel yang kami kendalikan adalah PERCUMA, makanan, minuman hatta Al-Quran terjemahan semuanya adalah PERCUMA. Kami tidak mengenakan bayaran kepada mereka. Saya bertanya kepada Prof. Trond;

“What is this for? We didnt charge for the workshop.”

Prof. Trond membalas;

“Yes I understand that but we appreciate what you have done and please continue your great works.”

Tidak sangka seorang pensyarah universiti dari Norway yang Belum Muslim bukan sahaja menghargai usaha dakwah kami tetapi menyokong usaha kami dengan menyumbang sebanyak RM1,000 serta meminta kami meneruskan usaha dakwah kami. Alhamdulilah.

Sesi hari ini lebih rancak & menarik di mana jumlah soalan yang ditanya 2-3 kali ganda lebih banyak dari semalam selain kualiti soalan yang ditanya.

Sebagai penceramah, sudah pasti saya sangat gembira dengan perkembangan ini kerana ini menandakan mereka memberikan perhatian dengan bertanya soalan yang mencabar.

Prof. Dr Rafidah Hanim juga turut hadir berkongsi topik ‘Gender Roles in Islam’ yang juga menerima begitu banyak soalan PANAS.

Salah seorang pelajar lelaki memberitahu kepada saya;

“I cant wait to get the Quran and read it. I have a lot of Muslim friends in Norway. Hope I will learn something from the Quran.”

Dalam ucapan penutupnya, Prof. Trond bertanya kepada pelajarnya,

“When we get Bro Firdaus to Norway, would you guys want to listen to him again?”

Alamak! Malu gila kalau mereka jawab tak nak. Berdebar dalam hati. Nak sorok mana muka ni.

“Yeahhh, sure”

Pelajar menjawab tanpa berfikir panjang sambil mata terbuka besar dan mengangguk angguk kepala mereka. Fuhhh.. Lega sikit..

Sebelum berpisah, Prof. Trond masuk ke bilik pejabat saya memaklumkan dia akan usahakan secepat & sebaik mungkin jemputan rasmi untuk saya ke University of Agder. Lalu saya bergurau dengannya,

“Not during this time of the year. I would love to experience snow but not 6 feet snow as high as you.”

Hahahahaha.. Kami ketawa bersama lalu beliau menjawab;

“No no no. The best time will be September or October.”

In Sha Allah doakanlah agar kami diberikan kesempatan untuk menyebarkan dakwah di bumi Norway pula.

Prof. Trond sebagai Belum Muslim memberikan sumbangan untuk menyokong dakwah kami, sahabat juga boleh menyokong dakwah kami;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Terima kasih Prof. Trond & pelajar dari University of Agder, Norway..
Sebagai Muslim, saya tidak bersetuju dengan kenyataan dia yang mencadangkan Belum Muslim dilantik dalam jawatankuasa syariah & sebagai Muslim juga saya tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana individu atau kumpulan yang membaling molotov cocktail sehingga membakar tiga buah kereta miliknya.

“two wrongs don't make a right”

Biar polis siasat & jangan buat kesimpulan atau tuduhan siapa yang melakukannya..
Saya tiada masalah media berbahasa Cina melaporkan kenyataan mana-mana pendakwah Islam.

Saya mula akan curiga & tertanya hanya apabila sebuah media berbahasa Cina yang demografik pembacanya berkemungkinan besar adalah berbangsa Cina & juga kebarangkalian yang besar mereka adalah Belum Muslim lebih banyak menerbitkan kenyataan pendakwah Islam berbanding dengan kisah agama yang dianuti majoriti pembacanya.

Saya akan cuba sangka baik, barangkali media Cina nak bantu sebarkan agama Islam untuk difahami bangsa Cina Belum Muslim. Namun, berita yang mereka pilih tidak menampakkan itu tujuan mereka.

Bukan sekali dua, tetapi berkali kali. Hampir saban minggu jikalau bukan sehari dua pasti akan berita tentang kenyataan pendakwah Islam.

Kenapa media Cina tidak menonjolkan lebih banyak artikel tentang agama Kristian, Buddha, Taoism & Hindu?

(Sambungan di ruangan komen)
2024/10/04 15:23:17
Back to Top
HTML Embed Code: