Telegram Web Link
PMX TERENCAT AKAL!

Itulah antara komen biadab netizen di media berbahasa Cina terhadap tindakan PMX, Anwar Ibrahim melarang kapal Israel untuk berlabuh di Malaysia.

Apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka atau mengikut kehendak mereka, dipuji melangit tetapi bila kerajaan atau PMX buat keputusan atas kepentingan negara, pelbagai cacimaki dan hinaan.

Setiap minggu di sekolah baca Rukun Negara, KESOPANAN & KESUSILAAN tetapi ianya seperti tidak membawa kesan kepada mereka.

Link asal berita;- https://www.facebook.com/share/eRkH2y4m2BSzNNaB/?mibextid=WC7FNe
Saya dah kata bahawa saya mempunyai prinsip tidak akan bercakap dan melakukan sesuatu tanpa bukti.

Saya kata laporan polis telah dibuat, memang ianya telah dibuat. Berani kerana benar. Biarlah apa orang nak kata.

“Merujuk kepada laporan polis dilihat The Merdeka Times, Muhammad Addinullah Mohd Hazmi, 34, berkata beliau dan isterinya menerima satu dokumen daripada bekas suami isterinya pada 20 Julai lalu, memaklumkan beliau (bekas suami isteri) mengkristiankan anak-anaknya.”


https://themerdekatimes.com/news/2023/12/lelaki-muslim-dakwa-tiga-anak-tirinya-dimurtadkan-di-gereja/
Instagram ‘ban’ saya dari buat ‘live’ sehingga 28 Feb 2024. Tak mengapa.

10mlm ini di TikTok saya, episod 2 Murtad, Punca & Solusi..
Bukan sahaja ‘reach’ di Facebook Page rendah kerana ‘shadow ban’ tetapi saya juga dilarang untuk buat sebarang ‘live’.. Perkara yang sama di Instagram saya.

Terpaksa buat live di TikTok & YouTube buat masa ini.

Sahabat boleh ikuti video-video & ‘live’ saya di kedua-dua platform. Follow & subscribe..
Street Dakwah ‘Paksa’ Orang Masuk Islam?

ALHAMDULILAH. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR…

Kami menerima perkhabaran gembira tengah malam semalam apabila seorang remaja Cina yang disantuni Bro Azim pada March 2023 memaklumkan bahawa dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

ALLAHUAKBAR…. ALHAMDULILAH…

Bro Azim menyantuni remaja ini ketika Street Dakwah di Bukit Bintang pada March tahun ini. Remaja ini sangat terbuka & objektif dalam perbincangan dengan Bro Azim. Hampir sejam setengah mereka bersoaljawab di Bukit Bintang.

Antara soalan yang ditanya oleh remaja Cina ini adalah tentang kenapa dilarang makan khinzir, asal usul nama Islam, siapa Nabi Muhammad, apa itu Al-Quran dan banyak lagi.

Sebelum berpisah, Bro Azim menghadiahkan senaskah terjemahan Al-Quran & beberapa risalah yang dibeli MRM hasil sumbangan sahabat semua.

Beliau membaca Al-Quran yang dihadiahkan kepadanya & menjadikan beliau lebih selesa serta dekat dengan Islam.

Sebab itu kami selalu mengatakan, jangan sesekali perkecilkan sehelai risalah mahupun sebuah Quran yang dihadiahkan kita kepada kenalan kita yang Belum Muslim. Allah boleh menjentik hati mereka dengan usaha kita itu dan menjadikannya asbab mereka dikurniakan hidayah.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang selama ini menyokong usaha dakwah kami di MRM untuk terus amar makruf nahi mungkar.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Sangat comel apabila di penghujung mesejnya dia meminta maaf kepada Bro Azim kerana menghantar mesej kepadanya tengah malam. Beliau tidak dapat menahan keterujaannya selepas mengucapkan dua kalimah syahadah & tak sabar mahu berkongsi dengam Bro Azim yang menjadi antara asbabnya kembali kepada kebenaran.

Selamat pulang ke agama fitrahmu.. Teruskan sokongan sahabat semua kepada usaha kami di MRM…

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02BSqvWd99dSgvQcKopuR1KyycLCmMK7ZHj4yMgUmfSTR9HT7wvqmm5znWD8iTpNtdl&id=100044182431632
Alhamdulilah. Allahuakbar.

Allah menjadikan Mega Street Dakwah anjuran MRM semalam sebab asbab seorang lelaki Cina Kristian memeluk Islam setelah bersoal jawab hampir 45 minit.

Nantikan video perbualan antara saya dengan dia.

Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua. In Sha Allah akan, Street Dakwah mingguan kami pada setiap Ahad, 3-6petang berjalan seperti biasa hari ini.
“Pray for Israel” - Pengasas Kingdomcity Malaysia, Mark Varughese

Dalam posting bertarikh 28 Oktober 2023, pengasas Kingdomcity Malaysia yang berasal dari Australia berkongsi poster“Pray for Israel” & bendera Israel..

Ya, pengasas Kingdomcity Malaysia & rakan Hannah Yeoh. Mungkin wartawan boleh tanya apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan kawan dan pastor beliau ini yang tidak selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang Hannah juga berada di dalam kabinet menteri.
Saya beli ikan adakalanya siang adakalanya malam tapi saya pastikan hanya beli ikan yang dah siang & asing dua tiga beg untuk mudah dicuci serta diasingkan terus dalam peti sejuk.

Senangkan isteri masak. Happy wife happy life.

Hidup dah cukup sibuk dengan pelbagai isu, jadi suami kena juga cerdik kurangkan peluang & ruang untuk syaitan tanam benih perselisihan dengan yang tersayang.

Allah sebut suami isteri adalah untuk lengkap melengkapi bukannya fokus pada kekurangan pasangan.

Lelaki atau perempuan yang dah kahwin, tak sibuk sangat isu begini. Biasanya yang bujang yang masih belum masuk ke alam realiti.

Selamat malam..
Bila saya kritik BERSATU/PAS/PN, mereka gelar saya walanon. Bila saya kritik PKR/UMNO/AMANAH/DAP/PH, saya digelar walaun.

Tak perlu susah susah cari dan kaji saya ahli parti mana. Saya bukan ahli kepada mana-mana parti.

Saya berkawan dengan semua atas prinsip & menegur juga atas prinsip. Kita sokong apa yang baik & betul tanpa melihat siapapun mereka tetapi kita menegur mana yang tak betul tanpa melihat siapapun mereka.

Berminat dengan prinsip saya yang begini? In Sha Allah kita boleh berkawan. Tak berminat? Tak mengapa. Tak semestinya bermusuh. 😉

*ini komen di posting saya tentang Pastor Mark Varughese yang juga kawan Hannah Yeoh berdoa, “Pray for Israel”
Wanita Hari Ini TV3 tengahari nanti.

Program siang hari bukan siang ikan..
2024/09/29 11:23:33
Back to Top
HTML Embed Code: