Telegram Web Link
Malu apa bossku?

Ada hati nak hentam Islam tapi malu nak bagitau apa agamanya sendiri?

Ramai golongan begini yang jahil agamanya sendiri tetapi ada hati nak hentam Islam & berlagak macam pandai Islam hanya kerana tahu sedikit tentang Islam menerusi medsos!

Kenapa mereka menghentam Islam? Jahil agama sendiri & Islam serta sombong. Bodoh sombong..

Mereka tak akan berani kalau mereka sedar apa yang dalam kitab mereka sendiri dibandingkan dengan al-Quran.

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
(Al-Israa' 17:81)
Kerajaan Israhell mengakui kepada @cnn bahawa mereka tiada bukti bahawa bayi dipenggal oleh Hamas.

Pengakuan ini hadir selepas mereka menyebarkan penipuan dan fitnah yang ditelan bulat-bulat oleh pendokong Israhell termasuklah Presiden AS, @potus .

Akibat penipuan ini, beratus kanak-kanak, bayi dan orang awam dibunuh dengan kejam oleh tentera Zionis Israhell!

Kamu, ya kamu yang telah mempercayai penipuan ini, berapa lama lagi anda ingin terus diperbodohkan oleh media barat, Israhell & pendokongnya dan mula berfikir secara rasional?
Niresh Kaur, golongan yang terpaling membayar cukai. Sekarang Niresh kata dia ada hak masuk campur urusan agama Islam kerana dia bayar cukai.

Hebat tak logik dia yang terpaling bayar cukai ni?

Kami Muslim walaupun bayar cukai juga, tapi kami tak berminat kalian nak sembah apa dan nak cucuk sini sana. Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami.

Adakah ini isu 3R?
I’m Muslim first and the rest doesnt really matter to me.

Tanya nak jadi TERPALING CINA? Silakan.. Saya tak berminat untuk menjadi TERPALING CINA sebab bangsa tidak menjanjikan saya masuk syurga tetapi iman & taqwa.
[Sebab-Sebab Umat Terdahulu Dibinasakan]

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Apa saja yang aku larang, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku perintahkan, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyak bertanya dan MENYELISIHI perintah nabi-nabi mereka.” [HR. Bukhari, no. 7288 dan Muslim, no. 1337]
“Yahudi telah menetap di Israel sejak 1,600 sebelum wujudnya agama Islam - ITU ADALAH FAKTA?” - Siti Kasim

Betulkah dakwaan dia?

Sesiapa pun boleh ‘claim’ tetapi Allah mengatakan dalam Al-Quran (2:111) setiap ‘claim’ perlu dibawakan bukti. Sebagai Muslim, saya hidup dengan prinsip Islam.

Ramai yang suka ‘claim’ tetapi ramai yang gagal membuktikan ‘claim’ mereka.

Semoga Allah redha & terima sedikit usaha kita semua dalam menerangkan kebenaran & menepis maklumat yang salah. Allahuma Ameen
[Pernikahan Tidak Sah & Seperti Berzina?]

Di dalam Al-Quran, Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman tentang hukuman bagi orang yang melemparkan tuduhan zina terhadap orang lain;

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;"
(An-Nuur 24:4)

Bukan sahaja disebat tetapi Allah perintahkan agar jangan menerima persaksian orang itu buat SELAMA-LAMANYA.

Malahan menurut undang-undang Malaysia, Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, tuduhan zina jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Amat buruklah akhlak dan sikap seseorang apabila menuduh pernikahan seseorang itu tidak sah dan dianggap berzina hanya kerana perbezaan fekah. Sikap seperti ini jauh sekali dari ajaran Islam.

Sekarang terpulang kepada Muslim samaada ingin taat kepada perintah Allah iaitu tidak menerima persaksian individu yang menuduh orang berzina itu buat selama-lamanya atau ingkar pada perintah Allah kerana taasub dan kebencian pada golongan lain.

Allahu Musta'an...
Semoga Allah melaknat Zionis & para pendokong Zionis di dunia serta akhirat!
Sebab itu bila media barat atau yang acah-acah Barat laung kebebasan bersuara dan mereka adalah media yang bebas, saya akan tersenyum sinis.

I know they couldnt be serious about that.

Pada 2015, The Guardian mempertahankan tindakan biadab Charlie Hebdo melukis kartun Nabi Muhammad sebagai kebebasan bersuara & berkarya. Fast forward 8 tahun kemudian iaitu pada 2023, The Guardian memecat salah seorang kartunis yang telah berkhidmat dengan The Guardian selama 40 tahun iaitu Steve Bell kerana beliau melukis kartun pengganas Zionis (PM Israhell), Benjamin Netanyahu.

Free speech dilaungkan bila kena pada orang lain tetapi bila kena pada batang hidung sendiri, prinsip free speech seperti tidak pernah wujud.

Geng terpaling free speech..
Sebagaimana dijangka, Amerika Syarikat memveto Resolusi ‘pemberhentian kemanusian’ Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan bantuan kemanusian dihantar ke Gaza.

Ladies & gentleman, diperkenalkan PEJUANG HAK ASASI KEMANUSIAN PALING LANTANG DI DUNIA yang menghalang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza!

Bagi AS, nyawa rakyat Palestin samada Muslim atau Kristian kurang bernilai berbanding yang lain.

Duta Israel ke PBB berterima kasih kepada AS kerana memveto resolusi itu!

Siapa mempunyai kuasa, keadilan & kemanusian akan mengikut takrifannya. Keadilan yang sempurna tidak mungkin akan dicapai di dunia ini.

Sebab itu di dalam Rukun Iman adanya beriman kepada Hari Kiamat di mana semua manusia baik Muslim atau kafir akan diadili oleh Allah Yang Maha Adil & KEADILAN MUTLAK akan dicapai.

“Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.”
(An-Nuur 24:25)
Ini adalah ciapan dari PM pengganas Israel, Benjamin Netanyahu yang menurut Lemkin Institute for Genocide Prevention , adalah ekspresi untuk melakukan ‘genocide’ (pembunuhan beramai-ramai)

Trend membuat posting atau ciapan kemudian memadamkannya menunjukkan betapa berkobar-kobarnya Israhell untuk melakukan kekejaman tanpa mempedulikan tekanan antarabangsa kerana mereka disokong tanpa berbelah bahagi oleh Amerika Syarikat!
Sesiapa sahaja boleh tidak bersetuju dengan kenyataan Michael Ang tentang konflik Israel-Palestin tetapi sehingga mengatakan dia tidak layak menjadi Muslim hanya kerana tidak setuju dengan kenyataan dia adalah tindakan yang sangat melampau.

Juga tindakan yang melampau adalah apabila kita melibatkan ahli keluarga dia dalam isu ini. Islam tak ajar begitu!

Apakah dengan mengatakan dia tidak layak menjadi Muslim menjadikan kenyataan kita itu sendiri sangat Islamik?

Bukan urusan kita mengatakan siapa layak atau tidak layak menjadi Muslim. Banyak nikmat yang kita sebenarnya tidak layak kecapi tetapi Allah tetap kurniakan nikmatNya kepada kita. Kita mungkin baik hari ini tetapi ianya adalah atas rahmatNya bukan kerana kita hebat;

“Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Ali Imran 3:103)

Tugas kita adalah menasihati dan menegur satu sama lain agar menjadi Muslim yang lebih baik sambil kita juga memperbaiki diri untuk menjadi Muslim yang baik di sisi Allah.

Jangan kita nampak baik di sisi manusia tetapi sebenarnya buruk di sisi Allah Subhana Wa Ta’ala.
2024/10/03 11:16:05
Back to Top
HTML Embed Code: