Telegram Web Link
Bila solat bersama dua anak teruna saya yang berusia 16 & 11 tahun, baru terasa anak saya ni semakin dewasa dan Daddy mereka makin meningkat usia.

Saiz kasut kami bertiga semua sama, 7 1/2UK. Anak lelaki usia 11 tahun nak main ragbi, pakai but bola Daddy. Semoga semua anak-anak serta zuriat keturunan saya menjadi orang yang bertaqwa serta bermanfaat untuk agama. Allahuma Ameen.

*Saya mengajarkan kepada anak-anak saya apabila solat untuk rapatkan saf dengan kaki menyentuh satu sama lain agar Allah satukan hati kita sebagai Allah satukan kita dalam saf.

“Dahulu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memegang bahu-bahu kami sebelum solat, dan beliau bersabda: luruskan (saff) dan jangan bengkok, sehingga hati-hati kalian nantinya akan bengkok (berselisih) pula”
(HR. Muslim, no. 432).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Luruskanlah saff-saff kalian, kerana lurusnya saff termasuk kesempurnaan solat.” (Muttafaqun ‘alaih)
[HR. Bukhari, no. 723 dan Muslim, no. 433]
Ada tak kita terbaca Non Muslim di Amerika protes kenapa seorang Perdana Menteri mengIslamkan rakyat AS?

Takde kan..

Ya, perkara sebegitu hanya berlaku di Malaysia. Welcome to Malaysia..

Tak perlu layan bantahan mereka. Di mata mereka, kita nak buat dakwah pun salah, tak buat pun salah di mata Islamophobic ni. Teruskan sahaja usaha dakwah kita.

Teruskan, PMX untuk mengIslamkan masyarakat Malaysia Madani..
[SOP Multiracial Reverted Muslims - MRM Dalam Membuat Pendedahan Gerakan Anti Islam Serta Mengendalikan Aduan Mangsa Gangguuan Seksual & Jenayah Domestik]

Kami mempunyai SOP yang ketat dalam membantu mana-mana pihak. Antara SOP kami,

1. Individu yang dizalimi membuat aduan kepada kami atau orang yang mengenali individu yang dizalimi mengadu kepada kami.

2. Individu yang dizalimi itu sendiri secara sukarela tanpa dipaksa mana-mana pihak mahu mendapatkan bantuan dan nasihat kami.

3. Individu itu mestilah menunjukkan bukti-bukti yang asli seperti video, gambar & dokumen yang sah yang kemudiannya disahkan oleh kumpulan pakar kami bahawa semua itu adalah asli & tulen.

MRM mempunyai sukarelawan tenaga pakar dalam bidang agama (Fatwa, Usul Fiqh, Fiqh, Hadis, Maqasid Syariah, Tafsir, Sirah), IT Forensik, Kriminologi, Perundangan, Kaunseling Rumahtangga, Psikologis, Psikiatris & perang saraf media.

4. Kami akan menasihati individu tersebut untuk membuat laporan polis & membuat Akuan Bersumpah. Semua ini mestilah dilakukan tanpa paksaan dan secara sukarela.

5. Individu itu mestilah bersetuju mengikuti dan mematuhi kesemua SOP yang sekadar dengan ajaran Islam & undang-undang negara yang kami tetapkan dalam membantunya.

Jikalau individu itu gagal atau enggan mematuhi mana-mana satu SOP yang kami tetapkan, maka kami akan menarik diri dari membantu mereka.

Semua ini bertujuan melindungi mereka daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan bercanggah dengan ajaran Islam atau undang-undang negara atau kedua-duanya sekali!

6. Individu dan keluarganya akan diberikan khidmat kaunseling dari pakar psikologi, perubatan, psikiatrik dan bantuan guaman secara PERCUMA kerana MRM akan membayar segala kos yang diperlukan hasil sumbangan orang ramai.

Oleh kerana kami mempunyai SOP yang sangat ketat, maka sehingga hari ini tiada satupun individu baik dari kalangan ahli politik, artis, influencer & agamawan yang saman kami kerana bukti-bukti kukuh yang kami ada.

Proses pembuktian untuk kes jenayah yang didakwa oleh pihak berkuasa dengan pembuktian saman sivil adalah berbeza.

Pernah lihat kami dedahkan pelbagai gerakan sesat dan anti Islam? LTTE, Unification Church, Pure Life, Hindutva, kes Loh Siew Hong & kes gangguan seksual? P. Ramasamy pernah ugut nak saman tapi tak pernah disaman. Pernah terfikir kenapa mereka tak berani saman?

Saya hanya disaman oleh Atomy (M) Sdn Bhd setakat ini dan fulltrial adalah pada Okt 2024. Mediasi gagal maka saya akan lawan habis-habisan kerana saya ada bukti kukuh apa yang saya kongsikan.

Saya telah menyaman beberapa pihak kerana memfitnah saya dan juga dalam proses menyaman beberapa individu lain demi mempertahankan kebenaran.

Ada yang bertanya, ‘Kenapa tak pergi terus buat laporan polis dan mesti mengadu kepada saya atau MRM?’

Soalan yang bagus. Ramai mangsa atau ahli keluarga mangsa;

1. TAKUT disaman kalau mereka buat laporan polis. Mereka takut kerana pelakunya adalah seorang yang berkedudukan & mempunyai pengaruh dalam masyarakat.

2. TAKUT tiada orang percaya kerana pelaku adalah orang berkedudukan & berpengaruh dalam masyarakat kerana kerap kali yang menjadi mangsa atau disasarkan sebagai mangsa oleh pelaku adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga atau rumahtangga dan biasanya dari golongan marhaen.

Walaupun ada kalangan ustazah & selebriti yang menjadi mangsa tetapi mereka memikirkan imej mereka maka golongan ustazah & selebriti ini mendiamkan diri yang seterusnya menyebabkan wanita lain menjadi mangsa.

3. TAKUT dihina, dicaci, disindir & cyber bully.

Bezakan antara pelakunya adalah Mat Rempit atau penganggur dengan seorang yang berpenampilan menarik di medsos & mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Kalau nak faham contoh, boleh lihat komentar netizen di medsos apabila ada kes melibatkan golongan marhaen seperti Mat Rempit, penganggur ataupun orang biasa berbanding dengan tokoh politik, influencer atau selebriti.
Setelah membaca komentar netizen, anda sebagai mangsa atau ahli keluarga mangsa termotivasi dan lebih berani untuk membuat laporan atau merasa takut melihat cyber bully itu?

Tak dinafikan ada di antara akaun yang membuli mangsa di siber adalah cyber-trooper yang dibayar oleh pelaku untuk menakut-nakutkan mangsa dan ahli keluarga yang akan menyebabkan mereka kemurungan, tertekan dan seterusnya menarik balik kes.

Ianya juga adalah AMARAN dari pelaku kepada mangsa-mangsa lain agar jangan berani nak buat report kalau tak nak mengalami nasib yang sama. Sebab itu adalah pelaku yang setelah mereka melakukan perbuatan yang terkutuk berani berkata kepada mangsa;

“Awak ingat awak siapa? Awak report pun orang tak percaya. Saya famous, ada duit. Awak tu sampah.”

“Awak jangan dedah aib awak sendiri. Buat malu family je. Kalau berani report la tapi takde orang akan percaya awak pun.”

Jangan terkejut andai dalam beberapa bulan akan datang berita yang melaporkan ada lagi individu berprofil tinggi didakwa di mahkamah kerana jenayah seksual.

Kami buat kerja di belakang tabir membantu mangsa secara senyap & tidak membuat publisiti sebelum pihak berkuasa membuat kenyataan dan pendakwaan.

Pelaku-pelaku ini akan terkejut apabila secara tiba-tiba pihak polis menghubungi mereka, menyerbu pejabat atau rumah mereka lalu menangkap mereka & kemudian didakwa di mahkamah.

Ingat motto PDRM, ‘Polis & Masyarakat Berpisah Tiada’.

MRM tidak ambil alih tugas polis tetapi membantu polis. Siapa yang menuduh kami memfitnah & yakin dengan tuduhannya, mungkin boleh zahirkan keyakinan dengan ‘pm’ nama penuh & alamat agar anda dapat peluang menunjukkan bukti tuduhan anda terhadap kami di mahkamah apabila kami saman anda kelak.

Jikalau di dunia pun takut disaman, bagaimana pula nasib mereka yang menuduh kami memfitnah di akhirat kelak? Muflis akhirat.
5 cara kenalpasti ‘fake account’.

Tak perlu layan provokasi ‘fake account’.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setelah 5-6 tahun tidak bertemu dengan isteri & anaknya, Alhamdulilah hari ini lagenda skuasy negara, Muhammad Kenneth Low disatukan kembali dengan keluarganya.

Jazakumullahu Khairan kepada semua penyumbang MRM kerana dengan sumbangan anda itulah kami dapat mempertemukan mereka semula dengan menaja tiket penerbangan isteri & anaknya dari Sabah ke KL.

Teruskan menyokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
“Aunty Su” - Lai Yoke Kin Kembali ke Rahmatullah

Aunty Su - Lai Yoke Kin telah kembali ke rahmatullah (meninggal dunia) pada 10pm, 28 Sept 2023 (Khamis)

Dia telah bekerja dengan Multiracial Reverted Muslims (MRM) di bawah Bro Firdaus Wong sebelum memeluk Islam lagi sehinggalah beliau memeluk Islam pada Jun 2019.

Berikut merupakan butiran pengurusan jenazah pada 2️⃣9️⃣ Sept 2023 (Jumaat) :

8️⃣am - Mandi Jenazah

UPDATE
SELEPAS SOLAT JUMAAT - Solat Jenazah

Surau Al Islah, Taman Kajang Mewah

https://maps.app.goo.gl/xikXHkSTyeBFiH4QA

🔟am - Pengebumian Jenazah

Tanah Perkuburan Islam USJ22, 47630 Subang Jaya

https://maps.app.goo.gl/FgNGwJnYBQ8kJkuG6

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

013-305 2925 Syahir
0 13-414 4896 Azim
0 18-367 0765 Rina

Ketiga-tiga anaknya masih belum beragama Islam & diharapkan dengan kehadiran anda bersama mengurus, solat & kebumikan jenazah menjadi asbab mereka lebih dekat dengan Islam.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
**Sediakan tisu sebelum tonton video

Alhamdulilah. Jenazah staf MRM, Lai Yoke Kin atau dikenali sebagai Aunty Su selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22.

Jazakumullahu Khairan kepada semua yang hadir dan memberikan sumbangan. Segala kos pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh MRM atas sumbangan sahabat semua.

Jikalau sahabat-sahabat mahu memberikan sumbangan kepada anak-anak Aunty Su bagi meringankan beban mereka, boleh salurkan sumbangan anda ke akaun berikut dengan rujukan “SU”.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

100% sumbangan akan disalurkan kepada mereka tanpa sebarang caj pengurusan dan sebagainya.

Setelah 4 tahun memeluk Islam dan menjadi keluarga kecil kami di MRM, Aunty Su kembali kepada Penciptanya. Masakannya, celotehnya, sifat keibuannya, ketegasannya, senyumannya pasti akan dirindui oleh setiap staf & sukarelawan MRM yang pernah berinteraksi dengannya.
Malam ini di Masjid Asy Syakirin KLCC selepas solat Maghrib. Jom..
Wanita berbangsa India memeluk Islam di Street Dakwah MRM, Bukit Bintang semalam. Allahuakbar..
Bila sebut Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam, apa yang terlintas di fikiran anda?
Alhamdulilah. Allahuakbar...

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya membatalkan permohonan 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam di Mahkamah Tinggi Kuantan sebentar tadi. Alhamdulilah.

MRM menerusi Bahagian Undang-Undang MRM terlibat sejak awal dalam membantu MUIP dalam kes ini. Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara antara firma guaman yang bersama di dalam Bahagian Undang-Undang MRM. Alhamdulilah.

https://themerdekatimes.com/news/2023/10/muip-berjaya-batalkan-permohonan-deklarasi-137-orang-asli-keluar-islam/
2024/11/05 23:34:55
Back to Top
HTML Embed Code: