Telegram Web Link
Hak Pemain Ragbi ‘Dirompak’. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Perlu Buat Penjelasan!

Rabu lepas (26/7/2023) telah berlangsung perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi MSS Selangor (kategori Cup) antara Petaling Utama (PU) & Hulu Selangor (HUSEL). Perlawanan berakhir dengan keputusan PU 19 HUSEL 18. (Lihat screenshot pertama)

Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan pengadil, para pengadil keluar dari padang memaklumkan keputusan adalah PU 19 HUSEL 18 tetapi perlu double confirm dengan urusetia teknikal di tepi padang.

Setelah double confirm, pihak urusetia teknikal mengumumkan keputusan adalah PU 19 HUSEL 18 yang bermaksud PU akan masuk ke final kategori Cup buat julung kalinya.

Namun selepas itu, HUSEL membuat bantahan lisan akan keputusan itu dan setelah pengadil & urusetia teknikal berbincang hampir 40 minit, wakil urusetia mengumumkan keputusan adalah sebagaimana menurut ‘score card’ iaitu PU 19 HUSEL 18.

*ISU-ISU YANG PERLU DIJAWAB OLEH JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR di ruangan komen
Pukul 3pm semalam dihubungi muallaf yang saya Islamkan tahun lepas. Pukul 4.30pm terus beli tiket ke Sabah. Pukul 11.35pm sampai di Sabah. Last minute.

Pukul 10.30am pagi tadi selesai dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai. Esok balik KL.

Barangkali yang sahabat nampak hanyalah ceramah tetapi majoriti masa kami disibukkan dengan kes-kes belakang begini selain pentadbiran serta perancangan strategik.

Kami tidak mampu membantu semua tetapi jangan pula kerana tidak mampu buat semua lalu ditinggalkan semuanya pula.

Btw, sahabat Persatuan Peguam Syarie Sabah (PPSS) mengadakan ‘Klinik Bantuan Guaman Syarie’ setiap hari Jumaat dari 9.00-11.00 pagi secara percuma di Aras 2, Mahkamah Syariah Kota Kinabalu. Sahabat di Sabah boleh hadir mendapatkan nasihat dan bantuan mereka.
Tidak sokong PAS tidak menjadikan seseorang kafir dan murtad. PAS hanya parti politik bukan agama yang wajib ditaati.

Tidak sokong UMNO/MCA/MIC tidak menjadikan orang Melayu/Cina/India kurang keMelayuannya/keCinaan/keIndiaannya. UMNO/MCA/MIC hanya parti politik bukan penentu Melayu/Cina/India atau tidak seseorang itu.

Tidak sokong PKR tidak bermaksud seseorang itu tidak adil walaupun PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat. PKR bukan penentu keadilan kerana keadilan adalah prinsip yang berdiri dengan sendirinya.

Tidak sokong PARTI AMANAH tidak bermaksud seseorang itu tidak amanah kerana bersikap amanah itu adalah nilai mulia yang berdiri dengan sendirinya. Parti AMANAH hanyalah sebuah parti politik.

Tidak sokong DAP tidak bermaksud seseorang itu tidak demokratik hanya kerana DAP bermaksud Democratic Action Party.

Apa kesimpulan saya?

Kesimpulan saya adalah bersederhana dalam berpolitik. Jangan kerana politik maka kafir mengkafirkan sesama Islam, diputuskan silaturahim sesama keluarga & sanak saudara.

Bagi sekelompok, berjuang demi rakyat mungkin slogan demi mendapatkan kuasa politik kerana tidak mungkin mereka menyebut mereka mahu berjuang untuk diri sendiri.

Bagi sekelompok mungkin ada yang benar-benar ikhlas mahu berbakti dan menyumbang untuk agama, bangsa & negara.

Sebagai Muslim, pilihlah mana yang paling banyak manfaat untuk agama dan jikalau dirasakan dari segi manfaat mungkin lebih kurang sama, maka pilihlah mana yang kurang mudaratnya kepada agama, bangsa & negara.

Setelah dijalankan tanggungjawab memilih, ingatlah sesama Muslim adalah bersaudara dan kita diikat dengan akidah Islam. Persaudaraaan sesama Muslim itu jauh lebih penting dari politik & bangsa kita!

Bagi yang terpilih, laksanakan amanah setelah anda bertungkus lumus berkempen meminta untuk diundi menjadi wakil rakyat. Jadilah wakil rakyat yang mewakili suara rakyat bukannya suara parti. Rakyat memilih anda kerana janji-janji anda.

Jangan sesekali memberikan seribu satu alasan untuk tidak menunaikan janji dan melaksanakan tanggungjawab anda tetapi carilah seribu satu cara yang halal untuk menunaikan janji & tanggungjawab.

Ingatlah sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam;

“Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya’.”
(HR Muslim No: 203)

Bersederhanalah dalam berpolitik wahai saudaraku semua. Nasihat untuk diri dan semua bukannya khusus untuk sekelompok sahaja.
Saya ada perancangan untuk memulakan podcast yang memfokuskan tentang dakwah. Teknik berdakwah, menjawab persoalan klasik dan kontemporari.

Nak survey, berapa ramai dari 133,192 subscribers di Telegram Channel saya ini berminat untuk subscribe dan ikuti podcast saya kelak?

Mungkin 2 sesi ringkas dalam 5-10 minit dalam seminggu buat permulaan? Atau ada cadangan lain?
Ini adalah kes yang saya kendalikan apabila terpaksa bergegas ke Sabah pada minggu lepas. Boleh baca status saya di sini : https://rb.gy/2c0e6

Saya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut pada waktu itu kerana kes ini melibatkan dua individu berprofil tinggi & sebab-sebab lain yang tidak boleh dikongsikan lagi.

Doakan..
Hari ini saya ‘Sweet 18’. Alhamdulilah

“Eh, takkan umur Bro baru 18 tahun?”

Hahaha.. Tidak.. Umur dunia lebih dari itu tetapi hari ini, 10 Ogos 2023 adalah ulangtahun ke-18 saya kembali kepada Islam!!! Allahuakbar. Alhamdulilah.

Dari kegelapan kembali kepada cahaya kebenaran Islam. Alhamdulilah.
Apa jua parti yang anda sokong, anda boleh belajar & memeluk Islam.

Hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk mendapatkan risalah Islam PERCUMA, kelas PERCUMA & memeluk Islam, juga secara PERCUMA!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gol nasib atau nasib gol?

Sekadar bersukan untuk berukhwah dan menyihatkan badan. Kalah menang takpe..

Boleh tercalon #puskasaward ke? 😜
Kerana apa benda Abg Tesla, poligami sekali lagi jadi perhatian & kecaman. Saya tak kenal pun siapa Abg Tesla dan mungkin dia dia pun tak kenal saya.

Wahai wanita, tahanlah lisan dan jarimu. Saya risau kerana emosi, anda bercakap dan menulis sesuatu yang menyebabkan dirimu terjerumus dalam dosa.

Orang lain yang kahwin, kenapa pula anda pula yang terasa? Bukannya suami anda yang berpoligami, bukannya lelaki itu pinjam duit dari anda, dan yang paling penting dia tak kahwin dengan anda.

Ke memang dah jadi acara wajib bila tahu ada mana mana lelaki kahwin atau berpoligami anda mesti nak komen?

Lelaki, samada anda ingin berpoligami atau tidak, belajarlah rumah rumahtangga menurut Islam termasuklah apa itu poligami. Monogami & poligami itu dua duanya sunnah. Sedikit peringatan dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam untuk semua;

“Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(HR. Tirmidzi no. 2317)

Apa manfaat anda dapat dengan buat banyak posting dan komen mengutuk perkahwinan orang lain? The least you can do adalah doakan kebahagian dan kebaikan untuk dia agar malaikat mendoakan perkara yang sama untuk anda.
Kita akan ada perbezaan sampai kiamat tetapi adakah itu bermaksud kita tidak boleh bekerjasama?

#firdauswong #cinamuslim #politik #islam #muslim #tauhid

https://vt.tiktok.com/ZSLsU5FP6/
2024/10/03 15:32:25
Back to Top
HTML Embed Code: