Telegram Web Link
“Mereka kata encik boleh tolong!”

Pagi semalam, seorang lelaki India beragama Hindu ‘walk-in’ ke pejabat MRM. Bukan nak bertanya tentang Islam atau memeluk Islam tetapi nak minta bantuan beli tiket flight.

Bila ditanya dari mana dia tahu office kami, dia memberitahu dia telah ke pejabat PERKIM & pegawai di PERKIM berikan alamat MRM & memberitahunya di MRM dia akan dapat bantuan beli tiket flight.

Pada sebelah petang pula, saya menerima panggilan dari seorang muallaf yang katanya baru keluar dari pejabat MAIS. Pegawai di situ memberikan nombor saya untuk dihubunginya. Muallaf ini mengadu ada tunggakan hutang berbelas ribu dan mendakwa pegawai MAIS minta hubungi saya kerana saya boleh tolong.

Seminggu dua ni, tiba-tiba kami terima banyak panggilan dan ‘walk-in’ ke pejabat MRM samaada dari muallaf, lahir Muslim hatta Belum Muslim. Majoriti call nombor saya terus.

“Kenapa mereka call & ‘walk-in’?”

Mereka nak meminta bantuan, secara spesifik bantuan kewangan. Yang paling best ialah mereka dapat nombor telefon saya dari orang surau, masjid, NGO lain, PERKIM & MAIS.

Ayat mereka hampir sama;

“Saya pergi (surau, masjid, PERKIM, MAIS) minta bantuan. Mereka bagi nombor encik & kata encik boleh tolong.”

Saya harap itu hanya dakwaan mereka sahaja dan bukannya benar benar mereka ke surau, masjid, PERKIM atau MAIS & kemudian pegawai di situ meminta mereka menghubungi saya kononnya saya boleh membantu. Saya harap itu tidak benar.

Andai ianya benar, saya merasa kecewa dengan sikap pegawai yang semena-mena memberitahu saya dan MRM boleh tolong. Ianya memberikan janji dan harapan palsu kepada mereka.

Fokus utama MRM adalah dakwah dan kebajikan hanyalah cabang kecil dari dakwah kami. Mungkin dari segi ratio, kebajikan mungkin dalam 5-10% sahaja.

Pegawai surau & masjid sepatutnya meminta pemohon ini ke Baitulmal & Pusat Zakat untuk memohon bantuan dan bukannya meminta mereka ke MRM lalu memberitahu kami boleh tolong.

Manakala pegawai di PERKIM atau MAIS, mereka pasti tahu institusi manakah yang lebih sesuai berbanding dengan meminta pemohon ke NGO kecil seperti MRM. Institusi agama terima dana puluhan atau ratusan juta kutipan zakat manakala kami sebagai NGO kecil perlu berhempas pulas mencari dana untuk berdakwah.

Jarang sahabat-sahabat akan nampak kami di MRM membuat kempen di medsos untuk meraih sumbangan tetapi Alhamdulilah Allah bantu dengan menarik tentera-tenteraNya untuk menyokong kami tanpa perlu kami merayu atau membuat kempen iklan. Alhamdulilah.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa kami di MRM tak fokus sangat pada kebajikan?

Antara sebabnya adalah majoriti NGO di luar adalah NGO berteraskan kebajikan. Mungkin tidak keterlaluan saya anggarkan tidak kurang dari 95% NGO di luar adalah berteraskan kebajikan.

Dakwah khususnya dakwah kepada Belum Muslim & menghadapi cabaran serangan pemikiran memerlukan kepakaran yang spesifik serta fokus maka kami memilih untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada dakwah.

Dakwah memerlukan kami mempunyai unit R&D, unit kreatif, unit media, sayap wanita & latihan berterusan untuk mengemaskini ilmu dan kemahiran.

*Alangkah baiknya jikalau pegawai-pegawai di surau, masjid, PERKIM & MAIS apabila ada orang ingin memberikan sumbangan dan sebagainya juga meminta para penyumbang itu untuk sumbangkan kepada MRM sebagaimana mereka meminta pemohon sumbangan untuk meminta bantuan dari kami. Alangkah bestnya ☺️
“I DONT WANT YOU TO DISSAPPEAR LIKE RAYMOND KOH”
Sejak kali pertama ke Afrika pada 2016, saya boleh katakan ianya sangat menginsafkan serta memotivasi saya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Apa sebabnya?

Dari segi makanan. Antara makanan ruji mereka adalah tepung. Nasi, kadang-kala apatahlagi daging. Pernah kami dijamu daging oleh tuanrumah tetapi orang awam hanya mampu menelan air liur melihat kami memakan daging.

Untuk AidilAdha yang bakal menjelang tiba ini, Mercy Mission yang sangat aktif di Afrika akan mengadakan program Qurban di mana selain dari beribadah, sahabat-sahabat juga boleh akan dapat berkongsi nikmat memakan daging dengan saudara seagama di 9 negara Afrika di mana daging korban akan diagihkan kepada mereka.

Ini bukan program MRM tetapi saya membantu mereka untuk mempromosikan program korban mereka di Afrika. Sahabat boleh klik di bawah ini untuk melakukan ibadah korban di Afrika. Bantu sebarkan agar kita sama-sama berkongsi rezeki dengan saudara seagama kita di Afrika.

KLIK LINK INI UNTUK IBADAH KORBAN - http://bit.ly/3X1LzgS
Perspektif memainkan peranan yang penting membentuk persepsi dalam masyarakat.

Bayangkan satu cawan yang diisi separuh air.

Kita boleh kata ianya ‘half empty’ atau ‘half full’. Mungkin kita kata ianya membawa makna yang sama tetapi sebenarnya memberikan persepsi berbeza & persepsi itulah yang akan kekal dalam minda separuh sedar kita!

Begitu juga dalam kajian ini. Majoriti media berbahasa Inggeris meletakkan tajuk;

“Transgender rights : Msia second-WORST…”

Buruk membawa konotasi negatif, kurang elok, hodoh, rosak. Ada satu je buruk yang mungkin orang suka iaitu kuih batang buruk.

Tetapi dalam kajian itu, ianya juga bermaksud Malaysia menjadi negara kedua paling TEGAS sehingga menyukarkan ideologi songsang itu disebarkan dan diamalkan tanpa mendiskriminasi mereka sebagai manusia.

Kenapa majoriti media berbahasa Inggeris menggunakan konotasi negatif berbanding positif? no prize for the right guess..

The Merdeka Times memilih untuk melihat dari konotasi positif. Tahniah Ketua Editor TMT, Finaz Yunus.
Dahulu ramai mencacimaki saya kerana terlibat membantu mangsa gangguan seksual kononnya saya memfitnah dan dengki sedangkan yang saya lakukan adalah membantu mereka yang dizalimi.

Alhamdulilah hari demi hari masyarakat makin bijak dan nampak REALITI. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua. Jikalau diulangi taktik yang sama, masyarakat akan trigger dan hidu something. Netizen Malaysia ni kalau bab risik merisik ni, MOSSAD & CIA pun takut oh.

Maaf, hanya yang celik dan sanggup berfikir sahaja akan keluar dari ketaasuban. Moga Allah ampunkan mereka yang telah menghina saya dalam kejahilan & bertaubat. Mereka yang masih tidak bertaubat dan insaf, saya serahkan urusan mereka kepada Allah untuk adili di Padang Mahsyar.

Saya tak koyak pun bila dicaci & dihina. Saya cuba jaga keikhlasan diri & fokus membantu mereka yang dizalimi tatkala ramai individu yang telah mangsa-mangsa cuba dapatkan bantuan tetapi mereka semua yang kononnya 'influencer' menolak untuk membantu kerana takut dikecam.

Takpela, saya dah dilatih untuk berjiwa kental bantu apa yang mampu... Kalau mudah koyak, cukup sekadar amar makruf TETAPI jangan nahi mungkar kerana bila nahi mungkar pasti akan akan dikecam.

Cukuplah Allah tahu apa niat kita dan hanya mengharapkan keredhaan dariNya sahaja.
Jesus Anak Tuhan Literal Atau Metafora?

Pastor Kristian ‘contradict’ hujah sendiri. | Bro Firdaus Wong vs Pastor

#firdauswong #streetdawahmalaysia #streetdakwahmalaysia #streetdawahmrm #multiracialrevertedmuslims

https://vt.tiktok.com/ZSLM6YXhS/
Syukur saya beragama Islam

Semalam menghadiri solat jenazah dan kemudian pengebumian Tuan Hj Fadzil, penunggang Ducati yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak sebuah motorsikal yang melawan arus.

Bukan kali pertama saya menghadiri solat jenazah & pengebumian tetapi setiap kali menghadirinya, timbul rasa keinsafan dan kesyukuran. Bukan sekali dua tetapi SETIAP kali. Kenapa merasa insaf & bersyukur?

Saya merasa insaf kerana teringatkan hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa ingatlah pemutus kelazatan iaitu kematian. Ya, kematian itu memutuskan kita dari segala kelazatan di dunia. Sama ada seseorang itu percaya kepada Tuhan atau percaya kepada hari Akhirat, yang pasti dia percaya setiap yang hidup pasti akan mati. ITU PASTI!

Sebesar mana rumah kita, sepopular manapun kita, semahal mana kereta kita, secantik mana pakaian kita, akhirnya rumah abadi kita adalah di liang lahad 3x7 kaki menanti hari Kiamat seorang diri dan yang menjadi peneman hanya amal soleh kita. Kenderaan terakhir yang kita naiki hanyalah van jenazah dengan badan kita terbujur kaku diselimuti kain kafan putih.

Kematian orang lain menjadi peringatan kepada diri kita bagaimana kita juga bakal menyusul, entah bila tetapi kita pasti akan menyusul. Sebagaimana kita terkejut dengan kematian mengejut tanpa mengira usia, akan tiba masa orang lain akan terkejut dengan kematian kita pula.

Persoalannya bukan mati atau tidak tetapi persoalannya bagaimanakah keadaan kita semasa meninggal? Pengakhiran yang baik atau yang buruk? Muslim atau kafir? Semoga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik sebagai orang beriman. Allahuma Ameen

Saya juga merasa bersyukur bagaimana mudahnya, ringkasnya, murahnya, praktikalnya Islam menerusi pengebumian.

Apabila seseorang mati, disunnahkan untuk dipercepatkan tanpa ditangguhkan, kos keseluruhan tidak lebih dari RM1,000 dan jikalau waris tidak mampu , maka kos akan dibayar oleh masyarakat setempat.

Bagaimana menurunkan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, sanak saudara, kenalan hatta adakalanya orang luar yang tiada pertalian darah dengan si mati. Indahnya kerjasama dan persaudaraan Islam.

Tiada istilah takut masuk ke liang lahad menyambut jenazah. Tiada istilah takut menyentuh jenazah. Jenazah disambut dan diletakkan di dalam liang lahad dengan penuh sopan dan kasih sayang. Khidmat terakhir terhadap si mati dari kita yang masih hidup.

Sememangnya wasiat saya buat ahli keluarga saya adalah jikalau ditakdirkan saya meninggal dunia di luar negara, maka jangan membazir wang membawa jenazah saya pulang. Semadikan saya di mana jua jenazah saya berada. Gunakanlah wang yang mahu diperuntukkan bagi membawa pulang jenazah saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang dan berwakaf atau bersedekah atas nama saya agar saya mendapat manfaatnya.

Jikalau mereka membawa pulang jenazah saya, apa manfaat buat diri ini yang sedang menanti hisab dari Mungkar & Nakir?

Jikalau saya meninggal di Malaysia dan ditakdirkan ada ahli keluarga yang jauh di luar negara, maka segerakan juga pengebumian saya tanpa perlu menanti mereka pulang untuk menatap wajah diri ini. Cukuplah memori yang kita telah bina semasa hidup menjadi kenangan seumur hidup buat mereka.

Tidak perlu buat sebarang kenduri & tahlil buat diri ini tetapi gunakan duit itu untuk waqaf, sedekah kepada yang memerlukan. Jangan terlalu menangisi pemergian saya melebihi 3 hari.

Teruskan hidup dengan cekal, teruskan beramal soleh dan senantiasa mendoakan diri yang sudahpun terputus segala amalan kecuali ilmu bermanfaat yang telah diajar/disebarkan, sedekah jariah serta doa anak yang soleh. Itu pelaburan akhirat yang telah dilakukan semasa saya masih hidup.

Syukur Allah kurniakan hidayah buat diri ini untuk memeluk Islam. Syukur atas nikmat Islam..

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka handaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
Adh-Dhuha 93:11 )
2024/10/01 09:31:26
Back to Top
HTML Embed Code: