Telegram Web Link
Saya dihubungi pensyarah sebuah universiti. Beliau memberitahu bagaimana mereka suka dan tertarik dengan metodologi saya berdakwah.

Maka oleh itu mereka (pihak universiti) mahu melantik saya sebagai penasihat industri bagi Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama) universiti tersebut.

Awalnya saya menolak kerana beranggapan saya tidak layak dan juga ramai lagi di luar yang jauh berpengalaman dan hebat. Bukan jual mahal tapi itu realitinya.

Pensyarah bersetuju dengan kenyataan saya tetapi cuba menyakinkan saya bahawa mereka telah berbincang dan tetap mahu menjadi penasihat pakar.

Saya bagitau, jikalau begitu saya akan usaha bantu apa yang mampu. Tidak timbul isu bayaran dan sebagainya kerana bagi saya, saya hanya mahu menyumbang sekadar yang mampu untuk melahirkan lebih ramai pendakwah.

Pensyarah menzahirkan rasa syukur kerana saya sudi menerima jemputan dan lantikan mereka. Selepas itu beliau bertanya;

“Bro ada Degree kan?”

Saya kata takde.

“Ok takpe. Kalau macam tu mesti ada diploma kan?” Balasnya.

Saya jawab; “Maaf, itupun takde. Saya ni kelulusan SPM je tuan.”

Dia menjawab; “Ohhh.. Memang SPM je eh? Diploma memang takde eh?”

“Maaf tuan, memang takde. Saya SPM je”

Pensyarah tersebut menjawab; “Minta maaf Bro. Kalau begitu kami tak boleh melantik Bro kerana syarat mesti ada Degree atau Diploma”

Saya jawab; “Tak mengapa. Saya ok je. Takde masalah. Kalau tuan nak penasihat pakar bidang ini dan mesti ada kelayakan Degree, mungkin saya boleh cadangkan beberapa sahabat saya yang jauh lebih hebat dan bagus berbanding dengan saya”

Pensyarah membalas; “Alhamdulilah kalau begitu. Bro share nama dan contact mereka dengan saya ya nanti”

Saya jawab; “In Sha Allah nanti saya share ya. Cuma ada soalan nak tanya. Macam tuan sebut tadi pihak universiti nak lantik saya menjadi penasihat pakar selepas berbincang serta berdasarkan apa yang kalian nampak telah saya lakukan di lapangan tanpa mengetahui kelayakan akademik saya kan?”

“Ya betul Bro”, jawab pensyarah tu.

“Kalau keputusan nak lantik saya adalah berdasarkan apa yang kalian telah lihat apa yang saya lakukan tanpa mengetahui kelayakan akademik saya, kenapa bila nak dilantik kena tengok kelayakan akademik ya sedangkan keputusan nak lantik kerana pencapaian dan pengalaman saya bukan kerana akademik saya?”

Pensyarah balas; “Itulah. Saya pun tak tahu nak jawab camne. Nanti saya bawa isu ni kepada pihak pengurusan.”

Saya kata “Takpe. Is ok.. saya cuma musykil sahaja. Takde marah.. saya ok je. Hanya nak menyumbang. Takpe la, nanti kalau ada apa apa saya boleh bantu di belakang tabir bagitau la ya.”

Alhamdulilah sebulan kemudian seorang sahabat saya dilantik sebagai penasihat pakar mereka. Saya tumpang gembira di atas pelantikan beliau dan mendoakan kejayaan buat beliau dan juga universiti itu.

Tahun sebelum itu, Saya dilantik sebagai Panel Penilai Sijil Kemahiran Malaysia - Dakwah oleh Kementerian Sumber Manusia tanpa mereka bertanyakan kelayakan akademik saya. Sekali lagi mereka tegaskan, ilmu dan pengalaman saya yang mereka mahukan. Ok fine.

Beberapa bulan kemudian, sebuah lagi universiti di utara menghubungi saya dan berminat melantik saya sebagai Penasihat Industri Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Komunikasi.

Sebelum berbincang lanjut, saya terusnya nyatakan bahawa saya ini hanya ada SPM takde sebarang degree atau diploma. Tak nak membazir masa mereka dan saya.

Terus pensyarah universiti di utara ini menjawab;

“Takde masalah Bro. Kami ok je. Sebab utama kami memilih Bro kerana pencapaian dan pengalaman bro bukan kerana akademik. Yang kami mahukan adalah ilmu dan pengalaman praktikal Bro untuk pelajar kami.”

Tiada langsung perbincangan tentang bayaran. Saya hanya mahu menyumbang. Saya berbesar hati menerima tawaran mereka itu.

Sedikit sebanyak pengalaman (panjang juga menulis ni) dikongsikan dengan sahabat semua. Sahabat-sahabat ada pengalaman lebih kurang sama?
Belajar setinggi yang boleh.. Akademik penting tetapi jangan jadikan kekurangan akademik untuk kita berhenti belajar dan mengejar impian..
Tidak salah bergembira melihat @cristiano sujud syukur selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya semalam selain mendoakan agar Allah bukan sahaja mengurniakan hidayah buatnya tetapi kepada semua orang.

Namun jangan terlupa pula kita untuk senantiasa sujud serta bersyukur pada Allah di atas segala nikmat dariNya.

Dialah Tuhan Yang Maha Esa yang layak disembah…
Bila duduk dengan peguam hebat & berpengalaman seperti Datuk Zainul Rijal, Tuan Haniff Katri & Malcom Fernandez, kita banyak mendengar dan belajar je la.

Nak jadi lawyer tak mampu bukan bermakna tak boleh belajar selok belok undang-undang.. Nasib baik dah belajar serba sedikit terms undang-undang so bila mereka guna technical jargon takde la terkebil kebil sangat..

Alhamdulilah..
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terlalu ramai orang dm/pm saya video ini meminta saya untuk membantu.

Kami sedang usaha dapatkan info. Siapa yang ada info tentang kes ini khususnya wanita mualaf ini, sila dm/pm saya segera. in Sha Allah kami akan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk membantu mereka.

Hilang sudah juga suara suara para hipokrit yang mengatakan jangan memisahkan anak dari seorang ibu tetapi dalam kes ini, ibu yang memeluk islam dipisahkan dari anaknya namun mereka membisu.

Bantu kami dapatkan info untuk kami bantu wanita ini.. URGENT…

Kredit video kepada Yuseri Yusof.
Saya telah berhubung dengan Puan Nur Aisyah & juga mesej kepada peguam yang mewakili beliau, Tuan Muhammad Amin.

Puan Nur Aisyah memberitahu saya beliau kurang sihat sejak kes itu. Sama sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera.

QadarAllah saya memang akan ke Terengganu esok. In Sha Allah jikalau beliau beransur pulih, kami akan berjumpa esok di Terengganu.

Kami bantu belakang tabir pun tidak mengapa. Kita usaha yang termampu. Doakan..
Perbincangan hampir 4 jam bersama Yuseri Yusof yang menguar-uarkan kes Puan Nur Aisyah yang dipisahkan dari anaknya, Maisarah serta Tuan Muhammad Amin dari Amin Chambers.

In Sha Allah kami akan bekerjasama membantu Puan Nur Aisyah untuk disatukan kembali dengan Maisarah.

Rayuan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 26 Mei 2023 & Puan Nur Aisyah juga baru membuat laporan polis ke atas bekas suaminya.

Doakan..
Sahabat saya Abu Talhah kemalangan di Lebuhraya Plus sebelum Terowong Menora arah selatan

Beliau juga meminta maaf kepada mereka yang mengenalinya akan salah dan silapnya selama ini. Beliau bersama isteri dan tiga anaknya telah berada di Hospital Ipoh. Mana-mana sahabat yang boleh membantu saya untuk membantu sahabat saya ini, sila pm saya.

Jika ada yang mahu membantu beliau ini no akaunnya.

Maybank
158097710205
Syamsul Annuar Bin Yaacob
( Nama Sebenar Beliau)

Jazakumullahu Khairan
Menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato Baharuddin Ahmad di Hotel Summit USJ.

Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Di majlis yang sama terjumpa dengan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun & juga pakar perlembagaan persekutuan, Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu .

Selama ini hanya berkomunikasi menerusi telefon sahaja dengan Datuk Dr Shamrayu dan ini kali pertama berjumpa face to face.

Semoga perkahwinan puteri Dato Baharuddin, Nur Nadiya & suaminya Mohd Zaki diberkati oleh Allah serta bahagia sehingga ke Jannah. Allahuma Ameen
2024/10/01 09:16:20
Back to Top
HTML Embed Code: