Telegram Web Link
Jangan sangka muka baik itu orangnya baik dan jangan sangka muka jahat itu jahat orangnya.

Adakalanya kejahatan disembunyi disebalik muka baik manakala kebaikan tersembunyi di sebalik muka yang nampak jahat.

Namun secara realiti dan psikologi, majoriti manusia mudah terpengaruh berdasarkan wajah seseorang. Beauty privelege namanya.

Antara seorang berkulit cerah & berkulit kurang cerah, persepsi adalah yang cerah baik manakala yang kurang cerah jahat.

Anda mempunyai pengalaman ini?
Empat cara seseorang respon apabila diuji. Kita yang mana? Ayuh kita bermuhasabah..

1. MARAH

Ini adalah sesuatu yang boleh dirasai di dalam hati, seperti apabila seseorang itu marah kepada Tuhannya dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya, yang boleh membawa kepada kekufuran, sebagaimana firman Allah Ta'ala;

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.”
(Al-Hajj 22:11)

Mungkin juga dizahirkan kemarahan menerusi lisannya seperti, "Celaka saya" atau seumpamanya;

Atau ia boleh dizahirkan melalui tindakan fizikal seperti menampar pipi, mengoyakkan pakaian, mencabut rambut, dan sebagainya.

2. SABAR

Seseorang mungkin mendapati sesuatu yang membebankan dan tidak menyukainya, tetapi dia menanggungnya dengan sabar dan tabah.

Sama ada sesuatu berlaku atau tidak adalah tidak sama baginya; sebaliknya dia tidak menyukai apa yang dia alami dalam kesusahan, tetapi imannya melindunginya daripada rasa tidak puas hati.

3. REDHA, LEBIH TINGGI DARI SABAR

Redha adalah penerimaan sama ada di waktu senang dan susah bagi seseorang, dia menerima kedua-duanya dengan kehendak dan ketentuan Allah, walaupun dia mungkin berasa sedih apabila ditimpa musibah, kerana dia adalah seorang yang menerima kehendak & ketetapan Ilahi; apa sahaja kehendak dan ketetapan ilahi, dia akan menerimanya.


4. SYUKUR, TINGKATAN PALING TINGGI

Seseorang itu bersyukur (bukan bermakna dia gembira dengan musibah yang menimpanya) kepada Allah atas apa-apa musibah yang menimpanya, dan dengan itu termasuk dalam golongan hamba Allah yang bersyukur.

Apabila dia menyedari bahawa ada musibah yang lebih besar daripada apa yang menimpanya, dan musibah yang menjejaskan kepentingan dunianya lebih mudah ditanggung daripada musibah yang menjejaskan iltizam agamanya, dan azab di dunia lebih mudah dipikul daripada azab di akhirat, dan agar musibah ini menjadi penghapus dosanya dan menambah hasanatnya, maka dia akan bersyukur kepada Allah atas hal itu.

Nabi ﷺ bersabda:

“Tidak ada kekhuatiran, kesedihan atau apa pun yang menimpa seorang mukmin melainkan itu menjadi kafarat baginya, bahkan duri yang menusuknya.”
(Bukhari & Muslim)

Bukannya orang yang gembira itu adalah orang yang bersyukur tetapi ianya adalah orang yang bersyukur itu yang gembira.

Ayuh kita semua berusaha mengapai tingkatan tertinggi dan semoga Allah kurniakan kepada kita Sabrun Jamil. Allahuma Ameen
Mereka yang cuba menguburkan kita tidak tahu bahawa kita ini adalah benih yang akarnya akan mencengkam bumi dan tumbuh mencakar langit.
Apabila akhirat menjadi keutamaan…
Sila like & follow page sahabat saya ini.

Beliau mula aktif dalam dakwah sejak belajar di MIAT Sepang lagi. Sanggup ulang alik dari Sepang ke Setapak hampir setiap hari untuk berdakwah.

Dari seorang yang pemalu kini beliau telah berani ke hadapan berdakwah, mengajar muallaf serta mengendalikan kursus dakwah dalam serta luar negara.

Jom like & follow page ini..

https://www.facebook.com/profile.php?id=100091269135908&mibextid=LQQJ4d
In Sha Allah tonight 10pm (Msia Time)…
“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke? 😜

Perkongsian beberapa minggu lepas, ada yang meminta gambar sahabat-sahabat Belum Muslim berbangsa Cina yang bermain bolasepak dengan saya. Jangan kata Bro tak payung ya. Gambar diambil Selasa lepas.

Majoriti mereka pertengahan 50an sudah tapi masih aktif bermain bolasepak.

Seorang di antara mereka sempat nak mencuit,

“Wai Hung, you banyak suka Bak Kut Teh meh?”

Saya menjawab;

“You tanya Kopi la. Apa tak suka? Saya dan Wai Chai dan lain lain sanggup datang all the way dari Jinjang untuk pergi ke Klang untuk makan Bak Kut Teh Klang di kedai Kopi Long leh.”

Dia cuba mengusik;

“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke?” sambil tersengih.

“Takde la rindu sangat sebab sekarang saya boleh makan Bak Kut Teh dengan ayam. Chic Kut Teh namanya. Sedap. Tapi taste dia tak sama la macam babi sebab babi masak lama dengan bak kut teh, tekstur lemak dan daging masih sedap. 🫣

Dia sambung;

“Wah, you macam food expert sudah. Pandai beza dan menilai”

Saya membalas;

“Baru you tau kah? Hahaha.. Saya tak makan babi bukan sebab tak sedap tapi sebab itu larangan dari Allah so sebagai Muslim, saya taat kepada perintah dan larangan Allah. Satu makanan Allah haramkan, berpuluh atau beratus alternatif makanan lain ada. Kita yang decide nak taat atau derhaka pada Dia.”

Member member saya ni memang gitu la. Kuat mengusik tapi bila kita usik balik mereka pun steady je. Sebab hubungan baik walaupun mereka tau saya pendakwah. Kadangkala mereka tanya isu-isu atau soalan pasal Islam secara tidak langsung dan saya jawab cara Jinjang la..

Apa tu cara Jinjang? Kasi hentam cakap direct sambil tersenyum. Seumpama kita mencubit orang sambil tersenyum manakala orang dicubit pula tersenyum menahan sakit dicubit. 🤪

In Sha Allah saya memang bercadang minta kawan saya kongsikan resepi dan teknik memasak Bak Kut Teh Klang yang berbeza dengan Bak Kut Teh KL. Sahabat jangan risau, semuanya herba & daging ayam. Yang kita nak makan adalah sup bak kut teh, bukannya daging babi sangat. Relaksss..
Siapa suka ikan sardin goreng kunyit rangup, kita geng…
Ibn al-Jawzi reported: Abu Bakr al-Warraq, may Allah have mercy on him, said,

“The source of overpowering whims is approaching what is lusted. When whims overpower the heart, it will commit wrong. When the heart commits wrong, the chest will be tightened. When the chest is tightened, character will be bad. When character is bad, the creation will hate him. When the creation hates him, he will hate them. When he hates them, he will be harsh with them. When he is harsh with them, he becomes an accursed devil.”

Source: Dhamm al-Hawá 55
In Sha Allah Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 1 Syawal.

Kita tak pernah & takkan sambut Aidilfitri pada 1 Zulkaedah atau 1 Zulhijjah.

Sekian
Samada Raya pertama atau kedua je.

Selamat malam dan teruskan mencari Lailatul Qadar..
Ikan masin bulu ayam, sambal belacan, telur dadar, kicap dengan nasi panas. Nikmat…

Mesti ramai yang suka juga ni, betul kan?
Taqaballahu Minna Wa Minkum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Esok, Sabtu 22 April 2023 memang confirm Raya pertama.
Membawa ibu tersayang dan ahli keluarga menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Pertubuhan Al-Khaadem dan mendengar khutbah dari guruku, Dato Sheikh Hussain Yee.

Comelkan ibu saya bertudung begini? 😉 MashaAllah… Pejam celik dah 4 tahun ibu saya memeluk Islam. Doakan agar saya sentiasa ikhlas terus berdakwah kepada ahli keluarga saya yang lain serta masyarakat untuk juga dikurniakan hidayah memeluk Islam. Allahuma Ameen

Saya doakan sahabat muallaf yang lain juga agar ahli keluarga tersayang mereka juga akan dikurniakan hidayah memeluk Islam. Ambillah kesempatan Aidilfitri ini untuk perkenalkan Islam kepada mereka.

Taqaballahu Minna Wa Minkum..
Pernah seorang hartawan yang zuhud berikan nasihat kepada saya. Hartawan ni kira jenis yang orang hutang dia juta-juta dan bila orang bayar dia sejuta dua, raut wajahnya takde la berubah excited cuma akan ucap, Alhamdulilah orang bayar balik hutang aku RM sejuta dua tadi.

Nasihatnya;

"Firdaus, kita perlu tolong orang tapi kalau orang nak pinjam duit untuk survival atau bisnes, kita kena tanya dia kenapa tak pinjam dari family atau saudara mara dia? Kalau dia kata family & saudara mara dia tak nak tolong lalu mereka memberikan seribu satu kisah dan cerita kenapa family & saudara mara tak nak tolong mereka, then you kena stay away."

Saya cuba memahami apa yang dia maksudnya dengan bertanya;

"Kenapa begitu ya?"

Dia membalas;

"Cuba engkau fikir, kenapa family dan saudara mara dia tak nak tolong dia? Engkau lebih kenal dia atau family dan saudara mara dia lebih kenal dia? Engkau lebih rapat dari segi hubungan dengan dia atau family dan saudara mara dia?

Kalau family & saudara mara dia yang lebih kenal dan rapat dengan dia berbanding dengan engkau pun tak nak tolong, most probably dia tu bermasalah. Secara logiknya takkanlah ibubapa atau adik beradik atau saudara mara tak nak tolong kalau dia betul betul perlukan pertolongan?

Apakah family & saudara dia tak mampu? Kalau mampu kenapa tak tolong? Kebarangkalian dia tu mesti ada trust issue. Pernah pinjam duit tak bayar sampai kena blacklist dari ibubapa, adik beradik dan saudara mara.

Kau dengar cakap aku. Kau stay away je dan engkau doakan dia cukup. Kalau engkau degil nak tolong juga, nanti engkau akan faham apa aku cerita ni."

Ada sekali tu saya terlupa nasihat ini, saya tolong seseorang yang datang merayu rayu. Selepas bertahun-tahun, si dia sunyi sepi, tukar nombor, pindah rumah dan melarikan diri.

Baru ada akai teringat kata akhir hartawan itu;

"Kau dengar cakap aku. Kau stay away je dan engkau doakan dia cukup. Kalau engkau degil nak tolong juga, nanti engkau akan faham apa aku cerita ni."

Sekarang saya faham...

Sahabat mempunyai pengalaman begini?
2024/10/01 22:41:12
Back to Top
HTML Embed Code: