Telegram Web Link
"Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” 
(HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).

Hanis Nadiah Onn meminta maaf dan dikenakan hukuman tetapi ahli politik ada yang meminta maaf dan ada yang tidak meminta maaf DAN TIDAK ADA SEBARANG HUKUMAN. Tanpa mengira ahli dan parti mana sekalipun, adakah ini adil?

https://themerdekatimes.com/news/2023/02/pemain-hoki-kebangsaan-digantung-atas-kenyataan-berbaur-perkauman/
https://themerdekatimes.com/news/2023/02/akui-terlalu-ekstrem-guang-yik-mohon-maaf-atas-ucapan-rasis/

Ada segelintir masyarakat Belum Muslim berbangsa Cina memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran kepada saya apabila saya bercerita tentang masyarakat Cina berdasarkan buku "The Chinese Dilemma" yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan Malaysia berbangsa Cina, Ye Lin-Sheng.

Mereka melenting dan marah apabila saya sekadar menukilkan fakta dari buku yang ditulis oleh seorang berbangsa Cina yang bukan Muslim. Nampak sangat tak pernah baca buku itu.

Ada juga yang marah kononnya saya lupa daratan apabila mengatakan Cina berbangga dengan ketamadunan 5,000 tahun & kerana itulah ada yang memandang rendah pada ketamadunan bangsa lain!

Saya lahir sebagai Cina & saya masih Cina walaupun selepas memeluk Islam. Saya membesar di kawasan Jinjang Utara di dalam Parlimen Kepong yang majoritinya adalah Cina. Anda boleh mempertikaikan kecinaan saya tetapi itu tidak menjadikan saya kurang Cina dan menafikan pengalaman saya bergaul sesama Cina Belum Muslim!

Tiada siapa yang boleh menafikan apa yang saya nukilkan tentang masyarakat Cina adalah pembohongan melainkan mereka berbohong dan ingin menyembunyikan kebenaran.

Anda yang menjadi 'silent readers' medsos pasti sedang mengangguk dan bersetuju dengan saya.

Jadi apabila seorang tiktoker @Badminton_Ahboy 'highlight' video bekas pemain badminton negara ini tentang solat 5 waktu (https://bit.ly/3E3LL7n) , malas, mundur dan sebagainya, saya tidak terkejut sama sekali. Kenapa saya tidak terkejut?

Well, itu juga merupakan topik di kedai kopi Cina & kedai mamak sewaktu sebelum saya memeluk Islam lagi. Bukan semua masyarakat Cina begitu tetapi sentimen sebegitu memang wujud di kalangan masyarakat Cina.

Setelah tularnya video Guang Yik, saya menjangkakan dia akan meminta maaf dan dia telah membuat video memohon maaf.

Berdasarkan pengalaman, saya percaya itu bukannya satu satunya kenyataan dia yang berbunyi sebegitu.

Syukur Islam telah mendidik dan telah mengubah perspektif saya tentang kaum & bangsa. Diciptakan pelbagai bangsa & kabilah adalah agar kita saling kenal mengenali bukannya untuk bersikap rasis.

Tiada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain melainkan yang terbaik di sisi Allah adalah yang bertaqwa! Orang bertaqwa ialah orang yang mempunyai iman, keimanan kepada Allah & ajaran Islam. Itu kayu ukur di sisi Pencipta.

Saranan saya mudah, bersikap jujur. Kita boleh sahaja berbeza pendapat & perspektif namun jagalah adab & akhlak kita. Hormati undang-undang negara sebagai rakyat Malaysia. Sematkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
(Ali Imran 3:139)
Media Berbahasa Cina, Antara Dua ‘Standard’

Apabila isu melibatkan orang Islam atau Muslim atau Melayu, gambar individu tersebut akan ditunjukkan tanpa dikaburkan.

Apabila dalam isu bekas pemain badminton yang menghina Melayu & Islam, gambarnya dikaburkan.

Nampak antara dua ‘standard’? Apa objektif media berbahasa Cina melakukan begini?

Apabila BAM mencadangkan kepada China Badminton Association (CBA) untuk mengambil tindakan terhadap Guan Yik, kita dapat lihat di ruangan komentar di medsos media berbahasa Cina ramai yang bersetuju dan menjustifikasi kata-katanya!

Malahan ada yang kata;

“Selepas menonton videonya, apa yang dia cakap tidak salah tetapi terlalu jujur”

“Walaupun pendapat tak semestinya betul, tetapi kebebasan bersuara perlu ada”

Oleh sebab itu, ramai netizen berbangsa Cina menghentam, mengejek, mengutuk saya di TikTok saya apabila saya bercerita tentang ‘mindset’ masyarakat Cina berdasarkan buku ‘Chinese Dilemma’ oleh Ye Lin-Shing & pengetahuan saya.

Saya berani berkata kerana saya ada fakta & rujukan. Mereka menafikan apa yang saya cakap tetapi sebagaimana peribahasa Cina;

纸包不住火 (Kertas tidak boleh membalut api)

Untuk makluman semua, kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM mempunyai unit khas pemantauan media berbahasa Cina & Tamil.

Kami akan terus dedahkan sikap antara dua ‘standard’ media-media ini.
Hannah Yeoh, Polemik RIP & Media

Saya menghormati YB Hannah Yeoh sebagai seorang penganut Kristian yang kuat pegangan agamanya dan bersuamikan seorang pastor selain sebagai Menteri Belia & Sukan.

YB Hannah telah menulis satu belasungkawa yang menyentuh hati yang ditujukan kepada bekas ADUN Meru, Dr. Rani Osman yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Januari 2023.

Saya suka membaca belasungkawa yang ditulis YB. Penggunaan perkataan yang tersusun, menyentuh hati seterusnya memberikan gambaran hubungan baik antara beliau dan Dr Rani Osman.

YB Hannah Yeoh sebagai seorang penganut Kristian yang kuat tidak mengucapkan Rest In Peace (RIP) di atas pemergian Allahyarham Dr Rani Osman. Saya membaca berkali-kali mencari ucapan RIP tetapi tetap tidak menjumpainya.

Yang paling dekat adalah diulang dua kali; ‘Ini hamba Allah yang baik’. Sebagai Muslim saya sangat respect pendirian YB Hannah Yeoh untuk tidak tulis RIP. Kedua-dua agama boleh hidup dalam masyarakat tetapi Islam & Kristian masing-masing mengakui hanya agama maing-masing yang benar.

Saya OK dan tidak menjadikan ianya satu isu YB Hannag tidak ucap RIP. Kalau dia ucap RIP sekalipun, itu prinsip agama dia bukannya prinsip agama Islam.

Itulah kematangan yang Islam ajarkan pada penganutnya agar tidak berkecil hati atau merajuk bilamana orang lain tidak mahu mengucapkan suatu ucapan atau meraikan perayaan Islam bersama.

Dari sudut komen & perkongsian statusnya itu, ramai Muslim memuji belasungkawa YB Hannah walaupun berbeza agama dengan Allahyarham Dr Rani Osman.

Media berbahasa Melayu pun tidak mempolemikkan isu YB Hannah atau orang lain tidak ucap RIP pada Allahyaraham Dr Rani Osman atau menuduh YB kolot, lemah iman atau tidak bertoleransi. Muslim steady dan relaks sahaja dalam isu ini.

Itulah kematangan dan rasional yang Islam ajarkan kepada Muslim.

*Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham Dr Rani Osman dan menempatkan beliau bersama orang-orang beriman di Jannah kelak. Allahuma Ameen
2024/10/01 19:23:59
Back to Top
HTML Embed Code: