Telegram Web Link
Pemilik restoran ini menutup restorannya selama sehari agar orang ramai boleh berkunjung ke restoran baru yang dibuka di sebelahnya. Pemilik restoran mengantungkan kain rentang yang tertera hadis dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam

"Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap jiran tetangga sehingga aku mengira jiran tetangga juga akan mendapatkan harta warisan".
[HR al-Bukhari No. 6014]
Andrew Tate menjadi terkenal kerana mengetengahkan prinsip & mesej-mesej maskulin serta kejantanan sebelum beliau memeluk Islam.

Pengaruh Andrew Tate begitu kuat sehingga beliau diharamkan kebanyakan platform media sosial. Impaknya terhadap anak muda begitu besar sehingga Andrew Tate hangat diperkata dan didebatkan di parlimen sehingga guru-guru diarahkan untuk memantau anak murid mereka yang 'pro-tate'.

Namun dua hari lepas, seorang artis bernama Sam Smith yang secara terbuka mengakui dirinya adalah ‘non binary’, bahasa mudah bagi yang kurang faham apa itu ‘non binary’ ialah yang tidak merasakan dirinya lelaki ataupun perempuan secara eksklusif.

Dalam persembahannya di Grammy Awards, Sam melakukan aksi pemujaan syaitan, kelucahan melampau serta memperlekehkan ‘cross gesture’ agama Kristian, dan well menurut Barat dan sesetengah media, ianya adalah sesuatu yang 'sangat okay' untuk dipertontonkan kepada seluruh dunia termasuk anak kecil...

Tidak perlu tapisan, tiada pengharaman, tiada protest, tak perlu heboh dalam parlimen. Mungkin bagi mereka, semuanya ok selagi bukan ajaran Islam yang mengajar berprinsip teguh mengajak kepasa kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Apakah kita masih tidak faham apa cabaran dunia kita hari ini khususnya pada kita yang mengaku sebagai umat Islam yang mahu berpegang teguh kepada prinsip ajaran Islam? Benarlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam;

“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi no. 2260)

Maka Muslimin sekalian, berpeganglah pada bara api walaupun ianya menyakitkan tetapi kesakitan di dunia hanya seketika berbanding kenikmatan syurga yang abadi.

Mereka yang tidak berprinsip seperti Islam, maka menurut Islam orang seperti itu akan menikmati dunia yang sementara tetapi sengsara dibakar api neraka yang abadi.
Khitan dibantah, potong habis disokong.

Poster dakwah dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, Tamil, Hindi, Urdu & Thai.

In Sha Allah akan dikembangkan kepada Spanish, Arabic & Portugese.. Sila baca dan share..
Melaksanakan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Perancangan Strategik MAIWP..

Semoga Allah berkati segala perancangan strategik MAIWP. Allahuma Ameen
"Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” 
(HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).

Hanis Nadiah Onn meminta maaf dan dikenakan hukuman tetapi ahli politik ada yang meminta maaf dan ada yang tidak meminta maaf DAN TIDAK ADA SEBARANG HUKUMAN. Tanpa mengira ahli dan parti mana sekalipun, adakah ini adil?

https://themerdekatimes.com/news/2023/02/pemain-hoki-kebangsaan-digantung-atas-kenyataan-berbaur-perkauman/
2024/10/02 20:34:22
Back to Top
HTML Embed Code: