Telegram Web Link
Seorang wartawan bertanya soalan kepada seorang Menteri tetapi Menteri tidak tahu jawapannya. Seusai sidang media, seorang Setiausaha Akhbar mendekati wartawan yang bertanya soalan tadi & memaki wartawan itu kerana bertanyakan soalan yang Menteri tak tahu jawapan.

Bukan salah wartawan bertanya soalan tetapi salah orang di sekeliling Menteri yang tidak mengemaskini Menteri.

Setiausaha Akhbar itu pula mengugut;

“Korang nak aku ‘blacklist’ media korang dari hadir program Menteri?”

Baru dapat kuasa tu tak payah lah nak sombong sangat. Wartawan hanya menjalankan tugas bertanya soalan yang berkaitan portfolio Menteri bukannya tanya di luar portfolio.

https://themerdekatimes.com/news/2023/01/setiausaha-akhbar-usah-sekat-kebebasan-media/
Women’s personal safety is one of her rights in Islam!

Women and all people have the right to feel safe, secure, and protected. Join our event to understand what Islam says about this topic and learn practical techniques you can use for self defense from our 3 female officer trainers.

***

PERSONAL SAFETY, ARE YOU PREPARED?

Have you ever felt frightened or intimidated when out walking alone? Have you ever wondered what you should do if someone were to attack you?

Let’s grab this opportunity to step up and come out of your cocoons to fight for your safety, and struggle for your rights while juggling between our private and professional duties. Women's friendly technique. Easy to apply even without having maximal physical strength.

Come join us!! No registration fee!

Kindly CLICK below the link or Scan QR Code on the poster to participate.
https://bit.ly/SelfDefence_05_022023

WhatsApp us at +6010-373 5596 (MRM Women’s Wing) for any further information.

FOLLOW, LIKE & SHARE

See you there!
Balaslah kebodohan dengan kebijaksanaan & jangan turut sama menjadi bodoh dengan membalas kebodohan dengan kebodohan.
“Saya menyesal bila dapat tahu…”

Sangat menakjubkan bagaimana Allah mendidik kita. Adakalanya kita terlupa tetapi Allah hantar seseorang ingatkan diri kita.

Individu ini menghubungi saya & meminta maaf kepada saya. Dia meminta maaf bukan kerana buat salah terhadap saya tetapi dia meminta maaf kerana sumbangan ‘direct debit’ beliau sebanyak RM100 setiap bulan terhenti tanpa dia sedari.

“Habis tu kenapa menyesal?”

Mungkin dalam situasi ini, ada yang bergembira dapat menjimatkan RM100 tetapi jiwa mukmin pula merasa rugi tidak dapat melabur RM100 untuk akhirat. Begitulah Islam mengajar kita melihat sesuatu bukan sahaja dari sudut duniawi tetapi juga ukhrawi.

Dia hanya tahu ‘direct debit’ bulanan beliau sebanyak RM100 terhenti apabila beliau ingin meningkatkan sumbangan bulanannya kepada RM250! MashaAllah..

Beliau telah mengikuti lama usaha dakwah kami di MRM & kerana individu seperti beliaulah maka kami di MRM dapat memperkasa dan mengembangkan lagi dakwah kami.

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

‎احْرِصْ علَى ما يَنْفَعُكَ

“Bersemangatlah dalam menggapai hal yang bermanfaat untukmu.”
(HR. Muslim no. 2664)

Jazakumullahu Khairan kepada semua sahabat yang banyak mendoakan & menyokong usaha dakwah kami di MRM dalam & luar negara.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Seringkali kita memahami psikologi dari sudut sekular tetapi apa pula perspektif Islam?

Sebagai Muslim, gambaran psikologi & karektor manusia di dalam Al-Quran & Sunnah adalah paling tepat kerana Allah adalah Al-Khaliq (Pencipta) maka Pencipta lebih mengenali ciptaanNya kerana Dialah juga yang menciptakan fitrah (innate predisposition).

Apabila Allah menciptakan makhluk, Dia menciptakan bersama ‘Operating System’ (OS) & juga ‘Pre-Installed Application’. Apabila makhluk diserang ‘virus’ syirik, maksiat & dosa lalu hidup jadi ‘hang’ & ‘jammed’, kaedahnya adalah Restore Factory Setting iaitu kembali pada fitrah.

Belum habis membaca buku ini tetapi di MRM kami mempunyai banyak koleksi dari International Association of Islamic Psychology yang sangat sangat menarik.

Bismillah, minum Americano sambil membaca..
Sukar sangat ke nak hormat hak Muslim untuk tidak turut serta dan meraikan bersama anda?
Islam hormat hak beragama penganut agama lain. Kematangan & toleransi yang Islam didik saya sebagai Muslim.

Toleransi tak semestinya sambut semua perayaan bersama tetapi toleransi adalah menghormati hak beragama setiap orang.

Muslim tak pernah paksa sesiapa pun berpuasa di bulan Ramadhan sebagai tanda toleransi & perpaduan kan? Muslim tak pernah salahkan sesiapa yang tak nak berpuasa Ramadhan bersama sebagai tidak harmoni kan?

Jangan salahguna perkataan toleransi & sila fahami maksud toleransi agar keharmonian terus terpelihara.
‎كَانَ يَدْعُو فِى الصَّلاَةِ وَيَقُولُ « اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ » . فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ « إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdo’a di dalam shalat: Allahumma inni a’udzu bika minal ma’tsami wal maghrom (Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak hutang).”

Lalu ada yang berkata kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Kenapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda,

“Jika orang yang berhutang berkata, dia akan sering berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mengingkari.”
(HR. Bukhari no. 2397 dan Muslim no. 589)
Kesimpulannya, kami berpandangan bahawa hukum asal seorang Muslim masuk ke dalam rumah ibadat agama lain ialah harus jika mempunyai tujuan yang diharuskan syarak, seperti untuk berdakwah, memenuhi jemputan berdialog antara agama dan sebagainya. Namun kehadiran sewaktu hari perayaan keagamaan mereka adalah tidak dibenarkan.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2647-irsyad-fatwa-248-hukum-memasuki-rumah-ibadat-agama-lain-dan-menghadiri-majlis-perkahwinan-orang-kristian-di-gereja
Charlie Hebdo celupar. Menjadikan gempa bumi di Turkiye sebagai bahan gurauan..

“Gempa bumi Turkiye”

“Tidak perlu hantar kereta kebal”
2024/10/04 07:28:41
Back to Top
HTML Embed Code: