Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Adakah Islam ‘compatible’ (sesuai) dengan budaya Hong Kong?” - Remaja Belum Muslim Hong Kong
[Nasihat Nabi Ibrahim Kepada Nabi Ismail]

Pada satu hari, setelah Ismail menikah, Nabi Ibrahim datang untuk melihat ahli keluarganya yang telah ditinggalkan, namun dia tidak menemuikan Ismail (di rumahnya). Nabi Ibrahim bertanya tentang Ismail kepada isterinya. Isteri Ismail menjawab:

“Dia keluar mencari nafkah untuk kami.”

Lalu Nabi Ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. Isteri Ismail menjawab:

“Kami mengalami banyak keburukan, kehidupan kami sempit dan penuh dengan penderitaan yang berat.”

Isteri Ismail mengadu kehidupan yang dilaluinya bersama suaminya (Ismail) kepada Nabi Ibrahim. (Mendengar semua itu), Nabi Ibrahim berkata:

“Nanti apabila suami kamu pulang, sampaikan salam daripadaku dan katakan kepadanya agar mengubah daun penutup pintu rumahnya.”

Ketika Ismail pulang, dia dapat merasakan sesuatu lalu bertanya kepada isterinya:

“Apakah ada orang yang datang kepadamu?”

Isterinya menjawab:

“Ya. Tadi ada orang tua begini begini keadaannya datang kepada kami dan dia menanyakan tentang kamu lalu aku terangkan. Dia juga bertanya kepadaku tentang kehidupan kita maka aku terangkan bahwa kita hidup dalam kesempitan dan penderitaan.”

Ismail bertanya:

“Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?”

Isterinya menjawab:

“Ya. Dia memerintahkan agar aku menyampaikan salam daripadanya kepadamu dan berpesan agar kamu mengubah daun penutup pintu rumah kamu.”

Ismail berkata:

“Dia adalah ayahku dan sesungguhnya dia telah memerintahkan aku untuk menceraikan kamu (arahan mengubah daun pintu rumah ialah kiasan kepada menceraikan isteri). Maka oleh itu kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Maka Ismail menceraikan isterinya. Allah Subhana Wa Ta’ala juga telah berfirman;

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
(Al-Baqarah 2:187)

Apa fungsi pakaian kepada orang yang bermoral & sihat akalnya? Antaranya adalah melindungi, memberikan keselesaan & menutup aurat serta kekurangan kita.

Apabila Allah mengkiaskan bahawa suami isteri adalah pakaian untuk satu sama lain, maka suami isteri adalah salin lindung melindungi kehormatan, harta, keselamatan satu sama lain walaupun lelaki dipertanggungjawabkan lebih dari wanita.

Suami isteri juga seharusnya memberikan keselesaan dalam hubungan mereka sebagaimana pakaian memberikan keselesaan kepada kita dalam cuaca dan situasi tertentu.

Suami isteri juga berfungsi untuk menutup kekurangan atau aib pasangan di khalayak ramai dengan tidak menceritakan kekurangan pasangan pada orang lain yang tiada authority untuk membuat keputusan. Berbeza jikalau pasangan melakukan jenayah mak seharusnya terus mendapatkan bantuan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Paling penting, orang luar tidak seharusnya masuk campur dalam urusan rumahtangga orang sebagaimana kita tidak suka orang lain masuk campur dalam urusan rumahtangga kita.

Antara tanda-tanda kebahagian rumahtangga adalah kurangnya ataupun tiada tanda-tanda di medsos kerana mereka akan terlalu sibuk dengan kebahagian mereka sehingga tiada masa untuk memberitahu betapa bahagianya rumahtangga mereka.

Ingat! Tidak semua orang bergembira dengan kebahagiaan kita dan kita bakal mengundang ‘ain’ dengan kita sering berkongsi kebahagian rumahtangga kita.
KELAS ASAS ISLAM 101 & IQRA'

Islam 101 & Iqra' ialah kelas khas yang terbuka untuk Muallaf dan Belum/Bukan Muslim bagi mendalami asas Agama Islam.

Asbab hampir setiap minggu kami menerima pertanyaan daripada Belum/Bukan Muslim tentang kelas pengajian Asas agama Islam, kami di Multiracial Reverted Muslims(MRM) membuka peluang secara luas kepada kalian sama ada Muallaf atau Belum/Bukan Muslim untuk turut serta dalam kelas kami ini.

Kelas tersebut ada dalam 3 bahasa.

Jadual seperti yang tertera dalam poster.

Yuran: PERCUMA

Daftar sekarang dengan cara imbas kod QR dalam poster atau isi pendaftaran di link bawah:

https://bit.ly/CLASS_REGISTRATION_FORM

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian kami 010-3735596
Semalam saya berkongsi tentang nasihat Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail (https://bit.ly/3WboVRa). Seperti biasa menerima respon yang pelbagai dan saya sangat hargai penglibatan sahabat semua.

Tugas dan peranan saya hanya berkongsi dan mendidik bukannya memaksa sesiapa untuk menerima. Ada yang bagi amaran; "Hati-hati nanti kena kecam" dan saya dah terbiasa menerima kecaman jadi saya ala bisa tegal biasa dah.

Cuma ada satu komen yang menarik perhatian saya dari saudara Hairul Hasmoni;

"Nabi Ismail keluar mencari nafkah, bukan mencari isteri lain dan tidak menjaga anak isteri"

Kenyataannya benar tetapi pada masa yang sama mungkin akan difahami orang lain. Saya memberikan sedikit pencerahan yang sahabat boleh baca di dalam screenshot di bawah. Cuma saya ingin menambah;

Seorang lelaki mencari isteri pertama atau kedua atau ketiga atau keempat, itu adalah hak yang diberikan di dalam syariat Islam. Mencari yang pertama sehingga yang keempat boleh menjadi halal dan boleh menjadi haram.

Halal jikalau di dalam proses pencarian isteri pertama atau seterusnya itu dilakukan dengan betul dengan tidak melanggar syariat Islam.

Masalah di dalam masyarakat kita adalah apabila seseorang lelaki berkahwin kedua atau seterusnya, akan dituduh curang dan pelbagai lagi tuduhan terhadap lelaki seolah-olah dia melakukan perkara yang haram.

Ya, perbuatannya boleh jadi haram sebagaimana saya sebut tadi jikalau caranya salah tetapi perlu saya ingatkan bahawa dalam proses seorang lelaki ingin berkahwin dengan isteri pertamanya juga boleh menjadi haram jikalau mereka melakukan perkara yang haram dalam proses itu!

Berkali-kali saya tekankan bahawa kita sebagai pihak ketiga atau pihak luar, jangan bagi sebarang komentar hanya kerana apa yang kita dengar dari sebelah pihak yang kita tidak berkemampuan mengesahkan atau tidak melainkan ianya adalah jenayah maka kita bantu mereka.

Jikalau tidak, selamatkan akhirat kita dengan berdiam diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Barangkali mereka yang yang dituduh macam-macam dalam isu poligami itu melakukan perkara yang halal dan diredhai Allah tetapi yang tidak berpoligami tetapi komen macam-macam itu pula yang mengundang kemurkaan Allah.

Betulkan cara berfikir kita. Saya selalu menitik beratkan prinsip dan formula berfikir agar kita jadi lebih rasional dalam bicara dan tindakan kita.
“Monogami itu lebih afdal & poligami itu umpama pintu kecemasan pada kapalterbang, sepertimana penceraian. Perlu ada, bukan digalakkan.”

Sedutan perbincangan sihat antara saya dengan seorang Ustazah yang menghubungi saya. Tidak perlu meneka siapa Ustazah tersebut tetapi memadai ambil pengajarannya.

Kita sama-sama mendoakan kebaikan walaupun mungkin kita bersetuju dengan satu sama lain. Adab, akhlak & ukhwah Islamiah perlu dijaga sentiasa.
Kedudukan mereka semua sama tetapi manusia sahaja yang membeza-bezakan.

Fahami syariat Islam dengan betul agar kita dapat mengelak dari berkata sesuatu yang mungkar..
Saya jenis tak takut kena kecam atau hilang followers hanya kerana menyampaikan kebenaran dari Al Quran & Sunnah..

Mungkin ramai yang mengelakkan untuk bercakap isu poligami tetapi saya memilih bercakap untuk mendidik masyarakat memahami tidak semestinya mengamalkannya.

Saya tahu akan ada yang komen dengan penuh emosi tetapi itulah kenikmatan berdakwah, iaitu bagaimana terus menerus mendidik sehingga yang emosional tadi akan menjadi rasional andai mereka terbuka dan memahami.

Apalah nikmat sangat dakwah andai semua yang kita sampaikan takde siapa yang emosional dan tentang sedangkan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga menerima tentangan kerana menyampaikan perkara yang benar.

Yang sukar menerima, moga suatu hari hati mereka akan terbuka memahami dan menerimanya (tak semestinya mengamal atau mengalakkannya). Wallahualam
Bila orang ingin mendidik tentang apa itu poligami, bukan wajib atau minta dia berpoligami, saya nampak ramai wanita yang komen;

“Jaga perasaan itu juga sunnah”

Tiada siapa menafikan menjaga perasaan isteri itu adalah sunnah tetapi jikalau semua orang hanya bercakap soal perasaan terlebih dahulu sebelum hukum agama, apakah agama mengikut perasaan atau kita atau kita yang perlu didik perasaan kita untuk ikut agama?

Perlu jaga perasaan isteri tetapi persoalan saya, apakah tidak perlu pula isteri menjaga perasaan suami?

Bila suami anda nak beli PS5 atau hobi dia menggunakan duit dia sendiri setelah nafkah wajib diberikan kepada keluarga, ada ke tidak isteri yang membebel pada suami kerana sanggup beli PS5 dan hobi mahal mahal tapi tak belikan beg atau kasut yang anda mahukan?

Point penting, jangan dahulukan soal perasaan dan emosi bila bercerita tentang hukum Islam. Jikalau anda mendahulukan perasaan bila orang ingin mendidik soal agama, maka didiklah diri untuk tundukkan emosi dan perasaan mengikuti agama.

Wahai lelaki, jikalau anda baca status ini dan boleh relate dengan hidup anda dan mungkin tak relate tetapi setuju namun anda takut nak ‘Like” apatahlagi nak ‘share’, maka anda perlu hadir pengajian untuk lebih memahami agama agar punya keberanian menyampaikan kebenaran.
Baru selesai mengendalikan kes seorang muallaf remaja yang baru memeluk Islam 6 bulan lepas yang berhadapan konflik dengan ahli keluarganya yang menentang. Antara kata-katanya yang ingin saya kongsikan;

“3 bulan selepas memeluk Islam, saya masih ragu-ragu dan saya kategorikan diri saya sebagai 50% Muslim pada waktu itu. Saya tidak berpuas hati dan saya mencabar diri untuk belajar lagi.

Kini, saya adalah Muslim 100%. Saya yakin pada kebenaran 100%. Saya tiada pendapat atau prinsip saya sendiri kerana apa yang disebut oleh Allah & Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam adalah pendapat & prinsip hidup saya sekarang.”

Itu kata-kata seorang muallaf yang baru 6 bulan memeluk Islam. MashaAllah..

In Sha Allah ada masa saya kongsikan lagi perjalanan dia menemui hidayah, konflik yang dihadapi dengan ahli keluarga serta apa solusi kami kepadanya.
Orang kata saya membela lelaki hanya kerana saya mendidik masyarakat tentang apa itu poligami. Begitu juga orang kata saya membela wanita kerana membantu wanita menerusi Sayap Wanita MRM.

Saya tak pernah tulis secara spesifik merujuk kepada mana-mana kes tetapi sekadar mengambil peluang untuk mendidik masyarakat.

Itulah lumrah dakwah. Bila kita bahas bab tanggungjawab lelaki dalam perkahwinan, akan ada lelaki yang persoal kenapa tak bahas tanggungjawab wanita. Bila kita bahas bab wanita pula, wanita pula akan persoal yang sama.

Bila kita didik masyarakat tentang poligami agar difahami sesuai dengan dalil, ada yang kata kita paksa masyarakat terima poligami dengan dalil. Memang sebagai Muslim dalil jadi keutamaan dalam berbicara.

Bila kita cuba sampaikan dengan logik, rasional & fakta, ada pula yang akan mendatangkan ‘perasaan’ sebagai bantahan. Jikalau kita mahu membicarakan syariat Islam berdasarkan perasaan, maka tiada apa sebenarnya yang boleh dibicarakan.

“Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.”
(Al-An'aam 6:119)
2024/10/02 14:26:46
Back to Top
HTML Embed Code: