Telegram Web Link
Malaysia kekurangan alim ulamak sehingga Free Malaysia Today perlu bertanya kepada Mustafa Akyol atau FMT merasakan alim ulamak di Malaysia tidak akan memberikan komentar yang sesuai dengan agenda & naratif mereka?
Majalah mengajar bagaimana untuk elak ditangkap ketika BERZINA!

Adakah ‘content’ sebegini sesuai dengan adab ketimuran kita di Malaysia & selari dengan undang-undang negara?

Apabila Jabatan Agama Islam Melaka cadang kawal pemakaian di Pulau Besar, agama Islam dilabel agama pengacau. ‘Content’ begini tak dikira mengacau & mempromosi zina di kalangan umat Islam?
[Tanda Kebaikan Islam Seseorang]

Beberapa hari ini, kecoh di medsos tentang hal rumahtangga seorang pengarah & pelakon terkenal. Saya mengucap panjang melihat komentar warganet. Sindiran, ejekan, kejian malahan doa yang tidak baik kepada mereka yang terlibat.

Namun sebelum kita menulis dan berkata-kata, pernahkah terlintas peringatan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ini?

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.”
(HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47)

Bukan itu sahaja, tiada manusia yang sempurna tetapi antara tanda baiknya Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk kita;

“Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(HR. Tirmidzi no. 2317)

Apakah dengan warganet sindir, ejek, mengeji dan mendoakan perkara yang tidak baik kepada mereka itu sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat mereka?

Apabila terjadinya masalah rumahtangga orang lain, kita sebagai orang luar tiada hak untuk komen dan mengadili siapa yang betul dan siapa yang salah MELAINKAN KITA TAHU A-Z (SEGALA-GALANYA).

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam sendiri pun tidak akan memberikan sebarang kata putus tentang suatu pertikaian rumahtangga sahabat Radiyallahuanhum sehingga mendengar dari kedua-dua pihak.

Apakah warganet lebih hebat pemahaman & amalan agamanya dari Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam sehingga berani memberikan komentar dan memutuskan siapa yang betul & siapa yang salah dala isu rumahtangga mereka?

Bukankah lebih baik kita sebagai orang luar mendoakan sahaja kebaikan untuk rumahtangga mereka?

Apakah kita suka apabila (Nauzhubillah) rumahtangga kita bermasalah dan orang luar yang tidak tahu apa-apa masuk campur dan komen macam-macam? Yang kahwin itu adalah mereka, dan yang ada masalah itu adalah mereka tetapi cara komen warganet seperti itu masalah mereka.

Lebih merisaukan saya apabila ramai yang sangat beremosi dalam komentar sehingga tidak sedar atau tidak sengaja telah melampaui batasan agama dan menyindir syariat Islam!

Peringatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat semua, sebelum kita menyibuk dengan urusan rumahtangga dan kehidupan peribadi orang lain, ayuh kita bertanya pada diri kita apakah telah cukup baik amalan diri kita sehingga sanggup membazir masa melakukan sesuatu yang tidak memberikan sebarang manfaat dunia dan akhirat kecuali memenuhi hawa nafsu serta emosi kita?

Ibnu Rajab berkata,

“Jika seseorang meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat, kemudian menyibukkan diri dengan hal yang bermanfaat, maka tanda baik Islamnya telah sempurna”
(Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 295).

Jikalau kita melakukan amar makruf nahi mungkar, maka itu adalah perkara yang bermanfaat tetapi apakah komentar kita itu adalah amar makruf nahi mungkar atau sebenarnya amar mungkar nahi makruf?

Semoga Allah kurniakan taufiq & hidayah buat kita semua untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Allahuma Ameen
British Airways sudah memberikan pilihan kepada kru kabin untuk bertudung. Andai negara barat boleh memberikan hak mengamalkan agama kepada Muslim, syarikat penerbangan di Malaysia bila lagi?

Semoga dapat direalisasikan dengan segera kerana saya mengenali ramai kru kabin yang sebenarnya mahu bertudung dan memakai pakaian yang sopan, tidak ketat ketika bertugas.

https://themerdekatimes.com/news/2023/01/pramugari-british-airways-kini-boleh-bertudung/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berbangga dengan bangsa? Hanya untuk yang berfikir..
Betulkan formula berfikir kita. Baik atau buruk & betul atau salahnya sesuatu bukan berdasarkan apa kata manusia dahulu tetapi apa kata Allah & RasulNya terlebih dahulu.

Apa yang Allah & RasulNya kata baik, maka baiklah sesuatu itu walaupun buruk di sisi manusia begitu juga betul & salah bukan berpandukan hawa nafsu & emosi manusia tetapi berdasarkan syariat Islam.

Kita sebagai Muslim ada kayu ukur yang jelas untuk menilai sesuatu..
Kenapa amalan orang kafir sia-sia? Bacalah firman Allah Subhana Wa Ta’ala ini.
“Kami satu wanita Colombia bersamaan dengan empat wanita”

Pada tahun 2018, MRM telah mengadakan Jelajah Dakwah Amerika Latin ke Peru & Colombia.

Ketika salah satu sesi saya, salah seorang peserta wanita bertanya tentang isu poligami dalam Islam. Dipendekkan cerita, setelah saya menjawab, hampir kesemua peserta wanita mengelengkan kepala dengan muka monyok tanda tidak setuju.

Well, tidak bersetuju tidak bermakna jawapan saya salah tetapi barangkali itu bukan jawapan yang mereka mahukan. Saya bertanya kepada kepada salah seorang peserta apa yang membuatkan dia tidak bersetuju, lalu dia menjawab;

“Untuk makluman Brother, kami seorang wanita Colombia ini adalah bersamaan dengan empat orang wanita. Islam membenarkan lelaki berkahwin maksimum sehingga empat orang, maka dengan berkahwin dengan kami seorang kuotanya telah penuh maka tiada keperluan mengahwini wanita lain.”

Saya tersenyum mendengar jawapan balasnya itu. Boleh tahan dia bermain logik begitu. Memandangkan pada waktu itu menghampiri waktu rehat, maka saya menawarkan peluang untuk diadakan sesi soal jawab selama sejam ketika waktu rehat di mana mereka boleh bertanya apa sahaja. Mereka bersetuju.

Yang menyertai sesi soaljawab itu hanyalah peserta wanita dan majoriti peserta wanita adalah muallaf. Walaupun saya membuka sesi soaljawab itu untuk apa sahaja soalan TETAPI majoriti soalan yang ditanya hanyalah perihal poligami sahaja sehingga saya bertanya kepada mereka;

“Apakah dalam otak kalian sekarang tiada soalan lain kecuali soalan tentang poligami sahaja?”

Saya bukan bengang ataupun marah cuma tertanya-tanya. Diringkaskan cerita, masa sejam cepat berlalu dan sesi soaljawab perlu berakhir untuk membolehkan sesi seterusnya diteruskan.

Pada hari terakhir bengkel di Bogotá, Colombia, wakil penganjur iaitu Abdul Hamid datang bertanya kepada Ustaz Shoftwan Badrie;

“Sheikh, tadi ada tiga peserta wanita minta saya tanyakan kepada Sheikh adakah Sheikh berminat mengahwini mereka?”

Ustaz Shoftwan memandang saya & saya memandang Ustaz Shoftwan lalu kedua-dua kami tergelak. Lalu Abdul Hamid menyambung;

“Brother Firdaus, awak jangan gelak kerana ada juga permintaan untuk kamu.”

Saya minta izin dari Ustaz Shoftwan untuk saya ke depan bercakap dengan para peserta dan beliau mengizinkan lalu saya bertanya;

“Saya ada sedikit persoalan untuk anda khususnya peserta wanita. Beberapa hari lepas, hampir kesemua anda menolak poligami tetapi hari ini tiba-tiba majoriti anda berubah 180 darjah dengan mahu pula berpoligami. Boleh siapa kongsikan apa sebenarnya yang telah berlaku?”

Salah seorang peserta wanita bangkit dan menjawab;

“Ya, beberapa hari lepas kami menolak dan tidak mahu berpoligami. Tetapi selepas sesi soaljawab dengan kamu, membuatkan kami banyak berfikir tentang jawapan demi jawapan kamu. Antara yang mengetuk kami ialah kenyataan kamu bahawa tidak mungkin Allah akan mensyariatkan sesuatu untuk menghina hambaNya tetapi kita yang akan dihina & menghina diri apabila jauh dari syariatNya.

Majoriti kamu muallaf. Kami memeluk Islam. Kenapa kami memeluk Islam dari agama lama kami?

Kerana kami tahu & yakin bagaimana Islam memberikan solusi kepada manusia. Bagaiman kita akan menjadi mulia dengan mengamalkan Islam. Maka dari situ kami juga berbincang sesama kami bahawa agama Islam adalah agama yang sempurna & Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia, maka begitu juga dengan SETIAP SYARIAT ISLAM itu juga pastinya baik untuk manusia walaupun adakalanya kita tidak faham dan tak suka.

Maka dari situ kami sedar betapa bukan sahaja Allah juga tidak akan menghina hambaNya dengan syariat poligami malahan ianya memuliakan.

Kami tidak boleh menolak poligami hanya kerana kami tidak suka kerana sebagaimana jawapan kamu tempohari, kalau kita dahulukan nafsu & emosi lalu kita beramal dengan apa yang kita suka sahaja, maka barangkali solat subuh atau solat lain serta puasa juga tidak akan dilakukan kerana nafsu pasti akan menyuruh kita teruskan tidur dan makan tetapi iman akan ‘memaksa’ kita beramal kerana ianya baik untuk kita.
Baik atau buruk dan betul atau salah adalah menurut Allah & Rasul bukannya nafsu & emosi kita. Ah, so begitulah ringkasan jawapan saya untuk soalan Brother.”

Sorakan & siulan dari para peserta menyusuli jawapannya. Maklumlah di Colombia mereka agak ‘happening’ & ‘expressive’…

Dari situ saya mula terfikir, mereka masih individu yang sama tetapi apa yang berubah sehingga cara mereka melihat & membuat keputusan berubah?

Tidak lain tidak bukan apabila mereka mengubah prinsip & formula mereka berfikir yang mendorong perubahan diri mereka. Saya akhiri perkongsian kali ini dengan satu firman Allah Subhana Wa Ta’ala untuk renungan kita bersama;

“Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).”
(An-Nuur 24:48-50)

Semoga Allah kurniakan pemahaman agama buat kita dan kuatkan iman kita untuk menerima secara menyeluruh syariat dariNya. Allahuma Ameen
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Kami orang Cina mempunyai sejarah 5,000, engkau ada?”

Sedutan lirik lagu kumpulan rock Hong Kong awal 2000…
2024/10/02 20:30:51
Back to Top
HTML Embed Code: