Telegram Web Link
Jikalau pasukan lain menang kebiasaannya mereka akan raikan bersama penyokong atau WAGs mereka.

Namun jikalau sahabat perasaan, beberapa pemain serta jurulatih mereka akan meraikan bersama ibu mereka! Allahuakbar..

Mereka tidak sesekali merasa malu memeluk & mencium ibu mereka tanda terima kasih di atas doa serta sokongan mereka.

Nabi mengajar kita bahawa keutamaan seorang ibu adalah 3 kali lebih utama berbanding seorang ayah.

Tahniah Morocco aka Maghribi. Anda bukan sahaja mencipta sejarah menjadi negara Afrika pertama masuk ke separuh akhir Piala Dunia, tetapi Morocco juga menunjukkan akhlak Islamiah kepada dunia secara langsung!
“…tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”
(Hud 11:88)

La Hawla Wala Quwata illah billah
Dengan kalahnya England kepada Perancis dalam suku akhir Piala Dunia 2022 sebentar tadi, maka lengkaplah kesemua pasukan yang menyokong ‘One Love’ tersingkir dari Piala Dunia kali ini selepas Wales, Jerman, Denmark, Belgium, Switzerland & Belanda tersingkir lebih awal.

We support ‘True Love’…

FIFA mempunyai kempen ‘Respect’ maka belajarlah untuk ‘Respect’ prinsip & nilai orang yang semulajadi dan tidak songsang..
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bolasepak cuma sukan tetapi ianya boleh menjadi antara medium meniup semangat ukhwah Islamiah jikalau kena pada caranya apatahlagi di pentas dunia!

Lihat bagaimana kejayaan Morocco setakat ini yang disokong oleh masyarakat Islam tanpa mengira negara. Ini adalah antara sorakan penyokong Morocco di dalam stadium ketika Piala Dunia Qatar 2022. Meremang bulu roma mendengar sorakan begini!

#worldcup #worldcup2022 #worldcupqatar2022 #firdauswong
Saya tidak mahu komen tentang negara lain tetapi saya hanya mahu komen tentang senario di Malaysia sahaja.

Untuk makluman World Health Organization (WHO), di Malaysia golongan ini tidak dizalimi malahan mereka menjadi usahawan & jutawan asbab populariti yang diperolehi dengan kesongsangan mereka.

Mereka juga mendapat peluang pekerjaan dan menjawat jawatan yang tinggi dalam organisasi. Mereka tidak dihukum atau dinafikan hak sebagai seorang manusia.

Mereka memiliki akses kepada pendidikan & perubatan walaupun golongan ini merupakan penyumbang terbanyak HIV di Malaysia.

Bukan itu sahaja, golongan songsang ini dibantu secara percuma untuk mendapatkan semula sifat semulajadi dan seterusnya menjalani kehidupan yang normal sebagai manusia yang bernafsu normal.

Akhir kalam, WHO sendiri perlu memahami program WHO sendiri kerana di bahagian bawah kiri poster ini ditulis;

“Human Reproduction Programme” (Program Reproduksi Manusia)

Dan WHO sebagai badan kesihatan dunia pastinya tahu secara saintifik bagaimana sistem reproduksi manusia berfungsi yang seterusnya membolehkan manusia membiak secara normal kan?

Bantulah mereka kembali menjalani kehidupan normal bukannha menjustifikasi atau mempromosi kesongsangan itu.

Kami sayangkan mereka dan mahu membantu mereka. #truelove
[I think this is the time.]

Alhamdulillah. Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

Selepas waktu asar tadi, seorang lelaki berbangsa India datang ke pejabat MRM untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Walaupun beragama Hindu sebelum ini, ia tidak menjadi satu penghalang untuk beliau mencari kebenaran. Beliau pernah menghadapi cabaran dalam hidup dan agama Islam telah memberi penyelesaian bagi beliau.

Beliau dapat melihat keindahan ajaran agama Islam tetapi telah tertangguh beberapa kali untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“This is the beauty of Islam. I have always wanted to do this (syahadah) but got postponed. But I think this is the time.”

Allahu akbar. Beliau telah mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah pada hari ini. Selamat kembali ke agama fitrahmu. Semoga kita istiqamah di jalan Allah.

Jika sahabat mempunyai kenalan yang ingin tahu tentang Islam, boleh hubungi wasap.my/601110500414 temu janji.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rahsia sepakan penalti Harry Kane melambung terungkai. Tengoklah dia berguru dengan siapa..

Sebab itu Islam ajar penganutnya agar belajar dari yang pakar dalam bidang bukan belajar semberono.

“maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.”
(Al-Anbiyaa' 21:7)

*Johnny Wilkinson tu pakar sepakan ragbi bukan bolasepak..
Semua orang boleh nampak cerdik apabila membantah dan membangkang kerana membangkang tidak memerlukan justifikasi tetapi cukup menimbulkan persepsi.

Namun kecerdikan akan teruji apabila diberikan amanah untuk melaksanakan idea yang mereka bangkang dulu.

Oleh itu jangan mudah teruja dengan orang yang nampak hebat ketika membangkang kerana membangkang hanya memerlukan keberanian & skil mencipta persepsi terhadap isu yang dibangkang.

Terujalah apabila seseorang berjaya menceritakan visi & misi lalu dilaksanakan wawasan mereka itu.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Al-'Ankabuut 29:69)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
• Piala Dunia terbaik
• Piala Dunia paling mesra keluarga
• Piala Dunia paling selamat
• Piala Dunia paling banyak kejutan
• Final Piala Dunia paling menarik
• Hospitaliti terbaik
• Sistem pengangkutan Piala Dunia terbaik

Tahniah Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia terbaik.. Tahniah Argentina juara Piala Dunia
Jangan mencela seorang yang melakukan dosa.. Seorang ulama Ibrahim An-Nakha’i berkata,

” إني لأرى الشيء أكرهه، فما يمنعني أن أتكلّم فيه إلا مخافة أن أُبتلى بمثله”

“Aku melihat sesuatu yang aku tidak suka, tidak ada yang menahanku untuk berkomentar dan membicarakannya kecuali karena aku khawatir aku yang akan ditimpakan masalahnya dikemudian hari.” [HR. Ibnu Abid Dunya dalam kitab Ash-Shamt]

Hasan Al Basri berkata,

كانوا يقولون من رمي أخاه بذنب قد تاب إلى الله منه لم يمت حتى يبتليه الله به

“Para sahabat dan tabi’in memiliki konsep, barang siapa yang mencela saudaranya, karena dosa-dosanya, sedangkan saudaranya itu sudah bertaubat kepada Allāh, maka si pencela tidak akan meninggal dunia kecuali dia akan mengalami dosa saudaranya tersebut.”
Peringatan dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam..
Institusi kekeluargaan mereka semakin runtuh & tidak seutuh nilai kekeluargaan Islam.

Isu moral sesuatu yang subjektif maka mereka tidak boleh mengajar dunia tentang apa yang bermoral dan apa yang tidak.

Maka apabila pemain Morocco meraikan kejayaan Piala Dunia 2022 mereka bersama ibu mereka, media Belanda merasakan ianya sesuatu yang perlu mereka kritik dengan tajuk utama;

“BERHENTI MEMULIAKAN IBU”

Mereka meminta berhenti memuliakan ibu tetapi feminis yang kononnya memperjuangkan hak wanita diam seribu bahasa.

Mereka meminta berhenti memuliakan ibu kerana kini mereka lebih memuliakan kekasihan tanpa ikatan sah & hubungan songsang.

Begitulah..
2024/10/02 08:16:48
Back to Top
HTML Embed Code: