Telegram Web Link
Sebelah kanan namanya Hakim, dari Sabah berusia 22 tahun & sebelahnya pula ialah anak jati Labuan, Hakimi yang berusia 23 tahun. Kedua-duanya pelajar UMS Labuan.

Dalam kereta mereka tak banyak bercakap satu sama lain. Bila sampai di restoran, baru saya faham. Seorang penyokong PH & seorang penyokong PN.

Di meja makan, mereka banyak bercakap sesama mereka. Ya la, bila makanan dah terhidang di depan mata. Siap salah seorang belanja makan lagi. Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

Sedap makanan di JJ NAZAR tadi terutamanya Roti Garlic Cheese Nan SPECIAL!
Alhamdulilah bersama guru saya & para rakan daie dari seluruh dunia… ☝🏻

Siapa boleh namakan daie yang ada di dalam gambar ini?
☝🏻
Tiga rakan seperjuangan dalam dakwah dengan pendekatan berbeza. Sheikh Fariq Naik & Bro Hashim & UK.

Kerana dakwah kami bertemu & bersatu. Biar berbeza cara, warna kulit, bangsa & negara tetapi akidah tetap yang satu.

Semoga Allah melindungi kita semua & kurniakan keikhlasan kepada kita semua demi mencari redhaNya. Allahuma Ameen
Mereka tak paksa sesiapapun datang malahan menjemput semua untuk datang.

Cuma mereka beritahu awal-awal apa kod pakaian untuk ke rumah mereka & siapa yang tidak patuh maka tidak dibenarkan masuk & boleh dihalau keluar.

Dah datang jauh-jauh, masuk stadium beli tiket semua. Nak tunjuk perangai paksa orang terima nilai mereka. Sebelum memaksa orang lain terima dan hormat nilai songsang ini, belajarlah menghormati & terima nilai orang lain.

Kalau tak boleh, jangan pergi. Takde siapa paksa pun.

*Gambar seorang penyokong Amerika memakai lilitan pelangi diiring keluar dari stadium & kemudian diberikan masa 24 jam untuk keluar dari Qatar.
Antara perkara yang menonjol di Qatar ini samada sebelum & semasa #worldcup2022 ialah kebersihan.

Apa yang anda lihat ialah tandas awam bukannya tandas di hotel 5 bintang.

Kesucian merupakan sebagian dari Iman”
(HR. Muslim: 328)
Hospitality orang Qatar memang tak dapat disangkal. Berebut mereka mahu menjemput kami makan di rumah malahan ada yang memujuk kami agar bermalam di rumah mereka. SubhanAllah..

Orang Malaysia yang menetap di Qatar juga apa kurangnya. Semalam sahaja 2 group rakyat Malaysia menjemput kami untuk makan bersama mereka.

Jazakumullahu Khairan kepada Hj Salleh, Hj Basit, Hj Wan yang belanja sesi tengahari serta kepada Azril & Nizam yang belanja sebelah malam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurniakan rezeki yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat buat mereka semua.

*Entah berat badan naik berapa kg la ni..
2024/10/03 17:25:39
Back to Top
HTML Embed Code: