Telegram Web Link
[Nak Undi Siapa?]

*Sebelum bermula, saya ingin maklumkan bahawa posting ini lebih panjang dari biasa. Maka harap bersabar membaca. Komenlah setelah anda selesai membaca & memahaminya. Jazakumullahu Khairan

Beberapa kenalan rapat saya bertanya kepada saya bagaimana untuk mengundi pada #pru15 kali ini. Mereka ini datang dari pelbagai latarbelakang. Mereka bertanya kepada saya kerana tidak melihat banyak 'posting' tentang PRU di medsos saya.

Maka saya di sini saya ingin nukilkan beberapa dasar & prinsip yang saya kongsikan kepada kenalan-kenalan saya. Buat makluman yang mungkin baharu mengikuti medsos saya, saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik atau menyokong mana-mana parti politik secara khusus.

Saya pernah dilabel orang BN, PN & PH kerana saya pernah bekerjasama atau terlibat secara langsung & tidak langsung dengan mereka untuk program dakwah. Saya dah lali dengan kecaman maka jikalau ada sesiapa terfikir untuk mengecam untuk jadikan saya 'down', nasihat saya adalah agar tidak perlu bazir masa & tenaga anda. Fokus pada sesuatu yang lebih bermanfaat.

Saya meraikan perbezaan pendapat dari sahabat-sahabat semua tetapi pastikan komentar anda mengikuti adab & akhlak Islamiah. Label melabel & menghina serta mencarut akan menyebabkan komen anda dipadamkan atau anda akan diblok terus.

Posting ini agak panjang maka anda perlu bersabar untuk membacanya. Sila baca sehingga habis sebelum komen kerana barangkali komentar atau persoalan anda itu sudah saya kupas dalam status ini.

1) Sebagai Muslim, panduan kita dalam membuat keputusan adalah berdasarkan ajaran Islam. Tidak boleh seorang yang beriman apabila Allah & RasulNya telah membuat suatu ketetapan lalu kita tetap memilih yang lain kecuali kita orang yang sesat. (33:36)

2) Panduan kita adalah Quran & Sunnah, maka sebagai Muslim kita menyokong apa sahaja yang BAIK & BETUL serta kita MENOLAK & MENENTANG apa-apa sahaja yang bercanggah dengan ajaran Islam dan ini termasuklah rasuah & pecah amanah.

Apa yang baik & tidak baik, neraca pertimbangan kita adalah Quran & Sunnah bukan apa kata ahli politik dan masyarakat. Kita dahulukan Allah & Rasul.

Kita juga perlu memilih pemimpin yang kuat/berkemampuan & amanah. (28:26)

3) Kita perlu memahami realiti dalam politik & #PRU15 bahawa kita bukannya sedang memilih calon atau parti atau gabungan yang terbaik di antara yang terbaik tetapi kita sedang memilih MANA YANG PALING KURANG MUDARAT BERBANDING DENGAN MUDARAT YANG LAIN.

4) Di dalam Islam, tidak semua mudarat itu adalah pada tingkatan yang sama sebagaimana dosa-dosa tidaklah dalam peringkat yang sama maka sebab itu kita ada dosa kecil & dosa besar sehinggakan di dalam dosa-dosa kecil & besar itu juga adalah tingkatan-tingkatannya yang berbeza. Satu dosa besar dengan dosa besar yang lain tidak berada pada tingkatan atau kedudukan yang sama.

Contoh rasuah, pecah amanah, kesaksian palsu & syirik itu merupakan dosa-dosa besar di dalam besar tetapi apakah semua dosa-dosa itu dalam tingkatan yang sama atau ada dosa besar itu lebih BERAT berbanding dengan DOSA BESAR yang lain?

Hatta di dalam syirik (menyekutukan Allah) merupakan dosa terbesar di dalam Islam yang jikalau seseorang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, maka neraka tempat akhirnya. (4:48/116) Namun, di dalam syirik itu juga ada syirik kecil & syirik besar.

Syirik kecil seperti riyak menyebabkan pelaku tidak mendapat pahala di atas apa yang dikerjakan sedangkan syirik besar menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama Islam.

5) Dalam situasi politik negara, majoriti jikalau bukan semua parti & ahli politik menentang rasuah. Sebagaimana saya nyatakan di perkara no. 2, sebagai Muslim juga kita menentang rasuah.

Tiada seorang pun Muslim yang waras akalnya dan sihat imannya akan setuju dan menyokong rasuah.
Maka persoalannya, gabungan parti politik mana kah yang tidak terpalit dengan isu rasuah sama ada dituduh terlibat dalam rasuah tetapi belum didakwa, dituduh terlibat dalam kes rasuah dan telah didakwa, dituduh terlibat dalam kes rasuah tetapi digugurkan kes atau didakwa dalam kes rasuah & dijatuhkan hukuman?

Majoriti jikalau bukan semua GABUNGAN PARTI POLITIK mempunyai isu rasuah cuma skala rasuah setiap gabungan parti itu sahaja yang berbeza.

6) Rasuah adalah dosa besar maka jikalau kita HANYA PERLU MEMILIH berdasarkan indeks rasuah semata-mata, maka kita perlu memilih gabungan parti manakah yang paling kurang isu rasuahnya. Kita pilih yang paling kurang mudarat.

7) Rasuah merupakan dosa besar & begitu juga syirik, namun sudah tentu syirik lebih BERAT berbanding dengan rasuah. Saya membenci pelaku & pemberi rasuah kerana rasuah adalah dosa besar. Islam menentang rasuah. Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam melaknat pemberi & penerima rasuah!

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam diutuskan untuk amar makruf nahi mungkar dan kemungkaran paling besar yang Baginda cuma basmi adalah kesyirikkan & menegakkan tauhid selain menegakkan keadilan. Namun tiada kompromi dalam syirik.

8) Maka inilah keutamaan yang harus diberikan pertimbangan sewajarnya dalam mengundi dalam #PRU15 nanti. Sekali lagi, terpulang untuk sahabat-sahabat bersetuju atau tidak. Jikalau tidak bersetuju, maka sahabat boleh kemukakan dalil dari Quran & Sunnah dan bukannya sekadar emosi mahupun retorik.

Kita jadikan Quran & Sunnah sebagai kayu ukur perbincangan. Orang Belum Muslim ada kayu ukur mereka yang tersendiri yang mungkin ada yang sama dan mungkin ada yang berbeza dari orang beriman. Berikut adalah senarai keutamaan dalam mengundi;

A) TIDAK MENGUNDI calon dari gabungan yang memiliki LEBIH RAMAI pemimpin yang menyokong & membantu pemurtadan orang Islam, membantu pemurtadan & kesesatan seperti penyebaran agama lain, Liberalisasi, menghina Islam. (PEMARKAHAN 50%)

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)."
(An-Nisaa' 4:138-139)

B) TIDAK MENGUNDI calon dari gabungan yang memiliki LEBIH RAMAI pemimpin yang menyanjung pemimpin dan pergerakan atau parti politik luar negara yang menzalimi umat Islam.

C) TIDAK MENGUNDI calon dari gabungan yang memiliki LEBIH RAMAI pemimpin yang terpalit dengan rasuah & pecah amanah. (PEMARKAHAN 15%)

D) TIDAK MENGUNDI calon dari gabungan yang memiliki LEBIH RAMAI pemimpin yang menyokong pergerakan pengganas yang akan mengugat keselamatan & keamanan negara. (PEMARKAHAN 10%)

E) TIDAK MENGUNDI calon yang hanya muncul & turun padang bila musim PRU.

F) UNDI calon dari gabungan parti yang mempunyai polisi ekonomi lebih baik.

UNDI calon dari gabungan yang paling kurang mudarat terhadap Islam, Muslim & keselamatan serta kesejahteraan negara. Tugas saya hanyalah sekadar berkongsi dan sekali lagi saya tegaskan, sahabat-sahabat Muslim yang lain boleh berbeza pandangan dengan saya dalam senarai di atas.

Jikalau sahabat ingin berbeza, tiada masalah. Anda dibenarkan untuk berkongsi senarai anda di ruangan komen dan membawakan dali-dalil yang menyokong prinsip anda. PASTIKAN kita menjaga adab & akhlak dalam perbincangan.

Apa-apapun, ingatlah bahawa Allah jualah yang memberikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki;
"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(A-li'Imraan 3:26)

Yang diberikan kuasa tidak semestinya mulia di sisi Allah manakala yang tidak diberikan kuasa tidak semestinya dihina oleh Allah. Siapapun yang bakal berkuasa, ingatlah bahawa pemimpin adalah cerminan rakyatnya.

Jikalau baiknya rakyat, maka In Sha Allah kita akan mendapat pemimpin yang baik. Jikalau buruknya rakyat, maka buruklah juga pemimpinnya.

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam pemimpin yang hebat kerana adanya rakyat bawahan yang hebat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan sebagainya. Empat Khulafa Ar-Rasyidin hebat kerana rakyatnya juga hebat.

"Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu)."
(Al-An'aam 6:129)
Bekas Muslim kembali memeluk agama Islam

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Pada petang tadi seorang lelaki dari Afrika Selatan telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat MRM Wangsa Maju.

Beliau memaklumkan bahawa dia lahir dari keluarga Islam tetapi pada usia 5 tahun ketika ibubapanya bercerai, maka dia dibesarkan oleh ibunya yang memeluk agama Kristian.

Setelah hampir 21 tahun beliau terpisah dengan ayahnya yang beragama Islam, qadar Allah pada bulan 9 tahun ini beliau berjaya menemui ayahnya melalui sosial media.

Dari situ, ayahnya berdakwah kepadanya sehinggalah beliau membuat keputusan ingin memeluk agama Islam.

Asbab beliau ingin memeluk agama Islam adalah kerana konsep ketuhanan dalam agama Islam lebih mudah difahami dan lebih menepati fitrah beliau dalam mempercayai Tuhan adalah tunggal serta bukan sebahagian daripada makhluk ciptaanNYA. Ia sangat direct dan tidak mengelirukan berbanding dengan agamanya sebelum ini. Allahuakbar!

Kepada anda yang masih mencari bagaimana cara untuk bershahadah atau ingin berdiskusi dengan pihak kami secara sihat tentang agama Islam, anda boleh hubungi kami di wasap.My/601110500414 untuk sebarang perjumpaan.

Welcome back to Islam Brother Moussa.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Bagaimana keadaan kawasan sahabat-sahabat semua setelah hujan lebat sejak awal pagi tadi?

Semoga sahabat-sahabat semua dilindungi oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen
Seni Berfikir & Prinsip Membuat Keputusan

Sebelum ini, saya telah banyak bersemuka & berdialog dengan golongan yang menjadi ateis dari agama lain mahupun bekas Muslim yang menjadi ateis.

Antara yang menjadi hujah mereka adalah;

"Ramai saintis tidak percayakan Tuhan kerana pemahaman mereka terhadap sains maka itu antara sebab saya juga memilih untuk menjadi ateis."

Sekali imbas seperti 'good argument' lalu saya melontarkan soalan saya kepada mereka untuk mendapatkan kepastian;

"Saya dengar dan faham sebab mengapa anda menjadi ateis. Cuma saya ada persoalan. Saya percaya kata-kata anda bahawa memang terdapat sejumlah saintis yang tidak percaya Tuhan yakni menjadi ateis dan ini juga penyebab anda menjadi ateis.

Saya juga yakin & percaya bahawa anda akan bersetuju dengan saya bahawa di luar sana juga terdapat sekumpulan saintis yang sama atau lebih hebat kaliber mereka yang percayakan Tuhan & beragama!

Jadi persoalan saya, jikalau hujah anda mengatakan ramai saintis tidak percaya Tuhan menyebabkan anda memilih menjadi ateis, kenapa anda tidak mengikuti saintis yang percayakan Tuhan & beragama? APAKAH PRINSIP anda dalam memilih kumpulan saintis ateis dan bukannya kumpulan saintis yang beragama?

Jikalau anda memilih saintis ateis dengan alasan kumpulan saintis ateis ini lebih ramai followers & popular di medsos, maka apakah ramainya followers & populariti medsos itu menjadi prinsip kebenaran yakni; POPULAR = BENAR?

Jangan dilupa kumpulan saintis beragama juga ada yang ramai followers & popular di medsos maka jikalau mengikut prinsip anda, maka kumpulan saintis beragama juga semestinya benar kerana prinsip kebenaran anda adalah ramai followers & populariti.

Jikalau anda memilih saintis ateis dengan alasan kumpulan itu menulis banyak jurnal & buku mereka laku keras, kumpulan saintis beragama juga ramai yang menulis jurnal & buku mereka juga laku keras.

JADI SEBENARNYA APA PRINSIP ANDA UNTUK MEMILIH SAINTIS ATEIS & BUKANNYA SAINTIS BERAGAMA SEDANGKAN KEDUA-DUANYA SAINTIS!"

Majoriti ateis yang saya ajukan soalan ini tidak dapat memberikan SATUPUN PRINSIP dalam membuat keputusan melainkan mereka beralih kepada hujah dan topik lain.

Sebagai manusia, kita ada prinsip dalam membuat keputusan namun persoalannya adakah prinsip itu merupakan prinsip yang tiada paradoks.

Paradoks adalah satu kenyataan yang seolah–olah bercanggah antara satu sama lain, atau tidak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal.

Contoh paradoks;

"Saya tahu bahawa saya tidak tahu apa-apa"

Apa yang paradoksnya? Jikalau seseorang mengatakan dia TAHU dia TIDAK TAHU APA-APA, bagaimana mungkin dia TAHU yang DIA TIDAK TAHU APA-APA sedangkan untuk dia menyedari dia TIDAK TAHU dia PERLU TAHU apa yang dia TIDAK TAHU!

Sekarang TAHU atau TIDAK TAHU?

Begitu juga dalam musim PRU ini, ramai yang mahu menzahirkan sokongan dan menunjukkan bahawa parti mereka paling layak menerima undi dan membentuk kerajaan dengan menampilkan senarai selebriti & tokoh akademik yang menyokong parti mereka.

Persoalannya, jikalau masyarakat perlu memberikan undi kepada parti A kerana sekumpulan 100 selebriti popular & 100 tokoh akademik menyokong parti A lalu anda memberikan alasan;

"Takkan tokoh akademik ini bodoh untuk sokong parti A. Mereka selebriti popular & tokoh akademik kot."

Maka persoalan boleh ditanya kembali apakah anda akan mengundi parti B jikalau parti B berjaya menampilkan 110 & 150 tokoh akademik pula?

Saya hanya berminat berkongsi dengan masyarakat prinsip dan seni berfikir yang dipelajari di dalam Islam. Apa jua keputusan itu hak mereka. Tugas saya sekadar berkongsi dan mendidik.

Senantiasa jagalah adab & akhlak kita sebagai Muslim.
Manusia paling buruk di sisi Allah.

Semoga kita dijauhkan dari sifat ini & orang seperti ini. Allahuma Ameen
Saya ingin nukilkan beberapa dasar & prinsip yang saya kongsikan kepada kenalan-kenalan saya.

Buat makluman yang mungkin baharu mengikuti medsos saya, saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik atau menyokong mana-mana parti politik secara khusus.

https://themerdekatimes.com/news/2022/11/nak-undi-siapa/
“TIADA AGENDA KRISTIANISASI DI MALAYSIA” - Council of Churches Malaysia

Setiap agama ada agendanya yang tersendiri. Agama yang tiada agenda bukanlah agama dalam erti kata sebenar.

Seorang Muslim tidak sempurna imannya andai Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam tidak dicintai olehnya melebihi segala-galanya & antara tanda mencintai Nabi adalah ‘ittiba’ (mengikuti) Nabi dalam berdakwah kepada mereka yang belum Muslim agar mereka dikurniakan hidayah.

Islam ada agendanya dan agenda Islam bukannya rahsia kerana khutbah disiarkan dan boleh didengari semua.

Percaya atau tidak, itu terpulang. Saya bukannya ahli mahupun penyokong mana-mana parti ataupun gabungan parti baik BN, PN & PH. None of them. Ramai sahabat saya dari BN, PN, PH, GTA hatta ada yang menjadi calon bebas untuk bertanding.

Saya secara peribadi tidak takut akan agenda Kristianisasi kerana sebagaimana saya sebut, setiap agama ada agendanya yang tersendiri begitu juga dengan agama Kristian.

Malahan berkali-kali dalam ceramah saya mengatakan orang Kristian yang benar-benar Kristian pasti mahu mengKristiankan orang bulam Kristian kerana mereka percaya agama Kristian adalah satu-satunya agama yang benar! Saya pula menyakini Islam sebagai SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR!

Namun Council of Churches Malaysia (CCM) menafikan mereka mempunyai perancangan untuk mengKristiankan Malaysia. Apakah benar penafian mereka ini?

Masihkah mereka ingat akan sebuah buku bertajuk “Vision 2020 : A Malaysian Christian Response - Theoloji Wawasan 2020” yang telah diterbitkan pada Julai 1992?

Dinukilkan segala perancangan mereka (Kristian) sebagai respon kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan PM pada masa itu? Antara perancangannya adalah memasukkan lebih ramai missionari Kristian di dalam parti politik serta menginjilkan Malaysia di halaman 103;

“Basically the church has a one and only mission:- to evangelize. That is the commandment of our Lord (Matthew 28:19).... In an affluent, educated and multiracial society evangelisation is very difficult. But still we must obey the Commandment! The future, though looks tough, is in fact a golden opportunity to evangelize Malaysia.”

(Secara asasnya, gereja hanya memiliki satu misi iaitu: penginjilan! Itulah perintah Tuhan kita (Matius 28:19).... Di dalam masyarakat berbilang bangsa, berpendidikan dan serba mewah, penginjilan adalah sangat sukar. Namun kita mesti mematuhi perintah itu (penginjilan). Masa depan kelihatan sukar tetapi hakikatnya ianya adakah masa keemasan untuk menginjilkan Malaysia.)

Bagaimana pula dengan pengakuan dari salah sebuah laman sesawang Missionari Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia.

“to reach out to the Muslim population.”

Bagaimana dengan missionari-missionari dalam dan luar negara yang secara terbuka mengajak Muslim untuk masuk agama Kristian yang pernah kami dedahkan?

Dakyah di Putrajaya - https://www.facebook.com/285669801544013/posts/pfbid02NQzEgTSX4hbq4yLdpb6idn1SCn5AYm9PWw5kFED1dPHbGMPcQqEp2kExMxcgp5nRl/?d=n&mibextid=qC1gEa

Dakyah di kampung Orang Asli Perak - https://www.facebook.com/285669801544013/posts/pfbid02GPWqhvHiHJZpQSxfrDGrRhTckqsuAd9fVgpwB3x2ibHCzr4uKUwaZ5SP1uVKxHGHl/?d=n&mibextid=qC1gEa

Video pengakuan dakyah di Kg Orang Asli - https://fb.watch/gTeFavTz6M/?mibextid=qC1gEa

Video dakyah terbuka di KLCC - https://fb.watch/gTeIaCEUWH/?mibextid=qC1gEa

Dakyah secara terbuka di Hospital Sg Buloh - https://www.facebook.com/285669801544013/posts/pfbid0DTFuPBZEPCzyHky3S4zhLtGx7oXmEJ6VGQa2v5tMYrQQqtgkFRVDbXFU3vBBi44Ql/?d=n&mibextid=qC1gEa

Video pendedahan dalang agenda Kristianisasi - https://fb.watch/gTePfLUsie/

Dakyah di universiti Malaysia kepada pelajar Muslim - https://fb.watch/gTeRMNZXNX/?mibextid=qC1gEa

Video Missionari “Jesus Christ is a King over Malaysia” - https://fb.watch/gTeUfxQgyi/

Video bukti-bukti Kristianisasi 2020 - https://fb.watch/gTfaPaCUrN/

Video Kristian Dominionisme di Malaysia - https://fb.watch/gTfdrlbXKZ/?mibextid=qC1gEa

Video dakyah kepada Muslim secara terbuka di KL - https://fb.watch/gTffLTMTkP/?mibextid=qC1gEa
Sebelum ada sahabat yang marah & cuba memprovokasi, setiap agama ada agendanya. Tidak perlu malu dan menafikannya kalau ianya benar.. Saya tidak takut salib mahupun Kristianisasi. Saya hanya menjunjung Rukun Negara;

“Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang”

Adakah menyebarkan agama selain Islam kepada Muslim di Malaysia sesuatu yang mematuhi Perlembagaan Persekutuan & mendaulatkan undang-undang atau bercanggah?

Saya tidak berminat dengan kenyataan ahli politik yang memainkan isu ini pada musim PRU. Kami di MRM konsisten dalam isu begini.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saya mengesahkan bahawa terjemahan sarikata Bahasa Melayu ucapan Hew Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai Superman Hew dalam Kantonis adalah kurang tepat kerana jikalau ditambah dengan bahasa kesatnya, maksud yang disampaikan beliau ini jauh lebih teruk dari terjemahan!

Harap Hew akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.
Siapapun yang bakal membentuk kerajaan selepas keputusan #pru15 diumumkan, amar makruf nahi mungkar perlu diteruskan.

Jangan diputuskan ukhwah Islamiah kerana perbezaan politik. Ingat firman Allah agar kita berpegang teguh pada tali Allah & JANGAN BERPECAH!
2024/10/02 20:34:49
Back to Top
HTML Embed Code: