Telegram Web Link
Fenomena di Malaysia

@bimbinganhidup
Kata Kata Iman Akan Diuji•


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

-Sura Al-Ankabut, Ayah 2

Betapa banyak orang-orang yang pandai mengungkapkan kata kata iman namun akhirnya tewas diuji.

Begitulah dilemma para daie. Jika tidak disampaikan kata kata iman, kalimah toyibah itu dia akan dituduh tidak menyampaikan syahadah.

Apabila menyampaikan pula, dia pula akan diuji.

Namun insya Allah, ujian itu mencari kebenaran & ketulusan.

#spreadDakwah
Menyanggah pandangan xtreme dlm dakwah

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tafsir Mesir ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW.
Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya:

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"

Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"

Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.

¶Muhasabah diri:

*Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak. Tunjukkan akhlak yang baik sebagai Muslimin dan Muslimat. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak yang baik adalah pintu dakwah.

*Terutama kpd diri ini yg penuh kelemahan dan kekurangan. Tolong pakat2 nasihat dan tegur dan jangan lupa doa. Terima kasih. Semoga ALLAH memberkati kehidupan kita semua..
Ameen....

@bimbinganhidup
EMPAT UCAPAN YANG PALING DISUKAI اَللّهُ .

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ. لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ.

Rasulullah ﷺ bersabda: "Ada empat ucapan yang paling di sukai اَللّهُ Subhanahu Wa Ta'ala;

Subhanallah  سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah]

Alhamdulillah  اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah]

Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah]

Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar]

Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai. [HR Muslim, no. 2137/12]

Memperbanyak zikir
Semoga Allah ampunkan kita. Wallahua'lam.
Lalai dan alpa dalam mengingati Allah? Cuba semak kata-kata Imam Ibnu Qayyim di bawah.

Beliau berkata : "Antara hukuman yang terbesar di dunia adalah Allah menahan lisanmu untuk berzikir kepadaNya."

Dan Allah Ta'ala berfirman :

‎اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah."

(QS Al Mujadillah : 19)

-Zonkuliah
Assalamualaikum Wbt...
🚶🚶‍♀Walau langkah tak bertemu
🤝Tangan tak berjabat
🗣Ucap tak terdengar
👥Mata tak bertentang
🙏🏼Mohon maaf segala kesilapan
👀Kerana ada tikanya mata silap memandang
👂🏻Telinga salah mendengar
👅Lidah terlanjur berkata-kata
💓Dan Hati tersalah menduga
👐🏻Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah Dan Yang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri

。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
🌺˚Selamat🌺。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。🌺Menyambut ketibaan🌺 。* • ˚。🌺Ramadhan🌺
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

Semoga ibadah puasa di tahun ini dpt dilakukan dgn istiqomah.. ikhlas dari kami admins @bimbinganhidup

@bimbinganhidup
_*21 Pesanan Bermakna*_
_*dari Ustaz Ebit Liew*_
_(April 21, 2020)_

_1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.”_

_2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”_

_3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”_

_4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”_

_5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”_

_6- “Melihat bukan dengan mata, tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”_

_7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”_

_8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia, tapi hanya untuk Allah sayang.”_

_9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”_

_10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama, doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita, walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”_

_11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.”_

_12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”_

_13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”_

_14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang Dia beri kebaikan, Dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”_

_15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”_

_16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”_

_17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”_

_18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”_

_19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”_

_20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah, untuk redha Allah.”_

_21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”_

_STAY HOME 🏚 SAVE LIVES_
Musibah yang membuatmu terus dekat kepada Allah adalah lebih baik daripada kenikmatan yang membuatmu lupa mengingati-Nya.

Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cintalah pada Allah kerana Dia-lah yang kekal abadi.🕊
APAKAH PERBEZAAN ANTARA*
Maghfirah (مغفرة) DAN 'Afuww (عفو)?

Maghfirah: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu. Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu.

'Afuww: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".

*"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"*
*(اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني)*
(H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi)

*"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."*

Oleh itu pastikan anda membaca do'a ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh. Buatlah salah satu rutin harian anda terutama di bulan Ramadhan .
Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang bertanggungjawab untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

Tiba-tiba anda mendapati banyaknya gunung-gunung Hasanat (ganjaran) dalam rekod anda.

Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah ini datang?

Kerana di dunia anda terus berkata: "Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim"

Junjungan Baginda Nabi Muhammad ﷺ bersabda, mafhumnya: "Dua kalimah yg ringan di lidah, berat timbangannya, ia dicintai oleh Ar-Rahman, (Yang Maha Pemurah):
*سبحان الله و بحمده,* *سبحان الله العظيم*
*Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil 'azim (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung) "*
(📚Bukhari, Muslim)

@bimbinganhidup
Bimbingan Hidup
Photo
Ayat Kursi sebanyak 3x di waktu pagi dan 3x di waktu malam, merupakan antara amalan pendinding diri daripada sihir dan gangguan.

Jadikan satu kebiasaan dan kita akan rasa janggal seandainya terlepas.

والله أعلمُ بالـصـواب
اِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النَّارِوَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ.

Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).
Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Wahai Tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, karenanya perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya’. Dan Al-Qur’an pula berkata, ‘Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, karenanya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya’. Beliau bersabda: ‘Maka syafaat keduanya diperkenankan’.” (HR. Ahmad, Hakim dan At- Thabrani)
بُعِثْتُ أَناَ وَالسَّاعَةُ كَهاتَيْنِ. وَأَشَارَ بِأَصْبِعَيْهِ السَّبَابَةِ وَالْوُسْطَى

“Diutusnya aku dengan datangnya hari kiamat seperti dua jari ini.” Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Dari Umar bin alKhottob) : ‘Ketika kami sedang berada di samping Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang laki-laki yang pakaiannya sangat putih, rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya tanda safar, dan kami tidak ada yang mengenalnya. Kemudian orang itu duduk (mendekati) Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam menyandarkan lututnya pada lutut Nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua paha Nabi dan berkata: Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam. Maka Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Islam itu adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhaq disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, dan engkau menegakkan sholat, menunaikan zakat, shoum (berpuasa) pada bulan Ramadlan, dan berhaji ke baitullah jika engkau mampu melakukan perjalanan ke sana. Orang itu berkata: Engkau benar. (Umar berkata) Kami heran dengan orang tersebut, ia bertanya tapi ia yang membenarkan. (Orang itu) berkata: Beritahukan kepadaku apakah iman itu? Nabi berkata: engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhir, dan beriman kepada taqdir baik dan buruknya. (Orang itu) berkata: Engkau benar. Kemudian ia berkata: Beritahukan kepadaku apakah ihsan itu? Nabi bersabda: Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya. Jika engkau tidak bisa melihatnya, sesungguhnya Ia melihatmu. (Kemudian orang itu berkata) Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat (kapan terjadinya). Nabi menyatakan: Tidaklah yang ditanya lebih tahu dibandingkan orang yang bertanya. (Orang itu berkata) Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya. Nabi bersabda: Budak wanita melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang (kurang pakaiannya), miskin, penggembala kambing, berlomba-lomba meninggikan bangunan. Kemudian orang itu pergi. Setelah berlalunya waktu, Nabi berkata: Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi? Umar menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Nabi menyatakan: itu adalah Jibril, datang untuk mengajari agama kepada kalian (H.R Muslim) 
2024/11/20 07:16:37
Back to Top
HTML Embed Code: