Telegram Web Link
Forwarded from Radio RedZone R.O9
Lagu permintaan @anaksemut aka mia Damai Yang Hilang By Now See Heart dgn ucapannya

Kadang-kadang sakit itu datang sehingga sampai satu tahap, kita terasa amat down..Pelbagai tanda soal menerpa di benak yang mempersoalkan kenapa kita berterusan diuji Allah dengan kesakitan ini. Sampai bila harus hidup begini?

ampunkanlah hati-hati kami yang terketerlaluan dalam berbicara menyoalkan apa yang telah Engkau berikan. Sedarlah hati bahawa banyaknya hikmah di sebalik ujian kesakitan yang diberi Allah SWT.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku memanjatkan syukur kepadaMu kerana memanjangkan umurku ini sehingga
hari ini. Aku pohon kepadaMu semoga Engkau pancarkan cahaya keimanan yang tegar buat semua muslimin dan muslimat agar kami beristiqamah hanya padaMu dengan tawadduk.

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau peliharalah diriku, zaujahku, ibu bapaku, saudara maraku, sahabat handaiku dan semua muslimin dan muslimat dengan sepenuh Rahmah dan Rahim kerana tidak sekadar kami makhluk ciptaanMu malah kami juga amat mencintaMu Tuhanku dengan segala Puji Pujian dan kebesaran ArasyMu yang tiada tolok bandingnya

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau lindunglah dan selamatkanlah kami dari sebarang bala dan ancaman agar kami dapat menjalani kehidupan duniawi yang sejahtera, aman dan bahagia. Kurnialah kepada kami kesihatan luaran dan dalaman samada rohani mahupun jasmani yang terbaik agar dapat kami melaksanakan suruhanMu dan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk meraih pahala menjamin ke syurga. Tambahkanlah nikmat dan rezeki supaya kami dapat mensyukuri pemberianMu melalui sedekah jariah dan zakat dalam mengurangkan jurang kemiskinan.

Ya Allah Ya Tuhanku
Sejahterakanlah diriku dan zaujahku dalam kami menjalani kehidupan bersama. Hadirkanlah buat kami ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan kelapangan hidup supaya terbit kebahagiaan dan kemanisan dalam perhubungan ini bersama mekarnya kasih sayang dan ehsan yang berpanjangan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

kitabdoa 📚📚📚
Forwarded from Hadis & Tazkirah (TIME REST)
Dalam Al-Quran Suruh Al-A'raf

Allah S.W.T. Mengingati Kita Dengan Kaum Nabi Yang Telah Dibinasakan Oleh Allah S.W.T.

Kerana Mereka Enggan Melakukan Amalan Allah S.W.T.

Akhirnya Dibinasakan :

- Kaum Nabi Nuh Yang Telah Dibinasakan Oleh Air Banjir Selama 6 Bulan Yang Telah Menhanyutkan Kaumnya Termasuk Isteri Dan Anaknya Yang Ingkar.

- Kaum Nabi Hud Yang Telah Dibinasakan Oleh Angin Ribut Taufan Yang Telah Meniup Kaum 'Ad Sehingga Ditelan Oleh Muka Bumi.

- Kaum Nabi Soleh Yang Telah Dibinasakan Oleh Batu Bata Yang Diturunkan Dari Langit Telah Menghempapkan Kaum Tsamud Sehingga Hancur Berkecai Bertaburan.

Kaum Nabi Luth Yang Telah Dibinasakan Oleh Hujan Batu Panas Yang Telah Memusnahkan Perumahan Dan Pembandaran Kaum Sadom.

Kaum Nabi Syui'aib Yang Telah Dibinasakan Oleh Udara Haba Yang Panas Dan Dilanda Gempa Bumi Yang Dasyat.

Kaum Nabi Musa Yang Telah Dibinasakan Oleh Air Lautan Merah Yang Telah Menutupi Tentera Firaun Ditengah Lautan.

Semoga Bermanfaat..
Forwarded from Hadis & Tazkirah (TIME REST)
Zikir mohon perlindungan Allah dari segala kejahatan:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari segala kejahatan dan bahaya yang telah diciptakan.

(HR Muslim)

Sebaiknya dibaca 3 kali sehari.

#share
@tarbiah
*TENUNG AIB DIRI*

Apabila terlihat kecacatan atau keburukan orang, ia dikira satu bala bagi kita kerana boleh membawa sifat memandang rendah kepada orang lain. Tapi apabila mudah melihat keaiban kita sendiri, ia merupakan satu nikmat yang besar daripada Allah.

Antara cara yang diajarkan oleh ulamak sufi untuk mendidik hati kita apabila berjumpa dengan beberapa peringkat manusia:

1. Apabila melihat orang yang lebih berumur, katakan : "Dia lebih banyak amalannya sedangkan diriku susah untuk beramal."

2. Apabila melihat orang yang lebih muda, katakanlah : "Dia tak banyak melakukan dosa sedangkan diriku seringkali jatuh kepada dosa maksiat."

3. Apabila melihat orang yang miskin atau lebih susah, katakan : "Dia mempunyai kesabaran yang tinggi dalam kehidupan sedangkan diriku sering menuruti hawa nafsu dunia."

4. Apabila melihat orang yang kaya, katakan : "Dia banyak bersedekah dengan hartanya, sedangkan diriku sangat sedikit bersedekah."

Dan seumpamanya...

Maka melalui pandangan mata hati seperti ini, tiada ruang untuk kita melihat keburukan atau kecacatan orang lain bahkan sentiasa bersangka baik terhadap orang sekeliling dan merendah diri.

Allah memberi kita dua mata. Mata kanan untuk melihat kebaikan orang lain, dan mata kiri untuk melihat kekurangan diri sendiri.

• Nabi sollallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ﺇﺫﺍ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻌﺒﺪ ﺧﻴﺮﺍ ﺯﻫﺪﻩ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ، ﻭﺭﻏﺒﻪ ﻓﻲ ﺍﻵﺧﺮﺓ ، ﻭﺑﺼﺮﻩ ﺑﻌﻴﻮﺏ ﻧﻔﺴﻪ

_"Apabila Allah mengehendaki seseorang hambaNya untuk mendapat kebaikan, nescaya (ditanamkan dalam hatinya) perasaan tidak gemar akan dunia, dan (digerakkan hatinya) gemarkan akhirat, dan (mudah) melihat kecacatan (atau keburukan) dirinya sendiri."_ (Riwayat ad-Dailami, dalam Musnad al-Firdaus)

wallaahu a'lam

@bimbinganhidup
Boleh kata semua makanan dan produk kini di datangkan dari China.

CARA YANG TERBAIK anda baca dan pastikan label dan semua info pada setiap produk di pasaraya2 dan terutama ketika membeli produk makanan. Banyak produk tidak lagi menunjukkan dari mana ianya dibuat, hanya memberitahu nama pengedar2 sahaja. Seluruh dunia prihatin terhadap barangan hitam "BUATAN CHINA"

Bolehkah anda membezakan mana yang dibuat di Taiwan atau China? Dunia juga prihatin mengenai makanan GMO (Organisma Genetik); steroid haiwan yang diberi makan (contohnya ayam broiler berusia 45 hari).

Adalah penting untuk membaca kod bar untuk mengesan asalnya. Bagaimana untuk membaca Kod Bar???.... menarik!

Sekiranya 3 angka pertama kod bar adalah 690, 691 atau 692, produk ini DIBUAT DI CHINA.
471 dibuat di Taiwan.
Sekiranya 3 angka pertama kod bar adalah 00-09 maka ia dibuat atau bersumber di Amerika Syarikat.

Ini adalah hak kita untuk mengetahui, tetapi jabatan kerajaan dan yang berkaitan tidak pernah mendidik orang ramai, oleh itu kita harus MENYELAMATKAN diri kita sendiri.

Pada masa kini, ahli perniagaan China tahu bahawa pengguna tidak memilih produk "MADE IN CHINA", jadi mereka tidak menunjukkan dari negara mana ia dibuat. Walau bagaimanapun, anda kini boleh merujuk kepada kod bar seperti dibawah:-

Ingat jika 3 angka pertama adalah:
890 ...... DIBUAT DI INDIA
* 690, 691, 692 ... DIBUAT DI CHINA *
00 - 09 ... USA & CANADA
30 - 37 ... FRANCE
40 - 44 ... GERMANY
471 ........ Taiwan
45 atau 49 ........ JEPUN
489 ........... HONG KONG
50 .......... UK
57 ......... DENMARK
64 .......... FINLAND
76 ......... SWITZERLAND dan LIENCHTENSTIEN
471 ......... Dibuat di TAIWAN (lihat sampel)
628 ......... SAUDI ARABIA
629 ......... UNITED ARAB EMIRATES
740 .......... 745 - AMERIKA TENGAH

Semua Kod 480 Dibuat di PHILIPPINES.

@bimbinganhidup
Untuk renungan kita bersama.

Allahuakhbar.

Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting.
Ketika hampir detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Yg jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?

Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.

Lalu apa yang terjadi?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lg kepada rusa tersebut.

Rusa pun melahirkan dengan selamat !

Sahabatku....

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja,
masalah di dalam rumah,
masalah di jalan,
masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.

Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kpada ALLAH

Karena Allah lah yang mengatur jalan kehidupanmu..

Saudaraku...
Sungguh TUHAN menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak2nya.

DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.

Jangan berkata, ya Tuhan, "aku memiliki masalah yang besar…"

Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki ALLAH Yang Maha Besar!

😊Smoga brmanfaat..

@bimbinganhidup
Fesyen terkini muslimah sejati untuk semua
💠urusniaga melalui pm shj
💠reply within 10am-6pm/24/7
(If tiada emergency)
💠utk order ss pic n details sent wassap or pm
💠sila baca details barang sebelum order
💠no returnable item yg da dipurchase
https://www.tg-me.com/koleksipermataimman
بررة

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (agar termaauk dari golongan) orang yang mahir membaca Al-Qur'an akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

١٩- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab ALLAH.

٢٠- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan ALLAH SWT.

٢١- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur.

٢٢- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

٢٣- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

٢٤- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh ALLAH SWT kepada makhluk di sisiNya.

٢٥- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi ALLAH.

٢٦- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب

Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

٢٧- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

٢٨- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ALLAH menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Qur'an dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

٢٩- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

٣٠- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ALLAH mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

٣١- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

٣٢- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain ALLAH.

٣٣- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon agar ALLAH memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.

Maka marilah kita menjadi ahlil Qur'an, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu ALLAH SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

علي هذه النيات وعلي نية صالحة لنا ولهم الفاتحة...

@bimbinganhidup
Usah Bersedih Wahai Hati Apabila Ujian Melanda Dirimu...

1 - Andai dirimu difitnah dicaci dihina dan menjatuhkan maruahmu walaupun dirimu dipihak kebenaran maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Isa yang lahir tanpa seorang bapa kandung.

- Peristiwa Siti Maryam yang dikatakan seorang penzina oleh kaumnya.

- Peristiwa Siti Aisyah difitnah oleh kaum-kaumnya yang membuat baginda saw berdiam diri.

2 - Andai dirimu ditentang hebat oleh ahli kekeluargaanmu dan membencimu sehingga terusir dari ahli keluargamu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Ibrahim yang dibakar oleh ayahdanya.

- Peristiwa Nabi Ya'akob yang di iri hati oleh kembarnya.

- Peristiwa Nabi Yusuf yang dibuang oleh abang kandungnya didalam sebuah perigi.

3 - Andai dirimu keseorangan diri dan tiada peneman sedia membantumu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Adam yang dikeluarkan dari Alam Syurga terpisah dengan isterinya dan diturunkan ke alam bumi keseorang diri menjadi khalifah manusia pertama dimuka bumi.

4 - Andai dirimu buntu didalam permasalahan dan tiada jalan keluar untuk menyelesaikan masalahmu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Yunus yang terperangkap didalam kegelapan perut ikan paus selama 40 hari 40 malam.

5 - Andai dirimu terpisah oleh suami / isteri dan kedua ibu bapamu dari kecil membesar tanpa kasih sayang dari mereka maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Ismail terpisah dari kecil dan membesar tanpa kasih sayang seorang bapa kandung.

- Peristiwa Nabi Yusuf yang menjejak kakinya dari kecil ke negeri mesir dan membesar oleh keluarga angkat.

- Peristiwa Nabi Musa yang terpisah oleh ibu kandungnya dan membesar oleh keluarga angkatnya yang terkenal dengan jahat iaitu Fir'aun Laknatullah.

- Peristiwa Siti Hawa yang dikeluarkan dari Alam Syurga akibat memakan buah larangan dari Alam Syurga akhirnya terpisah bertahun-tahun dengan suaminya Nabi Adam.

- Peristiwa Siti Hajar yang ditinggalkan bertahun-tahun oleh suaminya Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail yang masih kecil.

6 - Andai dirimu dikurniakan isteri yang derhaka dan tidak taat akan perintahmu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Nuh yang ditentang hebat dan diejekkan oleh isteri dan anak kandungnya sendiri.

- Peristiwa Nabi Luth yang dikurniakan seorang isteri yang curang dan berani menghasut kaumnya ke arah keburukkan.

7 - Andai dirimu dikurniakan suami yang panas baran / tidak taat akan perintah Allah SWT maka ingatilah :

- Peristiwa wanita agung Siti Asiah yang dipaksa menikah dan dibunuh oleh kekejaman Fir'aun Laknatullah.

8 - Andai dirimu dikatakan seorang anak yatim piatu dan ada yang menjatuhkanmu dipihak lain maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Muhammad SAW yang lahir tanpa kedua ibu-bapa kandungnya dan ditentang hebat oleh ibu dan bapa saudaranya.

9 - Andai dirimu dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dan tidak pernah putus maka bersyukurlah sentiasa dan ingatilah :

- Peristiwa Nabi Sulaiman yang menerima hadiah kerajaan SA'BA dan diangkat menjadi seorang Raja Jutawan.

10 - Andai dirimu dikurniakan kedua ibu-bapa yang zalim terhadapmu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Ibrahim yang dibenci dan diusir oleh bapa kandungnya sendiri ketika beliau memulakan dakwahan kepada bapa kandungnya.

11 - Andai dirimu dikatalah seorang Gay , Lesbian dan Penzina dan ada yang menjatuhkan maruahmu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Luth yang ditentang hebat oleh Kaum Sadom yang dilanda perhubungan songsang / sesama jenis.

12 - Andai dirimu dikurniakan sahabat atau kawan yang mendustakan dibelakangmu maka ingatilah :

- Peristiwa Nabi Hud yang dipalau dan dikecam oleh Kaum 'Ad yang zalim.

usah bersedih maka ingatilah peristiwa Nabi Allah SWT ketika ujian melanda dirimu...
Jika seseorang tersiksa dari musibah yang Tuhannya timpakan, maka dia telah jauh dari Tuhannya (Kufur).

Jika dia merasakan sebagai ujian, untuk mencapai satu kelulusan, maka dia adalah orang-orang mukmin.

Jika seseorang merasakan, kenikmatan daripada musibah itu, maka dia adalah seorang wali, yakni kekasih-Nya.

Ibn Al-Muari ~
Dalam Al-Quran Suruh Al-A'raf

Allah S.W.T. Mengingati Kita Dengan Kaum Nabi Yang Telah Dibinasakan Oleh Allah S.W.T.

Kerana Mereka Enggan Melakukan Amalan Allah S.W.T.

Akhirnya Dibinasakan :

- Kaum Nabi Nuh Yang Telah Dibinasakan Oleh Air Banjir Selama 6 Bulan Yang Telah Menhanyutkan Kaumnya Termasuk Isteri Dan Anaknya Yang Ingkar.

- Kaum Nabi Hud Yang Telah Dibinasakan Oleh Angin Ribut Taufan Yang Telah Meniup Kaum 'Ad Sehingga Ditelan Oleh Muka Bumi.

- Kaum Nabi Soleh Yang Telah Dibinasakan Oleh Batu Bata Yang Diturunkan Dari Langit Telah Menghempapkan Kaum Tsamud Sehingga Hancur Berkecai Bertaburan.

Kaum Nabi Luth Yang Telah Dibinasakan Oleh Hujan Batu Panas Yang Telah Memusnahkan Perumahan Dan Pembandaran Kaum Sadom.

Kaum Nabi Syui'aib Yang Telah Dibinasakan Oleh Udara Haba Yang Panas Dan Dilanda Gempa Bumi Yang Dasyat.

Kaum Nabi Musa Yang Telah Dibinasakan Oleh Air Lautan Merah Yang Telah Menutupi Tentera Firaun Ditengah Lautan.

Semoga Bermanfaat..
Forwarded from Radio RedZone R.O9
Dari Zaid bin Tsabit RA, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ ، فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ِ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ ، جَمَعَ اللهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ.

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.”

(Hadith Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
Forwarded from Hadis & Tazkirah (👁ANAK HANTU👁)
Mati. Tahukah kamu apa itu mati?

Mati adalah sebuah ungkapan tentang waktu diangkatnya hijab antara kamu dan Allah.

Kamu, ya kamu masih saja meminta dan berdoa kepada Allah meskipun kamu tidak melihat-Nya. Risalahnya, yakni risalah penuh cinta, datang kepadamu dan kamu tidak melihat-Nya. Datang kepadamu terkabulnya doa, dan kamu tidak melihat-Nya.

Mati adalah waktu yang mana kamu akan dapat melihat tuhanmu, yang dulunya kamu meminta dan berdoa tanpa bisa melihat-Nya; waktu yang mengingatkan kamu bahwa Allah telah mengirimkan risalah penuh cinta kepadamu, dan memberikan nikmat yang melimpah kepadamu.

Itulah mati. Itulah hakikat kematian. Tapi untuk siapakah? untuk orang yang mengenal Allah, bahkan untuk orang yang bermaksiat sekalipun, karena ia akan kembali kepada Allah, selama dia tidak sombong kepada-Nya.

-Syekh Said Ramadhan al-Buthy

#KalamUlama

SALAM JUMAAT
2024/10/02 10:25:11
Back to Top
HTML Embed Code: