Telegram Web Link
Neraka Wail, ialah neraka yang sangat dasyat, penghuninya ialah orang2 'Luzamah' (orang yang mencela dengan ucapan) dan 'Huzamah' (orang yang mencela dengan perbuatan).

Bahasa mudahnya untuk orang yang suka mencarut.
Ayat yang famous dlm surah Al-Israa' ayat 32.

"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk!"

Perasaan tak, Allah tak kata:

"Jangan kamu berzina"

Tapi Allah sebut dgn JELAS:

"Jangan kamu DEKATI zina".

Jalan zina sangat luas. Syaitan sentiasa tunggu mangsanya. Take care.
4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah SWT

Berkata Syeikh Sya’rawi Rahimullah :

"Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya".

"Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok".

"Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut".

"Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka".

"Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat".

"Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke Syurga Allah SWT yang seluas langit dan bumi".
Hidup seorang lelaki akan sunyi tanpa seorang perempuan.

Begitu juga hidup manusia diatas dunia ini akan sunyi jika dihati tidak ada Tuhan.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA RAZZAK YA MUTAKABBIR

ALLAHUMASOLLIALAA MUHAMMADWAALAALIMUHAMMAD

AKU MEMOHON KEAMPUNAN DARI MU YA ALLAH DI ATAS DOSA DOSA YG TELAH AKU LAKUKAN DENGAN SEDAR, TANPA SEDAR

AKU MOHON AGAR TERIMA IBADAHKU SEPANJANG HIDUPKU, JADIKAN AKU MUSLIM SEJATI, BERIMAN, BERTAQWA SERTA TAAT PADA PERINTAHMU

AKU MOHON AGAR ENGKAU JAUHKAN AKU DARI SIFAT2 JAHIL, SOMBONG, TAKBUR, RIAK, BERMEGAH MEGAH DLM PERBUATAN IBADAT SERTA KEBAJIKAN... JADIKAN AKU SEORANG YG BAIK, CERDIK & HEBAT DI DUNIA AKHIRAT

BERIKANLAH AKU PELUANG2 KEJAYAAN DUNIA SERTA AKHIRAT SETIAP KETIKA & MASA AGAR DUNIAWI INI DPT AKU BERIKAN AGIHAN KEKAYAAN KEPADA ASNAF / FAKIR DAN TIDAK PUTUS PUTUS KEKAYAAN KURNIAAN DARI MU YA ALLAH

JAUHKANLAH AKU SAMA SEKALI KEPAPAAN, KEMISKINAN, MEMINTA MINTA SESAMA MAKHLUK... BERIKANLAH AKU REZEKI KEWANGAN, HARTA DUNIAWI YG MELIMPAH LIMPAH, KESIHATAN, PANJANG UMUR, BERSAHABAT DGN ORANG2 ALIM, IKHLAS & MENCINTAI MU YA ALLAH & PARA2 RASUL/NABI

KURNIAKAN DARJAT YANG TINGGI KEPADA ORANG YANG TELAH MENCETUSKAN & MENYEBARKAN DOA INI... BERIKAN DIA KEKAYAAN DUNIAWI UTK KEMUDAHANYA BERIBADAT SERTA BERIKAN KELUARGANYA BAHAGIA YANG TERTINGGI... MURAHKAN REZEKI MEREKA, PANJANGKAN USIA SERTA SELAMAT DARI SEGALA MARABAHAYA, ANAK2 ISTERI2NYA MENJADI ORANG2 BAIK, PANDAI HEBAT ETIKA SERTA BUDI BAHASA SANTUNAN SOLEH SOLEHAH NILAI TERTINGGI... KURNIAKAN DIA SYURGA FIRDAUS, DPT MELIHAT ALLAH DIJANNAH..

_YA ALLAH... TERIMALAH DOAKU INI DENGAN SEBENAR BENAR PENERIMAAN & KEMAKBULAN SERTA JADIKANLAH IA DOA YANG DIANGKAT SEGERA & HANYA ENGKAU SAHAJA TUHAN YANG KAMI SEMBAH, KAMI TAAT, KAMI MOHON DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT..

AMIIINN AMIINN AMIINN*
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.

SALAM MAGRIB SEMUA
*SURAH AL-IKHLAS*

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*

Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap send to i itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :

* Muliakanlah yg membaca
a pesan ini
* Lapangkanlah hatinya
* Bahagiakanlah keluarganya dan
* Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
* Mudahkan segala urusannya
* Kabulkan cita-citanya
* Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
* Jauhkan dari segala Musibah
* Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
* Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakanmereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
@bimbinganhidup
Jika tak nak keluar dari zon selesa, maka jangan impikan bulan dan bintang. Merungut takkan mengubah apa-apa. Berdoa tanpa usaha adalah sia-sia.

Jangan salahkan takdir jika kau tidak pernah usaha untuk bangkit dan melawan! Jangan salahkan kejamnya sebuah kehidupan jika kau tidak usaha untuk mengubah nasib diri.

Biar rebah setelah berjuang dari terus merungut tanpa cubaan.

Sekali rebah, sepuluh kali kau bangun. Sekali tertewas, takkan menutup jalan kejayaan. Kalah semalam petanda kau makin kuat untuk terus berjuang.

Bangkit. Melawan. Degil.

Satu masa, puncak itu pasti kau tawan. Pasti!

Selamat pagi para pejuang!
Sejarah Dalam Hidup Baginda SAW Hari Jumaat..

Nabi Adam Dan Siti Hawa Dikeluarkan Dari Syurga.

Nabi Idris Diangkat Ke Langit Bersama Malaikat Izrail.

Nabi Nuh Berlabuh Layar Bahteranya Dengan Selamat.

Nabi Hud Dipindahkan Ke Negeri Lain.

Nabi Soleh Dikurniakan Unta Betina Yang Keluar Dari Celahan Batu.

Nabi Ibrahim Selamat Keluar Dari Api Yang Membakar Dirinya.

Nabi Luth Didatangi Dua Para Malaikat Merupai Wajah Yang Sangat Cantik/Hensem.

Nabi Ismail Selamat Dari Dikorbankan Oleh Bapa Kandungnya.

Nabi Ishaq Selamat Dilahirkan Didunia Saat Ibu Kandungnya Dilanjut Usia.

Nabi Yaa'kob Sembuh Dari Penyakit Butanya Dan Bertemu Dengan Putera Kesayangannya.

Nabi Yusuf Selamat Dibebaskan Dari Penjara Akibat Difitnah.

Nabi Ayub Sembuh Dari Penyakit Kulit Yang Membakar Dirinya Selama 250 Tahun.

Nabi Musa Selamat Menyeberangi Lautan Merah Bersama Kaum Bani Israel Lebih Kurang 500 Ribu Manusia.

Nabi Harun Diturunkan Wahyu Oleh Allah SWT Untuk Berdakwah Sebagai Pengganti Sahabat Baiknya Bertapa.

Nabi Syuib Selamat Dipindahkan Ke Tempat Lebih Selamat.

Nabi Zulkifli Diangkat Menjadi Seorang Raja Yang Beriman.

Nabi Daud Diampuni Dosanya Kerana Menikahi Seramai 100 Wanita.

Nabi Sulaiman Dikurniakan Kerajaan Yang Besar Dan Mewah.

Nabi Yunus Selamat Keluar Dari Perut Ikan Nun.

Nabi Ilyas Dikurniakan Tanaman Dan Tumbuhan Yang Lebih Luas.

Nabi Ilyasak Dicari Oleh Kaum Yang Zalim Ingin Memeluk Agama islam.

Nabi Zakaria Mendapat Berita Bahawa Isterinya Yang Mandul Akan Melahirkan Seorang Nabi Allah.

Nabi Yahaya Memulakan Dakwahannya Dekat Masjid Saat Usianya Masih Kecil.

Nabi Isa Diangkat Ke Langit Dalam Keadaan Hidup.

Nabi Muhammad Dibelahi Dada Sebanyak 2 Kali.

Semoga Bermanfaat.
Antara kita dengan Allah terdapat hijab yang sangat tebal. Di dunia ini, para ahli tasawuf berusaha gigih menyingkap/membuka/menyelak satu demi satu hijab-hijab ini.

i. Sesiapa yang di dunia ini hijab antara dirinya dengan Allah tebal, di akhirat nanti sejauh itu jugalah antara dia dengan Allah.

ii. Sesiapa yang di dunia ini hijab antara dirinya dengan Allah nipis, sedekat itulah dia dengan Allah di akhirat nanti.

Hendak menyingkap hijab2 ini ada mata pelajarannya, ada jalannya, ada tariqnya. Orang yang tidak melalui pelajaran, jalan dan tariq ini, bagaimana dia hendak menyingkap dan menipiskan hijab2 antara dia dengan Tuhan? Sebab itulah pelajaran tasawuf ini sangat penting.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمداشرف المرسلين و على اله وصحبه اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pada hari ini kami memohon agar Engkau peliharakan dan selamatkan agama kami, keimanan kami, diri kami, anak pinak kami, kaum keluarga kami, harta benda kami dan apa saja yg telah Engkau kurniakan kpd kami.

Ya Allah Ya Jabbar, cantikkanlah kami dgn kesihatan, teguhkanlah kami dgn taqwa dan ketenangan, lindungilah kami dari segala asbab penyesalan samada sekarang mahupun akan datang, sesungguhnya Engkau mendengar segala permintaan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah rezeki yg halal buat kami dan saudara2 muslim kami. Jauhkan kami dari perbuatan maksiat dan fitnah pd hari ini dan hari2 yg seterusnya. Semoga apa yg kami kerjakan sentiasa mendapat redhaMu.

Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri serta saudara n kaum kerabat kami, guru2 n ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alaamiin..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم.

Salam Maulidurrasul.
2024/10/02 18:18:33
Back to Top
HTML Embed Code: