Telegram Web Link
Kalau permintaan yang kamu minta daripada Allah tidak kunjung tiba, maka hendaklah kamu merasa selesa. Kerana yang disimpan oleh Allah itu adalah perkara yang baik.”

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
Indahnya sujud, ketika engkau berbisik di bumi namun doamu terdengar sampai ke langit.”

-Ustadzah Aliyah Fuad Al-Musawa
Jika didunia kamu sentiasa diberi ujian, dan kamu tabah menghadapinya.

Sabar, diakhirat kelak pasti Allah akan memberi nikmatnya.
Bismillah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia kami dengan kesudahan yang buruk. Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami dari azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Segala puji itu adalah bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabba Alamin...

#Assalamualaikum
#Alhamdulillah
Dan SALAM MAGRIB Sahabat
2024/10/02 22:28:30
Back to Top
HTML Embed Code: