Telegram Web Link
Apabila Allah menyuruh sesuatu, jangan banyak soal. Apabila diberi sesuatu oleh Nabi Shallallahu alaihi wassalam, jangan banyak soal.

Kisah Nabi Musa alaihisalam disuruh oleh Allah memukul laut dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan tentera2nya, maka tanpa banyak soal, bagaimana sebatang tongkat boleh membelah laut, Nabi Musa alaihisalam terus melakukannya.

Begitu juga kisah sahabat Nabi Sallallahu alai'hi wassalam, bernama Ukasyhah bin Mihshan bin Harsan al-Asadi ketika bertempur dalam peperangan sehingga patah pedangnya, lalu Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam memberinya sebatang ranting kayu sambil bersabda,

"Berperanglah dengan ini wahai Ukasyah".

Setelah diterimanya dari Nabi Sallallahu alai'hi wassalam, lalu digerak-gerakkan, ranting itu terus menjadi pedang yang panjang, kuat dan tajam...

"Jika banyak soal dengan menggunakan akal, apakah logik jika sebatang ranting digunakan untuk berperang? Apakah ianya lebih kuat dari pedang sedangkan pedang yang digunakan oleh Ukasyhah telah patah dalam pertempuran, maka tidak mungkin kita meyakini perintah Allah dan RasulNya kepada kita"

-Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
A K U A K A N D A T A N G ....
.
Petikan buku #infinitywarhadifayyadh ....
.
Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", Jawab Rasullullah: "Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". .
.
Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)
....
40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-
.
1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita... ...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu".. ....
.
Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. .
.
Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. ....
.
Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. . .
.
Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.
....
Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud.
.

#infinitywarhadifayyadh
Cantiknya kata2 ni👇🏻

"Ada dua peperangan utama dalam Islam.

Badar nak ajar bagaimana mendepani kemenangan. Bukan dengan keangkuhan.

Uhud nak mengajar bagaimana mendepani kekalahan. Bukan dengan menuding jari."

Menang tak megah. Kalah tak rebah. Teruskan dakwah. Alhamdulillah
DOA PEMBUKA 12 PINTU REZEKI.

Cuma sebelum anda beramal, ada baiknya kita FAHAMI betul-betul, apa sebenarnya 12 KUNCI yang kita minta itu?

Ini kunci 12 pintu rezeki yang wajib kita minta :

1. PINTU REZEKI KEBAIKAN
- Dalam hidup ini yang kita dambakan adalah, setiap detik kehidupan Tuhan naungi dengan kebaikan. Ketika musibah melanda, kita mohon agar ia diakhiri dengan happy ending. Ketika waktu sukar mendatang, kita dapat mengharunginya dengan sabar, redho, tawakkal & ketabahan. Inilah 'abwabal khoir'. Rezeki kebaikan yang bermaksud, baik kehidupan ini tenang, badai atau taufan, Tuhan bantu kita hadapinya dengan syukur & sabar.

2. PINTU REZEKI KESELAMATAN
- hidup kita ini benar-benar di bawah 'genggamanNya' Tuhan. Sebaik manapun kita merancang, jika ditakdirkan musibah melanda, hanya Tuhan sahaja mampu mengelakkannya. Contohnya, kita begitu hati-hati pandu kereta. Tetapi ada waktunya ditimpa kemalangan juga, dilanggar lori. Bukan kita salah, bukan juga lori salah. Sudah ditakdirkan tayar lori meletup & akibatnya, lori terpusing melanggar kita.

Na'uzubillahi min zalik. Semua ini dibawah qada' & qadarNya Allah Ta'ala. Maka kita mohon diselamatkan dari musibah yang berpunca luar dari kawalan kita.

3. PINTU REZEKI KESIHATAN
- tanyalah mereka yang kaya, pasti mereka setuju bahawa nikmat termahal adalah nikmat kesihatan. Ketika bacaan gula menggila, sekeping roti kosong pun tidak mampu dijamah walaupun empunya tubuh pemilik kilang roti. Ketika gout menyerang kaki, baru terasa nikmat berjalan kaki pagi-pagi ke masjid.

Maka kita mohon, andai Tuhan tidak merezekikan kita wang & harta, biarlah Tuhan terus salurkan nikmat termahal iaitu - kesihatan.

4. PINTU REZEKI NIKMAT
- Kata ulama, nikmat rezeki terbesar yang seharusnya kita minta bukan setakat wang ringgit, kedudukan & harta. Tidak, bukan difokuskan di situ. Ini kerana nikmat tersebut kurang bernilai di sisi Tuhan. Sebab itu orang soleh pun diberi peluang kaya, pelaku maksiat pun (cth : Firaun) pun kaya 'berair'.

Maka apa nikmat rezeki terbesar? Tidak lain tidak bukan, nikmat melakukan ketaatan. Kita diberi nikmat untuk rajin baca Al-Quran. Rajin solat malam. Rajin puasa sunat. Nikmat ringan tangan bersedekah. Nikmat hampir dengan Tuhan. Ini sebesar nikmat yg patut kita cari kerana penghujungnya adalah 'sultan nikmat' : Redho Tuhan & Syurga firdaus.

5. PINTU REZEKI KEBERKATAN
- Pesan ulama lagi, tiada guna nikmat jika akhirnya hidup kita kurang berkah. Tiada guna kekayaan jika pemiliknya tidak mampu mengunakannya untuk hampir kepada Tuhan.

Maka kita berdoa agar hidup ini biarlah dikelilingi nikmat yg berkah. Nikmat yg bermaksud, ia membuatkan kita lebih rapat dengan Tuhan. Inilah nikmat kehidupan berkah. Setiap hari kebaikan yang makin bertambah, bukan kelalaian atau lagha.

6. PINTU REZEKI KEKUATAN
- Selagi kita di dunia, jangan impikan kehidupan tiada musibah. Ulama kata, musibah dengan manusia bak rakan karib, tidak akan berpisah. Cuma yang kita impikan adalah ketika menghadapi musibah, biarlah Tuhan kurniakan rezeki kekuatan untuk menghadapinya. Kekuatan untuk 'kalis musibah' : hadapinya dengan tenang, tidak terlalu stress & Tuhan kurniakan pedoman untuk penyelesaian lebih mudah.

7. PINTU REZEKI CINTA
- Cinta itu kekuatan. Cinta itu menarik. Cinta itu harapan. Cinta itu kuasa positif. Orang yg hatinya penuh cinta, hidupnya pasti kekal positif. Sebab itu pujangga mengatakan, orang bercinta fikirannya gila. Lautan api pun sanggup direnangi.

Maka pintalah dalam kehidupan ini rezeki cinta. Rezeki dicintai Ilahi, rezeki mencintai Rasulullah s.a.w & rezeki mencintai manusia 'an'amta alaihim' : para nabi, siddiqin, syuhada & orang soleh.

8. PINTU REZEKI KASIH-SAYANG
- Ada orang dah cukup wang, banyak harta tapi rumahtangga masih berantakan. Anak buat tak tahu dengan ibu-bapa. Malah suami-isteri pun hubungannya hambar, tiada lagi gurauan, tiada lagi kehangatan kasih-sayang.

Ketika itu, mahligai besar pun dirasakan sunyi. Sebenarnya yang sunyi bukannya luaran tapi dalaman. Kita dambakan kasih-sayang yang sudah lama hilang dari keluarga.

Mintalah dari Tuhan nikma
Nombor-nombor darurat, segera hubungi ketika;

- Anda sedih : Al-Qur'an 2:25

- Anda berdosa : Al-Qur'an 39:53

- Anda mencari teman : Al-Qur'an 2:257

- Anda mencari kedamaian : Al-Qur'an 5:16

- Anda tertekan : Al-Qur'an 13:28

- Anda mencari cinta dan ketenangan : Al-Qur'an 30:21

- Anda merindukan teman : Al-Qur'an 50:16

- Anda merasa tak dihargai : Al-Qur'an 76:22

- Anda merasa seperti pecundang : Al-Qur'an 12:87

- Anda memerlukan jaminan ganda : Al-Qur'an 15:43

- Anda perlu pembebasan dari ketakutan : Al-Qur'an 3:135

#share
#spreadDakwah
Salam jumaat
AUD-20171201-WA0002
<unknown>
Salam jumaat
2024/10/03 17:15:08
Back to Top
HTML Embed Code: