Telegram Web Link
Forwarded from TUKAR ACC
Salah satu penyakit bahaya dalam diri seseorang ialah dengki.

Moga Allah lindungi kita dari menjadi seorang yang dengki.
Forwarded from TUKAR ACC
Lain manusia, lain rezekinya.

Jangan dengki. InshaaAllah akan ada rezeki juga buat kau.
Forwarded from TUKAR ACC
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

- Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.
Forwarded from TUKAR ACC
Dengki dengan kebahagiaan orang lain?

Ketahuilah, kebahagiaan orang lain sama sekali tidak akan mengambil kebahagiaan kita. Semuanya Allah sudah tetapkan. Apa yang kita miliki sekarang, itulah yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Iri hati dengan kebahagiaan orang lain sama sekali tidak akan membahagiakan hati kita, bahkan akan menambahkan lagi dosa amarah dalam hati.

Soal kebahagiaan ini adalah rezeki masing-masing. Allah sudah tetapkan rezeki kita sejak kita tidak wujud lagi di dunia ini. Ya Allah, Ya Alim, Ya Razzaq.

Mudah sebenarnya formula untuk bahagia :

1) Bersyukur dengan apa yang kita ada.

2) Muhasabah akan setiap rezeki yang kita ada hari ini.

3) Doakan pada mereka yang bahagia, agar Allah memberi kebahagiaan jiwa pada kita. 🌸

#spreadDakwah
Forwarded from TUKAR ACC
Mereka yang tenang itu, ialah mereka yang mudah memaafkan.

Tiada dendam.
Tiada dengki.
Tiada iri hati.

Dijamin Syurga.

Ya, tetapi bukanlah mudah.
Sekurang-kurangnya kita cuba.
Kita maafkan orang, Allah ampunkan kita.

Bukankah itu indah?
Forwarded from TUKAR ACC
​Imam al-Ghazali ada​ ​menyebut enam perkara yang mendorong​ ​seseorang itu mengumpat​:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

-Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

-Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
Forwarded from TUKAR ACC
HABLU MINALLAH, HABLU MINANNAS...

Hakikat beradab dan berakhlak itu dua. Satu berakhlak dengan Allah s.w.t, dan satu berakhlak dengan makhluk.

Ada orang akhlaknya dengan Allah s.w.t baik, adabnya bagus tetapi dengan manusia dia mengumpat orang, berdusta dan lainnya. Dengan Allah s.w.t dia rajin beribadah, baca Al-Quran 3 hari sekali khatam, tetapi hatinya dengki pada orang.

Itu tidak lagi dianggap berakhlak baik, kerana maksud daripada akhlak yang baik itu, baik kepada Allah s.w.t dan baik kepada manusia.

Hakikat seorang yang berakhlak itu, adalah berakhlak kepada Allah s.w.t, dan juga berakhlak kepada makhluk.

--Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله
Forwarded from TUKAR ACC
✍🏼🙂

*'Pertengkaran*' itu punca segala penyakit yg jahat spt :

Riak...
Hasad
Takbur
Dengki
Permusuhan

Dan merasa bangga dgn kemampuan diri sendiri

Hindarilah....
Ia tak akan mndtgkan manfaat pd kedua2 belah pihak...

#motivasihikmah....♥️💦
Forwarded from TUKAR ACC
Salah satu penyakit bahaya dalam jiwa mukmin ialah dengki.

Moga Allah lindungi kita dari menjadi mukmin yang dengki.
Forwarded from TUKAR ACC

​بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ.​

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yaa Allah.
Ampunilah dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami,
pasangan hidup dan anak2 kami,
zuriat dan keturunan kami,
guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, dan saudara2 se Islam kami.

Yaa Allah.
Jadikanlah hari ini bagi kami lebih baik daripada semalam.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya.
Yaa Allah.
Berikanlah kesembuhan untuknya, kerana hanya Engkau yang Maha Penyembuh.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada di antara kami, yang kesulitan rezekinya mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya yaa Allah.
karena hanya Engkau yang Maha Pemberi Rezeki.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada diantara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian Mu,
mohon kuatkanlah dia untuk dapat bertahan dan bersabar.
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia Mu.
Kerana janji Mu yang tak pernah Engkau mungkiri.
Setelah kesusahan ada kesenangan.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada di antara kami yang ada benih2 sakit hati di hati nya, sombong, iri hati, dengki dan dusta.
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia yaa Allah.

Yaa Allah.
Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami, yang disengaja atau pun yang tidak disengaja,
bukakanlah pintu hatinya
agar memaafkan kami.

Yaa Allah ampuni lah dosa dan kesalahan kami.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

​وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.​
Forwarded from TUKAR ACC
*﷽*
*SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN*

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

والله اعلم بالصواب..

#spreadDakwah
Forwarded from TUKAR ACC
Hati org mukmin adalh hati yg tidak merasa syak pada allah dn yakin padnya

Hati org kafir adalah hati yg hitam yg mana sukar utk menerima teguran atau nasihat . Hati ini sama jugak dgn hati org munafik bahkan ditmbh pula dgn menghina org mencaci dn sebagainya

Jauhila dari hati ii seperti ini dgn hati tersebut timbul pelbagai penyakit hati seperti ujub , dengki , ria' , takabbur dn sebagainya

#spreadDakwah
Forwarded from TUKAR ACC
*10 Maksiat Batin*

Sifat yang dikeji oleh syarak atau maksiat batin itu banyak, tetapi di dalam kitab ini disebutkan 10 sifat sahaja, iaitu:

1. Terlampau banyak makan, yakni Syarahut Tho'am.

2. Terlampau banyak cakap, yakni Syarahul Kalam.

3. Sifat pemarah, yakni al-Ghadab.

4. Sifat dengki, yakni al-Hasad.

5. Bakhil (kedekut), yakni al-Bakhil.

6. Kasihkan kemegahan, yakni Hubbul Jah.

7. Kasihkan dunia, yakni Hubbud Dunia.

8. Membesarkan diri, yakni at-Takabbur.

9. Merasai diri lebih sempurna, yakni al-'Ujub.

10. Menunjuk-nunjukkan amalan, yakni ar-Riyak.

Wajib ke atas orang yang mukallaf yang baligh lagi beraqal, yang inginkan Syurga di akhirat kelak, supaya berusaha dengan sedaya upaya (sungguh-sungguh dan mujahadah) untuk menyucikan hati daripada segala sifat-sifat yang keji itu yakni maksiat batin itu, sesuai dengan firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah as-Syams ayat 9 yang berbunyi:

"Sesungguhnya beroleh kemenangan orang yang menyucikan hatinya (daripada segala sifat yang keji)."

[Dr. Hj Zain Hj Serudin - Zainul Insan, 1/34]

wallahu a'lam
👉👈
Forwarded from Myrae Lee
Ada sesapa kat sini nak main kutu hp x? Untuk HUAWEI Y9 ada 1 slot kosong,byrn cuma RM90 x 10 bulan..

& 1 lg group..utk VIVO V15 PRO..byrn RM190 x 10 bulan jugak 😄

Kalau ada yg nak join boleh pm tepi ya 😊
Forwarded from TUKAR ACC
“Pada hari Jumaat ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak. Kata ulama waktu itu mungkin, selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”

- Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

#share
Forwarded from TUKAR ACC
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

SELAWAT HARI JUMAAT SETELAH ASAR.

“Selawat yang berasal dari Nabi ﷺ banyak, begitu juga dari para sahabat, tabi’in dan para imam. Akan tetapi yang penting ialah hati kita bersambung kepada Nabi Muhammad ﷺ, berselawat dengan hati yang hadir dan rindu kepada Baginda.

Dikatakan bahawa ada 4 sifat yang mujarab boleh bermimpi bertemu Nabi ﷺ,
1. Banyak berselawat kepada Nabi ﷺ
2. Hati selalu tersambung dengan Baginda
3. Mengagungkan sunnah-sunnah Baginda
4. Berkhidmat kepada ummat dan syariat Baginda

Salah satu bentuk selawat yang agung adalah dengan mengucapkan:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم تَسْلِيْمَا.

“Ya Allah, limpahkan selawat atas Penghulu kami Nabi Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu dan Rasul-Mu. Nabi yang ummi dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya limpahkan pula salam sejahtera padanya.”

Dan disunnahkan seseorang membaca selawat tersebut setelah Asar hari Jumaat, 80 kali.

Seperti yang diriwayatkan Imam Thabrani, “Barangsiapa yang berselawat setelah Asar hari Jumaat, 80 kali, dosanya akan diampuni selama 80 tahun.”

Atau sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad ﷺ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نُورِكَ السَّارِيِّ وَمَدَدِكَ الْجَارِيِّ وَاجْمَعْنِيْ بِهِ فِي كُلِّ أَطْوَارِيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ يَا نُورٌ.

“Ya Allah, limpahkanlah selawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta selawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Nur (Cahaya).”

[Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri]

#share
@tarbiah
Forwarded from TUKAR ACC
SURAH AL-KAHFI

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim)

Jangan lupa berkahfi di jumaat yang barakah ini.

"Bersama Membina Bi'ah Solehah."

#share
Forwarded from TUKAR ACC
Ya Allah. Matikanlah Aku Sebelum Hari Kiamat

Ya Allah. Matikanlah Aku Pada Hari Jumaat

Ya Allah. Matikanlah Aku Dalam Keadaan Soleh

Amin.

Salam jumaat
Forwarded from TUKAR ACC
Rahsia Kejayaan:
Antara surah yang boleh diamalkan setiap hari;

ISNIN - ad dukhan
SELASA - al hasyr
RABU - al waqiah
KHAMIS - yasin
JUMAAT - al kahfi
SABTU - ad dukhan
AHAD - al mulk
SUBUH - as sajadah
SEBELUM TIDUR - al mulk

Jom kita amalkan sama-sama !

Moga Allah bantu.
2024/10/04 03:23:08
Back to Top
HTML Embed Code: