Telegram Web Link
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Hati-hati dengan harta, pangkat dan kemasyhuran.

Barangsiapa yang sederhana, maka sebenarnya ia adalah orang kaya.

Barangsiapa yang ikhlas, maka ia akan dicintai oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Barangsiapa yang rendah hati, maka ia adalah orang yang kuat.

Ketahuilah bahwa kemahsyuran dan kemuliaan yang abadi hanyalah ada di AKHIRAT nanti.

[Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Hafidz حفظه الله تعالى]

@quotephotovideo 🌀🌀🌀
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

"SEDEKAH"

•• Bila dirimu tengah susah dan gundah, jangan lupa bersedekah.

•• Bila matamu basah dan hatimu patah, segeralah bersedekah.

•• Bila dirimu kalah atau tidak ingin kalah, perbanyakkanlah bersedekah.

•• Bila harimu cerah dan indah, tetaplah bersedekah.

•• Bila mahu rezeki berkah melimpah, rajin-rajinlah bersedekah.

•• Bila mahu ke Mekkah, bahkan ke jannah, sering seringlah bersedekah.

•• Bila ingin keluarga sakinah, anak soleh dan solehah, ajak-ajaklah mereka bersedekah.

"RENUNGAN ASAR."
🌸🌸🌹🌸🌸🌹🌸🌸🌹🌸🌸🌹🌸

@islamitu_indah
Andai kita tahu dosa kita selama ini masih belum diampunkan oleh Allah..

Nescaya kita tidak akan memandang hina seseorang dgn pandangan kehinaan..

Kerana hakikatnya kitalah yg hina..

Dunia semakin parah..Dasar jahiliyyah didokong menjadi rujukan..

Islam dihina tidak mendapat tempat..Ulama' menjadi bahan cercaan..Penzalim diangkat mulia..

🐌~anak🐌~🐌siput~🐌
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu berarti Allah mendidik kita untuk SABAR..

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT..

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya, Amin..
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهِ

DIANTARA TANDA KEIMANAN

Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbaly rahimahullah berkata:

إذا كان الإنسان تسوؤه سيئته ويعمل لأجلها عملا صالحا، كان ذلك دليلا على إيمانه.

"Jika seseorang merasa sedih kerana dosanya

dan dia beramal soleh untuk menghapusnya,

maka itu merupakan bukti atas keimanannya."

Segala puji bagi ALLAH

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Sibuk kejar kehidupan. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah.

Lewat bangun solat Subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat Asar ke mana, solat Maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takda, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game lagi.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duduk pandang kita. Terbangun solat Subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pulak. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah! 10 minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal 5 minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wuduk, nak solat. Itu alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Macamana tu?

Malaikat maut ziarah lagi. Alhamdulillah tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu. "Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi."

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?" Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. "Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah! Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana. Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. Tepuk dahi.

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati.

Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Lama dah perhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

Tapi, semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Sama-sama jaga amal, sama-sama jaga aurat wahai sahabat. Tepuk dada, tanya iman.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
*2⃣0⃣ SAFAR 1440H*
*2⃣9⃣ OKTOBER 2018M - ISNIN*

😊السلام عليكمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ😊

اللهـُـمٌَ صَـلِّ عَـلَـى سـَـيْـدِنَـا مـُـحَـمٌَــدٍ وَعَـلَى آلِــہِ وَصَـحْـبِــہِ وَبَـارِك وَسَـلِّـم

*_”Kematian itu datang secara tiba-tiba. Ia tidak peduli samada kamu bersedia atau tidak.”_*

_Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri._

[ TarbiYYaH KeHidupaN ]

_📝muhasabah diri_
_📝mati itu pasti_
_📝maafkan saya doakan saya_
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Fiqh imam syafie... Air liur basi najis atau x?

Jawab;
Fiqh thaharah, air liur najis atau tidak.

Air liur ada dua bahagian. Kalau air liur hasil dari mulut, lahwat (anak tekak) maka ia suci,
Dalil;

كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ

Aku minum pada ketika itu aku datang haid. Kemudian aku bawakan bekas minuman tadi kepada Nabi saw lalu Baginda meletakkan mulutnya di tempat yang aku minum tadi lantas Baginda minum.”
Riwayat Muslim (453)

Sekiranya air liur yg keluar dari perut ketika tidur maka ia najis.

Imam al-Nawawi menaqalkan daripada Imam Abu Muhammad al-Juwaini
"Ada di antara air itu yang keluar dari kawasan lahwat (anak tekak) maka ia adalah suci. Jika ia keluar mengalir daripada perut maka ia adalah najis secara ijmak. Dan cara mengenalinya adalah melihat pada tanda dan kebiasaannya. Jika ia mengalir dari mulut sejak mula tidur dan basah serta terputus sepanjang dia tidur dan kering air tadi dari mulutnya dan dari tempat tidurnya maka ia adalah dari mulut. Manakala jika sepanjang dia tidur dia merasakan basah sentiasa maka ia dari perut.”

“Maka secara jelas air liur yang keluar dari mulut ketika tidur adalah di antara najis yang dimaafkan (jika ianya sering terjadi) dan ia sama seperti darah nyamuk, baki kencing yang tidak lawas , darah istihadah dan lain-lain najis yang dimaafkan kerana ada masyaqqah.”
[al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/570-571]
29102018
https://www.tg-me.com/KamarulAqliAm
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
302 of 365 🗓 ISNIN 💕 20 SAFAR 1440H 29 Oktober 2018

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

MERENDAH DIRI...

Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri.

Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.

Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah?

Sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata.

Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.

Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu kadang-kala ia lebih mulia darimu.

Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerna ihsan Tuhanmu.

Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta, cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah yang melihatmu dilangit sana,

Malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.

Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa.

Buangkanlah kebodohanmu itu,
Mari bersama menikmati hidup ini,
Celikanlah hatimu,
Hiduplah sebagaimana yang tuhan perintahkan...

Belajarlah merendah diri...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami...

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
37K260
Dikeluarkan pada pukul 4:20 petang, 30 Oktober 2018


AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Condore,timur laut Bunguran, barat Reef North dan barat laut Reef South sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka dan Tioman sehingga 8:00 malam; Selasa, 30 Oktober 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu, 3 November 2018.

II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis & Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat dan Pahang sehingga 8:00 malam; Selasa, 30 Oktober 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 30 Oktober 2018, jam 4:20 petang

*Jabatan Meteorologi 🇲🇾*
*#Met 🇲🇾*
assalamualaikum , mohon maaf kerana mengganggu subscribers , admins dan juga creator . kami dari pihak auto swap promo bee , hanya ingin meminta creator yang sudah joinkan channel mereka di beestar , beerose , beewoof serta beeowl untuk mesej kami dan bagi info di bawah ini ;

channel : @
description : (only 5 words)

kami dah bersetuju untuk tetapkan desc hanya 5 patah perkataan mulai dari sekarang . harap creator ataupun pihak yang berkenaan beri kerjasama dengan baik . terima kasih dan boleh la delete mesej ini setelah selesai membacanya dan juga memberikan maklumat di @beespromobot . terima kasih sekali lagi ya kerana sudi bantu kami . 🐝
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Lazimkan membaca,

'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar', kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon"

Rasulullah ‎ﷺ

@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Umar bin Abdul Aziz berkata,

"Siapa yang tidak tahu bahawa perkataan adalah termasuk amalnya, maka dia akan banyak dosanya."

(Hilyatul Aulia, Abu Nu'aim, 5/290)

#muhasabahdiri
#berhati2lah
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Apabila Allah Cinta Kepada Kita Dan Menyempurnakan Nikmat-Nya Kepada Kita, Maka Sesungguhnya Allah Akan Menyibukkan Kita Kedalam Ketaatan Dan Menyibukkan Kita kedalam Ibadah.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Hati yang istiqamah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat.

Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.

Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap adzab kubur.

Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.


Imam al-Qurtubi rah.a

@quotephotovideo 🐣🐣🐣
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Aamiin ya Allah...

@quotephotovideo 🧡🧡🧡
2024/10/05 09:24:35
Back to Top
HTML Embed Code: