Telegram Web Link
Allah SWT Berfirman Didalam Suruh Al-Hijr :

"Dan Apabila Kami Utuskan Nabi Luth Kepada Kaum Sadom Lalu Kami Ketepikan Kaum Wanita Sehingga Mereka Berpisah / Menceraikan Isteri Mereka Dan Mereka Menikahi Sesama Jenis Gay , Lesbian Dan Homeseksual Lalu Kami Utuskan Seorang Nabi Agar Memberi Nasihat / Dakwah Kepada Kaum Sadom Agar Tinggalkan Perbuatan Keji Itu Sehingga Kami Jadikan Mereka Berselera Sesama Jenis Dan Berani Menentang Dakwahan Nabi Utusan Allah SWT. Akhirnya Kami Turunkan 3 Para Malaikat Berupai Wajah Yang Sangat Cantik Dan Kami Membuat Kaum Sadom Seakan Akan Tergila Terhadap 3 Lelaki Yang Datang Ke Rumah Nabi Luth Lalu Kami Puaskan Nafsu Mereka Sehingga Mereka Mengelilingi Rumah Nabi Luth Hingga Menjelang Waktu Subuh Akhirnya Kami Turunkan Hujan Sijjil Sejenis Hujan Batu Panas Yang Telah Membakar Perumahan Dan Pembandaran Kaum Sadom Dan Diterbalikkan Muka Bumi Langit Diturunkan Ke Bawah Tanah Dinaikkan Ke Atas Kami Pusingkan Bumi Berkali-Kali Sehingga Tanah Terpecah Lalu Kami Perintahkan Tanah Untuk Menelan Kaum Sadom Satu Persatu Sehingga Kini Dipanggil Laut Mati Tempat Asal Usul Kejadian Azab Buat Kaum Nabi Luth."
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Reda Terhadap Maksiat Itu Berdosa

عَنْ الْعُرْسِ ابْنِ عَمِيرَةَ الْكِنْدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عُمِلَتْ الْخَطِيئَةُ فِي الْأَرْضِ كَانَ مَنْ شَهِدَهَا فَكَرِهَهَا وَقَالَ مَرَّةً أَنْكَرَهَا كَانَ كَمَنْ غَابَ عَنْهَا وَمَنْ غَابَ عَنْهَا فَرَضِيَهَا كَانَ كَمَنْ شَهِدَهَا

Daripada Al 'urs bin Amirah Al Kindi dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila ada satu maksiat dikerjakan dimuka bumi, maka orang yang melihat lalu membencinya, dalam riwayat lain, "lalu ia mengingkarinya, maka ia sama seperti orang yang tidak melihatnya. Barangsiapa tidak melihatnya, namun ia reda dengan maksiat tersebut, maka ia seperti orang yang melihatnya." (HR Abu Daud No: 3782) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Barangsiapa melihat kemungkaran lalu ia membencinya atau mengingkari dengan berusaha mencegahnya maka ia seperti orang yang tidak melihat mungkar tersebut (seorang yang beriman).

2. Barangsiapa mengetahui suatu maksiat yang berlaku dan dia reda dengannya (tidak berusaha mencegah dengan kuasa, lisan atau benci dengan hati) sesungguhnya dia telah melakukan dosa.

3. Muslim yang tidak melihat kemungkaran tetapi reda dengannya, maka dosanya adalah sama dengan orang yang melihat dan tidak mengingkarinya.

4. Reda terhadap maksiat akan menghilangkan perasaan ingin mengingkarinya dengan hati. Sedangkan mengingkari maksiat dengan hati adalah fardhu ain.

5. Jadilah Mukmin yang berjaya. Firman Allah:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤

Dan hendaklah ada di antara kamu sekumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104).

Semoga kita sentiasa memiliki sifat mukmin dengan tidak meredhai kemungkaran yang berlaku.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Mac 2020
19hb Rejab 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
www.tg-me.com/hadisharian_ikram
COVID-19

Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll. Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.

Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat. Kiamat kecil yang dekat adalah mati.

Firman Allah, Surah AlAnbiyaa', ayat 35,

"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".

Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,

1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.

2. Usaha perbaiki Solat Fardhu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi SAW, bacalah alQuran lebih lama, itulah penawar kepada segalanya. Berdoalah dengan lebih yakin dan khusyuk.

3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab, penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa. Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.

4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf. Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati pasti indah.

5. Dan lain-lain amal Soleh.

Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.

Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita, hidup menjadi lebih tenang dan senang.

InsyaAllah, Aamin ya Mujib.

Asma' binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat
[ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2639594276322441&id=2227686867513186
🚧JEMPUTAN MENJADI DJ🚧

Hai semua. Pada yg berbakat dn berminat, saya ingin menjemput anda memeriahkn lagi dgn menjadi Dj di channel @redzoneradion9 . Anda boleh pm @amimmah dan menghantar 1voice anda kendalikan konti. Kriteria yang dicari

🌀 Personaliti penyampaian
🌀 Mempunyai idea topik yg bagus untuk di sharekn kepada pendengar selaras Tagline GEMPAK DAN INFOMATIF
🌀 Waktu ke udara terpulang kepada anda
🌀 Syarat dan terma menjadi Dj akan di beritahu setelah semuanya jelas
🌀 Tiada bayaran. Hanya suka2 dan menajamkan bakat komunikasi
🌀 SEBARANG PERTANYAAN BOLEH PM @amimmah

- THANKS-

sah dari owner RZR09
رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيٗا يُنَادِي لِلۡإِيمَٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّاۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ


Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

-Surah Ali-Imran, Ayat 193-


tarbiah
Ketika seorang solihin ditanya, kenapa engkau datang ke masjid sebelum azan?

Dia menjawab, azan itu dikumandangkan untuk mengingatkan al ghafiliin
( orang yg lalai ), aku berharap aku tidak termasuk ke dalam golongan mereka.

share
tarbiah
Allahu Akbar, Innalillahi wa inna ilaihi Raajiun. Moga arwah di kalangan para solihin 😢.

Kematian yang membawa hiba seluruh negara. Kematian yang mengejutkan mereka yang masih lena, leka, santai dan mamai.

Ujian dan Musibah ini..

Bagi yang beriman, akan menguatkan keimanan.
Yang sabar, semakin tinggi kesabaran.
Yang bergantung padaNya menjadi semakin kuat tawakkalnya.
Yang solat semakin menambah kekhusyukannya.
Yang baca AlQuran dan zikrullah semakin merasai kemanisannya.
Yang bangun malam, semakin awal bangun dan berlama bersamaNya.
Yang berusaha makin kuat ikhtiarnya.

Yang kufur nikmat, yang tidak kenal tuhanNya, yang masih enggan kembali padaNya, yang masih berat untuk berzikir berdoa sujud padaNya, yang masih enggan taat dan tinggal laranganNya.. Maka semakin bertambah ketakutan, kemarahan, menyalahkan, mencaci maki, resah gelisah dan membenci.

Sahabat semua, kita di kelompok mana saat ini ?

Dalam apa jua keadaan, tetap teguhlah kita dengan kesabaran dan solat, yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

FirmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (١٥٣)

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Qs Al Baqarah : 153)

Apapun berlaku biarlah kita hanya antara dua sahaja, iaitu antara syukur dan sabar, tiada yang ketiga. Kerana keduanya itu adalah sifat orang mukmin yang membuatkannya makin dekat dengan Allah dan makin baik dan belas kasih dengan manusia.

Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Matan hadith :

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ]صحيح

Firman Allah swt :

إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (١١)

“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Qs. Hud: 11)

Setiap subuh, baca Yaasin dan Addukhan.
Setiap malam, baca alMulk dan Assajadah.
Siangnya, bacalah alWaqiah dan Arrahman.
Baca dan hafal 10 ayat awal surah alKahfi.

Dalam tempoh kuarantin ni, cuba habiskan baca surah alBaqarah dan Ali Imran. Kepada siapa yang beriman pada hari kebangkitan iaitu alam Akhirat pasti akan baca dua surah ini.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)

Atau baca sahaja sebanyaknya alQuran atau mana surah yang mudah bagi yang tiada masa duduk dengan alQuran. Ketika bekerja dan jalankan tugas, maka basahkan sahaja lidah dengan mengulang mana² surah yang dah dihafal walaupun hanya alfatihah dan 3 qul.

Allahu Akbar.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan pengampunanNya. Kembali dalam Husnul Khatimah.. 🤲.

Asma' Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat
#BersamaHadapiUjianInidenganIman
high risk with Covid19 share it with your love one...
#sharing is caring
Ramai terleka dengan cerita COVID-19. Rata² dalam FB, WhatsApp dll media sosial serta media elektronik tak banyak nak mengingatkan kita tentang malam ini.

Ya malam ini, *lepas Maghrib* ialah malam *Israk Mikraj*. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita Muhammad ﷺ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.

Kisah luar biasa "dalam satu malam" ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad ﷺ yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad ﷺ sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad ﷺ.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

@bimbinganhidup
Forwarded from TUKAR ACC
“Covid-19,Menghidupkan Hati Manusia Yang Telah Mati Kepada Tuhan”

Perasan tak kalau Allah turunkan bala tempiasnya akan terkena pada semua termasuk kepada orang yang tidak berdosa.

Tanpa kita sedar,satu demi satu nikmat ditarik pada masa ini.Nikmat kesihatan,nikmat beribadah di masjid,nikmat kebebasan.Semuanya seolah-olah hilang sekelip mata.

Mungkin kita pernah mendengar lirik nasyid yang mengingatkan berkenaan 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu :

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Perhatikan dan fahami lirik lagu ini.

Sebelum ini dunia ini sihat,
Tetapi hari ini hampir semua isi dunia (manusia) sedang takut dan sakit dengan kehadiran Covid-19.

Sebelum ini kita menganggap kematian akan tiba di hari tua,hari ini kita sedar virus ini telah menyerang manusia tidak kira peringkat umur,jantina,agama dan bangsa.

Sebelum ini,semua negara saling berebut untuk membolot hasil dunia dan ingin menjadi kaya.Hari ini semua negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat Covid 19.

Sebelum ini,hidup kita sentiasa lapang dan bebas untuk ke sana sini.Hari ini,hampir satu dunia seolah-olah takut untuk berhadapan dengan dunia luar.Hanya kerana virus Covid 19.

Sebelum ini,kematian hanya dipandang sebagai perkara yang remeh di mata manusia.Hari ini,kematian dianggap sebagai perkara yang serius malahan ditayangkan lagi statistik jumlah kematian satu dunia hanya kerana virus Covid 19.

Semasa perintah pergerakan kawalan ini,betulkan lah apa yang perlu dibetulkan.

Gunakan masa yang terluang ini sebaiknya,jika sebelum ini solat 5 waktu tunggang langgang.Betulkan semula secara berperingkat.

Jika sebelum ini kita sudah lama meninggalkan al quran.Baca lah semula.Mungkin al quran kita sudah berhabuk di atas almari.Cari semula.

Anggap lah ini ujian daripada Allah yang penuh dengan seribu satu hikmah.Perbetulkan apa yang patut,mula dari bawah semula.

“Kadang-kadang kita terlupa rohani dan spiritual kita telah lama mati di dalam diri kita”.

Bukan Pak Ustaz,tetapi ingin mengingatkan.Saya juga hamba Allah seperti anda.

cc :Aidil Adha
Al-Quran merupakan penolong dan pembimbing yang terbaik di jalan da'wah."

Firman Allah SAW :

{ هَـٰذَا بَصَـٰۤىِٕرُ لِلنَّاسِ وَهُدࣰى وَرَحۡمَةࣱ لِّقَوۡمࣲ یُوقِنُونَ }
Maksudnya :
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

[Surah Al-Jathiah : Ayat 20]

Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah
[Syeikh Mustafa Masyhur]
Assalamualaikum wbt ...
Seluruh Muslimin & Muslimat,
Kami ingin mengajak semua untuk berzikir mengingati Allah yang Maha Agong, Mencintai & Menyayangi kita.
Kami ingin mengajak 500,000,000 orang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dengan jutaan orang berzikir, moga negara Singapura 🇸🇬
Malaysia 🇲🇾
Indonesia 🇮🇩
Brunei Darusalam 🇧🇳
& negara2 Islam yang lain diselamatkan ALLAH SWT dari berbagai bencana alam dan mala petaka. Hanya baca & sebarkan kepada rakan2.

Kita Semua Umat
RASULULLAH SAW 😍

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID

YA ALLAAH يا الله
YA RAHMAAN يا رحمن
YA RAHIIM يا رحيم
YA MALIK يا ملك
YA QUDDUUS يا قدوس

YA AZIIZ يا عزيز
YA ALIIM يا عليم
YA JABBAAR يا جبار
YA GHANIYY يا غني
YA LATHIIF يا لطيف

YA KHABIIR يا خبير
YA AWWAAL يا أول
YA AAKHIR يا آخر
YA BASHIIR يا بصير
YA SHABUUR يا صبور

YA SHAMAD يا صمد
YA MUJIIBU يا مجيب
YA WAAJIDU يا واجد
YA RA'UUF يا رؤوف
YA QAADIR يا قادر

YA WAAHID يا واحد
YA HALIIM يا حليم
YA HAYYU يا حي
YA QAYYUUM يا قيوم
YA SALAAM يا سلام

YA JABBAAR يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ يا خالق
YA BAARI يا بارئ
YA RAZZAAQ يا رزاق

Kirim nama ALLAH kpd semua teman Muslim dan IN SYA ALLAH ... dalam beberapa minit nanti ramai orang bersama2 membaca keindahan nama ALLAH.

Tolong teruskan pesanan ini.
Anggaplah sebagai sedekah Jariyah.
Jangan lupa untuk menghantar kepada keluarga & rakan2 anda dan seterusnya kepada keluarga & rakan2 mereka pula.

Astaghfirullah
أستغفر الله
Astaghfirullah
أستغفر الله
Astaghfirullah
أستغفر الله

Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Selesai membacanya, kirim kepada teman lain.
Dalam beberapa minit,
berjuta orang akan membacanya.
Anda tak akan rugi apa2 pun, biarkan Doa & Zikir ini sentiasa berjalan.
Wassalam.
Jika seseorang tersiksa dari musibah yang Tuhannya timpakan, maka dia telah jauh dari Tuhannya (Kufur).

Jika dia merasakan sebagai ujian, untuk mencapai satu kelulusan, maka dia adalah orang-orang mukmin.

Jika seseorang merasakan, kenikmatan daripada musibah itu, maka dia adalah seorang wali, yakni kekasih-Nya.

Ibn Al-Muari ~
2024/10/02 10:29:31
Back to Top
HTML Embed Code: