Telegram Web Link
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni. Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni. Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah Manusia - Aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla) Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu. Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

@bimbinganhidup
Firman Allah:

"Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (QS At-Takwir: 29)

Sesungguhnya Allah mengatur segalanya untuk kita. Maka hendaklah kita sentiasa redha dan tawakal terhadap semua ketentuannya diiringi usaha dan doa. insha Allah.

spreadDakwah
Ajaibnya Urusan Orang Mukmin.

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَب فَكَانَخَيْرًا لَهُ

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin!

Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin.

Sekiranya dia mendapat nikmat dia akan bersyukur dan itulah kebaikan baginya.

Sekiranya dia mendapat ujian dia akan sabar dan itulah kebaikan baginya“

(HR Muslim)

spreadDakwah
فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Di hari Jumat terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim yang ia berdiri melaksanakan shalat lantas dia memanjatkan suatu doa pada Allah bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberi apa yang dia minta

” (HR. Bukhari, 935; Muslim, 2006; Ahmad 10574)
SABAR terbagi menjadi TIGA TINGKATAN :

Pertama, sabar untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Ini adalah tingkatan sabar yang paling tinggi, kerana setiap ibadah mengandungi unsur melawan nafsu. Solat tahajud berat dilakukan kerana waktunya orang-orang sedang tidur. Begitu juga zakat berat dilakukan kerana seolah memberikan harta secara percuma kepada para mustahiknya.

Kedua, sabar menjauhi maksiat. Ini tidak mudah dilakukan, kerana tidak bermaksiat adalah tanda zahir diterimanya sebuah amal ibadah. Solat yang dilakukan haruslah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Jika tidak menjauhinya, maka solatnya belum bisa diterima oleh Allah.

Ketiga, sabar dalam menerima ujian. Ini adalah tingkatan sabar yang paling rendah dibanding dua tingkatan di atas.

#share
#spreadDakwah
DOA HARI ISNIN

Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Jadi perempuan jangan hanya selalu nak dibuai mimpi. Asyik harapkan "imam" datang nak pimpin tangan bawa ke syurga.

Asiah isteri Firaun berkahwin dengan orang yang zalim tapi dia tetap masuk syurga. Isteri Nabi Musa AS berkahwin dengan seorang Nabi tapi dia tetap tak masuk dyurga kerana dia tak beriman. Mariam AS tak pernah berkahwin tapi dia tetap masuk syurga.

Nak jadi perempuan kena berilmu. Cinta dan kesetiaan pada Allah SWT tetap nombor satu.

@bimbinganhidup
Kebelakangan ini cuaca sangat panas.
Sila jaga diri anda terutamanya kesihatan anda.
Kali ini kita sedang bercakap mengenai suhu.
Suhu 99°C & 100°C air mendidih.
Kedua2 suhu tersebut adalah sangat panas.
Namun suhu 1°C ini membawa byk perbezaan.
Adakah anda tahu kenapa?
Suhu 99°C air mendidih masih lagi berbentuk cecair tetapi sekiranya suhu tersebut mencapai 100°C ianya akan menjadi gas dan terbang tinggi ke langit.
Air mendidih itu akan "melihat" dunia yg berbeza dengan bertukar menjadi jirim yang berlainan.
Saya beranggapan ramai yg berfikir suhu 99°C "cukup panas" Bukan?
Suhu 1°C sahaja.
Anda boleh terbang tinggi ke udara melihat dunia yg berbeza.
Saya ingin terbang tinggi di udara untuk melihat dunia yg berbeza bersama2 anda.
Buatlah yg terbaik untuk melangkah & mencapai suhu 100°C !

@SoftBricked
@bimbinganhidup
Treasure The Time While You Are Young!

This message is especially for young people, but it applies to the elders as well.
Time given in our life is limited. One day only 24hours.
However, young people tend to think, "I still have plenty of time in years and decades" and spent most of the time for fun.
Of course fun & relaxing are necessary for our life.
But it is difficult to develop personality by having only fun & relaxing.
I axpect young people, to spend more time to study and store the knowladge as much possible to prepare for a big project in future.
Bigger the project you can deal witch, more people you can help.
You can also make other people happy as many as possible.
Make them impressed deeply.
Everyone.. Please spare your time to put in your efforts on what you need to do.
For the time being, surely the person is at a loss, except for the believers, knowledge & practice.

@SoftBricked
@bimbinganhidup
Kepada semua, apa yang anda lakukan sekiranya anda mempunyai 5minit masa terluang?
"Saya tidak akan berbuat apa2 kerana waktu itu sangat singkat untuk membuat sesuatu".
"Saya akan melihat telefon bimbit saya".
Jika anda mempunyai sikap seperti ini, mengapa anda tidak berubah mulai dari sekarang?
Jika anda mempunyai 5minit masa terluang sebanyak 6x, ia akan menjadi 30minit.
3jam dalam seminggu.
Jika aknda mempunyai 3jam, anda dapat menghabiskan membaca sebuah buku.
Apa yang sedang saya cuba sampaikan adalah untuk mengurangkan masa "tidak sedar".
Dalam masa yang sama, cuba memgawal masa secara sedar.
Jadilah " Pemguasa Waktu".
Jika anda melihat telefon bimbit pada setiap masa, perikaa emel amda dengan peka atau lawatilah laman web berita untuk belajar tentang topik yg amda ingin belakar adalah memadai untuk mulakan langkah pertama.
Jika anda melihat telefon bimbot secara kronik, tetapkan masa "5minit sajaja".
Tetapi, 5 minit inilah yang akan menjadikan kehidupan anda lebih bermakna.

@SoftBricked
@bimbinganhidup
"Pok amai amai
Belalang kupu kupu
Tepuk ramai ramai
Fahamilah Umat Ku"

Lelaki yang badannya sasa,
Allah uji dengan rasa bangga
mahu menunjukkan tubuh badan
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem,
Allah uji dengan dikelilingi perempuan²
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing,
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju
ikut bentuk badan.

Suami Allah uji dengan kejujuran dan tanggungjawab
Isteri Allah uji dengan maruah dan ketaatan

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa
mahu acah tahu semua perkara sehingga
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa
dirinya saja yang betul sampai boleh
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta,
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya
itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai
persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub,
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau lagi menjauhkan kita dari. Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman pada diri.

@bimbinganhidup
Akidah umat Islam akan kukuh dengan ibadah bukan dengan replika rehal apatah lagi jika replika itu boleh tumbang membahayakan manusia. Tambahan lagi jika ada khilaf adakah ia replika rehal atau buku. Tidak perlu ada PhD untuk memahami hakikat ini. Fahamilah.

Jika sukar nak faham mungkin kena campur air sikit, pekat sangat agaknya tu.

Dr Rozaimi Ramle

@bimbinganhidup
Sesiapa yg ada berkecil hati atau marah pada saya, saya mohon maaf. Maafkan saya sebelum berakhirnya hari Arafah sebab Rasulullah saw bersabda : 'Pada hari Arafah diangkat segala amalan kepada ALLAH melainkan orang yang bermusuhan (bergaduh)' Maaf Zahir Batin serta salam Aidil Adha... sesungguhnya dengan izin Allah swt saya maafkan kamu semua.. Wassalam.

@SoftBricked
@bimbinganhidup
"Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita,iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka"

#Taubat yang tertangguh
"Betulkanlah cara kamu memandang. Janganlah engkau memandang seperti iblis. Hanya melihat air dan lumpur, ketika memandang Adam. Lihatlah di sebalik lumpur itu, begitu banyaknya taman-taman yang indah."

Maulana Jalaluddin Rumi SALAM JUMAAT❤️
KELUARGA NABI IBRAHIM DIUJI

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM MULA BERDAKWAH KEPADA AYAH KANDUNGNYA.

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM MEMUSNAHKAN PATUNG BAHALA.

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM DIBAKAR OLEH RAJA NAMRUD.

- DIUJI SAAT KAUM BANI ISRAEL MENYATAKAN BAHAWA AJARAN NABI IBRAHIM ADALAH AJARAN SESAT.

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM DAN ISTERINYA SITI SARAH MENUJU KE ISTANA RAJA NAMRUD.

- DIUJI SAAT RAJA NAMRUD TERGODA MELIHAT ISTERINYA SITI SARAH.

- DIUJI SAAT SITI SARAH DIPAKSA OLEH RAJA NAMRUD UNTUK PUASKAN NAFSU RAJA NAMRUD.

- DIUJI SAAT DITERIMA SEORANG WANITA YANG PATUH PADA SUAMI DAN TAAT KEPADA ALLAH S.W.T.

- DIUJI SAAT SITI SARAH MEMAKSA NABI IBRAHIM MENIKAHI SITI HAJAR DEMI MENIMANG CAHAYA MATA.

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM DIPAKSA OLEH SITI SARAH ISTERI PERTAMANYA MENJAUHI SITI HAJAR ISTERI KEDUANYA DAN NABI ISMAIL.

- DIUJI DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK MENINGGALKAN ANAK DAN ISTERI KEDUANYA DI TANAH SUCI MEKKAH.

- DIUJI SAAT SITI SARAH BERSENDIRIAN SELAMA 12 BULAN.

- DIUJI SAAT SITI HAJAR DAN NABI ISMAIL KEHABISAN MAKANAN DAN MINUMAN.

- DIUJI SAAT NABI ISMAIL DAN NABI IBRAHIM MEMBINA KOTA MEKKAH MADINAH DITANAH SUCI.

- DIUJI SAAT NABI IBRAHIM DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK MENYEMBELIHI ANAKNYA NABI ISMAIL SEBAGAI QURBAN.

UJIAN BUKAN MELEMAHKAN BUAT HAMBANYA MALAH MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T. JIKA PAHIT PADA PERMULAAN, SAAT AKHIR AKAN TIMBUL RASA KEMANISANNYA ❤️
Forwarded from Hadis & Tazkirah (Study no pm&cl me)
018 Al-Kahf.mp3
30 MB
📚✍🏼 TAZKIRAH TENTANG SOLAT 📚✍🏼


Perbezaan besar antara orang yang "solat" dan orang "jaga solat" .

Orang yang SOLAT je biasanya dia takkan jaga solat. Dia solat suka hati bila nak, sama ada awal waktu atau melewatkan solat.

Nak berjemaah atau sendirian, nak khusyuk atau khayal, dan sebagainya.

Tapi orang yang JAGA SOLAT , dia akan jaga kualiti solat. Dari segi awal waktu, khusyuk, kefahaman, tempat solat, berjemaah, dan lain2.

Sebab tu ramai yang merungut,

"Kenapa aku masih buat maksiat dan dosa lagi ek? Kenapa aku masih dengar hiburan haram lagi? Bukan ke Allah kata kalau solat cegah dari kemungkaran? Aku dah solat dah..."

Betul kita dah solat, tapi kita TAK JAGA SOLAT. Kalau solat kita tak jaga, macam mana solat nak "jaga" kita?

#share
#spreadDakwah
BACALAH SEJARAH KISAH BAGINDA SAW. UNTUK MENGUBATI HATI YANG KOTOR...

Kisah Nabi Adam - Buah Larangan Dari Syurga.

Kiaah Nabi Idris - Menulis Carpen Dan Memahami Didalam Semua Bahasa.

Kisah Nabi Nuh - Menciptakan Kapal Layar Dengan Pokok.

Kisah Nabi Hud - Membina Bangunan Dan Tiang Dinding.

Kisah Nabi Soleh - Unta Betina Mukjizat Dari Allah.

Kisah Nabi Ibrahim - Raja Namrud Yang Zalim.

Kisah Nabi Ismail -Air Mata Zam Zam Dan Seekor Kibas.

Kisah Nabi Luth - Kaum 'AD Persimpangan (Homeseksual)

Kisah Nabi Ishaq - Mempunyai Satu Sifat Iaitu Panas Baran.

Kisah Nabi Ya'akob - Memusuhi Saudaranya Sendiri.

Kisah Nabi Yusuf - Diuji Dengan Cinta Zulaika.

Kisah Nabi Ayub - Penyakit Kulit Yang Sangat Berbahaya.

Kisah Nabi Syuib - Kaum Madyam Yang Suka Bercakap Tidak Benar / Berbohong.

Kisah Nabi Musa - Anak Angkat Kaum Firaun.

Kisah Nabi Harun - Berdakwah Atas Perintah Dari Allah.

Kisah Nabi Zulkifli - Kesabarannya Dengan Lakonan Iblis.

Kisah Nabi Daud - Satu Penyakit Yang Tidak Pernah Datang Kepada Dirinya.

Kisah Nabi Sulaiman - Memahami Bahasa Binatang Dan Lelaki Jutawan.

Kisah Nabi Ilyas - Alam Tumbuhan Jagaan Dibawahnya.

Kisah Nabi Ilyasak - Menuntut Ilmu Bersama Kaum Yang Zalim Kepada Allah.

Kisah Nabi Yunus - Ikan Nun Paus Yang Menelani Dirinya.

Kisah Nabi Zakaria - Dikurniakan Seorang Isteri Yang Mandul.

Kisah Nabi Yahaya - Putera Kesayangan Nabi Zakaria.

Kisah Nabi Isa - Anak Mukjizat Dari Allah.

Kisah Nabi Muhammad - Lelaki Mulia Disisi Allah.

Selamat Membaca Kisah Para Baginda SAW.
2024/10/03 06:32:49
Back to Top
HTML Embed Code: