Telegram Web Link
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (ramadhan amidin)
Sentiasalah hamasah dalam menutut ilmu
Kerana tak semua direzekikan untuk menuntut ilmu
Meskipon ilmu yg kita belajar nampak mcm dunia semata mata

Tpy bile kita niat untuk akhirat insyaallah dunia dan akhirat kita dapat

Berlajarlah kerana ingin tahu bahawa ilmu Allah itu luas

Live from
CAIRO

@Tarbiah
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Shahid Mujahid) via @like
Guys,
Diantara nikmat Allah yang kadang-kadang kita lupa adalah Allah sibukkan kita, sampai kita takde masa untuk buat maksiat..

Disebalik pertolongan Allah ini, adalah kerana di situ terselit doa mak ayah kita, guruΒ², kawanΒ² & org yg pernah kita mudahkan urusan mereka..

#share
@tarbiah
Forwarded from Da'wah & Tarbiyah (Harry Potter) via @like
Sabr isn’t easy, sabr is tiring but it will be worth it in the end. Be patient until even your patience tires of your patience because with time, your prayers will be answered ❀️

#share
@tarbiah
Knknkn
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam usrah dakwahcpe suka blh ktkn je chnel dakwah tabiah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
β€œPada hari Jumaat ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak. Kata ulama waktu itu mungkin, selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”

- Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

#share
SURAH AL-KAHFI

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim)

Jangan lupa berkahfi di jumaat yang barakah ini.

"Bersama Membina Bi'ah Solehah."

Salam jumaat semua😊😊😊😊
Ada sahabat Nabi Sallahu alaihi wassalam yang masuk syurga hanya krn memaafkan setiap org sblm tidur

Hidupnya tiada rasa dengki,iri hati dan benci

Tiap pagi dia akan bangun dlmkeadaan jiwa yang bersih

Sudahkah kita memaafkan orang pada hari ini ? Memaafkan agar dimaafkn Allah

#Pu_Rahmat
"Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."

"Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, karena hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."

"Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."

"Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

(Al Habib Umar bin Muhammad BenHafidz)
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

- Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.
*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

πŸ–Œ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

πŸ–Œ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

πŸ–Œ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
πŸ–Œ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
πŸ–Œ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
πŸ–Œ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
πŸ–Œ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
πŸ–Œ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

πŸ’“ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

πŸ’“ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

πŸ’“ _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

πŸ’“Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

πŸ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

πŸ’“Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

πŸ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

πŸ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

πŸ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

πŸ’“Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

πŸ’“Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

πŸ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

πŸ’“Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

πŸ’“Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

πŸ’“Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

πŸ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

πŸ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

πŸ’“Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

πŸ’š Khadijah Binti Khuwailid.
πŸ’šSaudah Binti Zam'ah.
πŸ’šAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
πŸ’šHafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
πŸ’šUmmi Habibah Binti Abu Sufyan.
πŸ’šHindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
πŸ’šZainab Binti Jahsy.
πŸ’š Maimunah Binti Harith.
πŸ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
πŸ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.πŸ’œ Qasim
2.πŸ’œAbdullah
3.πŸ’œ Ibrahim
4. πŸ’œZainab
5.πŸ’œ Ruqaiyah
6.πŸ’œUmmi Kalthum
7.πŸ’œFatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

πŸ’™Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SU
2024/10/03 23:21:59
Back to Top
HTML Embed Code: