Telegram Web Link
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
AssaLamualaikum.

ALHAMDULILAH ...

Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.

Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
[Keutamaan Umur Panjang Dalam Ketaatan Kepada Allah SWT]

Talhah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada seorang pun yang lebih baik kedudukannya di sisi Allah daripada seorang mukmin yang dipanjangkan umurnya di dalam Islam dengan banyak memuji-Nya, mengagungkan-Nya dan mentauhidkan-Nya"

[Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Al-Bazzar]

[Ziarah Ke Alam Barzakh - Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti]

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Hati adalah seperti CERMIN. Ia akan mewujudkan apa saja yg tersimpan di dalam hati seseorang.

Jika hati seorang menyimpan perasaan yg BERSIH maka penampilan orang itu akan menarik perhatian orang lain kerana perilakunya yg TERPUJI.

Kalau hatinya KOTOR, maka perilaku orang itu bagaikan asap yg gelap. Sehingga budi pekertinya selalu akan condong kepada KEBURUKAN."

(Habib Umar Bin Hafidz)

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
💥JANGAN💥

💦Jangan risau jika orang tak balas senyuman kita.

💦Jangan mengeluh jika kebaikan kita tak terbalas.

💦Jangan marah jika pertolongan kita tak dihargai.

💦Bukankah kita perlu belajar untuk ikhlas?

💦Ikhlas dalam erti kata yang sebenar.

💦Beramal tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

💦Senyum...😁

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
💥Amalan Yang Sedikit Tetapi Ganjarannya Besar💥

💦Diamalkan selepas waktu solat subuh.

💦Bacalah Al-Qur'an dari suratul Al-An’am dari ayat 1-3.

💦Sesiapa yang mengamalkannya,
dari pada hari dia membaca surah ini, Ribuan malaikat akan bersujud & memohon keampunan kepadaNya atas nama kamu & ini akan berkekalan sehingga di akhirat kelak.

💦Kenapa ayat 1-3 ini sangat istimewa?

💦Kerana didalamnya terkandung akan KeEsaan & Kebesaran Allah SWT.

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
💥UMUR💥

💦Setiap detik usia kita akan dipotong.

💦Setiap minit setiap saat. Setiap detik akan mendekatkan kita dengan kematian.

💦Setiap detik, baki usia itu semakin sedikit.

💦Jika seseorang itu tidak mengunakan masanya dengan baik.

💦Maka, nanti dia akan menyedari dia telah rugi banyak perkara.

💦Dia terlupa tujuan maksud sebenar dia diciptakan diatas dunia ini oleh Allah سبحانه وتعالى.

🍃Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari🍃

🌷اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ🌷

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Kau tau benda apa paling susah nak jaga atas dunia ni?

Tau.. Soalan orang dah biasa bagi la hang ni

Kalau hang tau, pa dia?

Jaga hati orang la.. Lagi lagi nak jaga hati semua orang yang kita kenai.. Betui dak?

Dak aih.. Bukan tu jawapan dia..

Dah tu?

Jaga solat di awal waktu 5 kali sehari

K bro.. K

@Tausiyatul_qulub
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
AT TAUBAH
surah ke-9 : 129 ayat

MUQADDIMAH

Surah At Taubah terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bererti pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surah ini.

Dinamakan juga dengan Baraah yang bererti berlepas diri yang di sini maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari surah ini.

Berlainan dengan surah-surah yang lain, maka pada permulaan surah ini tidak terdapat basmalah, kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina 'Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.

Selain daripada pernyataan pembatalan perjanjian damai dengan kaum musyrikin itu, maka surah ini mengandung pula pokok-pokok isi sebagai berikut:

POKOK-POKOK ISINYA

1. Keimanan:

 • Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman;

• Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah;

• Segala sesuatu menurut sunnatullah;

• Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman;

• Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.

2. Hukum-hukum:

• Kewajiban menafkahkan harta;

• Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya;

• Jizyah;

• Perjanjian dan perdamaian;

• Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya;

• Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total;

• Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.

3. Kisah-kisah:

• Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah;

• Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin);

• Perang Tabuk.

4. Dan lain-lain:

• Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.

SEMOGA BERMANFAAT

@quotephotovideo 📖
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

PENGUMUMAN TENTANG PEMBATALAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN KAUM MUSYRIKIN

Surah At-Taubah ayat 01 hingga 04

Tentang orang Islam bebas dari tanggung jawab terhadap perjanjian dengan kaum musyrikin.

بَرَاءَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ

(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

At-Taubah 9:01

#surah9ayat01
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Audio
Mishary Rashid Alafasy
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

PENGUMUMAN TENTANG PEMBATALAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN KAUM MUSYRIKIN

Surah At-Taubah ayat 01 hingga 04

Tentang orang Islam bebas dari tanggung jawab terhadap perjanjian dengan kaum musyrikin.

فَسِيحُوا فِي الْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ وَأَنَّ اللَّهَ مُخْزِي الْكَافِرِينَ

Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).

At-Taubah 9:02

#surah9ayat02
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Audio
Mishary Rashid Alafasy
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

PENGUMUMAN TENTANG PEMBATALAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN KAUM MUSYRIKIN

Surah At-Taubah ayat 01 hingga 04

Tentang orang Islam bebas dari tanggung jawab terhadap perjanjian dengan kaum musyrikin.

وَأَذَانٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

At-Taubah 9:03

#surah9ayat03
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Audio
Mishary Rashid Alafasy
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
JUZUK 10

Surah At Taubah 129 ayat

PENGUMUMAN TENTANG PEMBATALAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN KAUM MUSYRIKIN

Surah At-Taubah ayat 01 hingga 04

Tentang orang Islam bebas dari tanggung jawab terhadap perjanjian dengan kaum musyrikin.

إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنقُصُوكُمْ شَيْئًا وَلَمْ يُظَاهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَدًا فَأَتِمُّوا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَىٰ مُدَّتِهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

At-Taubah 9:04

#surah9ayat04
#QURAN

@quotephotovideo 🕋🕋🕋
Audio
Mishary Rashid Alafasy
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Manusia tidak sama.

Sudahlah rupa fizikal pun berbeza-beza, inikan pula sikap, fikiran dan hatinya yang tersembunyi.

Walau mereka sedarah dan sedaging dengan kita sekalipun, tetap juga berbeza.

Apabila berbeza, maka pendekatannya juga berbeza.

Ada manusia yang sukakan tekanan, maka dengan teguran membuatkannya ke hadapan.

Ada juga manusia yang tidak sukakan teguran, maka dakwah dengan hikmah mampu membawanya kembali terarah.

Namun, bukan mudah untuk ‘membaca’ fikiran seseorang dalam tempoh yang singkat.

Oleh sebab itulah, mudah dan umumnya perwatakan manusia ini mereka tidak suka digesa, apalagi dipaksa.

Kerana ada egonya yang tidak boleh disergah dengan kasar.

Sebaliknya manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak pada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang.

Maka jangan diasak dan ditolak mereka ini ke pintu kebaikan.

Tetapi biarlah diajak, kelak mereka sendiri yang melangkah dengan rela setelah ditawan hatinya dengan kebenaran.

Kerana, memang begitulah fitrah manusia yang sukakan kebaikan.

Fahamilah, benar tidak semestinya kasar...dan sentap tidak perlulah sehingga biadab!


@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
SUBHANALLAH سبحان_الله

Maha Suci ALLAH. 😊

Muhasabah Diri 💕🌿🌸

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Dan berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab, "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata,"

Fussilat 41:21
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Adab dan sunnah Nabi s.a.w #345

Daripada Abu Said Khudri dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda,

"Semua perkara yang menimpa seseorang muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri merupakan asbab dosa-dosanya diampunkan oleh Allah."

Hadis Riwayat Bukhari
@islamitu_indah
2024/10/05 05:23:37
Back to Top
HTML Embed Code: