Telegram Web Link
Jangan lupa berniat puasa:

1- Niatkan puasa Ramadan pada setiap malam kerana inilah pandangan muktamad mazhab Syafi’i

2- Dalam masa sama, kita niatkan juga puasa untuk sebulan, kerana mengambil jalan waspada. Pandangan ini ialah mengambil taqlid dari mazhab Maliki

3- Niat adalah lintasan hati, manakala lafaz niat pula adalah di bibir

Wallahu a’lam.

#FawaidFiqh
#FawaidRamadan
#FawaidJawab
💗 Nasihat Abuya Baharun untuk Ramadhan ini:

1. Jaga Waktu 🌙
Jangan habiskan hari-hari kita dengan kelalaian dan hal-hal yang tidak bermanfaat.

2. Jaga Hati ❤️‍🔥
Bersihkan hati kita dari iri, dengki, prasangka buruk, dll.

3. Jaga Lisan 😥
Mungkin mulut kita puasa dari memakan nasi. Tapi malah memakan daging teman sendiri!

"Makan dan minum yang sejatinya adalah perbuatan halal saja dilarang, apalagi hal-hal yang haram."
‎Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

‎اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

‎Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

‎"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

@tarbiah
1 Hari 1 Doa 🤍

Ya الله, jadikanlah puasaku di bulan ini sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang benar-benar solat malam, bangunkan aku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Ampunilah aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.
untuk perempuan, tarawih di rumah lebih afdal sebab tempat solat terbaik bagi wanita adalah di rumah, pahala pun berlipat ganda, so jangan risau if rasa penat nak ke masjid atau tak sempat, tak perlu rushing, tarawih je kat rumah 🩵

@tarbiah
Allah tak bagi apa yang kita nak,

tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.

@tarbiah
Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

@tarbiah
"Allah tidak akan pernah meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu."
(Q.s Ad-Dhuha: 3)

@tarbiah
Having sabr doesn’t mean you’re not allowed to have emotions. Sabr means that even with all the anger, even with all the sadness, even with the nights you cried your eyes out you still were grateful to Allah. You still turned to Him and trusted His plan.

@tarbiah
Kalau kau rasa kau redha hari ni tapi esok kau persoalkan balik. Itu bukan redha
lagi. It might take time and never mind. It is a process. Tak perlu terburu buru. Sometimes, life hits you hard. It's okay.

@tarbiah
Bila you rasa doa you ambil masa yg lama untuk makbul, selalu ingatkan diri doa yang dulu you minta, satu-satu Allah makbul. His timing is not ours.

Tapi betul bila fikir balik, banyaklah doa kita yang Allah perkenankan. We are definitely living in one of our answered prayers 🫶🏻

@tarbiah
Akan ada satu fasa kau akan rasa penat, demotivated, lost. It's okay to cry. Because sometimes dengan menangis boleh buat kita rasa lega. Lepaskan saja bebanan dalam hati. But promise yourself to stand back no matter what will happens, be strong okay.

@tarbiah
Buatlah dirimu sibuk, hingga tak ada ruang untuk membenci

tak ada waktu untuk berburuk sangka, tak ada kesempatan untuk berbohong dan tiada masa untuk sibuk dengan hidup orang lain

@tarbiah
Jadilah kuat untuk semua hal yang membuatmu patah, sebab pada akhirnya, yang harus kita pelajari dari hidup adalah bagaimana menjadi kuat sendirian, tanpa ada bahu yang boleh dijadikan sandaran.

@tarbiah
Hakikat sabar itu ada tiga.

1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah.
2. Sabar dalam meninggalkan segala yang dilarang.
3. Dan sabar dalam menjalani kehidupan seharian, redha dengan setiap ketentuan Allah.

Puasa itu perisai mukmin kerana mengajar kita ketiga-tiga jenis sabar.

@tarbiah
‎Doa Nabi Musa
‎Surah Al-Qasas (Ayat 24)

‎**رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ*
‎(Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir)

‎Maksud:
‎"Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

@tarbiah
‎Zikir Penyerah Segala Urusan

‎Bismillah,

‎وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

‎Maksudnya:
‎"Dan aku serahkan segala urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”

‎ Surah Al Ghaafir, Ayat 44

@tarbiah
2024/06/29 00:26:51
Back to Top
HTML Embed Code: