Telegram Web Link
“Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah
ketakutanku”

Tutuplah aib orang dan aib sendiri. Tidaklah seseorang menutupi aib org lain di dunia melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak - Muslim

@sharedakwahhh
🤲🏼🤍

@sharedakwahhh
Antara ciri untuk jadikan amalan kita berkualiti adalah berterusan.

Nabi ﷺ sebut :

وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ، وَإِنْ قَلَّ

“dan sesungguhnya amalan yang paling Allah cintai adalah yang berterusan walaupun sedikit”

[Riwayat Al-Bukhari]

Sikit tak apa, asalkan berterusan.

Cubalah untuk istiqamah dalam beribadat meskipun sedikit.

Contoh mudah, kita amalkan baca Surah al-Mulk sebelum tidur setiap malam insyaAllah. 🤍

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Ayuh banyakkan berselawat kpd junjungan besar Rasulullah ﷺ.
Dan banyakkan juga bersedekah di hari yg mulia ini.

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita.🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد 🤍

@sharedakwahhh
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam."

[Riwayat Muslim]

@sharedakwahhh
"Malulah kepada Allah atas nikmatnya yang sentiasa tercurah pada kita walau diri kita sering melakukan maksiat setiap hari."

-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

@sharedakwahhh
Mintalah kepada الله supaya permudahkan segala urusanmu. Sebab at the end of the day, only He knows best.🤍

@sharedakwahhh
Tahajud & Subuh

Disaat kamu diberikan kemudahan oleh الله untuk melaksanakan solat tahajud dan subuh, bersyukurlah kerana itu merupakan hadiah terbesar dan termasuk nikmat yang belum tentu orang lain mendapatkannya.🤍

@sharedakwahhh
Pesan kepada hati,

"Kita perlu maafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri. Semoga dengan memaafkan hati kita akan lebih tenang." 🤍

@sharedakwahhh
"Untungnya dia ada itu ini, rezekinya dapat begitu begini, sedangkan aku pula begini saja.”

Kita sibuk membandingkan apa yang dia ada dengan apa yang kita tiada, sehingga kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita telah ada.

Betapa tidak malunya kita pada Allah , Maha Pemberi.
Seandainya kita tahu bahawa ada juga orang lain yang impikan apa yang kita ada sekarang.

Bersyukurlah 🤍

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Ayuh banyakkan berselawat kpd junjungan besar Rasulullah ﷺ.
Dan banyakkan juga bersedekah di hari yg mulia ini.

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita.🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد 🤍

@sharedakwahhh
"Dalam hidup ini kurangkan ketawa dan banyakkan menangis. Antara salah satu ibadahnya mata adalah menangis. Menangis kerana takutkan Allah, kerana takutkan kekuasaan Allah, menangis kerana mendengar firman-firman Allah SW."

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
jika yang terbaik pasti akan dipertemukan dengan yang baik .
semoga yang sedang memperbaiki diri , Allah pertemukan dengan yang boleh menuntunnya dalam kebaikan .

@sharedakwahhh
"Rugi sekali jika seorang lelaki melepaskan wanita yang cantik akhlak nya. Hanya Demi mengejar wanita yang cantik wajahnya."

-Al-Habib Umar bin Hafidz-

@sharedakwahhh
ramai yang ikut trend semata - mata nak ramai follower , jadi famous tapi tak ramai yang ikut sunnah Nabi untuk masuk ke syurga ..

Muhasabah diri

@sharedakwahhh
Jangan hanya meminta untuk dimudahkan urusan, namun minta lah untuk dikuatkan. Allah SWT menguji setiap hamba-Nya yang bersabar supaya boleh menjadi hamba yang bertawakal kepada-Nya.

@sharedakwahhh
Cukuplah hanya meletakkan Allah di dalam hati kita . Karna itulah yang mampu membuatkan kita sentiasa bahagia .

@sharedakwahhh
“Lakukanlah satu pekerjaan yang ringan dan mudah, tapi ganjarannya sangat besar disisi Allah SWT. laitu tidak menyakiti hati orang lain tapi memberikan kebahagiaan kepada mereka.” 🤍

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
2024/09/27 15:24:01
Back to Top
HTML Embed Code: