Telegram Web Link
"Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati. Berapa ramai orang yang sujud tetapi hatinya masih bermasalah? ketika sujud hati juga mesti sujud supaya kita tahu akan rahsia sebenar yang ada pada sujud."

-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
🤲🏼🤍

@sharedakwahhh
Jika orang yang kau bantu tidak berterima kasih kepadamu, boleh jadi itu tanda bahawa Allah ingin membesarkan pahalamu dan ingin melihatmu merasakan kelazatan ikhlas.

@sharedakwahhh
Daripada terus memikirkan hal buruk yang mungkin terjadi dalam hidupmu, lebih baik bersyukur atas hal baik yang telah menghiasi harimu.

@sharedakwahhh
Semendung mana pun awan, langit tetap akan biru. Sesakit manapun luka, redha tetap perlu. Sesunyi mana pun insan, Allah sentiasa ada untukmu.🤍

@sharedakwahhh
"Jika dirimu terasa berat melakukan ibadah dan bermalas-malasan melakukan ketaatan, maka ketahuilah bahawa kamu telah melakukan sesuatu yang tidak penting."

-Habib Umar bin Hafidz

@sharedakwahhh
Ya Allah,akhir-akhir ini kabar kematian sudah sering menusuk telingaku,aku ingin jika giliranku sudah tiba,matikan aku dalam keadaan benar-benar mencintaimu.

@sharedakwahhh
"Anak muda zaman sekarang kena buang sifat malu untuk buat kebaikan.

Dalam perkara kebaikan tak boleh malu, sifat malu hanya dalam perkara maksiat. Gunakan masa muda ini dengan sebaiknya, perbaiki diri & hadir Majlis Ilmu. Walaupun kita masih kurang baik, jangan malu."

-Ustaz Mohamad Moqti Ahmad

@sharedakwahhh
"Jangan bawa kesibukan dunia dalam solat. Tapi bawalah solat di tengah-tengah kesibukan dunia. Bagaimana solatmu, begitulah hidupmu."

-Ustaz Wadi Annuar

@sharedakwahhh
"Amalan yang paling kuat menghubungkan manusia dengan Allah "Berharap" jangan sekali-kali putus harapan dengan Allah. Sebesar apapun masalah yang kita hadapi mengadu pada Allah."

-Al Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Tabiat suka menceritakan aib dan keburukan orang sebenarnya menampakkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Berhati-hatilah, mungkin disebabkan ingin berkongsi tapi sedarlah akibat dosa membuka aib orang.

@sharedakwahhh
Jom bersihkan hati.

1. Jangan cari salah orang.
2. Jangan hina orang.
3. Jangan buka aib orang.
4. Jangan perlekehkan orang.
5. Jangan mengata orang.
6. Jangan sakitkan hati orang.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita.
8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada.

@sharedakwahhh
"Kita hidup di zaman dimana orang lain menilai kita tanpa tahu sebenar- nya, maka belajarlah menjadi pemaaf, berhentilah menjadi pembenci dan teruslah memperbaiki diri."

-Habib Umar bin Hafidz

@sharedakwahhh
"Berdoa bukan sekadar kerana kita ingin meminta sesuatu daripada Allah SWT, ia adalah satu hubungan istimewa dengan pencipta. Dia sentiasa perhatikan kita setiap saat, menantikan suara kita meluah, mengadu dan meminta-minta dengan-Nya." 🤍

-Ustazah Asma Harun

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
2024/10/02 08:28:42
Back to Top
HTML Embed Code: