Telegram Web Link
Dalam hidup ini tiada yang datang seperti yang kita harapkan,tetapi percayalah bahawa Allah telah mempersiapkan sesuatu yang indah untuk kita

@sharedakwahhh
Tujuan utama kita berpuasa adalah menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Bulan Ramadhan adalah madrasah yang membuatkan kita lebih takut kepada Allah.

-Habib Nael Ben Taher -

@sharedakwahhh
Niatkan Kerana Allah

“Jadikan amalanmu untuk mendapatkan pengakuan dari Allah SWT, bukan untuk mendapatkan pengakuan dari manusia.”

-Habib Ali Mahsyur Bin Hafidz

@sharedakwahhh
"Manfaatkanlah peluang hidup ini untuk mencari rahmat Allah. Masing-masing daripada kita diamanahkan untuk menyampaikan risalah agama ini mengikut kemampuan kita."

- Habib Ali Zaenal Abidin -

@sharedakwahhh
"Setiap sesuatu itu akan layu apabila ditinggalkan,
Kecuali AL-QURAN.." "Jika kamu meninggalkannya, nescaya kamulah yang akan 'layu'."

- Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi -

@sharedakwahhh
Jangan berhenti mengharapkan yang terbaik dari Allah.

Kerana segala yang baik itu datang daripada DIA . Mintalah sebanyaknya dibulan Ramadhan

@sharedakwahhh
Wahai diri, moga kau dapat istiqamah sampai ke penghujung Ramadan keranaNya.

Masih kekal semangat? Kalau masih, alhamdulillah. Kalau sudah hanyut, bertaubatlah dan hormatilah bulan mulia ini, jangan mengajak yang lain mensia-siakan pahala yang terkumpul. Juga, masih terbuka pintu untuk kembali menghapus dosa.

@sharedakwahhh
Jangan lupa niat puasa esok !!

Malam ini malam Terakhir kita berada di Fasa Kerahmatan, besok Malam kita bakal memasuki Fasa Pengampunan.

Semoga kita Istiqomah bersama Ramadan dari hari ke hari , fasa ke fasa In Shaa ALLAH 💫🤲🏻

@sharedakwahhh
Jangan lupa doa ini sepanjang bulan Ramadhan,

اللَّهُمَّ بَارِكْ لنَا فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَ بَلِّغْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadar"

@sharedakwahhh
اللهم صل على سيدنا محمد

Salam Jumaat yang penuh dengan keberkahan

Ayuh banyakkan amalan bersedeqah di bulan dan hari yang mulia ini. Firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” 
(Surah al-Hadid: 18)

Dan jangan lupa juga baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi, inshaAllah moga Allah menerima amalan kita 🤍🤲🏼

@sharedakwahhh
Ya Allah jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai akhir dari semua kesedihanku, dan sebagai awal dari kebahagiaanku.

@sharedakwahhh
“Kita tidak perlu risau tentang takdir, kerana sehelai daun pun Allah sudah menentukan bila dan di mana ia akan gugur.”

-Habib Umar bin Hafidz

@sharedakwahhh
Bersyukurlah jika lelahmu bersama Al-Quran, sedangkan orang lain diluar sana lelah dalam kemaksiatan.

Muhasabah diri

@sharedakwahhh
"Orang yang beriman pasti gembira menyambut bulan Ramadhan, kerana secara semulajadi hati dan ruh orang yang beriman cinta dan sentiasa ingin dekat kepada ALLAH."

• Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Al Habsyi •

@sharedakwahhh
Separuh Ramadan telah pun berlalu pergi, maka lagi separuhnya adalah Berlian.

Maka hargai dan manfaatkan.

@sharedakwahhh
Salam Nuzul Al-Quran 🤍

Firman Allah SWT :

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

@sharedakwahhh
“Akan datang suatu zaman nanti, fitnah umpama malam yang menggelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang lain tidak dapat membezakan yang mana haq dan yang mana bathil.”

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Jom kita memperbanyakkan bersedekah dan selawat ke atas Rasulullah ﷺ

Dan jangan lupa juga baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi, moga-moga Allah Ta’ala menerima amalan kita 🤲🏼

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

@Sharedakwahhh
Satu kali kamu khatam didalam Bulan Ramadhan sama seperti 70kali kamu khatam di bulan-bulan yang lain.

Jadikan kitab suci mulia Al-Quran sebagai sahabat yang kamu sentiasa mencari dikala susah dan senang.

@sharedakwahhh
2024/11/15 18:03:09
Back to Top
HTML Embed Code: