Telegram Web Link
Kamu boleh gagal dalam banyak hal di dunia ini, tetapi kamu tidak boleh gagal menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Teruskanlah perbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik, tapi jangan merasa diri lebih baik dari orang lain.

@sharedakwahhh
Kadang kita selalu terfikir, apa tujuan hidupku?

Walhal ia sudah jelas:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

-Surah Al-An'am, ayat 162

Salah satu tujuan hidup kita adalah untuk disayangi oleh Allah. Taatilah apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang-Nya, maka hidup kita akan bahagia. Apapun yang kita kerjakan pasti disaksikan oleh-Nya.

@sharedakwahhh
Dalam hidup ni, bukan hubungan dengan Allah saja kita kena jaga. Hubungan dengan sesama makhluk pun kita kena jaga. Takut-takut, ada dosa kita dengan makhluk yang membuatkan kita tak lepas untuk masuk ke Syurga Allah.

@sharedakwahhh
اللهم صل على سيدنا محمد

Salam Jumaat yang penuh dengan keberkahan

Ayuh banyakkan amalan bersedeqah di hari yang mulia ini. Firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” 
(Surah al-Hadid: 18)

Dan jangan lupa juga baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi, inshaAllah moga Allah menerima amalan kita 🤍🤲🏼

@sharedakwahhh
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan agar banyak berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.

Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan amalan yang lain.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@sharedakwahhh
Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang,
maka panjangkan lisanmu untuk sentiasa mendoakannya.

@sharedakwahhh
Memang tiada hal yang kekal di dunia ini. Kemudahan, nikmat, rezeki, termasuk manusia sendiri juga sifatnya datang dan pergi.

Mahu menyalahkan juga tidak ada gunanya, kerana aturan semesta memang sudah diciptakan begitu.

Yang kita dapat lakukan hanyalah menerima hakikat itu dan perlahan-lahan membiasakan diri untuk tidak terlalu bergantung pada hal dunia. 🍃

@sharedakwahhh
Kamu hanya mampu merancang yang terbaik.

Tetapi Allah lebih mampu menjadikan perkara yang jauh lebih baik.


@sharedakwahhh
Sudah tidak terlalu mengharapkan apa yang dinginkan, hanya mengikut apa yang terbaik disusun oleh takdirNya..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

[Surah Al Baqarah: 216 ]

@sharedakwahhh
"Duduk atas dunia, tapi tak sempat majlis ilmu. Duduk atas dunia, tapi kerja pagi petang. Duduk atas dunia, tapi serabut. Duduk atas dunia, tapi tak sempat solat jemaah.

Lebih baik enta duduk dalam penjara, jadi banduan lagi bagus. Majlis imu mereka diatur, solat jemaah mereka diatur, tenang "

-Habib Faqih Mugaddam Al-Aydrus

@sharedakwahhh
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Hari Jumaat
Jom kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda di hari akhirat kelak.

@sharedakwahhh
Petanda manusia itu sayang pada kita adalah apabila dia tegur dan nasihat kita dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu disebaliknya.

Moga Allah lembutkan hati kita semua untuk menerima nasihat dan teguran daripada orang lain dengan hati yang bersih dan redha.

@sharedakwahhhh
Kepada yang tengah
"struggle' dalam kehidupan masing-masing, semoga Allah Ta’ala berikan kamu kekuatan. InshaAllah semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Tatkala kamu lupa, ingatlah Firman Allah Ta’ala 🤍:

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا

Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Ash-Sharh, ayat 5-6)

@sharedakwahhh
Hidup akan jauh lebih tenang, jika kita ada mindset..

حسبنا الله ونعم الوكيل

Kebahagiaan itu bukan ketika Allah menjawab semua do'amu, akan tetapi kebahagiaan itu kamu boleh rasakan ketika kamu yakin dan percaya bahawa pilihan Allah itu pasti yang terbaik. 🤍

@sharedakwahhh
"Ada ketika mengasingkan diri itu lebih baik dari berada dalam pertemuan. Khuatir bercerita dan mendengar aib dan fitnah orang. Diam itu lebih baik."

-Ustaz Mohd Hanif Salleh

@sharedakwahhh
Persiapan diri menyambut bulan Ramadan
@sharedakwahhh
Semakin Ramadhan hampir,
Semakin kuat rindu pada yang tiada.
Rindu pada yang tiada, takkan pernah ada penghujungnya.

Perasaan sedih yang amat sangat.
Bila tibanya Ramadhan tanpa orang yang kita sayang.

Setiap kehilangan memang menyakitkan.Tapi yang paling menyakitkan adalah apabila kita sedar kehilangan itu adalah untuk selama-lamanya..

Al-Fatihah buat yang telah pergi buat selama-lamanya..🍃

@sharedakwahhh
“Ramadhan ini diibaratkan sebagai medan peperiksaan. Allah SWT ingin melihat siapa daripada hambaNya yang benar-benar ikhlas dan menang.”

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
2024/09/27 15:26:43
Back to Top
HTML Embed Code: