Telegram Web Link
Doa Yang Kerap Dibaca oleh Rasulullah

daripada Anas R.A, beliau berkata:
Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

“Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Jom kita memperbanyakkan amalan sedekah di hari yg mulia ini.

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
Hawa Nafsu.

Musuh kamu yang paling ketat terletak di dalam diri kamu sendiri iaitu Hawa nafsu. Imam al-Ghazali mengatakan dalam beberapa bait bait syairnya,

"Jaga engkau punya hawa nafsu, daripada keinginannya, daripada kehendaknya sesungguhnya hawa nafsu itu lebih berbahaya daripada 70 syaitan."

@sharedakwahhh
"Biarpun solat kamu beribu-ribu rakaat, tetapi kalau kamu menderhaka kepada kedua ibu bapa, maka syurga bukan milik kamu."

-Ustaz Wadi Annuar

@sharedakwahhh
"Biar orang maki, tak apa.. Biar orang hina, tak apa.. Biar tak ada harga di mata manusia, tak apa.. Tapi jangan pada Allah. Cari harga pada Allah, carilah nilai di mata Allah, carilah kedudukan disisi Allah hatta orang nak kata apa.."

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Allah sudah menjamin rezeki mu, tapi tidak menjamin ibadah mu.

Maka jangan sampai kamu mencari rezeki hingga tak sempat beribadah.

@sharedakwahhh
"Bila berada dalam keadaan susah tempat untuk kita merintih adalah Allah. Bila kita berada dalam keadaan sempit untuk kita bersandar adalah kepada Allah. Dalam kesulitan apa pun yang kita hadapi, Allah adalah tempat untuk kita meluahkan segala pemasalahan yang padaNya ada segala solusi." 🤍

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Power of sedekah is real.

Kadang kita tak sangka, sedekah kita tu yang buat kehidupan kita selesa hingga sekarang. Walaupun sedikit, jangan berhenti buat.

لِلّهِ تَعَالَى 🤍

@sharedakwahhh
Hati itu terkadang mati, terkadang hidup.

Bila ia mati, pimpinlah ia kepada ibadah fardhu.

Manakala, bila ia hidup didiklah ia dengan ibadah sunnah.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Ayuh banyakkan berselawat kpd junjungan besar Rasulullah ﷺ.
Dan banyakkan juga bersedekah di hari yg mulia ini.

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
Cinta terbaik adalah disaat kau mencintai seseorang yang membuat akhlakmu semakin baik, jiwamu semakin damai dan hatimu semakin bijak.

- Habib Umar bin Hafidz -

@sharedakwahhh
Bencilah pada maksiat,
Bukan pada pelaku maksiat.

@sharedakwahhh
"Perlunya untuk duduk pada masa-masa tertentu dalam keadaan bersendirian. Hitung kita punya salah, kita punya silap. Bermula daripada pagi sampai malam. Daripada solat yang tidak khusyuk, daripada lintasan dalam hati yang tidak baik."

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
"Bila anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang maka janganlah memberikan mudharat kepada orang lain. Bila anda tidak mampu mengatakan kata-kata yang baik kepada orang lain paling tidak anda diam untuk tidak menyakiti orang lain dengan kata-kata anda."

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Malu dengan Tuhan.
Kerana terlalu banyak nikmat yang dah Dia bentangkan.

Itu pun masih nak mengeluh hanya kerana sedikit ujian yang Dia berikan.

Sedangkan Ujian itulah tanda cintanya Tuhan pada kita

@sharedakwahhh
Mungkin kamu tidak seberuntung orang lain di luar sana, tapi orang lain di luar sana belum tentu sekuat kamu.

Walaupun kamu selalu mengatakan yang dunia ini tidak adil, tapi sentiasalah berprasangka baik dengan Allah.

Hadiah yang terbaik adalah apa yang kamu miliki saat ini dan takdir yang terbaik adalah apa yang kamu jalani saat ini. 🤍

@sharedakwahhh
"Hargai pemberian yang Allah beri dan jadikan pemberian Allah itu yang terbaik, walaupun orang lain dapat yang lebih baik." 🤍

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
2024/10/02 08:18:12
Back to Top
HTML Embed Code: