Telegram Web Link
Tiga Puncak Halawatul Iman

Daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman:

1. Seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya,

2. Tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya

3. Dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

@sharedakwahhh
“Ya Allah,

ringankanlah langkah mereka yang banyak menanggung beban keluarganya. Kuatkan jiwanya, kurniakan kebahagiaan dan keberkahan pada rezekinya.

Semoga lelah letih dari titisan keringat yang jatuh hasil dari mencari rezeki halal, bernilai pahala di sisi-Nya, aamiin 🤍

@sharedakwahhh
Salam Jumaat 🤍

Membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam satu riwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Status hadis: Sahih

@sharedakwahhh
"Ketika syaitan tidak mampu membuatmu membuka aurat, maka syaitan akan membuatmu bertabarruj dalam pakaian syari' mu "

Mohonlah kepada Allah agar dipelihara hati kita dari keinginan berlebihan dalam mempamerkan kecantikan walaupun dalam keadaan bertutup sempurna 🤍

@sharedakwahhh
Jangan pergi terlalu jauh, takut tak jumpa jalan kembali.
Jangan tangguh terlalu lama, takut tak bangkit kembali.

Masih ada waktu, guna lah sujudmu sebaik mungkin.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat 🤍

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

@sharedakwahhh
Al-Quran adalah surat cinta daripada Allah , ketika kamu mendengarnya hatimu menjadi tenang dan ketika kamu membacanya hatimu menjadi tenteram dan redha

@sharedakwahhh
“Kadang-kadang manusia hanya fokus pada keperluannya, tapi tidak pada hak Pemberi Permintaannya. Sehingga manusia ego, hanya melihat apa yang dipentingkan dirinya.”

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Sebaik-baik pengharapan adalah pengharapan kepada Allah 🤍

@sharedakwahhh
Jangan sia-siakan malam mu dengan tidur, bangunlah sebentar dan solatlah tahajud.

Berdoalah dan memohon ampunlah sepuasnya dihadapan-Nya, sungguh Allah muliakan sesiapa yang bangun tahajud.🤍

@sharedakwahhh
Bukan Kau yang kuat, tapi Allah yang kuatkan kau. Bukan kau yang mampu hadap, tapi
Allah yang jadikan kau mampu.

Bila terdetik rasa bangga dengan usaha diri sendiri, ingatlah bahawa diri kita sebenarnya tiada apa-apa, semuanya datang dari Dia.🤍

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

@sharedakwahhh
Salam Maulidur Rasul 🤍

Pesan Rasulullah ﷺ:

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya laitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” 🤍

[HR Malik]

Ayuh kita perbanyakkan amalan sunnah dan selawat keatas baginda SAW.💪🏼

اللهم صل على سيدنا محمد

@sharedakwahhh
"Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda ‎ﷺ, tetapi juga peluang untuk kita menghidupkan semula sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga dengan mencintai Rasulullah ‎ﷺ, kita dapat meraih keberkatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat."

- Ustaz Wadi Annuar

@sharedakwahhh
اللهم صل على سيدنا محمد

self reminder :

wherever you are, jaga solat walaupun kita bukan dari orang yang baik. Selalu tolong orang walaupun kita bukan orang yang senang. Niat baik adalah utama apabila orang meminta satu pertolongan. Ikhlaskan hati walau apa pun yang berlaku. Berlapang dada apabila menghadapi sesuatu masalah.

the last is please take care of yourself 🤍

@sharedakwahhh
🤲🏼🤍

@sharedakwahhh
“Orang yang bertuah itu, bukan orang yang berharta. Bukan orang yang bersuami hensem, bukan orang yang beristeri cantik.

Tetapi ialah orang yang menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan mereka di akhirat kelak.”

-Ustaz Azhar Idrus

@sharedakwahhh
2024/09/26 04:43:09
Back to Top
HTML Embed Code: