Telegram Web Link
Nikmat demi nikmat,
kemudahan demi kemudahan,
ujian demi ujian,
rintangan demi rintangan,
cabaran demi cabaran.
Terlalu banyak yang kita
lalui tahun demi tahun.
Moga kita terus dipelihara,
diampunkan-Nya dan
diizin untuk terus berbakti
di tanah ini.

Selamat Menyambut Hari
Kebangsaan kepada seluruh
rakyat Malaysia!

Mari kita muhasabah diri
dengan mengingat
5 perkara sebelum
5 perkara.

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Terlalu banyak untuk
disyukurkan berbanding
dikeluhkan. Teruslah cari
titik persamaan dan raikan
perbezaan selagi tidak
bertentangan dengan hukum
Tuhan.

Sayang Malaysia!
🇲🇾 ❤️

@Ruang_Aksara
Tidak terlambat untuk menjadi
lebih baik dengan memperbanyak
merenung diri dan memperbaiki
khilaf serta kesilapan. Kita semua
manusia biasa, banyak kelemahan.
Insya-Allah. Azam tahun baru?

Moga jadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Salam 1 Muharram 1441 Hijrah.

@Ruang_Aksara
Mahu merayu, mahu meminta engkau memuja dan memuji aku, memang tidaklah!
Aku bukannya manusia terdesak seperti itu.

Mahu mengampu, mahu berpura-pura menyanjungimu, memang tidak juga!
Aku tidaklah sehipokrit itu.

Kita biasa-biasa saja sudahlah.
Hidup di atas landasan manusia.
Aku terima engkau apa adanya,
Dan engkau pun, siap sedialah menerima aku juga.
Nak malu apa?
Memang kita tak pernah sempurna!

Engkau benar.
Banyak yang kurang pada diri ini,
Bahkan, banyak lagi yang pincang akan engkau temui.
Beginilah aku, lebih suka berlaku jujur dan kalau engkau mampu akur, mendekatlah!
Tak perlu malu saat kita sama-sama jatuh tersungkur ke tanah.
Nikmati saja rasa sakit dan lucunya.
Lelah menangis dan tertawa, kita bangkit bersihkan kotoran di baju kita bersama-sama.
Selesai.

Itu jenis aku.
Tapi jika engkau malu,
Jika engkau tidak mahu,
Iya, sudahlah.
Menjauhlah!
Maaf,
Mahu acah-acah sempurna, bukan aku saingannya!

@Ruang_Aksara
Setiap dari kita,
ada benda yang kita takutkan.

Ada orang takut dibenci [Melophobia]
Ada orang takut darah [ Hemaphobia]
Ada orang takut cakap dekat depan [Glossophobia]
Ada orang takut gelap[Lygophobia]
Ada orang takut tempat tinggi[Acrophobia]
Ada orang takut jatuh Cinta [Philophobia]

Dan macam macam lagi ketakutan ketakutan yang most of kita ada.

Kalau dalam Psych, kita panggil dia; Phobic.

Orang yang ada phobic ni,kalau dia berhadapan dengan situation yang dia takutkan tu,selalunya akan ada beberapa symptoms seperti;

Tremor (menggeletar),increase heartbeat,sweating,

Kadang tu, ada yang sampai rasa macam choking,tak pun ada breathing difficulties sampai rasa macam nak mati.

Bayangkan sampai macam tu sekali.
Sebab punya takut nak deal dengan benda yang dia takutkan tu.

Salah satu treatment dia, adalah dengan guna exposure therapy, contoh Cognitive Behavioral Therapy (CBT).

Exposure therapy ni,konsep dia lebih kurang macam akan expose client/patient tu dengan benda yang paling dia takutkan tu secara berperingkat peringkat.

Selalunya adalah peak kepada ketakutan dia.
Kalau treatment berjaya, dia dah takkan ada phobic lagi, beransur ansur hilang.

Kalau nak diconcludekan,exposure therapy ni mengajar kita untuk face ketakutan kita tu.

In other words,
untuk berani,
kena hadapi ketakutan yang ada dalam diri.
Disebabkan setiap pada kita ada ketakutan tersendiri,
dan ketakutan tu bukanlah satu saja,

Sebab apa?

Allah akan uji kita
pada tiitk kelemahan kita.

That spot.

Kadang kadang Allah turunkan benda yang sama berkali kali. Ujian yang sama berkali kali. Untuk kita faham, apa lah sebenarnya yang Allah nak sampaikan.

Mungkin sekali tak cukup, mungkin dua kali tak cukup. Allah bagi sampai kita betul-betul faham, betul-betul rasa apa yang Allah nak sampaikan.

Sebab apa?
Sebab macam exposure therapy tu tadi,
bila kita berjaya lepas satu,bermakna kita telah berjaya membuka ikatan yang membelenggu diri kita daripada berlari laju kepada Dia.

Dan ujian tu sendiri
will make us stronger at the broken pieces.

Kita nak capai tahap yang macam Allah cakap,
"Orang beriman tu dia tak kecewa , tidak bersikap lemah dan tidak bersedih hati dengan dunia." [Ali Imran :139]

Kita mengharapkan redha, dan keampunan Nya.

Merefleksi terhadap seorang Umar Al Khattab,beliau bahkan merasa gusar tatkala merasa tak diuji.

"Adakah tuhan sudah tidak peduli dan tidak sayangkan aku, maka Dia tidak mengujiku?"

Allahurabbi...

Yes sometimes, it is hard, and yes it can get tiresome, but Allah knows what He is doing.

So, today, let us raise our hands again. Let us pray for a continuous mercy, blessings and guidance from Him until the day when we return to Him.

Moga dapat atasi 'ketakutan' itu,
Moga makin laju mengejar redha Dia.
Have faith :)

@Ruang_Aksara
Di celah deretan kisah
setiap satu daripada kita,
ada takdir kita yang
sentiasa berselisih.
Mungkin bertindih.

Dalam kisahku, ada
kisahmu.
Dalam ceritaku, ada
ibrah untukmu.
Demikianlah dalam ceritamu,
ada ibrah untukku.
Dan hikmah pastinya selalu
menjadi yang sangat sulit
dan penuh rahsia.

Antara cepat atau lambat,
suatu ketika ia pasti
menjelma jua.
Sedang ibrah itu, lebih
mudah dibaca oleh sang
jiwa bermatakan takwa.

Saling kutip ibrahlah kita,
dari tiap sudut hidup,
manusia setiapnya.
Selamat memulakan hari
dengan senyuman yang
tiada makna melainkan
syukur ke hadrat-Nya...

:)


@Ruang_Aksara
Kawan yang baik,
adalah kawan yang
ada cita-cita nak ke
syurga, ada rasa nak
bawa semua kesayangannya
masuk syurga sekali.

Sepanjang kau berkawan,
pernah kau terfikirkan
yang pentingnya kau
berperanan untuk memastikan
rakan kau mahu ke syurga,
ada rasa untuk bersama-
sama usahakan ke syurga?

Kita boleh berkawan
dengan ramai orang.
Setiap individu mungkin
ada niat atau kepentingan
tersendiri mengapa memilih
untuk berkawan dengan
si polan atau si polan.

Namun, Tuhan tak temukan
setiap kita saja-saja
melainkan ada tanggungjawab
beserta amanah sekali yang
harus dilaksana.
Itulah yang disebutkan -
berpesan-pesan kepada
kebaikan yakni kesabaran
dan kebenaran.

Tiada istilah mahu menyibuki
urusan orang lain atau hal
hidup orang. Pastikan kita
tahu batas dan sempadan
dalam bertindakan.

Kawan yang kita temui
saat ini, mungkin ada yang
tak tahu. Maka, tanggungjawab
kita untuk menyampaikan.
Kawan yang kita temui
mungkin terlupa, maka
kitalah yang wajib mengingatkan.

Saling melengkapilah.
Berlumba-lumba menjadi
kebaikan kepada orang lain.
Disebutkan juga, bahawa
kawan yang baik itu
adalah kawan yang sentiasa
mengingatkan kita pada
Tuhan dan mendekatkan diri
kita pada-Nya.

Maka renung diri.
Adakah diri kita sendiri
telah menjadi sahabat yang
baiknya begitu?
Mahu lebih banyak rakan
baik yang akan mendoakan
dan berjuang sama bersama
kita untuk merebut cinta-Nya,
maka usahalah mulakan
membentuk diri secara
berterusan menjadi baik,
baik dan lebih baik.

Orang yang nak buat
baik, akan dibantu
dan dimudahkan oleh
Allah.

Mari kita yakini begitu.

@Ruang_Aksara
Apa hikmahnya orang
bersalah terhadap kita?


Salah satu sebabnya -
Allah mahu menguji pemaaf
tidak kita ni. Allah mahu
menguji lebih banyak cinta
atau benci dalam hati kita.

Tanyalah diri sendiri.
Sampai bila nak bawa ke
hulu ke hilir hati yang
penuh ego, benci dan
dendam tu.

Muhasabahkan bersama ya?
Sukar untuk memaafkan.
Tapi Allah yang Maha Tinggi
pun Maha Pemaaf juga dalam
masa yang sama. Mengapa
kita yang hamba, yang rendah,
yang hina, yang tak sempurna,
yang tiada apa-apa ni pula
yang berlebih-lebih terus
mengegokan diri?

Belajar memaafkan.

@Ruang_Aksara
Katalah apa sahaja,
Luahkan apa yang engkau rasa,
Tuduhlah aku semahunya,
Biar engkau lega,
Biar engkau puas
Biar bebanmu terlepas.

Aku tidak tahu,
Kenapa kata-katamu sebusuk itu,
Mungkin engkau ragu,
Mungkin engkau cemburu,
Sungguh aku tidak tahu!

Tapi aku tahu aku,
Sekali kunekad di jalan ini,
Aku akan tetap berdiri di sini,
Tak akan ke mana-mana lagi.

Tak ku harap bantuan sesiapa,
Tak ku hadap ehsan engkau atau ehsan dia,
Yang aku tahu,
Siapa yang perlu, akan cuba kubantu.
Siapa yang minta, akan cuba kuberi.
Andai engkau tidak perlu,
Andai engkau tidak mahu,
Maka pergi!
Jangan ganggu aku di sini,
Jangan sakiti aku lagi!


@Ruang_Aksara
Syukurkan orang yang
berani tegur memperbetul
khilaf kita.

Sebab apa?
Golongan ini jarang-jarang
nak wujud.

Zaman sekarang, tak ramai
orang yang rela disalah-sangka
'busy-body' kerana sayangkan kawan. Prihatinkan kawan.
Tak ramai yang ada kekuatan
untuk menegur orang lain
kerana takutkan kesan selepas
itu.

Iyalah, orang mungkin akan
anggap kita tunjuk bagus
sangat.
Asyik nak cari salah.
Seolah nak cakap diri pandai
sangat dan sebagainya.

Sakitnya hati bila niat
kita disalah-erti. Tapi,
di situlah ujian untuk kita.
Sanggupkah korbankan
perasaan sendiri demi
melaksanakan tugas amar
makruf nahi mungkar?
Sanggupkah berhadapan
dengan risiko kehilangan kawan
bila melaksanakan suruhan
Tuhan dalam berpesan-pesan
kepada kebenaran dan
kesabaran?

Tak ramai yang sanggup.
Justeru, jika ada seseorang
yang ditakdir menegur silap
kita, menasihati kita dengan
caranya (yang mungkin
pendekatannya kita tak
suka) - berlapang dada saja.
Belajar menerima dengan hati
yang terbuka.

Susah?

Sangat susah jika di hati
kita mengandung ego.
Singkirkan ego tersebut,
belajar membaca 'teguran'
tersebut sebagai teguran-Nya.

Insya-Allah, kita tak rugi
apa-apa dalam merenungkan
pesan-pesan tersebut.

:)

@Ruang_Aksara
Allah nak bagi apa yang kau nak, bila-bila masa pun boleh. Tapi kadang Allah memang tak nak bagi, sebab hal tu tak baik pada kau. Mungkin ia boleh mudaratkan kau. Atau mungkin kau akan sombong kalau perolehinya. Jadi sebab tu Allah jauhkan.

Maka, kalau tak dapat apa yang kau nak, syukuri saja. Tak perlu kesalkan apa-apa. Bersyukur ni bukan setakat pada apa yang kita ada. Tapi juga pada apa yang Allah tak beri kita. Percaya, Allah kalau tak nak beri, adalah sebabnya.

Lebih baik kau tengok apa yang ada dalam tangan kau sekarang. Hargai betul-betul sebelum yang itu pun hilang. Jangan kerana kejar kaca, kau hilang permata
.

@Ruang_Aksara
Sedang saya berjalan pulang ke rumah sambil ditemani handphone, jauh saya pandang langit.

Cantik, cerah langit kaherah.

Sambil tu dengar sayup sayup dari corong earphone yang saya pakai...

"Walau genggamannya kuat.
Tapi bukan milik kita..
Akan terlepas jua..

Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredhaan-Nya.."

Dari corong earphone, sungguh dah lama tak dengar lagu ni.

Mula mula tak peduli, tapi bila dia ulang ulang. Perlahan lahan saya dengar sampai boleh hafal chorus lirik lagu.

Teringat pukul 2 pagi kawan saya diberi peluang melihat proses kelahiran bayi yang menghidap anancephaly.

Dalam bahasa mudahnya, bayi tanpa tempurung kepala.
Baby itu telah meninggal di dalam kandungan lagi.

sekadar mesej menjadi penghubung kami. Dia di Malaysia.

“Baby yang kami sambut itu adalah ahli syurga ... Baby itulah yang akan memberi syafaat buat ayah dan ibunya di akhirat nanti”.

Saya angguk walaupun tanpa dilihat olehnya. Mata masuk habuk.

Si ibu yang terlalu ingin kan anak.

Berharap sangat punya anak, tapi Allah tak bagi lagi. Menangis-nangis, bermati-matian, sanggup menggadaikan nyawa demi anaknya.

Namun andai dia menangis air mata darah sekalipun, tetap tak boleh mengembalikan takdir Allah telah mengambil anak syurga itu.

Macam dalam lirik lagu

"Walau genggamannya kuat,
Andai bukan milik kita,
Akan terlepas jua.."

Saya termenung panjang.

Allah jua lah yang menyusun segala-galanya dengan sebaiknya.

Dalam berdoa minta yang sebaik-baiknya, sebab kita memang tak akan tahu apa yang Allah takdirkan buat kita.

Teringat doa ghulam,

"Ya Allah, bantulah kami dengan apa jua cara yang Kau suka dan Kau kehendaki...".

Takdir kita ni, Allah dah tentukan lama dah.

Kadang apa yang jadi dalam hidup kita dekat dunia ni jauh bezanya dari apa yang kita susun tapi yakinlah, Allah lebih kenal hamba-hamba Nya.

Takdir Allah itu yang terbaik.
Perancangan Allah itu yang paling hebat.

Mungkin kadang-kadang kita lupa Allah sentiasa bersama kita, zahirnya derita tapi hikmah sesuatu adalah rahsia Allah.

Dunia ini ujian dan Allah mencipta manusia, punya seribu rona rencam kehidupan.

Andai semua punya anak, andai semua punya pasangan, andai semuanya senang dunia ini bukan ujian bagi kita.

Hakikat yang sering kita lupa dunia ini tempat ujian.
Ujian untuk lepas di sana, tempat yang lebih kekal abadi.

Above all, its the best feeling in the world, knowing that there is Allah

Who listens to every du'a, who understand every feelings that we feel,who can solve every problems that we have, who knows what is best for us, and what is not.

If Allah brings us to it, He will bring us through it.

Truly Allah is the best planner of all, verily with hardship comes ease. Insya Allah.

"Tiada yang lebih baik,
Tiada yang lebih cantik..
Beroleh keredhaan-Nya.."

Hidup.
Memang menarik.
Because it's Allah's gift.

@Ruang_Aksara
BUANG RASA DENGKI

"Macam mana nak hilangkan
rasa iri atau dengki kat orang lain?
Kadang-kadang perasaan tu tiba-tiba datang.Kita tak mampu nak kawal.Kita tahu tak baik nak dengki kat orang.Tapi tanpa sedar terrrdengki juga...,"

Sebelum fokus macam mana
nak hilangkan perasaan tak baik
tu, mari teliti apa faktor iri
dengki ni menempek kat
hati kita.

Pertama, kurangnya
rasa syukur.

Ada ke orang jadi dengki
bila tengok orang lain lebih
susah, sakit, hodoh atau
miskin?

Huhu jarang kan kita dengar.

Kalau kita ni jenis manusia yang bersyukur seadanya, rasa cukup dengan segala apa yang Allah beri, rasa redha terhadap apa yang
orang lain ada tapi tak ada kat kita...Insya-Allah tak ada peluang
dengki iri tu nak datang bertandang
kat hati.

Iri, dengki, benci ni semuanya penyakit hati yang syaitan tiupkan dalam hati kita. Tujuannya nak bawa kita jadi geng dia. Kalau kita tak cegah ,tak rawat, tak lawan segala
penyakit hati ni...berkemungkinan kita ni jadi pendendam dan fokus hanya nak jatuhkan orang.

Yeww. Teruknya!

Sebab tuuuu kita kena lawannn juga penyakit hati ni! Jangan 'dibela' rasa itu hingga kita ni berani nak zahir perasaan tu dalam bentuk lisan atau perbuatan!

Kesannya akan lebih parah.

Usahalah lawan perasaan
tak baik tu. Istighfar selalu.
Doa selalu Allah beri hati yang
baik, lembut, bersyukur dan sabar.

Bila lihat orang lain 'lebih' daripada kita, fikir Allah beri kita juga 'lebih' daripada sudut yang lain. Kadang ada benda kita ada yang orang tu tak ada. Ha, begitulah juga sebaliknya.

Tak salah doakan orang kaya bertambah kaya. Yakin saja doa
kita yang ikhlas tu pasti ada
manfaat kat kita juga kelak.

Allah Maha Adil.

@Ruang_Aksara
Bagaimana caranya nak
memberi respon terhadap seseorang yang berkongsi
perasaan atau meluahkan permasalahannya kepada
kita?

Dulu, saya menyangka bila
orang bercerita, maka saya
harus membalas atau
mengulas setiap 'koma'
dalam bicaranya.

Namun, setelah saya sendiri
berada dalam situasi yang
mahu meluah dan didengarkan -
saya belajar daripada khilaf
sendiri. Pernah, saya meluahkan
permasalahan saya kepada
seseorang. Namun, belum
selesai saya menghabiskan
kata-kata, dia sudah menyampuk
mengulas panjang lebar seolah
mengerti amat situasi saya.

Momen itu, serta-merta saya
jadi tawar hati untuk meneruskan
kata-kata apatah lagi bila
komentar yang diberikannya
bukanlah seperti yang saya
harap untuk dengarkan.

Sejak peristiwa itu, saya
mulai belajar meletakkan
diri di tempat rakan-rakan
yang berkongsi. Sebolehnya,
saya usahakan untuk mendengarkan
mereka terlebih dahulu sebelum
membuat sebarang justifikasi.

Benar, menjadi manusia
yang hidup dalam kelompok
manusia harus mahirkan diri
dalam menguasai seni mendengar
dengan baik. Saya sendiri masih
berusaha kerahkan diri untuk
bersabar dalam mendengar.

Bukan mudah. Sangatlah tak
mudah. Dan sebenarnya ramai
orang di luar sana tiada masa
untuk mendengar hingga menyumbang permasalahan dalam
masyarakat berbentuk salah faham
dan sebagainya.

Mendengar adalah elemen
terpenting dalam komunikasi
dua hala. Bila ada yang bercakap,
secara logiknya perlu ada yang
mendengar.

Cubalah, sama-sama kita
mahirkan diri dalam menjadi
pendengar yang baik. Kesan
positifnya, kita akan tahu harus
bagaimana memberi respon
kepada yang bercerita mengikut
keperluan dan kesesuaiannya
di samping dapat mengelakkan
perbuatan asumsi terhadap
orang, serkap-jarang, menghukum
tak tentu pasal dan seumpamanya.

Begitulah. Setiap hari kita
berurusan dengan manusia,
jumpa orang lama dan baru
dalam hidup kita. Kreatiflah
berhadapan dengannya!

Dalam pergaulan, didik diri
lebihkan mendengar berbanding
bercakap. Bila ada keharusan
untuk bercakap, maka
perkatakanlah apa yang perlu
saja atau apa yang ditanya saja.

Jika pertama kali bertemu dan
mungkin berpeluang untuk bersua
lagi dalam masa terdekat, maka
sediakan ruang dalam pertemuan
kali pertama itu semata-mata
untuk mendengar masalahnya saja.
Seterusnya, kita harus cekap
membaca situasi - apa sesuai atau
tidak kita memberikan pandangan
atau nasihat kepadanya.

Jangan tak tahu, ada orang
mahu bercerita tujuannya untuk
didengarkan saja. Bukan nak
dengar tazkirah atau hujah
panjang lebar kita.

Ok lah, selamat menjadi
pendengar yang baik.
Dengarkan orang, dengar juga.
Jangan lupa dengarkan suara
sendiri ya!

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ini,
mungkin akan sampai satu masa,

Kita rasa penat sangat,
kita rasa sakit sangat,
kita rasa dah tak sanggup nak hidup,
kita rasa bagai nak gila.
Kita rasa exhausted sangat.

Semua akan lalui semua ini, cuma mungkin pada waktu dan cara yang berbeza.

Ujian yang Allah berikan datang satu demi satu.
Sampai satu tahap, you think you are in the lowest point of your life.

And you cry, because the pain is greater than what you can bear. And you sleep, because you can’t stay anymore. And sometimes, you cant even sleep and you keep thinking.

Kadang-kadang bila kita lihat orang lain, kita tertanya-tanya,

"Kenapa mereka nampak sangat bahagia?"
"Kenapa aku diuji, sedangkan yang lain mampu tersenyum sedang aku berteman air mata?"

Yakin lah Allah lebih tahu keadaan hamba-hambaNya.
Kerana ujian Allah itu berbeza.

Mungkin untuk dapat kekuatan luar biasa, hati itu perlu rabak berkali-kali.

Mungkin yang kita lihat selalu tersenyum itu, menyimpan air matanya ketika bersendirian.

Mungkin yang kita lihat selalu gembira itu, sedang berduka tapi berusaha menyembunyikan kesedihannya.

You won’t be able to answer everything in life, but that is okay
Whatever hardship you’re going through. Read this beautiful Dua.

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلًا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلً

[Ya Allah, there is no ease other than what You make easy; if You wish You can ease sorrow.]

There will come a time where you finally understand why Allah put you in that situation. When you finally find peace with what Allah has decreed for you. When you finally realize it was only because He loves you and wants to strengthen you. Just trust Him. Trust in His plan.

One day you’ll laugh so much that you’ll forget you have scars.

So keep telling yourself,

"I’ll be okay. I have to endure this pain. I have to be strong for Him."

Never forget Allah is by your side. He loves you more than a mother loves her child, so don’t be shy to pour your heart out to Him and cry!

It’s Allah who truly knows your heart.

Subhanallah, whatever pain we suffer in this life is not in vain. It is not wasted.

Just give it time. Trust Him!

Allah mampu memudahkan apa yang sukar di mata manusia, kerana Dia Maha Hebat.

Sandarkan harapan kepada yang Maha Kekal, kerana dia mampu memberi saat seluruh dunia tak mampu.

No matter how hard the situation is.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
Kalau rasa nak nangis, nangis je lah.

Sometimes Allah has tests us in order for us to find Him. Sometimes He will remove things from our hearts and place His love there instead.

Do not think that pain is forever. Because if today can come to an end, then so can pain. Today will be history tomorrow. The adversities will be history sooner or later.

Life is a war.
Every day we fight for a reason.
Some battles you lose.
Some battles you win.

But never stop fighting for what you believe in because in the end, you will win the war. You will find your happiness :)

If you’re reading this, I hope Allah grants you patience through your hardships and soothes any pain you may be bearing and I request of you to please make the same prayer for me. For all of us.

@Ruang_Aksara
Terdiam kami berdua. Tunduk pandang lantai.

Saya tulis atas buku. Okay, tenang. Tenang. Cuba kawal nafas.

Perlahan saya tarik tangan kawan saya, keluar. Berjalan berdua, masing-masing diam.

" Awak, penatnya..." Sambil dia urut bahunya.

Saya diam. Faham.

Physically drained. Emotionally unstable.

Sampai je dalam masjid Tantawi, kami berehat sekejap.Saya diam. Sandarkan badan ke dinding. Tiba-tiba..

"Shiuuuuuuuuuuuuuuu..."

Err, kawan saya menangis. Sebak.

"At this very moment, it is really hard... How hard it is to keep sabr in this journey...Life is not easy awak"

Teresak-esak dia. Saya pun sama. Tak dapat cakap apa dah, sebab saya pun pernah rasa benda yang sama.Lebih baik diam. Saya capai quran warna biru dari dalam beg. Belek-belek, sampai jumpa ayat..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."[At-Taubah : 111].

Dia diam, saya bacakan ayat. Lepas tu baca terjemahan. Tak habis lagi dia dah peluk saya dari tepi.

Masing-masing mata dah habis habuk. Saya tahu dia penat sangat.

"Pernah dengar kisah Ummu Mahjan?" Saya tanya dia.

Dia geleng kepala. Tak ingat.

"Masa zaman Rasulullah dulu ada seorang wanita, nama dia Ummu Mahjan wanita tua yang berkulit hitam dan lemah. Setiap hari mesti dia akan buat kerja, bersihkan masjid. Dia tak pernah mengeluh. Walaupun dia lemah , tua tak bertenaga, dia buat juga.."

Kawan saya diam. Dengar dengan khusyuk.

"Lepas tu, masa dia meninggal, Rasulullah tanya lah sahabat, mana dah Ummu Mahjan, sahabat kata dah meninggal, Rasullah rasa kehilangan. Rasulullah kata tempat nya di syurga.."

Terdiam, makin laju pula tangisan kami berdua.

Kisah Ummu Mahjan.
Buat lah apa pun dengan sebaiknya, penat , lelah, semua tu sekejap saja. Rehat hanya di syurga.

Setiap miletones dalam hidup kita,setiap tawa, setiap air mata, setiap geram, setiap gembira, setiap duka, setiap bahagia.

Semua itu susunan Dia.

Sebab kepahitan,penat, sakit yang kita rasa hari ini, insya Allah adalah kebahagiaan untuk hari esok.

And what's the end point, what the tests,tribulations and obstacles are for?

It came back to our purpose of living in this world. We know it. Sometimes, Allah breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger.

And remember this ayah,

"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At -Taubah : 40 )

Masya Allah, such a powerful ayah .Everytime I look into these words, I just couldn't describe my own feelings. This made me smile somehow, how lucky we are.

We could be smiling in the worst situation because we know the situations themselves came from Allah, and He would never leave us terkontang-kanting. Right?

And dear, just remember,

In trusting Allah, sometimes what’s best for us might be what’s most painful.

No one knows our pain more than Allah.

Because no matter what situation we're right now, Allah chose it for us. Allah knows best and He will give us the best . So, whenever and wherever we are, just turn to Allah, turn to Him.

Believe, that Allah knows what’s best for us. And if tomorrow the sky will brighten up our day again, Allah surely can strengthen our heart and ease our journey. Insya Allah.

Have faith dear..
Have faith! :)

@Ruang_Aksara
Hari ini kau bangkit
lebih bersemangat
dalam memperbaiki diri,
asbab pernah dikritik,
dikecam atau mungkin
ditegur dengan cara yang
kau tak suka.

Pabila diteliti, tidaklah
pernah tersalah ketentuan
Allah itu kan?

Allah menghantar seseorang
yang hadirnya pernah kau
keluh dan bencikan.
Tapi asbab kehadirannya,
kau adalah kau yang
sekarang.

Iya, kau adalah kau
yang sekarang.

Jadi ajarkan hati
untuk syukuri saja
siapa jua yang kita
temui atau bakal temui.
Semuanya bersebab.

@Ruang_Aksara
Saat jiwaku berantakan,

Saat jiwaku bertengkar dan keliru membuat keputusan,

Saat aku tidak tahu apa perlu aku bertahan atau mengucapkan selamat jalan,

Terima kasih kerana engkau telah meleraikan dilema itu,

Terima kasih kerana telah memilih untuk pergi meninggalkan aku.

Sungguh,

Melihat engkau pergi,

Melihat engkau tiada lagi,

Airmata ini menitis laju,

Hati ini retak seribu,

Luka ini teramat pedih.

Namun,

Jujurnya, aku berterima kasih!

Setidaknya, telah terlerai semua dilema itu,

Telah terlihat padaku sedalam mana cinta yang pernah terungkap dahulu,

Benarlah, banyak yang palsu,

Justeru,

Terima kasih kerana menyedarkan aku.


@Ruang_Aksara
Move on and let it go.

"Awak, macam mana nak lupakan orang yang kita sayang, macam mana nak move on?"

Dia dah bertunang selama hampir 2 tahun, and in the end, broke up dengan tunangnya.

So she pray and pray, but she can't forget him.

"Sakit awak..sakit sangat.."

Matanya bengkak, lepas tu tak lalu makan sampai berminggu-minggu. Badan pun sampai susut.Dalam solatnya menangis, dalam doanya dia menangis, sebelum tidur menangis.

Banyak masanya menangis saja.

Nak cakap lebih pun saya tak berani. Dan dia asyik salahkan dirinya sendiri kerana rasa tak cukup bagus untuk tunangnya. Dia salahkan dirinya untuk perpisahan ini.

"Kalau lah aku jadi lebih baik, lebih lembut, lebih cantik, semuanya tak akan jadi begini kan ?"

But you know what?

Ultimately, moving on from a relationship that wasn’t working is about loving yourself. For some, this is the hardest part. Believing that you deserve to be in a loving relationship with someone.

The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, you cannot move forward.

Banyak dari kita terus menerus salahkan situasi dan sabotaj diri kita sendiri. Hakikatnya dia dah pergi.

Most people hold on because its easier than moving on.

Really, its hard.

Tarik nafas.

Bertenang.

Ambil masa untuk bersendiri.

I know, it’s never easy to let go.
Never easy.

It takes time dear.
Bukan hari ni lepaskan, esok pagi dah tak rasa apa-apa.
Bukan begitu,
tapi kadang-kadang sebab kita tahu itu yang terbaik.
Lepaskan pergi, at the moment at least.
Lepaskan juga walaupun dalam keadaan kamu masih menyayanginya,
masih ingat dunia ini sementara?
Hidup dan nafas pun tak akan selama mana.
Lepaskan dia kerana kau percaya Allah akan menjaganya dengan lebih baik.

Its okay, kalau hari ini masih belum mampu.
Its okay, kalau hari ini masih lagi struggle.
Its okay, kalau hari ini masih lagi rasa sedih.

Take your time.

But remember this, who wins if you move on?

How good to feel to take the baggage from your shoulders?

To focus.To build your own future.

Moving on of your life.
To create your best version of yourself.

Bila tiba masanya, kebahagiaan sebenar akan tiba. Yakinlah..

So, here I would like to share the du'a again,

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ
وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

"Subhanal malikil quddus, innallaha khalqis samawaati wal ardh bil haqq, in yasyaa’ yudzhibkum wa yaati bil khalqin jadiidin wa maa dzaalika ‘allallahi bi’aziz."

[Maha suci Allah yang menciptakan, jika Dia mengkehendaki dihilangkannya dan digantinya dengan yang baru, tidaklah yang demikian itu susah bagi Allah]

Allah itu adil, sangat adil, maha Adil. Percayalah..
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hamba Nya.

Dearest friends,

Almost the time,in life it may not come true the way we want it, but if we turn to Him, He'll give us what is best for us. Even if it takes longer for it to be answered, perhaps it's because Allah is saving it for our akhirah and going to protect us from something else in this life or bless us with something better. Who better to ask it from than the One Who knows our future and can hook us up with what's the best for us.

But then, those falling and tripping, those mistakes; they are what make us humans.

Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

As for the reminders? it's just a cycle of life that keeps on going.

We remind others, with the hope that we would always be reminded by others.

Have faith dear! :)

@Ruang_Aksara
Untuk seketika berasa
tidak terarah itu lumrah.
Kau mungkin perlu sebab
untuk jadi tidak terarah.
Adakalanya pula, tidak perlu
sebab apa pun ia terjadi
sendirinya.

Menjadi tidak terarah bukan
kerana kau tak tahu yang mana
jalan harus ditelusuri atau
celaru memilih persimpangan mana
untuk dilalui. Kau tahu...tapi
kau semulajadinya jadi tidak
mahu tahu. Kau redah, tak kisah.

Punca?

Kadang punca bukanlah sebenar-benarnya punca. Tapi mungkin
boleh dijadikan 'alasan' menutupi
punca yang sebenar-benarnya punca. Sukar diberi faham kepada
orang lain melainkan yang mampu
mengertikan dengan sendirinya. Walau belum tentu yang dirasakan benar oleh mereka itu sejalur fikir,
sependirian, selaras dengan rasa-rasa empunya diri yang benar-benar
merasa. Kerana tidak semua kejadian dalam diri tertafsirkan dengan kalam beremosi atau perkataan berekspresi.

Atau mungkin, menjadi tidak
terarah begini kerana minda
terlalu membesarkan masalah
sedia ada. Mungkin juga kerana
terlalu risaukan masa depan yang belum tentu terjejakkan jasadnya.
Mungkin juga kerana ditekan kebersalahan dan khilaf masa lalu.
Mungkin.

Tak apalah. Tidak kisahlah
apa pun rasional, logik atau
segala mungkin di baliknya.
Menjadi sekali-sekala tidak terarah adalah bukti kau punya sudut misteri
dalam diri yang acapkali terpandang rapuh dan lemah bagi yang tersalah,
terlebih atau terpaksa buat-buat mengerti. Namun orang tidak pernah
salah dan kau juga tidak bersalah.
Menjadi tidak terarah begini juga
tidak pernah salah. Sendirinya, ia
akan hilang bagai angin lalu.
Mungkin menjenguk semula kapan
entah tak tahu.

Sedang apa pun kau,
berarah atau tidak terarah -
di momen ini kau berdiri
adalah keadaannya di mana
Tuhan mahu kau berada.
Walau di mana kau bawa atau
sembunyi jiwa kau pergi -
jangan tercicirkan DIA di
mana-mana.
Jangan.

@Ruang_Aksara
I was talking about this topic last night with my friend.

"Rasa macam dah terlambat juga kan awak.."

I smiled.

I've also thinking in that way before.

I’ve always been the kind of boy/girl who puts so much pressure on myself to move with my age – and I’ve been lucky Alhumdullilah, for the most part.

But I've come to a place in my life where things are not going according to my plans.

And I’ve come to realise that not everything can be planned for. Not everything turns out as planned and that we can plan all we want, but Allah also plans.

Ada kawan arab saya pernah cerita. Kadang-kadang kita selalu cakap,

"Bestnya jadi dia. Pandai"

"Bestnya jadi dia. Ada anak"

"Bestnya jadi dia. Kahwin"

"Bestnya jadi dia. Suri rumah."

"Bestnya jadi dia. Doktor"

"Besnya jadi dia. Travel"

Pandangan dan tafsiran mata kita, melihat 'bahagianya' orang lain.

And despite your best efforts at trying to acquire that thing, it didn’t happen for you. And now, when you look back, you know that not getting that thing was actually the best thing for you, because today you have something that is even better.

Setiap orang ada bahagiannya masing-masing.

Interestingly enough, when we do end up doing what we’re supposed to be doing, no one questions anymore how long it took to get us there.

A few friends of mine recently got married, they’re in their late twenties. Now that they’re married. No one cares how long it took to get them there.

A few friends of mine recently had babies. Only the other day, I figured out their ages, as it came up in a conversation.

I realised that they got married late, were married for years and now have had their first baby with some being in their mid-late thirties.

Now that they have children.
No one questions how long it took them to get there because, when Allah wills something, nothing can stop it from happening.

Life is not a race.
And regardless of the efforts we may/may not put into making things happens, will only happen with Allah's permission..

So...

Menjadi single pada umur 25 itu terbaik, berkahwin pada umur 25 itu juga terbaik.

Ada anak pada umur 25 itu hebat, jika ada anak pada umur 30 pun hebat.

Menjadi suri rumah itu hebat, menjadi insan berkerjaya juga hebat.

Sama ada travel di negara orang itu hebat, berada di negara sendiri juga hebat.

Setiap satu dari kita ada ujian dan kisah hidup tersendiri.

Ada orang yang ada kerja lepas grad tapi benci dan tak bahagia dengan kerjanya. Ada orang lambat grad, tapi Allah rezekikan dengan suasana yang baik walaupun lambat grad dari yang lain.

Ada orang berkahwin lambat tapi bahagia sehingga ke akhir hayat, ada orang uji berkahwin awal tapi bercerai setelah 2 tahun berkahwin.

Sebab tu awal-awal Allah dah jelaskan dalam Al-Baqarah, ayat 216, bahawasanya Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat kita.

Kadang-kadang ada sesuatu hal itu, hanya terjawab dengan waktu.

Mimpi Nabi Yusuf yang ditanyakan kepada ayahnya, seperti dalam surah Yusuf, ayat 4, hanya terjawab pada ayat 100, setelah dibuang ke telaga, setelah diuji dengan isteri pembesar, setelah keluar masuk penjara, setelah diangkat menjadi pemerintah.

Dikatakan waktu tersebut adalah 40 tahun.Walaupun hakikatnya penantian itu sebuah penyeksaan.

Sometimes what we want and what we get are two different things. This is because, we’re only human. We like to think that we’re in control and that we’re in charge. But we’re not. Allah is in charge.

Everyone's timing is different. Everything in life happens to our clock, to our time. Maybe you feel other people are ahead of you, but the thing is everything happen at their own pace. They have their own time, and so do you!

Life is not a race with others. Life is a journey.

Everybody's life is different, everybody has to face their own struggles . But our lives is not over until it is over, and it's never too late.

The thing is we may not be where we want to be in life. But we’re exactly where Allah wants us to be.

Semoga Allah kurniakan kita dengan kesabaran.Hati yang redha dengan setiap ketentuan Nya.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْ
2024/09/30 00:38:25
Back to Top
HTML Embed Code: