Telegram Web Link
💝 NUTRISI HATI 💝

ADAKALANYA...


Adakalanya....
Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah...
Kita sibuk dengan urusan dunia...
Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....

Adakalanya....
Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah...
Maksiat dan dosa kita buat..
Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....

Adakalanya...
Kita terasa Allah sangat mencintai kita...
Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah...
Itulah cinta zindik...
Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....

Adakalanya...
Kita mahu meminta pertolongan Allah..
Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya Dia kita bertawakkal.....

Adakalanya...
Kita sangat inginkan sesuatu...
Kita cuba sedaya upaya..
Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segalaNya...

💓 Istiqomah dlm Amalan walaupun sedikit
💓 Jangan Lupa Kongsikan Jika Bermanfaat

🌹Kehidupan Sebenar

🫰Selamat Malam 01

😴Waktunya Istirehat

🍀7 Sekatan Sebelum Masuk Syurga

🤌Surah al-Kahfi

Kelebihan Surah Insyirah

💐Zikir Selepas Solat Fardhu

❤️Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Doa Terindah Malam Jumaat

🕯10 Khasiat al-Quran ~ al Masad

👑 Surah Al-Baqarah - 255 & 285 & 286 ~ Al-Ikhlas

       •━━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

           ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

       ○ Al-Ikhlas    ○ Ayatul Kursi
       ○ Al-Kausar  ○ Al-Fatihah
       ○ Al-Masad  ○ Al-A'la
       ○ An-Nas      ○ Al-Falaq

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

سبحان اللهالحمدلله🌷الله اكبرلا اله الا الله‎🌻لاحول ولا قوة الا بالله🌹

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

           •┈┈•••○○❁🌻💠🌻❁○○•••┈┈•

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 💖🎈🍀
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
SELANGKAH KEPADA KEBAIKAN...

Tuan2,
Antara langkah yang tak sia2 ialah langkah menziarahi orang sakit.
Langkah ke masjid tak sia2.
Langkah pergi menuntut ilmu tak sia2.
Langkah hendak tolong orang yang dizalimi tak sia2.
Langkah mencari nafkah untuk isteri dan anak kecil kita tak sia2.
Langkah kita tunai hajat orang, tolong orang pun tak sia2.

Sebab itu perhatikan langkah kita.

Tuan2 nak melangkah ke mana?

Tanya kaki, kerana kaki ini akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Pastikan kemana kaki hendak melangkah.

Sebab itu kita kena sentiasa muhasabah kemanakah selama ini kaki kita melangkah.

Biarlah benar2 langkah itu membawa kita ke syurga.


@quotephotovideo 🐾🐾🐾
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT ♥️

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT.

Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal

Muhasabah Diri ♥️

@quotephotovideo 🐬🐬🐬
Tidak ada yang "menghancurkan iman" kita, kecuali kerana "sikap kita sendiri".

"IMAN" akan mula "BERKURANG dan MENGHILANG" ketika kita melakukan lima perkara ini.

APA 5⃣ PERKARA ITU

1⃣👉Meninggalkan baca Al Quran.
2⃣👉Menunda-nunda solat.
3⃣👉Menjauhkan diri dari majlis ilmu.
4⃣👉Berlepas diri dari sahabat-sahabat yang soleh.
5⃣👉Tidak lagi melakukan amal kebaikan.

Jika kita merasa "IMAN" kita "MENURUN" maka pastilah kerana "kemalasan diri kita sendiri dan sikap ego kita dengan Tuhan". Sehingga lima perkara di atas tanpa sedar mula kita lakukan.

Jangan nak salahkan orang lain pula. Tak perlu salahkan "😈SYAITAN" pun. Sebab memang sudah tugasnya mengganggu "🧔🏻MANUSIA". Tapi salahkan lah diri kita sendiri yang malas dan tidak mahu mendengar nasihat kebaikan serta berusaha memperbaiki diri kearah kebaikan.

"Semoga kita semua punya iman yang terjaga dan terus meningkat"

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
322 of 365 🗓 AHAD 💕 15 JAMADIL AWAL 1446H 17 NOVEMBER 2024

~ 105 hari menuju RAMADHAN 1446H

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Rahsia Hidup Bahagia: Syukur, Sabar, dan Ikhlas"

Kehidupan manusia sering kali dipenuhi dengan cabaran yang menguji keimanan.

Dalam Islam, kunci untuk mencapai kebahagiaan sejati terletak pada tiga sifat utama: syukur, sabar, dan ikhlas.

Ketiga-tiga ini bukan sekadar amalan, tetapi cara hidup yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.'”

(Surah Ibrahim, 14:7)

Syukur adalah tanda kita mengakui segala nikmat yang Allah kurniakan.

Syukur tidak hanya dalam kata-kata, tetapi juga melalui tindakan, seperti menghindari maksiat dan memperbanyak amal soleh.

Sabar pula adalah senjata utama menghadapi ujian kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, kerana semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu baik baginya.”

(HR. Muslim, No. 2999)

Akhir sekali, ikhlas menjadikan amal kita diterima oleh Allah.

Allah hanya menerima ibadah yang dilakukan dengan niat yang murni.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat."

(HR. Bukhari, No. 1; Muslim, No. 1907)

Sebagai amalan harian, amalkan doa ini untuk ketenangan dan petunjuk:

دُعَاء: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu.”

(HR. Abu Daud, No. 1522)

Kesimpulannya, jadikan syukur, sabar, dan ikhlas sebagai panduan hidup. Dengan itu, insyaAllah, kebahagiaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K664
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Adalah Ibadah


عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ
وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Daripada Nu'man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya doa adalah ibadah." Kemudian baginda membaca firman Allah: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu." (Surah Al Ghafir; 60)

(HR Ibnu Majah No: 3818)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa adalah sebahagian dari ibadah

2.  Muslim dituntut memperbanyakkan doa dalam setiap aktiviti, dari sekecil-kecil urusan seperti berdoa ketika masuk dan keluar rumah sehinggalah yang besar seperti mengurus negara.

3.  Allah tetap akan memperkenankan setiap permohonan doa hamba sama ada:

a.  Diperkenankan seperti mana yang dipohon semasa di dunia, atau
b.  Diperkenankan dengan dihindarkan musibah, atau
c.  Diperkenankan di akhirat dengan ganjaran pahala dan syurga

Ayuh perbanyakkan doa dan jangan berputus asa.

15hb Jamadil Awal 1446H
17hb November 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Awwal 1446H

وَلَا یَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡۘ إِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِیعًاۚ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui" [Surah Yūnus 65]

#Ayat ini berupa pujukan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw, para pejuang dan juga para pendakwah. Allah swt memujuk Nabi Muhammad saw dan begitu jugalah kepada para pendakwah yang menyeru kepada Tauhid, agar jangan merasa sedih, kecewa atau dukacita dengan kata-kata hina manusia kepada mereka.

#Jangalah terlalu bersedih dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Ini kerana baginda Nabi Muhammad saw pun telah ditolak dakwahnya, dikeji, dihina, dicaci, di tuduh dengan pelbagai tuduhan jahat bahkan dihalau oleh kaumnya sendiri. Begitu juga dengan kita yang menyebar ajaran Islam, berjuang untuk mendaulatkan Islam dan berdakwah mengajak manusia kepada Islam agar tabah dan sabar serta jangan terlalu bersedih hati atau berduka lara.

#Mereka menuduh para pendakwah sebagai sesat, menyibuk hal orang dan memecah belahkan masyarakat. Memang sakit, kecewa dan pedih di hati. Akan tetapi Allah swt mengatakan, jangan berdukacita atau berduka lara dengan kata-kata mereka.

#Allah swt memujuk Nabi Muhammad saw kerana baginda ditolak semenjak hari pertama baginda berdakwah lagi. Iaitu ketika baginda memanggil ahli keluarganya untuk hadir majlis kenduri dan baginda hendak menyampaikan ajaran Tauhid. Kemudian ketika baginda memanggil kaumnya dan baginda sampaikan ajaran dan pesanan dari atas bukit, maka mereka mula isytiharkan permusuhan dengan Nabi saw. Mereka mula menuduh dengan pelbagai tuduhan.

#Maka Allah swt memujuk nabi saw dengan menurunkan firmanNya:

وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا یَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرࣰا جَمِیلࣰا

"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik" [Surah al-Muzzammil 10]

#Allah swt melarang baginda Nabi saw bersedih dengan berlebihan. Jangan dibiarkan perasaan sedih berlarutan sehingga merosakkan diri sendiri. Perasaan sedih yang keterlaluan boleh menyebabkan kehidupan terganggu dan tidak keruan. Ia boleh menyusahkan hidup apabila hilang fokus untuk melakukan sebarang pekerjaan. Tambahan pula syaitan amat suka kalau manusia bersedih dan merekalah antara sebab manusia bersedih. Firman Allah swt:

إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ لِیَحۡزُنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَیۡسَ بِضَاۤرِّهِمۡ شَیۡـًٔا إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri" [Surah al-Mujādilah 10]

Pejuang dan pendakwah mesti kental. Tidak mudah panas dan koyak. Syaitan mahu kita bersedih supaya kita lemah semangat untuk berdakwah dan berjuang. Ramai yang sentap dan patah semangat ketika seruannya sering ditolak hingga meninggalkan dakwah selamanya. Maka syaitanlah yang menang. Oleh itu, jangan hiraukan mereka yang menentang itu tetapi fokus kepada tujuan utama iaitu menjaga agama dan teruskan beribadah

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  15 JAMADIL AWAL 1446H
🗓  17 NOVEMBER 2024
📌  AHAD

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Ahad, 15 Jamadil Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

🤲 Koleksi Zikir & Doa

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H   S A F   R A W   R A K
J A W   J A K    R E J    S Y B
R A M   S Y W   Z K H   Z H J

J A M A D I L A W A L1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa    Ah
                                              01
02  03   04   05   06    07   08
09  10   11   12   13    14   15
16  17   18   19   20    21   22
23  24   25   26   27    28   29
30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ☀️  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil

Zikir Harian Imam Al Ghazali

Sharing is Caring

Surah Fatir ayat 1-2

Amalkan Lepas Subuh setiap Hari

Rahsia Sujud

Amalkan Lepas solat

Muhasabah Diri

Panduan Mengerjakan Solat Jenazah

Perbaiki 3 hal Ini

Bersederhanalah dalam segala hal

Ujian Akhir Zaman

9 Penyakit Manusia

Soal Rezeki: Yakinlah pada Janji Allah SWT

Doa Ketika Sakit

Lagi Buat Maksiat, Lagi Kaya

Tanda-tanda Kebahagiaan

Jangan Mengeluh Ketika Sedang Diuji

Dosamu Sedang Diampuni

Hati Membatu Kerana Dunia

❤️ 6 Pedoman Hidup yang Tidak Boleh dilupakan

🍄 Empat Doa yang penuh dengan Keberkatan

🤲 BerDOAlah ~ Adab Berdoa ~ Doa Ibu Bapa

👑 Sayyidul Istighfar ~ Doa Terhindar dari Ujian Berat ~ Bismillah 5 ~ Doa Nabi Yunus

🦋 Surah Al-Baqarah ayat 286 ~ Surah Al-Humazah

💐 Doa Lepas Baca al-Quran ~ Khatam Quran ~ Doa Khatam Quran

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Tangisan Seorang Ibu: Kisah Mengharukan Baginda Nabi dan Halimah As-Sa'diyah"

Allahu Akbar... Di sebalik setiap kejayaan seorang insan agung, tersembunyi pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga daripada seorang ibu. Begitulah kisah di sebalik kehidupan awal junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, bersama ibu susuannya, Halimah As-Sa'diyah. Kisah yang menyentuh kalbu ini mengajar kita erti kasih sayang yang melewati ikatan darah.

Pada suatu hari, di tengah padang pasir yang gersang, seorang wanita dari Bani Sa'ad bersama suaminya dalam perjalanan ke Mekah. Mereka, seperti kebiasaan kaum Badwi ketika itu, mencari bayi untuk disusui sebagai salah satu sumber rezeki. Halimah As-Sa'diyah, wanita yang kemudiannya akan menjadi sebahagian dari sejarah Islam yang agung, datang dengan keadaan yang sangat daif. Unta yang ditungganginya kurus, dan dia sendiri tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya sendiri kerana kemarau yang melanda.

Ketika sampai di Mekah, satu persatu bayi telah dipilih oleh wanita-wanita lain. Namun, tiada yang mendekati seorang bayi yatim - Muhammad bin Abdullah. Mungkin kerana status yatim yang menyebabkan mereka kurang berminat, namun Allah SWT telah menentukan bahawa Halimah yang akan menjadi ibu susuan kepada bayi istimewa ini.

MasyaAllah, sejak hari Halimah membawa pulang bayi Muhammad, kehidupannya berubah sepenuhnya. Unta yang dahulunya kurus menjadi sihat dan bertenaga. Kambing-kambing yang dahulunya kering susunya kini menghasilkan susu yang melimpah ruah. Tanah yang gersang menjadi subur dengan rumput yang menghijau. Para pengkaji sirah menyifatkan ini sebagai berkat kehadiran Rasulullah SAW dalam kehidupan keluarga Halimah.

Namun, lebih daripada keberkatan zahir ini, yang paling mengharukan adalah ikatan kasih sayang yang terjalin. Halimah menyaksikan sendiri tanda-tanda keistimewaan Muhammad kecil. Baginda tidak menangis seperti bayi-bayi lain, sentiasa tersenyum, dan memiliki peribadi yang istimewa sejak kecil. Halimah merawat dan membesarkan baginda seperti anak sendiri, malah melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya yang lain.

Detik yang paling menyayat hati adalah ketika Halimah terpaksa memulangkan Muhammad kepada ibu kandungnya, Aminah, selepas dua tahun. Air mata berlinangan di pipi Halimah tatkala melepaskan 'anak' yang telah membawa begitu banyak keberkatan dalam hidupnya. Namun, takdir Allah menentukan bahawa ini bukanlah perpisahan terakhir mereka.

Beberapa tahun kemudian, Halimah kembali ke Mekah untuk memohon agar Muhammad tinggal lebih lama bersamanya, dengan alasan wabak penyakit yang melanda Mekah ketika itu. Permohonan ini dikabulkan, dan Muhammad kembali ke padang pasir bersama keluarga angkatnya. Namun, peristiwa pembedahan dada yang dialami oleh Muhammad kecil membuat Halimah risau dan akhirnya memulangkan baginda kepada Aminah.

Kasih sayang antara Rasulullah SAW dan Halimah tidak pernah pudar walaupun setelah baginda dewasa dan dilantik menjadi Rasul. Setiap kali Halimah mengunjungi baginda, Rasulullah SAW akan menanggalkan serbannya sebagai alas duduk untuknya sambil berkata, "Ummí, Ummí" (Ibuku, Ibuku). Air mata kegembiraan mengalir di pipi Halimah setiap kali melihat 'anak susuan'nya kini menjadi pemimpin yang diagungkan.

Dalam satu riwayat yang mengharukan, suatu ketika, setelah perkahwinannya dengan Khadijah r.a., ibu susuannya Halimah As-Sa'diyah datang mengunjungi baginda. Rasulullah SAW, dengan penuh penghormatan, segera bangkit menyambutnya. Baginda membentangkan pakaiannya sebagai alas duduk untuk Halimah sambil berkata kepada Khadijah, 'Ini ibuku.' Khadijah, yang turut tersentuh dengan kasih sayang baginda, menyambut kehadiran Halimah dengan baik, dan memberi hadiah yang berharga sebagai tanda penghormatan.

Ya Allah, betapa indahnya kasih sayang yang Engkau anugerahkan antara seorang ibu dan anak, walaupun tanpa ikatan darah. Kisah Halimah As-Sa'diyah mengajar kita bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal batasan nasab atau status.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Pengorbanan dan kasih sayangnya kepada Rasulullah SAW telah mengangkat darjatnya menjadi salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam sejarah Islam.

Kepada para ibu yang mendidik anak-anak orang lain, sama ada guru, pengasuh, atau ibu angkat, ketahuilah bahawa anda sedang meneruskan warisan mulia Halimah As-Sa'diyah. Kepada anak-anak angkat atau anak-anak susuan, contohlah bagaimana Rasulullah SAW menghormati dan membalas jasa ibu susuannya.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita untuk menghargai jasa setiap 'ibu' dalam hidup kita, tidak kira sama ada mereka terikat dengan kita melalui darah atau kasih sayang semata-mata. Sesungguhnya, dalam kisah Halimah As-Sa'diyah ini terdapat pengajaran yang sangat bermakna tentang erti kasih sayang dan pengorbanan yang hakiki.

Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang penuh kasih sayang seperti hati Halimah As-Sa'diyah, dan jadikanlah kami anak-anak yang tahu membalas budi seperti kekasih-Mu, Nabi Muhammad SAW. Aamiin ya Rabbal 'alamin.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
"Rezeki Bukan Sekadar Harta: Cara Mendapat Keberkatan dalam Kehidupan"

Rezeki bukan sekadar wang ringgit dan harta benda. Ia merangkumi pelbagai nikmat lain yang sering kali kita abaikan, seperti kesihatan yang baik, ketenangan hati, dan kehadiran orang-orang yang menyayangi kita.

Setiap hari, kita dikurniakan rezeki dalam bentuk yang berbeza, bahkan setiap nafas yang kita hembus adalah nikmat yang tak ternilai dari Allah SWT.

Memulakan hari dengan rasa syukur adalah langkah pertama untuk menerima rezeki yang diberkati.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih.'" (Surah Ibrahim, 14:7)

Setiap kesyukuran yang kita zahirkan membuka pintu-pintu rezeki yang tidak kita sangka.

Begitu juga, dengan berusaha dan bertawakal, kita menunjukkan kesungguhan dalam mencari rezeki yang halal dan berkat.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Seandainya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar-benarnya, niscaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Hadis ini mengajar kita bahawa kebergantungan penuh kepada Allah, diiringi usaha yang ikhlas, adalah kunci kepada rezeki yang melimpah dan berkah.

Usah bimbang tentang apa yang tertulis untuk kita hari ini, kerana rezeki yang benar-benar berkat akan datang kepada mereka yang ikhlas dan sabar.

Untuk memohon keberkatan rezeki dalam hidup, amalkan doa ini:

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal daripada-Mu, dan jauhkanlah aku dari yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, dan jangan biarkan aku bergantung kepada selain-Mu."

Semoga hari ini membawa keberkatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita semua.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pasti selalu ada orang yang meragukanmu.

Setiap orang memiliki pola pikir, pengalaman, dan keyakinan yang berbeda.

Perbedaan inilah yang sering kali membuat mereka sulit memahami impianmu, bahkan mungkin ada yang mencoba menggagalkanmu.

Mereka berpikir bahwa apa yang kamu kejar terlalu sulit, tidak realistis, atau tidak sesuai dengan pemahaman mereka.

Tapi ingat, kamu tidak bertanggung jawab untuk membuat mereka mengerti.

Sebanyak apapun penjelasan yang kamu berikan, jika mereka tidak siap menerima, semua itu akan sia-sia.

Maka, jangan buang waktu berharga untuk meyakinkan mereka.

Tutuplah mulut dari pembelaan yang tidak perlu.

Tutuplah telingamu dari komentar yang menjatuhkan.

Fokuslah pada apa yang benar-benar penting: tindakanmu.

Lakukan apa yang bisa kamu lakukan hari ini.

Langkah-langkah kecil yang konsisten akan membawa perubahan besar.

Abaikan hal-hal yang tidak sesuai dengan perjalananmu.

Sebab, pada akhirnya, hasil yang berbicara, bukan kata-kata mereka.

Jadikan keraguan orang lain sebagai motivasi, bukan hambatan.

Terus melangkah, dan biarkan kesuksesanmu bersinar lebih terang daripada suara mereka.

Pikiran yang sama hanya akan menciptakan nasib yang sama

Maka untuk mengubah nasib Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

🌹Kehidupan Sebenar

🫰Selamat Malam 01

😴Waktunya Istirehat

🍀7 Sekatan Sebelum Masuk Syurga

🤌Surah al-Kahfi

Kelebihan Surah Insyirah

💐Zikir Selepas Solat Fardhu

❤️Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Doa Terindah Malam Jumaat

🕯10 Khasiat al-Quran ~ al Masad ~ An-Nasr

👑 Surah Al-Baqarah - 255 & 285 & 286 ~ Al-Ikhlas

       •━━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

           ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

       ○ Al-Ikhlas    ○ Ayatul Kursi
       ○ Al-Kausar  ○ Al-Fatihah
       ○ Al-Masad  ○ Al-A'la
       ○ An-Nas      ○ Al-Falaq

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

سبحان اللهالحمدلله🌷الله اكبرلا اله الا الله‎🌻لاحول ولا قوة الا بالله🌹

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

           •┈┈•••○○❁🌻💠🌻❁○○•••┈┈•

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 💖🎈🍀
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hari terus berganti hari.

Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.

Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi.

Ujian-ujian yang diberi oleh ALLAH itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Semoga kita sentiasa tabah demi meraih redhaNya.

Alhamadulillah
Muhasabah Diri

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
Betapa indahnya jika setiap kali kita menunaikan solat, kita juga meluangkan waktu sejenak untuk berzikir dan berdoa.

Adakah anda tahu, banyak dari kita yang terus bangkit selepas solat tanpa mengucap zikir atau berdoa?

Kami telah bertanya kepada beberapa orang mengapa mereka tidak mengamalkan wirid atau doa selepas solat.

Jawapan yang sering diterima ialah mereka tidak tahu apa yang patut dibaca. Namun, sebenarnya ia amat mudah.

Untuk permulaan yang ringkas, anda boleh mengamalkan langkah berikut:

1. Ucapkan "Alhamdulillah."
2. Istighfar sebanyak tiga kali.
3. Amalkan Tasbih Fatimah, iaitu mengucap tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali.
4. Baca Ayat Kursi.
5. Baca Surah Al-Fatihah.
6. Berdoalah dengan khusyuk.

Ini adalah cara yang paling asas dan mudah untuk anda amalkan setelah menunaikan solat.

Berdoa bukan sekadar ritual, tetapi ia merupakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."

Sungguh merugikan jika kita melepaskan peluang untuk berwirid dan berdoa selepas solat, kerana Allah sendiri telah berjanji akan mengabulkan permintaan kita.

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
2024/11/20 01:21:52
Back to Top
HTML Embed Code: