Telegram Web Link
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

🌹Kehidupan Sebenar

🫰Selamat Malam 01

🍀7 Sekatan Sebelum Masuk Syurga

🤌Surah al-Kahfi

Kelebihan Surah Insyirah

💐Zikir Selepas Solat Fardhu

❤️Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Doa Terindah Malam Jumaat

👑 Surah Al-Baqarah - 255 & 285 & 286 ~ Al-Ikhlas

       •━━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

           ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

       ○ Al-Ikhlas    ○ Ayatul Kursi
       ○ Al-Kausar  ○ Al-Fatihah
       ○ Al-Masad  ○ Al-A'la
       ○ An-NasAl-Falaq

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

سبحان اللهالحمدلله🌷الله اكبرلا اله الا الله‎🌻لاحول ولا قوة الا بالله🌹

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

           •┈┈•••○○❁🌻💠🌻❁○○•••┈┈•

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 💖🎈🍀
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Untuk RENUNGAN bersama...

Hidup yang kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),

Hidup yang tak tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,

Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,

Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.


"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

Jom perbaiki solat kita...

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
يَا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
320 of 365 🗓 JUMAAT 💕 13 JAMADIL AWAL 1446H 15 NOVEMBER 2024

~ 107 hari menuju RAMADHAN 1446H

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

"Dunia Ini Hanya Persinggahan: Kejar Berkat, Bukan Harta Semata"

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara, ruang untuk kita mengumpul bekalan menuju akhirat.

Setiap detik yang dilalui di dunia adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini ibarat seorang pengembara yang berhenti seketika untuk bernafas, kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

"Aku di dunia ini tidak lain hanyalah seperti seorang pengembara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi meninggalkannya."
(HR. Tirmidzi)

Oleh itu, janganlah kita terlalu terikat dengan kemewahan dan kesenangan dunia yang bersifat sementara.

Apa yang perlu kita utamakan adalah amalan-amalan yang bakal menjadi teman setia di akhirat kelak. M

Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 46:

"Harta dan anak-anak itu adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai ganjaran dan lebih baik sebagai harapan."

Carilah rezeki dengan jujur dan penuh keberkatan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja membawa ketenangan jiwa, malah menjadi sebab kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

Ingatlah bahawa bukan banyaknya harta yang membawa kebahagiaan, tetapi keberkatan dalam harta itulah yang memberi ketenangan yang abadi.

Amalkan doa ini agar sentiasa dianugerahkan rezeki yang halal dan berkat:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu sehingga tidak memerlukan selain daripada-Mu." (HR. Tirmidzi)

Semoga kita semua menjadi hamba yang bijak menggunakan persinggahan dunia ini untuk mengumpul bekalan menuju akhirat.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah 😊

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K654
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat


عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ

Daripada Fadhalah bin 'Ubaid, ia berkata; ketika Rasulullah SAW duduk, tiba-tiba seseorang masuk dan melakukan solat dan berdoa;

Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku. Kemudian baginda berkata: "Engkau telah tergesa-gesa wahai orang yang melakukan solat. Apabila engkau melakukan solat dan duduk maka pujilah Allah dengan pujian yang menjadi hakNya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdoalah kepadaNya!" Kemudian terdapat orang lain setelah itu yang melakukan solat lalu memuji Allah, dan berselawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW berkata: "Wahai orang yang melakukan solat, berdoalah maka akan dikabulkan doamu!"

(HR Tirmizi No: 3398)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berdoa jangan tergesa-gesa dengan tidak menjaga adab berdoa.

2.  Apabila berdoa, hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (ucapan Alhamdulillah) dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi baru diikuti dengan doa permohonan.

3.  Antara tempat dan waktu yang baik berdoa ialah selepas menunaikan solat.

4. Orang yang solat kemudian berdoa  memulakan dengan pujian pada Allah dan diikuti dengan doa, doanya akan dikabulkan.

Marilah kita menjaga adab-adab berdoa dengan mengiringi pujian pada Allah dan Selawat keatas Nabi SAW.

13hb Jamadil Awal 1446H
15hb November 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1446H

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

#Ada pula pendapat lain yang mengatakan الْبُشْرَىٰ yang dimaksudkan adalah kemasyhuran seseorang itu. Mereka menjadi masyhur kerana kebaikan dan kebajikan yang telah mereka dilakukan.

#Sebagai contoh, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Namun beliau lebih terkenal dengan panggilan Imam al-Bukhari. Beliau telah menulis kitab sahihnya dan lihatlah bagaimana masyhur sekali kitab itu dan dengan beliau sekali turut masyhur. Masyhur dengan kebaikan yang telah dilakukan.

#Begitu juga dengan Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Marri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam al-Dimasyqi. Lahir di Nawa, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di Hauran, yang mana jaraknya lebih kurang 50 km dari selatan Damsyik. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Imam an-Nawawi. Beliau meninggal di usia muda namun kitab-kitabnya terkenal dan dijadikan rujukan di serata dunia sehingga hari ini.

#Sepertimana juga Kitab Sahih al-Bukhari itu dikaji dan dibaca oleh manusia seluruh dunia. Bila sebut Sahih Bukhari sahaja, semua akan terima hadis di dalamnya sebagai sahih belaka. Nama ‘Bukhari’ pun terkenal di mana-mana. Ibubapa menamakan anak mereka dengan nama Bukhari. Begitu juga Imam an-Nawawi, kitab hadis 40 karangannya terkenal di serta dunia dan beliau juga terkenal diserata dunia.

#Itulah الْبُشْرَىٰ kegembiraan atau kemasyhuran yang membahagiakan didunia atas kebaikan yang dilakukan.

#Ada pendapat lain lagi yang mengatakan bahawa الْبُشْرَىٰ itu adalah bantuan daripada Allah swt. Dalam usahanya untuk melakukan amalan yang baik, Allah mudahkan.

#Ada juga yang mengatakan mereka akan mendapat kefahaman dan ilmu agama yang luar biasa.

#Selain itu ada pendapat yang  mengatakan mereka mendapat berita baik tentang nasib mereka. Sebagai contoh, ada sahabat yang diberikan dengan berita gembira yang mereka akan menjadi ahli syurga semasa mereka di dunia lagi. Semasa mereka hidup lagi mereka sudah mendapat berita baik itu.

Semoga kita juga beroleh kebahagiaan yang menggembirakan didunia ini atas kebaikan yang dilakukan. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  13 JAMADIL AWAL 1446H
🗓  15 NOVEMBER 2024
📌  JUMAAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Jumaat, 13 Jamadil Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

🤲 Koleksi Zikir & Doa

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H   S A F   R A W   R A K
J A W   J A K    R E J    S Y B
R A M   S Y W   Z K H   Z H J

J A M A D I L A W A L1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa    Ah
                                              01
02  03   04   05   06    07   08
09  10   11   12   13    14   15
16  17   18   19   20    21   22
23  24   25   26   27    28   29
30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi ☀️  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil

Zikir Harian Imam Al Ghazali

Sharing is Caring

Surah Fatir ayat 1-2

Perbaiki Solat

Doa Khatam Quran

6 Pedoman Hidup yang Tidak Boleh dilupakan

Surah Al-Baqarah ayat 152-153 

10 Doa Dahsyat dalam Al-Quran

Amalkan Lepas solat

Surah Al Fatihah dan Surah Al-Isra ayat 9-14

Zikir Pagi Amalan Sunnah

Allah is the best planner ☺️💯 

Panduan Mengerjakan Solat Jenazah

Muhasabah Diri

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi dihari Jumaat

Salam JUMAAT

Amalan sunat hari Jumaat

Doa Memohon Ampun dan Rahmat

Doa Hari Jumaat

🍄 Empat Doa yang penuh dengan Keberkatan

🤲 BerDOAlah ~ Adab Berdoa ~ Doa Ibu Bapa

👑 Sayyidul Istighfar ~ Doa Terhindar dari Ujian Berat ~ Bismillah 5 ~ Doa Nabi Yunus

🦋 Surah Al-Baqarah ayat 286 ~ Surah Al-Humazah

💐 Doa Lepas Baca al-Quran ~ Khatam Quran

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Menanti Imam Mahdi: Tanda-tanda Besar Sebelum Kemunculan Pemimpin Akhir Zaman

“Di akhir zaman, orang yang berpegang pada agamanya seperti memegang bara api.”Imam Ahmad bin Hanbal

Mukadimah

Dalam kegelapan zaman penuh ujian ini, Allah SWT tidak membiarkan hamba-hamba-Nya teraba-raba tanpa panduan.

Melalui Rasulullah SAW, kita diberikan panduan tentang peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi.

Setiap tanda yang disampaikan bukan sekadar ramalan, tetapi tanda kasih sayang Allah SWT, yang akan menyinari dunia dengan keadilan di saat kegelapan semakin meluas.

Peperangan di Tanah Suci: Permulaan Ujian Besar
Konflik di Jazirah Arab


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah berlaku peperangan di antara dua kumpulan besar, yang mana dakwaan mereka adalah sama.” (Sahih Bukhari)

Hadis ini sering ditafsirkan sebagai petanda akan berlaku peperangan besar di Tanah Suci atau kawasan Arab yang akan menggemparkan umat Islam.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan lebih terperinci bahawa dua pasukan akan bertempur, masing-masing mendakwa berada di pihak yang benar.

Para ulama menjelaskan bahawa konflik ini mungkin akan menjadi pencetus kepada rangkaian peristiwa menuju kemunculan Imam Mahdi.

Bayangkan suasana kacau-bilau ini: tanah suci yang pernah dijejaki Rasulullah SAW, tempat yang menjadi saksi turunnya wahyu, akan menjadi medan pertempuran sesama Muslim.

Hati siapa yang tidak sedih membayangkan Ka’bah yang selama ini menjadi tempat tawaf umat Islam, kini dikelilingi dengan suara tangisan dan dentuman senjata?

Nota: Tafsiran tentang “dua kumpulan besar” ini adalah salah satu kemungkinan dan tidak semua ulama bersetuju bahawa ia merujuk kepada pertempuran di Mekah atau Madinah.

Kematian Seorang Khalifah
Di tengah-tengah kekacauan ini, umat Islam akan digemparkan dengan berita kematian seorang khalifah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan berlaku perselisihan selepas kematian seorang khalifah. Seorang lelaki dari penduduk Madinah akan keluar lari ke Mekah. Beberapa orang penduduk Mekah akan mendatanginya, mengeluarkannya sedang dia membencinya, dan membai’ahnya di antara Rukun dan Maqam.” (Sunan Abu Daud)

Hadis ini menunjukkan sifat tawaduk Imam Mahdi yang enggan menerima kepimpinan dan hanya menerimanya dengan berat hati.

Dalam dunia hari ini di mana ramai yang berebut kuasa, akan muncul seorang pemimpin yang lari dari kekuasaan yang ditawarkan kepadanya. Subhanallah, betapa mulianya sifat rendah hati ini!

Nota: Hadis ini adalah riwayat yang sahih, tetapi ulama berbeza pandangan tentang identiti “khalifah” yang dimaksudkan dan sejauh mana kedekatan masa antara kematian khalifah ini dan kemunculan Imam Mahdi.

Tentera dari Timur: Pembawa Panji Hitam
Kemunculan Pasukan dari Khurasan

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang tidak dapat dihalang oleh apa-apa sehingga ia dipacakkan di Iliya (Baitul Maqdis).” (Sunan At-Tirmidhi)

Dari wilayah yang kini merangkumi sebahagian Afghanistan, Iran, dan Asia Tengah, akan muncul satu pasukan yang membawa panji-panji hitam.

Rasulullah SAW menggambarkan kekuatan iman mereka dengan ungkapan: “Hati mereka seperti kepingan besi.”

Bayangkan kekuatan iman yang sedemikian! Dalam zaman di mana kebanyakan hati telah keras terhadap agama, akan muncul sekumpulan manusia yang hatinya sekuat besi dalam mempertahankan kebenaran.

Mereka tidak gentar dengan cercaan manusia, tidak takut dengan ancaman musuh, kerana hati mereka penuh keyakinan kepada Allah SWT.

Nota: Hadis tentang panji-panji hitam dari Khurasan ini diperselisihkan kesahihannya oleh ulama. Sebahagian ulama menganggapnya dha’if (lemah), jadi berhati-hatilah dalam menyampaikan makna atau tafsirannya.

Pesanan Rasulullah SAW tentang Panji Hitam

Rasulullah SAW berpesan: “Apabila kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya di sana ada Khalifatullah (Imam Mahdi) yang mendapat petunjuk.” (Sunan Ibnu Majah)

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Perhatikan betapa pentingnya pesan ini!

Baginda SAW menyuruh kita mendatangi panji-panji hitam ini walaupun terpaksa merangkak di atas salji – satu gambaran tentang kesukaran dan pengorbanan yang perlu ditempuhi.

Para ulama menjelaskan bahawa pasukan panji hitam ini akan menjadi pendokong utama Imam Mahdi dalam menegakkan keadilan.

Nota: Kesahihan hadis ini juga diperdebatkan, dan tidak semua ulama sepakat akan kewajipan untuk mendatangi panji hitam ini. Tafsiran hadis ini perlu difahami dengan cermat, tanpa terlalu taksub.

Tanda-tanda di Langit: Fenomena yang Belum Pernah Terjadi
Gerhana Bulan dan Matahari di Bulan Ramadhan


Ada riwayat yang menyebutkan bahawa dalam bulan Ramadhan yang bersejarah, akan berlaku fenomena yang belum pernah terjadi:

“Bagi Mahdi kami ada dua tanda yang belum pernah terjadi sejak penciptaan langit dan bumi: bulan akan gerhana pada awal Ramadhan dan matahari akan gerhana pada pertengahannya.” (Dar Qutni)

Imam Baqir menambah: “Sejak Allah menciptakan Adam, belum pernah berlaku gerhana bulan pada awal Ramadhan dan gerhana matahari pada pertengahannya.”

Para ulama menjelaskan bahawa biasanya gerhana bulan berlaku di pertengahan bulan, sementara gerhana matahari di awal atau akhir bulan. Riwayat ini menunjukkan bahawa fenomena ini mungkin menyalahi kebiasaan alam, sebagai tanda jelas untuk kemunculan Imam Mahdi.

Nota: Riwayat tentang “gerhana kembar” ini dianggap dha’if oleh banyak ulama. Dari sudut astronomi, fenomena ini sukar berlaku, jadi ia harus dilihat sebagai salah satu pandangan, bukan sebagai ramalan pasti.

Kemunculan Bintang Berekor

Diriwayatkan bahawa akan muncul sebuah bintang berekor yang terang-benderang, menerangi bumi seperti bulan yang bersinar.

“Akan muncul sebuah bintang dari timur yang akan memberikan cahaya, sehingga ia kelihatan seperti bulan yang bersinar.” (Nuaim bin Hammad dalam Al-Fitan)

Bintang berekor ini mungkin merujuk kepada komet atau fenomena angkasa yang jarang berlaku.

Para ulama mentafsirkan bahawa ia akan menjadi tanda nyata bagi mereka yang memerhati tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi.

Nota: Ini adalah riwayat yang dipertikaikan kesahihannya dan diambil dari sumber yang lemah. Tidak semua ulama menerima riwayat ini sebagai petunjuk yang pasti.

Krisis Global: Ujian Buat Umat Manusia
Kegawatan Ekonomi yang Mencengkam


Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba suatu zaman di mana manusia hanya makan riba. Sesiapa yang tidak memakannya akan terkena debunya.” (Sunan Abu Daud)

Dunia akan dilanda krisis ekonomi yang dahsyat, wang akan kehilangan nilainya, kemiskinan akan merebak, dan manusia akan berebut mencari sesuap nasi.

Para ulama menafsirkan bahawa keadaan ini mungkin akan menyebabkan masyarakat terbuka kepada kepimpinan Imam Mahdi, yang akan membawa sistem ekonomi yang adil.

Fitnah yang Membutakan Hati

Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh penipuan. Pendusta akan dipercayai, orang yang benar akan didustakan, pengkhianat akan dipercayai, dan orang yang amanah akan dituduh khianat. Ar-Ruwaibidah akan berbicara.” (Sunan Ibn Majah)

Baginda menjelaskan, “Ar-Ruwaibidah adalah orang bodoh yang berbicara tentang urusan umum.”

Ini menggambarkan krisis moral dan sosial yang akan melanda manusia di akhir zaman, di mana nilai kebenaran dan amanah akan semakin hilang.

Kemunculan Sufyani: Ujian Terakhir Sebelum Fajar Menyinsing

Siapakah Sufyani?

Diriwayatkan bahawa sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan muncul seorang pemimpin yang zalim dikenali sebagai Sufyani, yang akan menindas umat Islam dengan kejam.

Kemunculannya dijelaskan dalam beberapa riwayat sebagai keturunan dari Abu Sufyan, yang akan memerintah beberapa wilayah dan melakukan kezaliman.

Nota: Riwayat tentang Sufyani juga bersumber dari hadis-hadis yang lemah, dan tidak semua ulama menganggap kemunculan Sufyani sebagai tanda wajib sebelum kemunculan Imam Mahdi.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Persediaan Menghadapi Hari-hari
Ujian


Memperteguh Iman di Masa Sukar
Mengetahui tanda-tanda ini bukanlah untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk menguatkan iman dalam menghadapi hari-hari yang mencabar. Setiap Muslim perlu:

Menuntut ilmu yang sahih untuk mengukuhkan akidah

Menjaga solat dan meningkatkan amalan ibadah

Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah

Memperbanyakkan zikir dan istighfar

Nasihat Ulama

Para ulama mengingatkan pentingnya persediaan rohani. Imam Ahmad bin Hanbal berkata,

“Di akhir zaman, orang yang berpegang pada agamanya seperti memegang bara api.”

Penutup: Doa dan Harapan

Ya Allah, di saat tanda-tanda ini mula muncul, kuatkanlah iman kami.

Peliharalah kami daripada fitnah-fitnah yang membutakan hati, dan jadikanlah kami antara yang tetap teguh di jalan kebenaran sehingga kemunculan Imam Mahdi.

Ya Allah, jika kami ditakdirkan hidup pada zaman tersebut:

Jadikanlah kami penyokong kebenaran,

Kurniakanlah kekuatan untuk istiqamah,

Dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Nota Penting: Artikel ini adalah kompilasi tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi berdasarkan pelbagai riwayat. Sesetengah riwayat mungkin lemah dari segi kesahihannya, jadi perbincangan ini harus difahami sebagai panduan dan peringatan, bukan ramalan masa depan yang pasti.
Wallahu a’lam.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Setelah Imam Mahdi Muncul: Detik-detik Perubahan Dunia

“Di akhir zaman, ujian dan fitnah akan datang bertubi-tubi. Persiapkanlah imanmu dan berpegang teguhlah pada kebenaran, kerana di sana terletak perlindungan daripada segala kekeliruan.”

Mukadimah

Di lorong-lorong Mekah yang bersejarah, di antara Rukun dan Maqam, seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW akan dibaiah sebagai pemimpin umat Islam.

Dengan keengganan yang jelas terpancar di wajahnya, dia menerima tanggungjawab berat ini.

Dialah Imam Mahdi, yang disebut-sebut dalam beberapa hadis Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang akan menegakkan keadilan.

Namun, pembaiahan ini bukanlah penamat cerita. Ia hanyalah permulaan kepada satu siri peristiwa besar yang akan mengubah wajah dunia selama-lamanya.

Mari kita selami peristiwa-peristiwa penting yang dikaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi, sehingga pertemuan agungnya dengan Nabi Isa a.s.

Pembaiahan di Tanah Suci

Detik-detik Bersejarah


Rasulullah SAW menggambarkan saat pembaiahan ini dengan terperinci:

“Dia akan dibaiah di antara Rukun dan Maqam. Dia dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku.” (Riwayat Abu Daud)

Para ulama menjelaskan bahawa pembaiahan ini akan berlaku dalam suasana tegang, di mana kota Mekah berada dalam kekacauan akibat perebutan kuasa selepas kematian seorang khalifah.

Di tengah situasi genting inilah Imam Mahdi, yang pada mulanya cuba mengelak daripada tanggungjawab ini, akan menerima amanah kepimpinan.

Reaksi Dunia Islam

Berita pembaiahan ini akan tersebar dengan pantas ke seluruh dunia Islam.

Sebahagian besar umat Islam akan menerima Imam Mahdi dengan penuh kegembiraan, tetapi ada juga yang akan menentangnya.

“Akan datang kepadanya bantuan dari timur. Mereka akan memudahkan jalannya dan menyokong kerajaannya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Nota: Tafsiran tentang “bantuan dari timur” yang akan menyokong Imam Mahdi adalah pendapat sebahagian ulama, namun tidak semua hadis mengenainya dianggap sahih.

Peperangan Pertama: Menentang Penentang dari Dalam

Konflik di Semenanjung Arab

Sebaik sahaja Imam Mahdi dibaiah, satu tentera besar dari arah Syria akan bergerak ke Mekah untuk menentangnya. Rasulullah SAW bersabda:

“Satu tentera akan dihantar untuk menyerangnya. Apabila mereka sampai di Baida’ (padang pasir antara Mekah dan Madinah), mereka akan ditenggelamkan ke dalam bumi.” (Riwayat Sahih Muslim)

Peristiwa menakjubkan ini menjadi bukti bahawa Imam Mahdi benar-benar dipilih oleh Allah SWT.

Bayangkan pemandangan ini – satu pasukan tentera besar yang mara dengan penuh keyakinan, tiba-tiba ditelan bumi dalam sekelip mata!

Nota: Hadis ini sahih dan termaktub dalam Sahih Muslim, tetapi tiada hadis menyebut berkenaan tentera moden atau senjata.

Cabaran dari Pemimpin Arab

Hadis-hadis juga menyebut bahawa tiga orang putera raja akan bertarung untuk mendapatkan khazanah yang tersimpan di Ka’bah.

Setiap dari mereka meyakini bahawa mereka berhak ke atasnya.

Di tengah konflik inilah Imam Mahdi akan muncul.

“Akan berlaku perselisihan selepas kematian seorang khalifah. Tiga orang putera raja akan berebut, tetapi tidak seorang pun dari mereka akan mendapatkannya. Kemudian, panji-panji hitam akan muncul dari timur…” (Riwayat Abu Daud)

Nota: Hadis ini sahih, tetapi tidak ada penjelasan yang terperinci mengenai bentuk khazanah tersebut atau identiti tiga putera raja yang dimaksudkan.

Pembebasan Baitul Maqdis

Misi ke Jerusalem

Setelah mengukuhkan kedudukannya di Mekah dan Madinah, Imam Mahdi dikatakan akan memimpin tentera Islam ke arah Baitul Maqdis (Jerusalem) untuk membebaskan tanah yang diberkati ini.

“Panji-panji hitam akan bergerak dari timur, seolah-olah hati mereka kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang dan baiah kepada mereka, walaupun dengan merangkak di atas salji.” (Riwayat Ibnu Majah)

Para ulama berbeza pandangan mengenai hadis panji-panji hitam ini kerana ia adalah riwayat yang dipertikaikan kesahihannya.
Sebahagian ulama mentafsirkan bahawa tentera Imam Mahdi akan terdiri daripada pasukan gabungan – mereka yang membawa panji hitam dari timur dan pasukan dari Semenanjung Arab yang telah membaiah kepadanya.

Pertempuran di Syria

Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, tentera Imam Mahdi dikatakan akan menghadapi pelbagai cabaran dan pertempuran, termasuk pertempuran sengit di Syria.

“Peperangan akan berlaku di bawah tiga panji: panji hitam dari timur, panji Sufyani, dan panji Yamani. Sufyani akan mengalahkan Yamani, kemudian dia akan berpaling untuk melawan panji hitam, tetapi panji hitam akan mengalahkannya.” (Riwayat Nu’aim bin Hammad)

Nota: Hadis-hadis mengenai Sufyani banyak yang lemah (dha’if) dan bukan sumber yang sahih. Oleh itu, kisah ini hanya merupakan salah satu pandangan dalam Islam.

Pembaharuan Dunia di Bawah Kepimpinan Imam Mahdi

Pemulihan Sistem Ekonomi


Di tengah-tengah kekacauan perang, Imam Mahdi dikatakan akan memulakan pembaharuan ekonomi yang adil.

Sistem riba yang menindas akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem ekonomi berlandaskan syariah.

Rasulullah SAW bersabda: “Di akhir umatku, akan ada seorang khalifah yang akan mengagihkan harta dengan sangat banyak tanpa menghitungnya.” (Riwayat Sahih Muslim)

Bayangkan satu sistem di mana:

Kekayaan diagihkan dengan adil

Penindasan ekonomi dihapuskan

Setiap orang mendapat haknya

Kemiskinan dikurangkan secara drastik

Nota: Hadis ini sahih, tetapi hadis tidak memberikan perincian lanjut berkenaan mekanisme sistem ekonomi.

Kebangkitan Ilmu dan Hikmah

Selain pembaharuan ekonomi, zaman Imam Mahdi dijangkakan menyaksikan satu kebangkitan ilmu yang menakjubkan. Ulama menyebut bahawa rahsia-rahsia  Al-Quran akan tersingkap dan ilmu-ilmu yang hilang akan ditemui semula.

“Dia akan mengeluarkan kitab-kitab Torah yang asli dari sebuah gua di Antakya, dan akan berhujah dengan orang Yahudi menggunakan kitab itu sehingga ramai di antara mereka akan memeluk Islam.” (Riwayat dalam beberapa kitab sejarah)

Nota: Ini adalah riwayat dari sumber-sumber yang kurang kuat, ia adalah sebahagian dari pandangan dalam Islam.

Detik-detik Menjelang Pertemuan Bersejarah

Kemunculan Dajjal


Ketika Imam Mahdi sedang membangunkan semula dunia Islam, muncul ancaman besar – Dajjal. Kemunculannya disebut dalam hadis-hadis sahih sebagai ujian terbesar bagi umat Islam.

“Dajjal akan muncul di timur, di sebuah tempat bernama Khurasan. Dia akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti perisai yang berlapis-lapis.” (Riwayat Tirmidhi)

Ulama menjelaskan bahawa ini akan menjadi masa paling mencabar bagi kepimpinan Imam Mahdi, kerana Dajjal akan datang dengan fitnah dan tipu daya yang belum pernah dilihat oleh manusia.

Nota: Hadis tentang kemunculan Dajjal adalah sahih, tetapi perincian mengenai tempat dan pengikutnya adalah dari riwayat yang lebih lemah.

Persiapan Menghadapi Dajjal

Imam Mahdi akan mempersiapkan umat Islam untuk menghadapi fitnah Dajjal dengan:

Menguatkan iman umat Islam

Membina benteng pertahanan rohani

Mengajar umat tentang tanda-tanda Dajjal

Memperkuatkan persatuan umat Islam

Nota: Ini adalah tafsiran berdasarkan hadis-hadis yang menyebut Imam Mahdi sebagai pemimpin yang adil.

Menanti Kedatangan Nabi Isa

Tanda-tanda Menjelang Pertemuan

Ketika situasi semakin genting dalam menghadapi Dajjal, tanda-tanda kedatangan Nabi Isa a.s. akan muncul. Menurut beberapa hadis, pada waktu ini:

Imam Mahdi akan berada di Damaskus

Umat Islam sedang bersiap untuk solat Subuh

Pertempuran dengan tentera Dajjal berada di kemuncaknya

Detik-detik Terakhir Sebelum Pertemuan

Rasulullah SAW menggambarkan saat-saat ini dengan begitu indah: “Imam Mahdi akan maju untuk memimpin solat Subuh. Tiba-tiba, Nabi Isa bin Maryam akan turun. Imam Mahdi akan berundur ke belakang, tetapi Nabi Isa akan meletakkan tangannya di antara bahu Imam Mahdi dan berkata: ‘Majulah, kerana iqamah telah dilakukan untukmu.'” (Riwayat Ibnu Majah)

Nota: Hadis ini sahih dan dipercayai oleh sebahagian besar ulama.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Penutup: Pengajaran dan Renungan

Kisah kemunculan dan perjuangan Imam Mahdi ini memberi kita banyak pengajaran berharga:

Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya tanpa panduan

Setiap kesukaran pasti ada jalan keluarnya

Kemenangan memerlukan pengorbanan dan kesabaran

Persatuan umat Islam adalah kunci kekuatan

Iman yang teguh adalah benteng terkuat menghadapi ujian

Doa Penutup

Ya Allah! Kukuhkanlah iman kami sementara menanti kemunculan Imam Mahdi. Jika Engkau takdirkan kami hidup pada zamannya:

Jadikanlah kami antara pendokongnya yang setia

Kuatkan hati kami menghadapi segala ujian

Peliharalah kami dari fitnah Dajjal

Kurniakanlah kami kemuliaan syahid di jalan-Mu

Kumpulkanlah kami dalam golongan yang berjaya di dunia dan akhirat

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Nota Penting: Artikel ini disusun berdasarkan hadis-hadis dan riwayat mengenai peristiwa selepas kemunculan Imam Mahdi. Sesetengah riwayat mungkin lemah atau diperselisihkan darjat kesahihannya. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberi gambaran umum dan peringatan kepada umat Islam dalam mempersiapkan diri menghadapi hari-hari yang mendatang.
Wallahu a’lam.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Pertemuan Agung di Fajar Damaskus: Kisah Pertemuan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Pertemuan Agung: Turunnya Nabi Isa Menemui Imam Mahdi


Fajar mula menyinsing di ufuk timur kota Damaskus. Udara pagi yang dingin menyelimuti Syria, menambah suasana tenang dan hening di sekitarnya.

Kota yang sering bergolak dengan peperangan kini dalam keadaan tenang namun penuh harap, seolah-olah menanti sesuatu yang besar akan berlaku.

Laungan azan Subuh berkumandang dari menara-menara Masjid Umawi, memanggil umat Islam untuk bersujud kepada Allah SWT.

Di lorong-lorong kota yang masih gelap, satu demi satu umat bergerak menuju masjid, wajah-wajah mereka mencerminkan keletihan setelah hari-hari penuh ujian dan cabaran melawan Dajjal.

Malam ini bukan malam biasa. Ada sesuatu yang istimewa dalam udara Damaskus.

Para jemaah di masjid dapat merasakannya; sebuah keheningan penuh misteri yang sulit diungkapkan.

Ini mungkin perasaan yang sama yang dirasakan oleh para sahabat ketika Rasulullah SAW memimpin mereka untuk pertama kali, atau seperti ketegangan yang menyelubungi umat Islam ketika menantikan pembukaan Kota Makkah.

Setiap jiwa dalam Masjid Umawi malam itu tahu, sesuatu yang besar dan agung akan berlaku.

Imam Mahdi: Pemimpin Umat Menjelang Kedatangan Nabi Isa a.s.

Di dalam Masjid Umawi, saf-saf jemaah mula terbentuk. Imam Mahdi, pemimpin yang telah lama dinantikan umat Islam, berdiri di hadapan.

Tubuhnya yang tegap tetapi mulai berusia menambahkan aura kepemimpinannya.

Imam Mahdi dikenal sebagai pemimpin yang tidak pernah mencari kekuasaan, malah menolak baiah ketika ditawarkan kepadanya di antara Rukun dan Maqam.

Namun, pada akhirnya, beliaulah yang Allah SWT pilih untuk memimpin umat Islam di akhir zaman ini.

Di bawah pimpinannya, keadilan ditegakkan, dan kezaliman beransur hilang, kecuali satu cabaran terakhir yang kini berada di pintu-pintu kota: Dajjal.

Para pengikut Imam Mahdi memandangnya dengan penuh kepercayaan.

Mereka tahu, perjuangan mereka masih belum selesai. Namun, malam ini, mereka seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang istimewa.

Imam Mahdi mengangkat tangannya untuk memulai takbiratul ihram.

Tepat saat itu, sebuah peristiwa luar biasa berlaku, mengubah suasana masjid menjadi saksi bagi keagungan Allah.

Kehadiran Cahaya dan Turunnya Nabi Isa a.s.

Tiba-tiba, sebuah cahaya terang muncul, menerangi seluruh masjid. Cahaya ini bukan seperti lampu atau kilat; ia lebih mempesona dan mendamaikan.

Para jemaah terkejut, tetapi tidak takut. Dalam cahaya yang menyilaukan itu, mereka melihat satu sosok lelaki yang sedang turun dengan perlahan, diiringi oleh dua malaikat di kedua sisinya. Rasulullah SAW telah memberikan gambaran tentang turunnya Nabi Isa a.s. dalam hadis yang sahih:

“Isa ibn Maryam akan turun ke bumi dengan memakai dua helai pakaian berwarna kuning, dan seakan-akan baru sahaja keluar dari mandi.” (Sahih Bukhari)

Nabi Isa a.s. kini turun semula ke bumi, tepat seperti yang dijanjikan dalam  Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Dalam Surah Az-Zukhruf, Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya dia (Isa) benar-benar menjadi tanda bagi datangnya hari kiamat…” (Surah Az-Zukhruf, 43:61)

Umat Islam di dalam masjid terpaku melihat kehadiran nabi yang telah lama dinantikan.

Ada yang menangis, ada yang tersungkur sujud, dan ada yang berdiri dalam keterpanaan. Setiap jiwa di sana dipenuhi dengan campuran perasaan – kagum, takut, haru, dan bahagia.

Mereka menyaksikan salah satu janji terbesar Allah menjadi kenyataan di hadapan mata mereka.

Solat Subuh Bersejarah di Masjid Umawi

Di bawah kubah megah Masjid Umawi, solat Subuh pada pagi itu menjadi solat yang tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah umat Islam.

Nabi Isa a.s., seorang nabi yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh umat Islam selama lebih dua ribu tahun, berdiri di barisan pertama sebagai makmum kepada Imam Mahdi.

Ini menjadi bukti kerendahan hati dan persatuan yang Allah kehendaki untuk umat manusia.

Ketika Imam Mahdi melafazkan takbir, gema takbir itu seolah-olah bergema hingga ke ‘Arasy.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Setiap ayat dalam surah Al-Fatihah yang dibacakan mengandungi makna yang lebih mendalam, menggetarkan hati setiap jemaah yang hadir.

Ketika sampai kepada ayat “Ihdinash shirathal mustaqim” (Tunjukkanlah kami jalan yang lurus), suara isak tangis terdengar di seluruh masjid, seakan-akan doa tersebut mendapat pengabulan yang telah lama ditunggu.

Malaikat turut hadir membentuk saf di langit, melengkapkan suasana yang dipenuhi dengan kehadiran rohani yang kuat dan khusyuk.

Setiap sujud terasa begitu dekat dengan Allah SWT, setiap rukuk penuh dengan pengabdian dan kerendahan diri.

Perbincangan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Selepas Solat

Selesai solat, Nabi Isa a.s. dan Imam Mahdi berpelukan dalam suasana penuh haru.

Ini adalah pertemuan yang menjadi bukti kasih sayang, kerendahan hati, dan persatuan di antara dua pemimpin yang telah dijanjikan Allah SWT.

Nabi Isa a.s. memandang Imam Mahdi dengan penuh kasih dan berkata, “Saudaraku, Allah telah mengutus saya pada waktu yang tepat. Dajjal kini berada di pintu-pintu kota. Marilah kita bersama-sama menghapuskan fitnahnya.”

Imam Mahdi mengangguk, wajahnya bersinar dengan harapan baru.

“Ya Nabi Allah, kami telah menanti kedatanganmu. Umat Islam telah lama berperang dengan Dajjal, ramai yang telah terkorban, dan banyak yang terfitnah. Dengan kehadiranmu, saya yakin kemenangan kini di hadapan kita.”

Persiapan Menuju Pertempuran Terakhir Melawan Dajjal

Cahaya matahari mula menyinari Damaskus, menerangi kubah-kubah emas Masjid Umawi.

Berita tentang turunnya Nabi Isa a.s. tersebar dengan cepat, dan umat Islam di sekitar kota mulai berduyun-duyun menuju masjid untuk melihat nabi yang telah lama dijanjikan ini.

Di dalam masjid, Nabi Isa a.s. dan Imam Mahdi bersama para panglima tentera berdiskusi mengenai strategi untuk menghadapi pertempuran terakhir melawan Dajjal.

Nabi Isa a.s. menyampaikan, “Allah telah memberitahu saya bahawa tiada seorang pun yang mampu membunuh Dajjal melainkan saya. Kita akan menemuinya di Bab Ludd.”

Para panglima mendengar dengan penuh perhatian, mengetahui bahawa misi ini adalah pengakhiran bagi fitnah terbesar dalam sejarah.

Imam Mahdi kemudian berkata kepada tenteranya, “Selama ini kita telah berperang dengan segala kemampuan. Tetapi hari ini, Allah telah mengutus seorang nabi untuk kita, yang akan menghancurkan kebatilan dengan izin Allah.”

Menuju Medan Pertempuran

Menjelang tengah hari, Nabi Isa a.s. dan Imam Mahdi keluar dari Masjid Umawi, diiringi tentera Islam yang penuh semangat dan keyakinan. Nabi Isa a.s., dalam pakaian perang yang sederhana tetapi memancarkan cahaya, dan Imam Mahdi dengan pedang Rasulullah SAW di pinggangnya, memimpin barisan tentera.

Udara Damaskus yang dingin dipenuhi debu-debu yang terbang bersama angin, dan di kejauhan, tanda-tanda kehadiran tentera Dajjal semakin jelas.

Nabi Isa a.s. berseru kepada para tentera, membakar semangat mereka, “Saudara-saudaraku! Hari ini kita akan menyaksikan bagaimana Allah menghancurkan kebatilan terbesar. Bersiaplah untuk kemenangan yang telah dijanjikan!”

Umat Islam yang berkumpul merasakan keberanian dan keyakinan yg luar biasa, mereka tahu, dengan kehadiran Nabi Isa a.s., kemenangan kini hampir di genggaman.

Pengajaran dan Renungan dari Pertemuan Agung Ini

Kisah pertemuan agung antara Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. di Masjid Umawi menyampaikan banyak pengajaran berharga:

Kerendahan Hati Pemimpin – Nabi Isa a.s., seorang nabi besar, bermakmum kepada Imam Mahdi, menunjukkan bahwa pemimpin sejati adalah yang penuh dgn kerendahan hati.

Persatuan Umat – Dalam menghadapi fitnah Dajjal, umat Islam perlu bersatu di bawah satu kepemimpinan, karena persatuan adalah kunci kekuatan.

Janji Allah itu Pasti – Walau bagaimana sulitnya keadaan, pertolongan Allah pasti tiba pada waktu yg ditetapkan.

Kesabaran dalam Menghadapi Ujian – Umat Islam diajar utk bersabar dalam menghadapi tribulasi akhir zaman, kerana setiap kesulitan pasti ada pengakhirannya.

Kemenangan Kebenaran – Walaupun kebatilan tampak kuat pada mulanya, kebenaran akan tetap menang pada akhirnya.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
Doa Penutup

Ya Allah, semoga ketika kami membaca kisah ini, hati kami menjadi lebih teguh dalam mencintai Nabi Isa a.s. dan menghormati Imam Mahdi.

Bantulah kami menghadapi fitnah akhir zaman dan teguhkanlah kami di atas jalan kebenaran.

Jika Engkau takdirkan kami hidup hingga ke zaman itu, jadikanlah kami sebagai tentera yang setia dan kurniakanlah kami kemuliaan syahid dalam perjuangan ini.

Amin, ya Rabbal ‘alamin.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ini kekuatan pikiranmu yang selama ini tidak kamu sadari:

1. Kekuatan Pikiran Bawah Sadar

Sebagian besar dari apa yang kamu lakukan dan pikirkan dikendalikan oleh pikiran bawah sadar. Pikiran ini memainkan peran penting dalam membentuk perilakumu, bahkan ketika kamu tidak menyadarinya.

Dengan pemahaman yang lebih dalam tentang pikiran bawah sadar, kamu dapat mengendalikan dirimu dengan lebih baik.

2. Kekuatan visualisasi

Kemampuan untuk memvisualisasikan tujuan dan impianmu dapat menjadi kekuatan besar. Pikiran visualisasi dapat membantmu merencanakan dan mencapai apa yang kamu inginkan dalam hidup, karena membantu kita fokus pada tujuan kita.

3. Kekuatan Intuisi

Intuisi atau firasat seringkali tidak disadari, tetapi bisa menjadi panduan yang kuat dalam pengambilan keputusanmu. Kamu mungkin merasakan sesuatu tanpa memiliki bukti konkret, dan sering kali, intuisi tersebut dapat membantumu membuat keputusan yang bijak.

4. Pikiran mengendalikan perasaan

Emosi memiliki kekuatan besar dalam memengaruhimu. Emosi seperti cinta, kebahagiaan, dan motivasi dapat memacumu untuk mencapai prestasi yang luar biasa. Di sisi lain, munculnya perasaan dapat kamu kendalikan dengan apa yang kamu pikirkan.

5. Kekuatan kreativitas

Kamu memiliki kemampuan untuk berpikir kreatif, menciptakan ide-ide baru, dan menemukan solusi yang inovatif untuk masalah. Terkadang kamu tidak menyadari sejauh mana kamu dapat kreatif kita untuk mengatasi tantangan.

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
2024/11/20 05:30:45
Back to Top
HTML Embed Code: