Telegram Web Link
Untuk renungan bersama...

Hidup yang kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),

Hidup yang tak tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,

Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,

Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

Jom perbaiki solat kita...

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
BERISTIGHFARLAH...

Tak ada kalimat yang lebih sejuk di hati daripada istighfar.

Istighfar adalah ubat yang menyembuhkan berbagai di hati.

lstighfar penawar hati ketika
seseorang sedang risau.


@quotephotovideo 🦠🦠🦠
PABILA ALLAH MENGUJI...

Manusia tidak suka miskin
Tidak suka terhina dan
Tidak suka berpenyakit
Padahal itu semua mungkin
Baik baginya
Untuk bekalan di Akhirat .

Sebaliknya manusia suka kaya,
Sihat dan ternama atau terkenal
Padahal Semua itu bahaya
Dan tidak baik baginya
Akibatnya Akan membuat kita
Jauh dari Allah

Ada masa kita
Berdiri gagah
sebab kita sihat.
Lalu Allah uji kita
Dengan penyakit.
Hilang nikmat kesihatan.

Ada masa kita
Berjalan megah
Dengan duit
Lalu Allah uji kita
Dengan kemiskinan
Hilang nikmat harta

Dan ada masa kita
Mampu makan.
Lalu Allah uji kita
Dengan rasa hilang selera.
Hilang nikmat merasa.

Bila begitu Allah menguji kita
Bukan bermakna kita itu
Allah tidak sayang tetapi

Bila Allah itu menguji
kita ketahuilah
bahawa Dia sedang
Merindui kita.
Lalu dipanggilNya
kita dengan ujian

Dia mahu mendengar
Rintihan suara kita dalam doa.
Dia mahu segala masalah kita
dikongsikan bersamaNya

Begitulah sayangNya ALLAH
Pabila menguji KITA
Adakah kita redha
Sebagai HAMBA sejat
i

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Seimbangkan Hidup​

Sedarilah bahawa pencarian harta benda tidak ada kesudahannya, kerana... kesudahan kehidupan itu adalah kematian.

Namun, pencarian ilmu & iman itu tidak ada noktah penghujungnya, kerana.. pencarian itulah yang akan menjadi benteng penyelamat selepas kematian.

Justeru, berwaspadalah dengan pencarian harta supaya tidak terabai masa & tenaga yang juga diperlukan untuk pencarian ilmu & iman.

Hidup ini bagaikan senafas ke barzakh. Bila-bila akan datang tepat pada masanya.

@quotephotovideo 💛💛💛
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

┅══•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•══┅

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
275 of 365 🗓 SELASA 💕 27 RABIUL AWAL 1446H 01 OKTOBER 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

🌞 Selamat Pagi

Awali
Harimu
DENGAN KEYAKINAN

HARI INI AKAN JAUH LEBIH BAIK DARI HARI KELMARIN KERANA SETIAP HARI MEMILIKI CERITANYA MASING-MASING

Jika hidup ini sebuah cerita Fikirkan bagaimana kita akan membuat cerita ini supaya indah untuk dikenang..

Tetap Semangat 💪🏼

Ya Allah jadikanlah kami bahagian dari orang-orang yang mudah rezekinya, ringan keadaannya, tercukupi keperluannya dan dikabulkan keinginannya.

BERSYUKUR
ITU INDAH, NIKMAT DAN BAHAGIA

Semoga Allah memberi
Sihat Badan
Sihat Pikiran
Sihat Hati
Dan di mudahkan
Urusan serta Rezeki
Kita semua

Aamiin Ya Mujibassailin 🤲🏼
ᴴᵃᵐᵇᵃ ᴬˡˡᵃʰ📿🌹💚
✎﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K286
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Ketika Makan


عَنْ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Daripada Umar bin Abi Salamah katanya:

Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu.

(HR Bukhari No: 5061)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mengajar agar beradab dalam setiap perkara termasuklah ketika makan.

2.  Antara adab makan dalam Islam:

a.  Memulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillah)

b.  Makan menggunakan tangan kanan

c.  Mulakan makanan yang paling hampir dengan kita

3.  Makanan dan minuman yang tidak menyebut nama Allah akan disertai oleh syaitan. Rasulullah bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ الَّذِى لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya." (HR. Abu Daud No. 3766). Status: Hadis Sahih

Ikuti pesan Rasulullah SAW dalam makan dan minum.

27hb Rabiul Awal 1446H
01hb Oktober 2024


@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1446H

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Kita diperintahkan untuk makan sesuatu yang halal lagi baik. Pada masa yang sama kita juga perlu memastikan makanan yang dimakan tidak tergolong dalam makanan yang syubhah.

#Yang terbaik, makanan itu halal, bersih, berkhasiat dan disediakan oleh orang yang beriman lagi bertaqwa. Ini termasuk dalam bab berkaitan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makanan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa.

#Rasulullah saw pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ

"Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan  jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa" (HR Abu Daud)

#Disebutkan juga oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulum al-Din:

لا تأكل إلا طعام تقي ولا يأكل طعامك إلا تقي

"Janganlah kamu makan melainkan makanan orang bertaqwa dan jangan seseorang makan makananmu melainkan orang bertaqwa".

#Jom hayati kisah kewarakan ayah imam al-Haramain al-Juwayni dalam menjaga makan minum anaknya (Imam al-Juwayni):

Satu hari, ibu imam al-Juwayni sedang sibuk memasak. Imam al-Juwayni yang masih kecil dan menyusu menangis kelaparan. Kebetulan ada seorang hamba perempuan (bukan milik ayahnya) yang menyusu anak jiran mereka datang ke rumah imam al-Juwayni melihat si imam sedang menangis kelaparan. Lalu hamba perempuan itu pun mengambil imam al-Juwayni dan menyusukannya satu dua hisapan.

Sedang si hamba menyusukan imam al-Juwayni, ayah imam al-Juwayni ternampak perbuatan itu dan dia menegahnya. Ayah imam al-Juwayni berkata kepada isterinya, hamba perempuan ini bukan milik kita, dia tidak memiliki susunya (kerana ia milik tuannya). Tuannya juga pasti tidak reda dengan tindakannya itu.

Ayah imam al-Juwayni berasa susah hati, lalu beliau mengangkat imam al-Juwayni dan menterbalikkan kepala imam al-Juwayni ke bawah sambil menekan-nekan perutnya dan menjolok jarinya ke dalam kerongkong imam al-Juwayni sehingglah dia muntah susu yang dihisap tadi. Selepas itu, ayahnya berkata, lebih mudah bagiku jika imam al-Juwayni mati (daripada dia minum benda syubhah) dan dirinya tidak rosak akibat meminum susu yang bukan milik ibunya.

Imam al-Juwayni selalu berkata setiap kali beliau gagap dalam berhujah atau kematian idea dalam berdebat "ini akibat saki baki hisapan susu (yang bukan milik ibunya) yang pernah aku minum ketika kecil" (Lihat: Tabaqat al-Shafi'iyyah al-Kubra dan al-Bidayah Wa al-Nihayah)

Makanan halal dan berkat membentuk perilaku dan peribadi seseorang

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  27 RABIUL AWAL 1446H
🗓  01 OKTOBER 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Selasa, 27 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Life…🩷
     ○ Have a Nice Day
     ○ Today in my Jar…💛
     ○ Take these steps everyday….♥️

8 Zikir asmaul Husna menjemput Rezeki

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

3 Tanda Allah Menghendaki Kebaikan Padamu

Jaga dan Muliakan Al-Quran

Zikir Pagi Penghapus Dosa

8 Pintu Rezeki

6 Nikmat Ini Sering Kita Abaikan

Jagalah Hati, Kunci Keseluruhan Jasad

Waktumu Adalah Hidupmu

Allah akan Mengujimu dengan 3 Cara

Jika Ingin Allah Bukakan Hatimu

Keindahan Masjid Nabawi di Madinah

Peringatan untuk Solat

Bersahabat Dengan Orang-orang Yang Baik Termasuk Nikmat Allah Terbesar

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○ Bismillah 5

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Rezeki Terbuka dengan Istighfar: Kunci Kehidupan yang Diberkati"

Pernahkah anda merasakan seolah-olah rezeki anda tersekat?

Apa sahaja yang diusahakan seakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan?

Seringkali kita berasa gusar dan putus asa, namun kita lupa bahawa Allah SWT telah memberikan solusi terbaik kepada kita: istighfar.

Istighfar bukan sahaja merupakan permohonan keampunan kepada Allah SWT, malah ia adalah jalan untuk memperluaskan rezeki.

Ini dijelaskan dalam Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10-12:

"Maka aku berkata (kepada mereka): Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai."

Hadis sahih daripada Rasulullah SAW turut menguatkan amalan ini. Baginda bersabda:

"Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan memberikan kelapangan dalam segala kesulitannya, jalan keluar bagi setiap kesempitannya, dan akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Oleh itu, jadikanlah أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ (Astaghfirullah) sebagai zikir harian kita.

Amalkan dengan penuh keyakinan dan pengharapan, nescaya Allah SWT akan memperkenankan doa kita dan membuka pintu rezeki yang tertutup.

Berdoalah dengan doa istighfar yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

اللّهُمَّ اغْفِرْ لي وَارْحَمْني وَاهْدِني وَارْزُقْني

"Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk, dan berilah aku rezeki." (Hadis Riwayat Muslim)

Jangan sesekali meremehkan kuasa istighfar.

Setiap kali kita memohon ampun, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga menarik rezeki yang diberkati ke dalam kehidupan kita.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
"Hidayah Allah: Jangan Biarkan Hatimu Goyah Setelah Diberi Petunjuk"

Dalam kehidupan ini, setiap Muslim mengimpikan untuk kekal dalam hidayah Allah SWT.

Namun, perjalanan hidup tidak selalunya mudah.

Ujian demi ujian menguji kekuatan iman kita.

Setiap hari, kita menyaksikan betapa ramai yang tersasar dari jalan yang lurus, walaupun mereka pernah merasai manisnya iman.

Maka, penting bagi kita untuk sentiasa berdoa agar hati ini tidak goyah setelah Allah SWT memberi petunjuk.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 8:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idh hadaytanaa wa hab lanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaab.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."

Doa ini mengajar kita untuk sentiasa mengharap kepada Allah SWT agar hati kita tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk.

Hidayah adalah kurniaan teragung daripada Allah, namun tanpa istiqamah dan pertolongan-Nya, hati boleh mudah terpesong.

Rasulullah SAW juga sering berdoa agar hatinya kekal teguh dalam iman.

Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA menyebut, bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:

اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Allahumma yaa muqallibal quluub thabbit qalbii 'alaa diinik.

Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Doa ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sendiri sentiasa meminta agar hatinya kekal teguh dalam keimanan.

Sebagai umatnya, kita juga harus mencontohi baginda dan tidak pernah berhenti berdoa agar Allah SWT memelihara hidayah yang telah diberikan.

Penutupnya, janganlah kita lupa bahawa hidayah adalah nikmat yang tidak ternilai.

Mohonlah kepada Allah agar hati kita kekal teguh dan tidak mudah goyah walau dalam apa jua situasi.

Wallahu'alam.

@quotephotovideo 📚📚📚
Di mana adanya Akhlak yang mulia, tanda disitu adanya Agama.

Di mana adanya Akhlak yang mulia, tanda adanya juga disitu Ilmu.

Sekiranya tiada disitu Akhlak yang Mulia, maka tiada juga disitu Ilmu dan Agama.

Tidak mungkin dengan Agama itu tanpa ada Akhlak yang Mulia.

Tidak mungkin bersifat Kesolehan itu dengan tiada Akhlak yang Mulia.

Tidak mungkin terjadinya Ilmu itu, tanpa Akhlak yang Mulia.

Maka setiap yang berIlmu dan berAgama,

Jika tiada terzahir padanya Akhlak yang Mulia maka disitu ada kecacatan pada orang yang berIlmu dan yang berAgama.

🧕🏻💙🤲🏻📿🌹☝🏻

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Terkadang, masalah yang datang pun adalah bentuk rezeki.

Dari setiap cubaan, ada pelajaran yang Allah titipkan untuk kita.

Menjadi lebih kuat dan bijak adalah hasilnya.

Rezeki juga boleh berupa ketenangan hati.

Di saat banyak orang sibuk mengejar dunia, memiliki hati yang tenteram adalah berkah yang luar biasa.

Jangan sempitkan makna rezeki hanya sebatas wang dan harta.

Setiap hari kita dipenuhi dengan limpahan rezeki yang sering tak kita sedari.

Teruslah bersyukur.


@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Jika kita berbuat baik kepada orang lain, ia bermaka kita berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Dan jika kita berbuat zalim kepada orang lain, sebenarnya kita sedang menzalimi diri kita sendiri.

Ketika kita menjaga kata-kata kepada orang lain, Orang lain pun akan menjaga kata kata kepada kita.

Ketika orang lain berbuat kasar kepada kita. Tak perlu dibalas dengan kata kata kasar.

Maka bersabarlah,
Dengan sabar hidup akan menjadi indah...

@quotephotovideo 🕌🕌🕌
Ubat-ubat yg tidak dijual di Pharmasi.

PATUT DIAMALKAN SELALU...


1. Bersenam ialah ubat

2. Puasa ialah ubat

3. Makanan sihat ialah ubat

4. Gelak tawa ialah ubat

5. Sayuran dan buah²an ialah ubat

6. Tidur yg cukup ialah ubat

7. Sinar matahari pagi ialah ubat

8. Menyayangi insan lain ialah ubat

9. Menyayangi diri sendiri ialah ubat

10. Syukur ialah ubat

11. Elak perbalahan ialah ubat

12. Tafakur ialah ubat

13. Membaca firman tuhan ialah ubat

14. Cara dan masa makan yg betul ialah ubat

15. Husnuzhon (berfikiran positif) ialah ubat

16. Takwa ialah ubat

17. Saudara-mara & sahabat² yg baik ialah ubat

18. Memaafkan diri sendiri dan orang lain ialah ubat

19. Minum air secukup nya ialah ubat

20. Punyai hati yg tenang ialah ubat.

21. Berdamai dengan takdir ialah ubat.

22. Sabar ialah ubat.

Ubat² ni tiada kesan sampingan.

Kongsikan pd ahli grup yg lain in syaa Allah

@quotephotovideo 💊💊💊
Apa yang kita ingini dalam hidup ini?

Kerana apa yang kita ada bukan milik kita.

Harta , anak-anak , dan segalanya milik Allah.

Semua itu adalah pinjaman yang perlu di jaga dan dipulangkan kembali pada Allah.

Kita datang dengan kosong.

Kita kembali pada Allah hanya dengan kain kapan.

Dan kita akan di hisap dengan amalan yang kita lakukan.

Dunia adalah ladang amal.

Sedangkan akhirat itu adalah tempat perhitungan amal.

Kembali ke alam Barzakh. Alam yang penuh kisah.

Moga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang di redhaiNya.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
2024/10/02 02:25:16
Back to Top
HTML Embed Code: