Telegram Web Link
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berselawat Diampun Dosa dan Diangkat Darjat


عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Daripada Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh darjat untuknya."

(HR An-Nasa'i No:1280)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali.

2.  Orang yang berselawat sekali akan dihapuskan sepuluh kesalahannya

3.  Orang yang berselawat sekali akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.

Mari perbanyakkan selawat

23hb Rabiul Awal 1446H
27hb September 2024

@quotephotovideo 📚📚📚
Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Awwal 1446H

یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghāfir 39]

#Kehidupan yang sementara di dunia ini seringkali melenakan serta melalaikan manusia sehinggakan mereka bersungguh-sungguh memburunya tanpa menyedari bahawa adanya kehidupan akhirat yang kekal dan hakiki.

#Meskipun sebahagian besar manusia menyedari bahawa akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali namun mereka tetap rela menggadaikannya demi kehidupan dunia. Padahal Allah swt telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mencari keuntungan akhirat maka Dia akan mengurniakan keuntungan yang berlipat kali ganda, sementara jika seseorang itu hanya mencari keuntungan dunia sahaja, maka Allah hanya akan memberinya mengikut kadar yang ditentukan, bahkan kurang dari itu.

مَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِی حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡیَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِیبٍ

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak" [Surah ash-Shūrā 20]

#Dikisahkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dengan harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kepada puteranya itu:

"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kepada 1000 orang yang lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:

رحم الله امرأ عرف قدر نفسه

Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya".

#Ingatlah kesenangan, kemewahan dan kenikmatan yang sebenar-benarnya ialah di akhirat kelak, tatkala kaki melangkah masuk ke dalam syurgaNya.

#Nabi saw bersabda:

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya" (HR al-Bukhari)

#Berkata Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a: "Pilihlah (keuntungan) akhirat, nescaya dunia mendatangimu dalam keadaan hina (tunduk)".

#Ingatlah bahawa kehidupan akhirat tersangatlah agung dan ganjarannya tersangatlah luar biasa lumayannya. Firman Allah swt:

ٱنظُرۡ كَیۡفَ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ وَلَلۡـَٔاخِرَةُ أَكۡبَرُ دَرَجَـٰتࣲ وَأَكۡبَرُ تَفۡضِیلࣰا

"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya" [Surah al-Isrāʾ 21]

Semoga Allah swt selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kita mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Selamat beramal soleh!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  23 RABIUL AWAL 1446H
🗓  27 SEPTEMBER 2024
📌  JUMAAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
Jumaat, 23 Rabiul Awal  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H A R R A M    S A F A R

R A B I U L  A W A L  1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                      01   02   03   04
05  06   07   08   09   10   11
12  13   14   15   16   17   18
19  20   21   22   23   24   25
26  27   28   29

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

Selamat Pagi  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ Never give up on hope…🧡
     ○ Life is about making memories…
     ○ Your heart...❤️
     ○ Heart...💜

Selamat Datang bulan Rabiul Awal

     ○ 5 Keistimewaan bulan Rabiul Awal
     ○ 6 Keutamaan bulan Rabiul Awal
     ○ Sepanjang bulan Rabiul Awal
     ○ Hari Putih Rabiul Awal
     ○ Istimewanya bulan Rabiul Awal

Surah at-Taubah ayat 128 dan 129

Life Advice

Adab-adab di hari Jumaat

Amalan Hari Jumaat

Alhamdulillah dan Syukur

7 Keutamaan Istighfar

Bismillah 5

al-Ahqaf ayat 15

Salam JUMAAT 02

Bila Kita Redha

Doa agar Diberi Keistiqamahan

Jaga dan Muliakan Al-Quran

Akhirat adalah Masa Depan yang Sebenarnya

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Surah Ad-Dhuha
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Rahsia Kejayaan Dunia Akhirat: Menjaga Solat dengan Taqwa"

Setiap daripada kita sering mengejar kejayaan dalam hidup.

Ada yang bekerja siang dan malam dengan harapan memperoleh kekayaan dan kebahagiaan.

Namun, hakikatnya, kejayaan yang sebenar tidak semestinya terletak pada kekayaan dunia semata.

Allah SWT telah memberikan kita satu kunci kejayaan yang pasti – menjaga solat dengan penuh taqwa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-2:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.”

Ayat ini menegaskan bahawa solat yang dilakukan dengan penuh kekhusyukan adalah salah satu kunci utama kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kejayaan yang dimaksudkan bukan hanya bersifat material, tetapi mencakupi keberkatan hidup, ketenangan hati, serta jaminan syurga di akhirat kelak.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika baik solatnya, maka baiklah amalannya yang lain, tetapi jika rosak solatnya, maka rosaklah amalannya yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita harus memastikan solat kita sentiasa dipelihara.

Bukan sekadar menunaikannya, tetapi melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan khusyuk.

Inilah jalan yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan yang hakiki.

Sebagai umat Islam, marilah kita berdoa agar sentiasa istiqamah dalam menjaga solat dan memperoleh keberkatan dari Allah:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjaga solat dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Selawat adalah jambatan kasih menuju syafaat Baginda ﷺ.

Setiap lafaz selawat adalah benih cinta yang menyuburkan hati, membawa haruman rahmat dan keberkatan dari langit.

@quotephotovideo 📿📿📿
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kamu adalah hasil dari lingkunganmu.

Energi orang selalu menular.

Cepat atau lambat perilakumu dan nasibmu akan menyamakan dengan lingkunganmu.

Lingkungan dan orang-orang di sekitarmu bukan hanya mempengaruhi tindakan, tetapi juga pikiran dan perasaanmu.

Pikiran kita adalah hasil dari energi yang kita serap dari sekitar.

Ketika Anda berada di antara orang-orang yang berpikir positif, optimis, dan penuh semangat, pikiran Anda akan terinspirasi untuk tumbuh dan melihat peluang, bukan hambatan.

Sebaliknya, jika Anda dikelilingi oleh orang-orang dengan mental negatif, mudah mengeluh, penuh keraguan. Tanpa disadari, Anda akan mulai berpikir sama.

Mindset Anda terbentuk oleh lingkungan Anda.

Itulah mengapa penting untuk mengelilingi diri dengan orang yang mendorongmu untuk berpikir lebih besar dan melangkah lebih jauh.

Pikiran yang terlatih dalam energi yang positif akan lebih mudah fokus pada solusi, bukan malah terjebak pada masalah.

Jika Anda ingin sukaes, mulailah dengan memilih orang-orang yang membawa energi positif, karena energi tersebut akan membentuk pola pikir sukses.

Ingat, lingkungan yang sehat secara langsung akan menciptakan pikiran yang kuat dan memberdayakan.

Ubah lingkungan Anda, maka cara berpikir dan nasib Anda akan berubah.

Pikiran yang sama hanya akan menciptakan nasib yang sama. Maka untuk mengubah nasib Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️
🪟🍃🪟🍃🪟🍃🪟🍃🪟🍃
ꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌ||

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

“Berdoalah kepada Allah, Tuhan yang menciptakan Alam ini, untuk membimbing dan mengurniakan hidayah. Tunjukkanlah kebenaran untuk hanya menyembahmu.

Sesiapa yang mencari Allah, mencari kebenaran tentang penciptaan dan tujuan Alam ini diciptakan. In sya Allah Tuhan Rabbul Alamin ﷻ akan memimpin dia dengan dilontar & dicampakkan hidayah ke dalam diri dia. Menemui jalan yang benar. “


- Ustaz Wadi Annuar

لله تعالى
🪟🍃🪟🍃🪟🍃🪟🍃🪟🍃
ꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌꞋꞌꞋꞋꞌ||

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
📍 SEBUAH RENUNGAN📍

# RENUNGAN NASIHAT#

🎈Meski engkau sudah bersikap baik, bertutur kata yang lembut, berperilaku yang santun, Namun kadang tetap saja ada orang yang mencela dan memusuhi.

🎈Begitulah hidup, engkau tidak akan pernah bisa selamat dari lisan manusia, bahkan ketika jasadmu sudah tertimbun tanah sekalipun terkadang masih ada saja orang yang mencercamu.

🎈Sebagaimana engkau tidak akan pernah bisa menyukai semua orang, begitu pula semua orang juga tidak akan pernah bisa menyukaimu.

🎈Sebab di antara sunatullah kehidupan adalah sunnah tadaffu’ (sunah pertarungan). Sehingga sebaik-baiknya orang tetap saja ada musuhnya, Dan seburuk-buruknya orang tetap saja ada pengikutnya.

🎈Meski sekeras apapun engkau berusaha yang terbaik, tetap saja tidak akan pernah bisa sempurna.
Karena orang lain tetap akan menganggapmu kurang,
Dan Allah tidaklah menginginkan engkau demikian,

🎈Maka tinggalkan untuk mencari ridho manusia, sebab mencari ridho seluruh manusia adalah hal yg mustahil, karena seluruh Nabi ‘Alaihimussalam pun memiliki musuh, padahal mereka hidup mulia dan terbaik, tapi tetal saja masih dicela dan di musuhi, apa lagi kita ?

👤Imam Asy Syafi'iy Rahimahullah mengatakan;

رضا النّاس غاية لا تدرك فعليك بما فيه صلاح نفسك فالزمه

🎈(Mencari) ridhanya manusia adalah tujuan yang tidak pernah tercapai, maka hendaknya kamu mencari sesuatu bermanfaat bagimu dan peganglah baik-baik itu. (Nadhratun Na'im, 3/630)

🎈Oleh karena itu tak usah berkecil hati dengan orang yg membenci kita, selama kita dijalan yg benar biarkan saja itu menjadi urusannya, karena kita tidak mencari ridho manusia.

🤲🏼Dan terus berjalanlah di atas sunah kehidupan, serta memohonlah kepada Allah ﷻ pertolongan dan perlindungan dari kezaliman musuh-musuh kita.

Wallahu A'lam wa Lillahil 'Izzah

🌸🌸🌸

@quotephotovideo 🐞🐞🐞
╔═••••••🌿🌹💖🌹🌿••••••═╗
🍃💓🌸🍃💗🍃🌸💓🍃

Harga Diri Seorang Wanita

Wanita muslimah itu harga dirinya bukanlah pada keindahannya, perhiasannya, dan bukan pula pada apa yang ia miliki (hartanya) dan pekerjaannya. Namun harga dirinya itu ada pada agamanya, ia konsisten pada akhlaknya, rasa malunya, kemuliaannya dan kehormatan dirinya.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, gerak jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Berbahagialah wahai wanita yang menjaga imannya.Sentiasa mahal bila harga diri di pelihara sebaiknya..

🍃🌸🌸🍃💖🍃🌸🌸🍃
╚═••••••••🍃🌈💖🌈🍃••••••••═╝

@quotephotovideo 🪲🪲🪲
KEMATIAN....pasti datang...

Mati saat yang paling menyedihkan dalam kehidupan.

Kita akan meninggalkan orang yang tersayang, harta benda dan dunia ini.

Kita tidak akan kembalikan ke dunia lagi. Ajal yang datang, tiada siapa yang memberitahu dan tiada siapa terkecuali dan dapat dihindari.

Masa tidak akan boleh berputar kembali. Perkara silam tidak boleh diperbetulkan lagi.

Bersyukurlah masih diberikan kesempatan hidup. Janganlah bertangguh dalam bertaubat.

Kita tidak tahu bilakah hari kita. Hanya Syurga dan Neraka yang menanti, janganlah berlengah-lengah lagi sahabat.

Kita putuskanlah sekarang sebelum ajal datang menjemput kita.

Selamat beramal....

@quotephotovideo 🐾🐾🐾
MERENDAH DIRI

Ramai orang menganggap merendah diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan,
Mengangkat diri atau sombong satu penghormatan bahkan, satu kebanggaan dan kekuatan

Padahal merendah diri itulah satu penghormatan, bahkan satu kekuatan,
Mengangkat diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan

Merendah diri orang senang, lembut hati orang, lahirlah kasih sayang,
Dari kasih sayang lahir perpaduan, perpaduan membawa kekuatan

Mengangkat diri atau sombong, orang benci, hati orang renggang,
Orang benci, hati renggang, pecah perpaduan,
Satu tunggak kekuatan hilang,
Pecah perpaduan di kalangan bangsa, satu kelemahan

Oleh itu fahaman ramai orang, terbalik,
Yang membawa kelemahan dikatakan akan membawa kekuatan,
Yang akan membawa kekuatan dianggap membawa kelemahan

Di sini dapat kita faham, ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak ada didikan,
Ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak faham dan penghayatan,
Berilah ilmu dan kefahaman, yang lebih penting lagi diamalkan,
Semuanya itu adalah penghayatan ilmu,
Penghayatan ilmu itu barulah ilmu dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan

Islam Adalah Cara Hidup~

@quotephotovideo 🍄🍄🍄
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video Quran

Surah Az Zumar سورة الزمر
Qari Arif Abdullah Al-Asyi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊
Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

Selamat Malam dan Selamat Beristirehat

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Jangan baca Al Quran ketika waktu lapangmu, tetapi lapangkanlah waktumu untuk membaca Al Quran.

Jika kita menantikan waktu yang lapang untuk membaca Al Quran, khuatir tidak ditemui dek kerana sibuknya mencari dunia.

Tetapi jika kita berdisiplin menyediakan waktu yang lapang untuk mendampingi Al Quran, nescaya kita akan berjaya.

Janganlah kita terus beralasan untuk tidak membaca Al Quran. Kelak kita yang akan menyesal.


Wallahu'alam.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
Harta itu ada 3 jenis :

1. Harta yang dimakan, ia hanya akan jadi najis.

2. Harta yang disimpan, belum tentu ia akan jadi milik kita dan apabila kita mati ia sering jadi rebutan, perosak persaudaraan.

3. Harta yang disedekahkan, ia akan jadi penolong di saat kesulitan datang. Di dunia jadi sebab kebahagiaan, di akhirat jadi sebab datangnya keringanan hisab.

@quotephotovideo 💰💰💰
Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir menyesali DOSA,
Daripada hanya KETAWA,
Tak kira MASA...

Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir ketika BERTAUBAT,
Daripada tak SEMPAT,
Kerana TERLAMBAT...

Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir kerana BERSYUKUR,
Daripada terus TERSUNGKUR,
Dalam KUFUR.


Renungan BERSAMA

@quotephotovideo 🐣🐣🐣
لا إله إلا الله

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

•••┈••••○❁🍃🧡🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

@quotephotovideo 📿📿📿
2024/10/02 10:30:13
Back to Top
HTML Embed Code: